Saturday, May 31, 2014

Gambar Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui

Gambar Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui

KUALA LUMPUR: Suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan, ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway pada kira-kira 3 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata mayat dalam keadaan terlentang itu ditemui orang awam yang memaklumkannya kepada polis.

"Pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit masih lengkap berpakaian dengan memakai baju kotak-kotak berwarna merah, berseluar panjang biru gelap, bertali pinggang, tidak berkasut namun tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa.

"Bagaimanapun, rupa bentuk fizikal dan pakaian adalah bersamaan dengan gambar dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta dari gambaran yang diberikan oleh saksi yang mengejar suspek," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Gan berkata mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan identiti suspek akan dikenal pasti melalui semakan rekod cap jari.

"Dengan penemuan mayat suspek ini, polis yakin kes bunuh membabitkan kanak-kanak ini telah berjaya diselesaikan, bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat seorang lelaki pada kira-kira 2.50 petang.

Beliau berkata jentera pertama tiba di lokasi 10 minit kemudian dengan enam anggota untuk mengangkat mayat berkenaan.

Khamis lepas, seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya terputus daripada badan dipercayai dikelar suspek di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini.

Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan 'sesuatu' pada leher mangsa, dan apabila saksi cuba menghampiri suspek, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai.

Susulan itu, pihak bomba menjalankan misi mencari suspek di sepanjang Sungai Klang sejak semalam.

Berita & Gambar : Mstar.Com.My

Friday, May 30, 2014

5 Gambar Pintu Kaabah Di Buka


5 Gambar Pintu Kaabah Di Buka

Perkongsian dari whatapps. Aku terima gambar yang menunjukkan 5 pintu kaabah di buka. Menurut sumber pintu kaabah dibuka adalah untuk tujuan pembersihan bahagian dalam kaabah.

Kejadian ini dikatakan berlaku semalam 5 pintu kaabah di buka.

Sama-sama kita berdoa semoga semua Islam yang belum berpeluang ke sana untuk melihat sendiri Kaabah depan dapat pergi ke sana satu hari nanti.







Mawar Fareeda Isteri Fizo Omar Mengandung?


Mawar Fareeda Isteri Fizo Omar Mengandung?

Cuba kita baca status instagram Fizo Omar seperti dalam gambar. 

"Mothers day celebration #rafflesia with my lovely mom n future mother madam rose @mawarfareeda_mf wth the latest @fareedascarf NOUR SARA."

Future Mother madam rose @mawarfareeda? Wah seperti akan ada kehadiran orang baru kepada pasangan Fizo dan Mawar.

Jika ianya benar Mawar Fareeda Isteri Fizo Omar Mengandung Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Semoga selamat dan dipermudahkan dalam menempuh kehidupan yang mendatang.

Tetapi beberapa jam selepas memuat naik status itu Fizo telah menjelaskan bahawa future mother itu adalah general dan tidak semestinya sekarang. Mereka masih belum ada rezeki lagi. Jika benar Mawar mengandung beliau akan membuat pengumuman dan bukan bagi hint sebegitu katanya.

Harap semua peminat jelas ya. Mawar masih lagi belum mengandung.

Suspen je Abe Fizo ni lah ;-)

Kejam!!! Kanak-Kanak 2 Tahun Dilarikan dan Leher Di Kelar Hingga Putus

 

Kejam!!! Kanak-Kanak 2 Tahun Dilarikan dan Leher Di Kelar Hingga Putus


Kuala Lumpur: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri dan ini sungguh Kejam!!! Kanak-Kanak 2 Tahun Dilarikan dan Leher Di Kelar Hingga Putus.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher Kejam!!! Kanak-Kanak 2 Tahun Dilarikan dan Leher Di Kelar Hingga Putus mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Artikel dan Gambar Dari Metro Online.

p/s : binatang itu yang layak dipanggil manusia seperti ini semoga cepat dia dpt ditangkap

MH370, Pendedahan Tergempar Lokasi Terakhir Bukan Di Lautan Hindi


MH370, Pendedahan Tergempar Lokasi Terakhir Bukan Di Lautan Hindi


Sudah hampir 2 bulan lebih kejadian kehilangan pesawat MAS MH370. Namun sehingga sekarang masih tiada jawapan tepat untuk kita terima apakah kesudahan episod kehilangan pesawat MAS MH370 ini.

Bagi yang mengikut dan membaca artikel dari seorang sahabat iaitu Brado Kapak anda mungkin menanti-nantikan episod penutup atau grand finale untuk artikel berkaitan kehilangan MH370.

Jadi aku kongsikan untuk anda semua di sini.

*Artikel ini ditulis berdasarkan penelitian dan juga pemerhatian oleh Brado Kapak sendiri dan team members nya selama lebih 40 hari. Sila baca dengan tenang untuk mengelakkan anda menjadi keliru. Ini artikel terakhir berkenaan MH370 oleh Brado Kapak. Sekiranya ia tepat, maka ia hanya kebetulan sahaja. Sekiranya ia tidak benar, maka ia berpunca dari kelemahan kami menganalisa dan meneliti. Bacalah dengan hati yang terbuka....

1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat kepunyaan MAS Airlines, Boeing 777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar. Pesawat ini disahkan hilang oleh menara kawalan pada sekitar jam 8 pagi hari yang sama sedangkan ping radar terakhir yang dikesan adalah pada jam 2.37 pagi waktu Malaysia.

2. MH370 menghantar isyarat komunikasi kepada Air Traffic Control (ATC) menara kawalan di KLIA ialah pada jam 1.19 pagi waktu Malaysia. Sila rujuk gambar ini. Manakala MH370 telahpun melakukan 'handshake' dengan Vietnam melalui Immarsat dan menghubungi menara kawalan udara bandar Ho Chi Minh City adalah pada sekitar jam 1.16 pagi waktu Malaysia. Ketika itu MH370 sedang memasuki perairan Vietnam.

3. Itu adalah laporan terakhir MH370 yang berjaya dicatatkan dalam mana-mana media antarabangsa. Selepas itu tiada lagi laporan isyarat komunikasi antara MH370 dengan mana-mana menara kawalan udara atau dengan mana-mana radar. Hanya ping radar terakhir yang berjaya dikesan adalah sekitar jam 2.37 pagi sahaja. Rujuk gambar ini untuk melihat data radar terakhir pesawat. Abaikan kesilapan PM dan AM yang tertera pada gambar tersebut. Artikel ini telah mengesahkan bahawa komunikasi radar terakhir dengan MH370 adalah sekitar jam 2.30 ke atas, iaitu lebih kurang jam 2.40 atau 2.50 pagi waktu Malaysia.

4. Sekitar jam 2.50 pagi waktu Malaysia, MH370 sudah tidak lagi menghantar ping kepada radar dan data radar mengesahkan bahawa pesawat telah turun menjunah kepada satu ketinggian yang tidak dapat dikesan radar.

5. Saya sifatkan sebenarnya, pada ketika itulah MH370 sudahpun jatuh tenggelam ke dasar lautan. Iaitu kira-kira beberapa minit sebelum jam 3 pagi.

6. Satu letupan kecil telahpun berlaku diudara yang mengakibatkan kokpit pesawat terputus hubungan dengan mana-mana menara radar terdekat dan kesemua sambungan elektronik dalam badan pesawat terputus. Rujuk artikel ini dan ini.

7. Saya tidak tahu bagaimana letupan itu terjadi dan mengapa pesawat masih terus terbang dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas. Perlu diingatkan, kesemua pesawat Boeing sebenarnya mempunyai satu sistem kawalan jarak jauh yang boleh dikawal oleh pusat kawalan pesawat Boeing yang berada di luar negara. Rujuk artikel ini dan ini untuk mengesahkan bahawa kesemua pesawat Boeing telahpun dipasang dengan satu sistem kawalan jarak jauh bertujuan kononnya untuk mengelakkan sebarang tindakan terorisme atau rampasan kapal.

8. Saya sifatkan sebenarnya pemasangan sistem ini bertujuan bukanlah untuk mengalihkan atau mengelakkan terorisme dan rampasan kapal semata-mata, namun ia boleh berdwi-fungsi iaitu melaksanakan arahan dari orang tertentu demi kepentingan tertentu. Contoh paling mudah adalah MH370.

9. Berdasarkan artikel ini, mereka telah mendengar satu dentuman yang kuat di udara pada sekitar jam 1.30 pagi ke atas waktu Malaysia namun tidak melihat apa-apa di udara. Mereka hanya melihat cahaya putih dan juga lampu kuning sekitar jam 2.30 pagi ke atas waktu Malaysia.

10. Saya telah meneliti dan menganalisa hampir kesemua berita, rumours, diversi informasi, info risikan, sumber-sumber tertutup, data-data bertulis dan juga pelbagai gambar sebelum menulis artikel ini.

11. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun diletupkan diudara yang mana ia telah mengakibatkan kokpit dalam pesawat malfunction ataupun failure dan pesawat telah dikawal dari jarak jauh dengan menghalakannya ke arah Laut China Selatan dalam perairan Spratly.

12. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun jatuh dalam kawasan bulatan merah (rujuk gambar bawah, abaikan kesilapan ejaan yang terjadi).


Ok aku kongsikan 12 point daripada kesemua 100 point yang dibuat. Untuk membaca artikel penuh sila terus ke link di bawah :

MH370, Pendedahan Tergempar Lokasi Terakhir Bukan Di Lautan Hindi

Semoga anda membaca sehingga habis apa yang cuba disampaikan.

p/s : Aku hanya mengongsikan apa yang ditulis oleh Brado Kapak.

Thursday, May 29, 2014

Terkini!! Gambar Bumbung Pusat Akuatik Perlis Runtuh


Gambar Bumbung Pusat Akuatik Perlis Runtuh

Memetik gambar daripada toshaphotography  kejadian dikatakan baru sahaja berlaku di sana.

Baru sahaja semalam pihak berkenaan memberi jaminan yang pusat akuatik ini selamat untuk digunakan.

Walaupun sememangnya kita tahu memang ada masalah venue yang lewat siap untuk SUKMA Perlis 2014 ini.

Harap tiada kemalangan yang menimpa atlit, pegawai atau penonton.

Gambar Suspek Kes Rogol Remaja 14 Tahun Oleh 34 Lelaki di Kelantan


Gambar Suspek Kes Rogol Remaja 14 Tahun Oleh 34 Lelaki di Kelantan

Memetik artikel dari BH, Polis berjaya menahan 9 individu yang dikatakan terlibat dengan kes rogol remaja 14 tahun di Ketereh, yang di rogol secara bergilir-gilir oleh 34 lelaki.Rujuk Gambar Suspek Kes Rogol Remaja 14 Tahun Oleh 34 Lelaki di Kelantan

Dalam media sosial FB juga terdapat video dimana emak kepada mangsa memukul salah seorang suspek yang berjaya ditangkap oleh orang kampung.

Diharap semua lelaki syaitan ini dapat ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan dan diberi hukuman yang berat.

Live Streaming Istiadat Penghormatan Terakhir Sultan Perak

 

Live Streaming Istiadat Penghormatan Terakhir Sultan Perak

Live Streaming Istiadat Pemakaman Sultan Perak, 

Live Streaming Istiadat Pengisytiharan Perlantikan Sultan Perak, 

Berikut adalah live streaming majlis istiadat penghormatan terakhir Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Live streaming Majlis Pemakaman juga akan disediakan oleh RTM


Sila Tonton : SINI dan Klik TV1



Senarai Orang Besar Negeri Perak

 

Senarai Orang Besar Negeri Perak

Dewan Negara, selain daripada menasihati Raja Pemerintah dalam perlantikan Bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar, juga menasihatkan Raja Pemerintah dalam perlantikan Orang Besar Negeri yang turut membantu Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas hariannya.

Orang Besar Negeri yang dilantik oleh Raja Pemerintah adalah terdiri :-
 

  • Orang Besar Empat yang mempunyai gelaran-gelaran dan fungsi-fungsi tersendiri dan orang-orang lelaki yang lain dengan gelaran Toh Muda Orang Kaya Bendahara diberi.
  • Orang Besar Delapan yang mempunyai gelaran-gelaran dan fungsi-fungsi tersendiri dan orang-orang lelaki yang lain kecuali gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan dan Orang Kaya-Kaya Mahakurnia dengan syarat-syarat sebagaimana termaktub dalam Seksyen 38 (1) dan (2).
  • Orang Besar Enam Belas dan memegang gelaran-gelaran tertentu dangan syarat-syarat sebagaimana termaktub di dalam Seksyen 47(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan. Orang Besar Enam Belas yang dilantik hendaklah terdiri daripada orang lelaki yang berjasa kepada negeri.
  • Orang Besar Tiga Puluh Dua memegang gelaran-gelaran yang telah ditetapkan oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara dan
Tertib kedudukan bagi Orang Besar kecuali Toh Muda hendaklah mengikut tertib kedudukan:-
 
Orang Besar Negeri mengikut taraf tetapi disyaratkan bahawa Toh Puan bagi Orang Besar Negeri itu hendaklah mengambil tingkat kedudukannya yang hampir di bawahnya.

Orang Besar Enam Belas
Toh Muda Orang Besar Negeri mengikut tertib kedudukan Orang Besar Negeri yang mengenainya. Gelaran-gelaran yang tiada ditentukan tertib kedudukan dalam bahagian ini mengikut tarikh lantikan bagi mana-mana gelaran yang demikian itu.

Selain daripada menjadi Ahli-ahli tetap Dewan Negara, Raja-raja Bergelar, Orang Besar Negeri, Orang Besar Enam Belas atau Toh Muda kepada Orang Besar Negeri, di atas nasihat Dewan Negara, Raja Pemerintah boleh melantik di antara mereka menjadi Orang-orang Besar Jajahan yang mempunyai fungsi-fungsi berikut:-
 
  • Menyempurnakan apa-apa tanggungan dan menggunakan apa-apa hak yang harus diamanahkan kepadanya oleh Raja Pemerintah atau oleh Raja Pemerintah dalam Dewan Negara;
  • Menyempurnakan apa-apa tanggungan dan menggunakan apa-apa hak yang diberikan kepada seseorang Orang Besar Jajahan oleh mana-mana undang-undang yang berjalan; dan
  • Menyempurnakan apa-apa tanggungan dan menggunakan apa-apa hak yang harus diberikan kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berjalan kuatkuasanya pada masa hadapan dalam negeri ini.

Orang-orang Besar Jajahan yang dilantik bertanggungjawab kepada Raja Pemerintah dalam Dewan Negara menerusi Raja Di Hilir bagi kesempurnaan apa-apa tanggungan yang diamanahkan kepadanya dan bagi kegunaan yang betul apa-apa hak yang diberi kepadanya.

ORANG BESAR EMPAT

    Y.A Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
    Y.A Bhg. Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja
    Y.A Bhg. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja
    Y.A Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan

ORANG BESAR DELAPAN

    Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota
    Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda
    Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja
    Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja
    Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera
    Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja
    Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
    Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Mahakurnia Indera di-Raja

ORANG BESAR ENAM BELAS

    Y.D.H Toh Seri Maharaja Lela
    Y.D.H Toh Paduka Indera
    Y.D.H Toh Maharaja Dewa
    Y.D.H Toh Maharaja Indera
    Y.D.H Toh Shahbandar Ulu
    Y.D.H Toh Tan Dewa Paduka
    Y.D.H Toh Paduka Setia
    Y.D.H Toh Sedewa Raja
    Y.D.H Toh Paduka Raja
    Y.D.H Toh Perdana Indera
    Y.D.H Toh Indera Jaya
    Y.D.H Toh Seri Bijaya
    Y.D.H Toh Seri Lela Paduka
    Y.D.H Toh Amar Seri di-Raja
    Y.D.H Toh Raja di-Raja
    Y.D.H Toh Seri Wangsa

TOH MUDA ORANG BESAR EMPAT

    Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Besar Maharaja di-Raja
    Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Temenggong Paduka Raja
    Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
    Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja

TOH MUDA ORANG BESAR DELAPAN

    Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksmana Raja Mahkota
    Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda
    Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja
    Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja
    Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera
    Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja
    Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Mahakurnia
    Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan

ORANG BESAR TIGA PULUH DUA

    Y.D.H Toh Tan Dewa Sakti
    Y.D.H Toh Kamar Lela
    Y.D.H Toh Seri Indera Lela
    Y.D.H Toh Sakna Bongsu
    Y.D.H Toh Tan Dewa Raja
    Y.D.H Toh Rakna Sakti
    Y.D.H Toh Purba di-Raja
    Y.D.H Toh Jana Pahlawan
    Y.D.H Toh Sa Indera Lela
    Y.D.H Toh Bahagia Negara
    Y.D.H Toh Amar Pahlawan
    Y.D.H Toh Mangku di-Raja
    Y.D.H Toh Dewa Mahkota
    Y.D.H Toh Sakna Menteri
    Y.D.H Toh Demang Perwira
    Y.D.H Toh Indera Wangsa
    Y.D.H Toh Mekong
    Y.D.H Toh Lela Indera
    Y.D.H Toh Mahkota Lela
    Y.D.H Toh Amar Di Wangsa
    Y.D.H Toh Pekerma Wati
    Y.D.H Toh Johan Pahlawana
    Y.D.H Toh Pendewa Sakti
    Y.D.H Toh Kelana Perkasa
    Y.D.H Toh Kelana di-Raja
    Y.D.H Toh Kohor Alam
    Y.D.H Sukar Di Lawan
    Y.D.H Toh Pendekar Alam
    Y.D.H Toh Bijaya Wati
    Y.D.H Toh Puspa Wati
    Y.D.H Toh Bahtera di-Raja
    Y.D.H Toh Suri Wati


Sumber

Prosedur Lantikan Sultan Perak Yang Baru


Prosedur Lantikan Sultan Perak Yang Baru

Raja Pemerintah

Pemilihan dan perlantikan Raja bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. 

Mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh badan dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun menurun sehingga yang akhir sekali. Undang-undang Tubuh tidak sekali membenar dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada seorang zuriat daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai sesuatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidak akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah. 

Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemerintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang pertama. Walau bagaimanapun sekiranya tiada zuriat daripada benih Sultan yang Pertama yang difikirkan harus dipilih, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai Raja Pemerintah seseorang lelaki daripada zuriat Sultan yang kelapan belas yang daripada tanah (ibu). Apabila menimbangkan lantikan itu seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang telah mangkat akhir sekali, dan jikalau sekiranya tiada seorang pun yang demikian itu, maka hendaklah diutamakan seorang lelaki atau cucu lelaki daripada seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang mendahului Raja Pemerintah yang tersebut.

Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dan lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara. Setelah Raja Pemerintah dimasyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan ialah Raja Muda dan Raja Di Hilir. Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada gelaran biasa Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Yang Amat Mulia Tuanku Raja Bendahara, Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.

Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah. Sebelum melaksanakan haknya atau menjalankan tanggungjawabnya, bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian barulah gelaran dianugerahkan mengikut adat Melayu.

Walau bagaimanapun sebelum seseorang dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-raja Bergelar. Gelaran yang diberikan kepada Raja-raja Bergelar ialah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah, Raja Kechil Bongsu, tetapi sekiranya berlaku di mana putera Raja-raja Pemerintah menaiki takhta Kerajaan setelah mangkatnya Raja Pemerintah ini adalah kerana putera itu memegang jawatan Bakal Sultan yang terkanan.

Pada kebiasanya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah setelah mangkatnya Raja Pemerintah dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat yang dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Bergelar Raja Kechil Besar dan seterusnya sehingga jawatan Raja Kechil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kechil Bongsu kepada Putera sulong Baginda.

Walau bagaimanapun, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbang seseorang daripada peringkat atau peringkat am daripada mereka harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.


p/s : unik juga sistem lantikan institusi raja negeri Perak lebih kurang N9

Website Rasmi Pejabat DYMM Sultan Perak

Wednesday, May 28, 2014

Lirik Lagu Tepi Sikit - Sleeq Feat Joe Flizzow

 

Lirik Lagu Tepi Sikit - Sleeq Feat Joe Flizzow

Apa yang kau mahu
Semua ku beri
Apa yang kau mahu
Mahu apa lagi
Bagaimana aku pula
Aku serik
Jadi ku ingin jalan sana
Tolong tepi sikit
Tolong tepi sikit

Verse 1 [Joe Flizzow]

Terima kasih untuk semua memori
Sekarang masa untuk aku naik pesawat
Dibumi ku berpijak sentiasa rendah diri
Tapi sekarang masa ku berlari atas awan
Pada mula kalau betul hilang
Tiba tiba diam
Yang lain cuma bisa meminjam
Gayaku nak ambil simpan
Ku kata gayaku Pablo
Mereka tak kenal Picasso
Jadi semua berkoba koba nak jadi macam Escobar
Itu aku
Ikhlas
Kau nak e class
Ku bagi e class
tapi sekarang memang jelas, wang tidak boleh beli class
Duit tidak boleh beli masa
Masa dulu mungkin rasa ni tak buang masa
Tapi sekarang rasa macam kena paksa
Mungkin kita berdua jadi mangsa
Cita rasa berbeza walau sama budaya dan bangsa
Jadi tepi sikit, tumpang lalu
Biar yang lalu jadi yang lalu
Apa yang jadi hari esok, itu esok baru tahu

Apa yang kau mahu
Semua ku beri
Apa yang kau mahu
Mahu apa lagi
Bagaimana aku pula
Aku serik
Jadi ku ingin jalan sana
Tolong tepi sikit
Tolong tepi sikit

Verse 2 [Alif SleeQ]

Kau semakin kejam
Caraku pelan
Lembut dan
Ku tak membantah
Hanya mengalah
Ku disuruh cuba
Ada pendirian sikit tak boleh ke ha?
Kau ni lelaki banyak songeh ah, ha?
Kau ada tau kisah ke
Atau kau saja nak buruk sangka
Yang buruk sangka tu tolong simpan kata kata sebelum terlebih belanja
Aku Alif, erti yang pertama
Tak salah dengarkan aku kata
Tak salah yang aku pernah cuba
Yang pernah gagal
Berdiri semula
Masa lalu, kelap kelip
Semakin sempit, tepi sikit
Sebelum aku naik bingit
Sebelum darah aku naik
Dah bagus tu awal awal ku pesan kau patah balik
Wow
Kenapa muka ketat, apa kau mintak peluk?
Kita sudah dewasa, dewasa pun nak merajuk?
Ku sudah kata kalau hidung tinggi, tak lihat apa di bawah
Jadi kalau kau tersandung batu, padan muka
suka?

Bridge [Syarif SleeQ]
Aku tak sanggup tahan buat selamanya
yeah, sebaiknya aku mempunyai rencana
dan aku sedia, aku rela
melukakan segalanya dan aku sudah berubah
yeah!

(Apa yang kau mahu
Semua ku beri
Apa yang kau mahu
Mahu apa lagi
Bagaimana aku pula
Aku serik
Jadi ku ingin jalan sana
Tolong tepi sikit
Tolong tepi sikit)
2x


SUMBER

Lirik Lagu Hingga Hujung Dunia - Hanie Soraya

Lirik Lagu Hingga Hujung Dunia - Hanie Soraya


Masa mula-mula dengar tak tahu siapa yang nyanyi. Dengar kat radio ingat lagu Amy Mastura.

Pikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut

Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

[chorus]
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

(hingga ke hujung dunia)
Hingga ke hujung dunia

Kurang kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

[ulang chorus]

Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini

Lalalala lalalalala

[ulang chorus]


SUMBER
 

Keputusan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa 2014

Keputusan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa 2014


28 Mei 2014

    U.A.E.     3 - 4     Armenia
    France     4 - 0     Norway
    USA        2 - 0     Azerbaijan


27 Mei 2014

    Montenegro           0 - 0     Iran
    Estonia                 1 - 1     Gibraltar
    FYR Macedonia      0 - 2     Cameroon
    Belgium                5 - 1     Luxembourg
    Serbia                  2 - 1     Jamaica
    Japan                   1 - 0     Cyprus
    Tanzania               1 - 0     Malawi
    Uzbekistan            0 - 1     Oman
    Moldova                1 - 1     Canada

Sultan Azlan Shah Mangkat


Sultan Azlan Shah Mangkat

Salam. 

Dengan rasa sedih dan hibanya di maklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah. 

Sultan Perak yang ke 34 (naik taktha pada 3 Februari 1984) telah MANGKAT sebentar tadi. 

Maklumat lanjut sila ikuti pengumuman rasmi dari Kerajaan Negeri Perak. 

Terima kasih -Datuk husni

Berita yang diterima di FB. Al-Fatihah

Persebaya Perlu Bantuan Secepatnya



Sharing Artikel dari GilaBola.Com untuk sobat di Indonesia.

Berlaga di gelaran akbar sekelas Indonesia Super League (ISL), setiap tim wajib mengerahkan semua kemampuan mereka yang terbaik. Kelemahan sekecil apapun wajib sesegera mungkin diatasi bila tidak ingin cepat tersingkir dari peta persaingan. Saat ini Persebaya perlu bantuan secepatnya dalam atasi masalah mereka.

Ya, Persebaya pelasn tapi pasti akhirnya mulai merasakan efek dari banyaknya pemain yang dicoret pada paruh pertama ISL. Hingga kini, Persebaya masih belum bisa mendapatkan pemain baru. Artinya hal Ini membuat Bajul Ijo terancam krisis pemain.

Persebaya tinggal memiliki 21 pemain, termasuk tiga diantaranya penjaga gawang. Kondisi ini dirasa pelatih Persebaya Rahmad Darmawan tidak ideal, terlebih beberapa kondisi pemain diantaranya sedang tidak fit. Ia pun harus bekerja keras, mencari solusi terhadap tim asuhannya.

“Lawan Persipura kemarin, kami tinggal memiliki 15 pemain yang kondisinya benar-benar fit. Ada beberapa pemain yang masih cedera, dan kondisinya hanya 85 persen terpaksa saya turunkan. Salah satunya Manahati [Lestusen],” ujar Rahmad Darmawan.

RD ingin manajemen segera melakukan penambahan pemain, terlebih mereka masih menyisakan delapan laga di fase penyisihan Indonesia Super League (ISL) 2014 wilayah timur, yang harus dirampungkan.

“Pemain Asia [Agu Casmir] sudah dilepas. Kemarin, kami dikatakan tidak efektif untuk pemain asing. Tapi sekarang, tak bisa dipungkiri bila kami membutuhkan tambahan pemain dalam situasi seperti ini.”

Saat ini Persebaya sedang menunggu kedatangan pemain asing baru, yang dijadwalkan bergabung pada akhir Mei 2014. Issac Poppo sangat diharapkan datang tepat waktu guna menambal posisi kosong yang ditinggalkan Julio Caesar Larrea Flores.

Susahnya, Yannick Salem-Louniangou asal Kongo yang sempat ikut seleksi dianggap tidak sesuai dengan harapan dan kebutuhan. Sementara Bajul Ijo bakal kembali melanjutkan laga di pentas ISl musim ini dengan tandang ke Papua menghadapi Perseru Serui, Sabtu (31/05/2014).

“Sampai sekarang, kami juga butuh tambahan pemain baru. Dan, proses pencarian itu ternyata tidak mudah,” sambut Direktur Olahraga Persebaya, Dhimam Abror Djuraid.

Abror menjelaskan, pihaknya kesulitan untuk mendatangkan pemain baru. Demi memenuhi kuota, pihaknya tidak menutup kemungkinan, untuk menjajaki membidik para pemain lokal.

“Beberapa kali kami mencari pemain baru, tapi juga tak cocok. Kami juga krisis pemain di lapangan tengah. Karena itu, kami akan cari gelandang lokal berkualitas,” pungkasnya.

Atlet Basikal Negara Kimberly Yap Cedera Kemalangan


Atlet Basikal Kimberly Yap Negara Cedera Kemalangan

Atlet Triathlon sukan SEA 2005 yang juga pemenang pingat emas semasa kejohanan itu dilanda kecelakaan ketika sesi latihan pagi tadi. Untuk berita penuh sila rujuk artikel dari BH Online ini.

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas triathlon Sukan Sea 2005, Kimberly Yap, cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika menjalani latihan berbasikal di Penchala Link, di sini, pagi tadi.

Timbalan Presiden Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, ketika mengesahkan perkara itu berkata, Yap dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


Naim berkata, laporan imbasan CT menunjukkan tiada kecederaan teruk pada bahagian organ dalaman.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, Yap yang sedang berbasikal dirempuh dari belakang oleh Toyota Harrier.

Remaja 14 Tahun Di Rogol 34 Lelaki Di Kelantan

 
                      

Remaja 14 Tahun Di Rogol 34 Lelaki Di Kelantan

Malang.Itulah yang dapat digambarkan atas kejadian seorang remaja yang di dakwa di rogol oleh lebih 30 orang lelaki. Kita baca artikel penuh dari Mstar di bawah ini.( Gambar Hiasan )

Ketereh : Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang keluar untuk bertemu rakan perempuannya dipercayai menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh lebih 30 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan pada malam Selasa lalu.

Sumber polis berkata, seorang rakan telah meminta pelajar Tingkatan 2 dari Guchil, Kuala Krai itu untuk mengambilnya di Ketereh.

Mangsa kemudiannya menghubungi rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai.

Sumber berkata, selepas mengambil rakan mangsa di Ketereh, sahabat lelakinya membawa mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.

Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.

Selepas itu, sekurang-kurangnya 40 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Tidak dapat dipastikan sama ada rakan mangsa turut dirogol kerana dia belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden itu.

Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit dibahagian kemaluannya.

Menurut sumber, mangsa yang takut untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai insiden itu, tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei lalu.

Selepas itu barulah mangsa memaklumkan kepada bapanya di Kuala Krai mengenai insiden tersebut.

“Apabila di pulang ke rumah pada Ahad, mangsa dibawa ke hospital Kuala Krai kerana kemaluanya mengalami pendarahan yang teruk,” kata sumber.

Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai insiden tersebut pada hari yang sama.

Sumber berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Kesilapan Besar Wartawan dan Editor Akhbar




Kesilapan Besar Wartawan dan Editor Akhbar



Mungkin salah cetak. Itulah yang bermain di fikiran aku bila nampak gambar kedudukan pingat SUKMA Perlis yang dikongsi di media sosial.


Mungkin juga gambar tersebut di edit. Tidak dinyatakan akhbar manakah yang melakukan kesilapan ini. Jika satu bendera dan nama negeri tersilap mungkin boleh dimaafkan tetapi ini melibatkan 3 hingga 4 yang silap.

Sebelum ini juga isu membabitkan akhbar tempatan yang "crop" gambar dari internet dan edit untuk digunakan dalam berita mereka.

Aku malas nak menaip lagi korang tengok sendiri apa yang silap pada carta kedudukan pingat SUKMA Perlis itu. Wartawan dan editor akhbar yang berkenaan yang yang sewaktu dengan nya perlu la ambil ikhtibar dari kejadian ini.

KJ Punca Malaysia Kalah Piala Thomas Kata Tok Moh

 

KJ Punca Malaysia Kalah Piala Thomas Kata Tok Moh

Tak habis lagi Tok Moh kita buat statement untuk Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin ( KJ ). Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan kenyataan Tok Moh yang ingin menampar KJ seperti beliau lakukan menampar seekor buaya.

Baru-baru ini skuad Malaysia kecundang di tangan Jepun di perlawanan akhir Piala Thomas dan Tok Moh membuat kenyataan bahawa KJ adalah punca kepada kekalahan itu.

Antara kenyataan yang Tok Moh buat adalah seperti “Dia mengata, kemudiannya memuji.

“Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya.


Tok MOh juga mahu KJ bertanggungjawab dan menyuruh KJ untuk meletak jawatan sebagai menteri. Macam-macam la Tok Moh ni ;-)



Makan Coklat Cadbury Umat Islam Tidak Perlu Tukar Darah - Dr MAZA

 

Makan Coklat Cadbury Umat Islam Tidak Perlu Tukar Darah - Dr MAZA

Ada isu semalam di mana ada NGO secara terangan di media massa mengeluarkan statement dan dan menunjukkan kekecewaan ditipu oleh Cadbury selama ini.

Sehingga ada yang mengeluarkan statement berkenaan bagaimana dengan darah umat islam yang makan coklat cadbury sebelum-sebelum ini.Perlu ke cadbury bertanggung jawab untuk tukar darah mereka semua.

Jadi Dr MAZA melalu FB beliau ada respons terhadap situasi yang lebih kurang aku ceritakan di atas jadi kita baca dan fahami.

"Membantah Cadbury itu sesuatu yang bagus sebagai hak pengguna yang tidak boleh diperdayakan. Namun, berlebihan dalam hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain adalah merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama. 

Islam itu tidak merepek dan menyusahkan seperti demikian rupa. Sesiapa yang termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya.

Malangnya, dalam masa yang sama kita tidak pula bising habis-habisan dalam perkara yang jelas haram seperti riba, korupsi, judi, salah guna harta awam dan seumpamanya.


Inilah fahaman Islam yang hanya terasa 'haram babi, tapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar dari babi."

10 Aplikasi I Phone Buat Anda Jadi Bijak

 

10 Aplikasi I Phone Buat Anda Jadi Bijak

Di petik dari website Womanitely berikut adalah 10 Aplikasi I phone yang membuatkan anda jadi bijak. Bukan install install je anda akan terus jadi bijak tetapi jika anda berjaya menyelesaikan permainan-permainan yang menguji minda ia sedikit sebanyak akan mengasah minda kita.

Ada juga aplikasi yang mengongsi fakta-fakta dan ilmu-ilmu. Begitu juga applikasi yang membolehkan kita belajar bahasa Sepanyol.

1. NYTimes Crosswords
2. Lumosity
3. 7 Little words
4. Owl
5.  Duolingo
6. Quora
7. Geo Reader
8. HowStuffWorks
9. Simplephysics
10. Charge Your Brain

Jadi pengguna i phone semua. Boleh la usha-usha applikasi ini dan download.


Tentera Maut Kejadian Tembak Di Lahad Datu



 Ihsan Metro

Tentera Maut Kejadian Tembak Di Lahad Datu

Terkejut bila dengar berita ini. Ingatkan ada pencerobohan dari kerajaan Sulu lagi macam yang berlaku dulu.Rupa-rupanya ada sedikit pertelingkahan antara 2 orang tentera.

Untuk berita penuh kita rujuk artikel dari HM ini.

Lahad Datu: Seorang anggota tentera maut manakala tiga parah selepas seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melepaskan beberapa das tembakan di bandar ini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, tiga yang parah adalah seorang anggota komando ATM dan dua orang awam.

Dua orang awam yang cedera di kaki dan bahu adalah pekerja pusat hiburan.

Semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika kejadian tiga anggota tentera ini dipercayai bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan.


Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua mangsa masih menerima rawatan di hospital.

EU calls on Russia to help end fighting in Ukraine

EU calls on Russia to help end fighting in Ukraine

BRUSSELS (AP) — European Union leaders on Tuesday hailed the presidential election in Ukraine and called on Vladimir Putin's Russia to do what it can to end the fighting in the country's east.

Leaders of the 28 EU countries, meeting in Brussels, said they expect Russia to cooperate with Ukraine's "newly elected and legitimate president," Petro Poroshenko, winner of Sunday's elections.

If Moscow doesn't cooperate or fails to help halt the fighting, it could face stiffer economic sanctions, French President Francois Hollande said.

"President Putin must now not only respect the (election) outcome but also recognize the Ukraine president and make sure there is a de-escalation, which is expected and possible today," Hollande said.

In a statement, the EU heads of state and government said that as a priority, Russia should prevent separatists and weapons from crossing the border into Ukraine. Russian troops should also continue to withdraw from areas near Ukraine, where NATO has said they have been exerting a coercive influence, the leaders said.

"We encourage the Russian Federation to enter into a frank and open dialogue" with Ukraine's government, the leaders said.

The EU and Russia have been at odds over Ukraine for months. The refusal of its former elected president to enter into an association agreement with the trade bloc and opt instead for closer ties with the Kremlin sparked large protests that drove him from office, and set the stage for Russia's unilateral annexation of Crimea.

The EU has imposed limited asset freezes and visas bans on people linked to the Crimea takeover and the pro-Russian revolt in Ukraine's east. Hollande said tougher measures could be imposed by the West based on Moscow's future actions.

"The threats of sanctions are still there," Hollande told a news conference. He noted he had invited Putin to visit France on June 6, the 70th anniversary of the D-Day landings, and said, "at that time we will hold talks."

In their statement, the EU leaders pledged continued assistance to Ukraine, and said they were looking forward to "working closely" with Poroshenko. But they said Ukraine must do more to fight corruption, reform the judiciary and police and improve the business climate.

To help Ukraine, the European Union has already disbursed the first installment of macro-financial assistance totaling 1.61 billion euros ($2.2 billion). On Tuesday, the EU's executive arm recommended a further step toward ultimately allowing visa-free travel by Ukrainian citizens.-Yahoo News-


Tuesday, May 27, 2014

Senarai Akhir Nama Pemain Hoki Piala Dunia Malaysia 2014


Senarai Akhir Nama Pemain Hoki Piala Dunia Malaysia 2014

Berikut adalah senarai penuh 18 pemain Malaysia yang akan membawa cabaran dalam kejohanan Piala Dunia 2014.

Hoki Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Hague , Belanda bermula 31 Mei 2014 sehingga 15 Jun 2014. Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama Australia , England , Belgium , India dan Sepanyol.

Pasukan Hoki Piala Dunia 2014 ini dibarisi oleh campuran pemain senior dan muda.

SENARAI PEMAIN MALAYSIA


1- Roslan Jamaludin
2- Kevin Frederick Lim
3- Muhammad Marhan
4- Mohd Fitri
5- Hafifi Hafiz
6- Faizal Saari
7- Mohd Shahrun Nabil
8- Mohamad Shukri
9- Muhamad Firhan
10- Azlan Misron
11- Nabil Fiqri
12- Kumar Subramaniam
13- Muhammad Razie
14- Faiz Helmi
15- Tengku Ahmad Tajudin
16- Muhammad Shahril
17- Muhammad Ramadahan
18- Ismail Abu


SUMBER

Sinopsis Rindu Awak 200%


Sinopsis Rindu Awak 200%

Berikut adalah sinopsis bagi cerita yang akan ditayangkan di slot akasia TV3. Dijangkan cerita ini akan ditayangkan sekitar Julai 2014. Tahniah kepada Liyana kerana novel beliau digunakan untuk diadaptasikan menjadi drama tv.

Sinopsis: 


Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?


Penulis: Liyana Zahim

Profil Izuan Ibrahim

Profil Izuan Ibrahim

Tiba-tiba nama Izuan Ibrahim meniti dibibir rakyat Malaysia. Jika kita dengar secara tiba-tiba pertama kali pasti kita tidak akan mengendahkan nama tersebut.

Tetapi ini semua terjadi selepas Jepun yang bukan kuasa Badminton dunia berjaya menewaskan Malaysia dalam perlawanan akhir Piala Thomas 2014. Izuan Ibrahim adalah jurulatih bagi pasukan badminton remaja Jepun. Perseorangan lelaki kedua Jepun  iaitu Momota yang menang menewaskan Chong Wei Fen adalah salah seorang pemain yang digilap oleh Izuan Ibrahim.

Profil Izuan Ibrahim

Nama : Izuan Ibrahim

Tarikh Lahir : 27 Oktober 1984

Umur : 30 Tahun

Status : Berkahwin

Asal : Kelantan

Kerjaya : Junior Coach, Nihong Badminton Association Japan

Sumber : FB Izuan Ibrahim

Monday, May 26, 2014

Khidmat Guaman Percuma Saman Cadbury RM100 Juta

 

Khidmat Guaman Percuma Saman Cadbury RM100 Juta

AMPANG JAYA: Beberapa NGO telah menyeru rakyat Malaysia untuk tampil untuk membantu dalam usaha meyaman syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd yang baru-baru ini menarik balik dua produk yang dikesan mengandungi DNA babi iaitu porcine.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan SUKAGUAM hari ini berkata pihak mereka akan membantu orang ramai secara percuma untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM100juta daripada syarikat coklat tersebut di makhamah.

"Bagi kalangan masyarakat Islam di Malaysia ia merupakan satu penghinaan yang amat dahsyat sekali, satu penipuan yang sangat jahat dan harus dibendung supaya menjadi satu pengajaran kepada mana-mana syarikat yang sengaja mahu menghancurkan umat Islam secara halus dari segi pemakanan halal," kata presiden JMM Azwanddin Hamzah hari ini.

"Syarikat itu tidak sepatutnya mengeluarkan produk tersebut di pasaran Malaysia apatah lagi di dalam syarikat tersebut terdiri dari orang Islam dan juga sengaja menganiaya pekerja Islam di dalam organisasi mereka," katanya.

Sementara itu, peguam untuk kedua-dua NGO itu berkata tindakan untuk menyaman Cadbury mungkin akan menggunakan Akta Perlindungan Pengguna dan saman atas kecuaian syarikat tersebut.

Pada masa kini, sudah ada 50 orang yang telah tampil untuk memberi keterangan atas pembelian coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813M01H I2 tarikh luput November 13, 2014; dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013N01R I1 tarikh luput Januari 15, 2015.

"Kamu perlu hormati majoriti, iaitu Melayu Muslim di negara ini. Ini langsung tiada sensitiviti kaum. Kalau tidak halal, cakap saja. Kenapa mahu tipu. Dah berapa ramai bapa-bapa yang sudah bagi anak mereka makan, termasuk saya," kata Azwanddin.

Azwanddin berkata jikalau Cadbury tidak dapat membayar ganti rugi yang sesuai, ia patut tutup kedai dan keluar dari Malaysia.

Azwanddin juga berkata pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) serta Kementerian Kesihatan juga perlu bertanggungjawab atas kontroversi ini.

"Saya hairan bagaimana boleh berlaku. Saya tidak mahu menuduh tetapi kemungkinan ada ketirisan berlaku oleh kedua-dua agensi ini, ataupun melibatkan salahguna kuasa. Ini perlu disiasat," katanya.

Menurut Azwanddin, JMM juga telah menerima maklumat bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 syarikat lain yang disyaki juga membuat perkara yang sama. Senarai itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.-AWANI-


Relevan Sokmo

Gambar Coklat Langkawi Positif Ujian DNA Khinzir

Gambar Coklat Langkawi Positif Ujian DNA Khinzir

Selepas pendedahan berkenaan coklat cadbury yang mengandungi DNA babi "porcine" di media sosial kini terdedah beberapa coklat yang popular dan dijual di Langkawi positif ujian dan dikesan mengandungi DNA babi "porcine"

Jika dilihat dari gambar dan pengeluar memang coklat ini tiada sijil halal Malaysia. Jadi bagi penggemar coklat terutama nya yang selalu membeli coklat "duty free" di Langkawi berhati-hatilah ketika membeli.

Jadi anda rujuk sahaja gambar yang aku dapat dari FB ini.

15 Produk Coklat Cadbury Ada DNA Babi?

 

15 Produk Coklat Cadbury Ada DNA Babi?

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) babi namun belum didedahkan KKM kepada umum.

“Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi.

Dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA babi, kenapa masih dirahsiakan?” katanya, semalam.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011.

“Insya-Allah Selasa ini (esok) kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia.

“Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA babi kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali.

Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.

“Isu ini seolah-olah didiamkan.

Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan.-Metro Online-

Gambar Kereta Yang Langgar Polis Hingga Mati Dibakar

Gambar Kereta Yang Langgar Polis Hingga Mati Dibakar

Ini adalah gambar kereta yang melanggar hingga mati seorang polis di Parit Buntar tengah hari tadi. Untuk berita lanjut anda boleh rujuk artikel daripada BH Online di bawah.

TASEK GELUGOR: Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang digunakan untuk menyamun van rokok di Parit Buntar, Perak, tengah hari tadi ditemui dibakar di kawasan kebun pisang di antara Lunas dan Ara Kuda, di sini, sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan mengenai penemuan kenderaan itu.

Setakat ini, unit forensik polis serta bomba dan penyelamat masih berada tempat kejadian.

Kejadian samun di Parit Buntar itu menyebabkan seorang anggota polis dari Balai Batu Kurau maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu rakan penjenayah yang menaiki Toyota Wish berkenaan, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Polis Maut Dirempuh Penjenayah



Polis Maut Dirempuh Penjenayah

Penjenayah memang tidak berhati perut dan sanggup lakukan apa sahaja asal mereka dapat melarikan diri dari ditangkap oleh pihak berkuasa. Itulah yang terjadi kepada seorang anggota Polis di Perak. Ikuti berita penuh yang dipetik dari BH

PARIT BUNTAR: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini jam 1 petang tadi.

Sumber polis berkata, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.


"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain dipercayai jenis Honda Civic yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke dalam parit.


"Anggota polis itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan manakala rakan setugasnya parah dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya.

Beliau berkata, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang dijalankan.

"Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke Jalan Alor Pongsu," katanya.

Sunday, May 25, 2014

Jepun Juara Piala Thomas 2014

 

Penuh mendebarkan dan dramatik itulah yang dapat digambarkan dalam perlawanan akhir Piala Thomas diantara Malaysia dan Jepun sebentar tadi.

Sememangnya masih belum ada rezeki untuk pasukan Malaysia untuk membawa Piala Thomas ke Malaysia pada tahun ini.

Jepun telah dinobatkan sebagai Juara Piala Thomas 2014 dan ia merupakan kemenangan bersejarah kerana Jepun memenangi Piala Thomas ini untuk pertama kali.

Apa pun tahniah untuk pasukan Malaysia kerana tidak mudah memberi kemenangan kepada Jepun. Selepas ini jangan lupa untuk sokong pasukan hoki Malaysia di World Cup.

Coklat Cadbury Ada DNA Babi

 
Memang mengejutkan.Itulah yang boleh dikatakan dengan apa yang terjadi semalam.Kementerian Kesihatan melalui kenyataan media dua muka surat menyatakan yang dua produk coklat berjenama Cadbury mengandungi "porcine" iaitu sejenis bahan yang berasaskan babi.

Cadbury siapa yang tidak pernah makan coklatnya.Jenama ini memang sudah lama di Malaysia.

Tetapi bagaimanakah perkara ini boleh terjadi. Dua produk tersebut memang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.Yang lebih mengejutkan produk tersebut mendapat pengesahan halal.

Memang selepas ini aku tidak akan menyentuh lagi produk yang berjenama Cadbury.Sekali pun hanya dua produk sahaja yang terlibat tetapi harus diingat yang proses produk lain juga menggunakan mesin yang sama dan bahan tersebut telah pun bercampur dalam bekas-bekas yang digunakan.