Thursday, February 27, 2014

BR1M 2015 Ditambah RM 300 Lagi


Wah ini berita baik bagi semua yang telah menerima BRIM 2014. Untuk berita penuh korang boleh rujuk berita di bawah ini :

BR1M 4.0 Ditambah RM300 Pada 2015 

Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas yang menyaksikan bayaran tambahan RM300 kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini bermakna jika penerima sekarang menerima RM650, RM450 dan RM250, pada 2015 wang bantuan itu akan meningkat kepada RM950, RM750 dan RM550.





Pemberian wang tambahan itu telah dimuktamadkan semasa Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Wang sebanyak RM300 ini adalah bantuan khas berikutan pelaksanaan GST," katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, rang undang-undang berhubung akta GST akan dibentangkan di Parlimen pada Mac ini oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah.

"Rang undang-undang itu dijangka didebat dan diharap selesai pada Mac ini supaya Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) juga dapat dimansuhkan menjelang pelaksanaan GST.

"Pemansuhan SST itu melibat cukai jualan 5.0 peratus dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6.0 peratus," katanya.

Setakat ini undang-undang berkenaan masih dalam penelitian peringkat akhir oleh Peguam Negara. - MalaysiaGazette


SUMBER

Kisah sebenar mayat dibalut kain kafan ditinggal di tepi jalan



Penemuan satu mayat lelaki dalam keadaan berbungkus dengan kain cadar di tepi Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak semalam menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Superintendan Azman Abd. Lah, mayat yang dipercayai warga asing itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu sekitar jam 8.45 pagi.

"Ketika ditemui, mayat itu dibungkus dengan sehelai cadar bercorak bunga warna ungu cair. Bahagian kepala dan kaki mayat itu diikat seolah-olah sudah dikafankan."

Tambah Azman, berdasarkan kepada mayat yang masih sempurna dengan hanya mulut berbuih, mangsa mungkin baru meninggal dunia semasa ditemui pagi tadi.




"Polis tidak menolak kemungkinan, lelaki itu mati di tempat lain tetapi mayatnya diletakkan di situ. Polis juga tidak menemui sebarang dokumen bersama mayat tersebut."

Azman turut memberitahu, pemeriksaan polis pada mayat yang tidak memakai pakaian itu tidak menemui kesan kecederaan di badan mangsa.

Justeru, polis setakat ini mengklasifikasi kematian mangsa sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.


SUMBER

Pemain Bola Sepak Jadi Menteri


Peminat-peminat AC Milan dan mereka yang mengikuti perkembangan Sirie A Itali sudah pasti kenal dengan Kakha Kaladze. Pemain pertahanan yang cukup kental. Sezaman dengan Inzaghi, Maldini dan Nesta.

Sekarang beliau tidak lagi bermain bola sepak. Di umur 36 tahun beliau sekarang adalah seorang menteri. Beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Georgia.



Kira nya beliau menjawat jawatan yang tinggi dalam negara beliau.

Siapa sangka bekas pemain bola sepak puun boleh jadi menteri kan.



Download Borang Rumah Mesra Rakyat ( RMR )


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) yang bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara.

SPNB bertanggungjawab melaksanakan Program Rumah Mampu Milik (RMM) dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk memastikan golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman yang mampu dimiliki, Agensi Pelaksana Program Pemulihan Projek perumahan yang telah terbengkalai, Program Kuarters Kerajaan melalui Syarikat Usahasama SPNB-LTAT Sdn. Bhd. (USL) untuk pelbagai agensi dan badan kerajaan dan Program Perumahan Khas seperti Program Perumahan Rakyat (PPR), perumahan mangsa tsunami di Malaysia dan Acheh serta penempatan semula kawasan berisiko banjir sepertimana yang telah diarahkan oleh Kementerian Kewangan.




Menerusi program ini, SPNB akan membina rumah kediaman di tapak atau lot tanah milikan anda, dengan pembiayaan ditanggung menerusi pinjaman bank, serta mendapat potongan khas bagi kadar faedah pinjaman bank iaitu sebanyak 2%, yang akan ditanggung kerajaan. Malah, pembinaan rumah anda akan diberikan subsidi sebanyak RM20,000.

Untuk mendapatkan pembiayaan yang menarik ini, anda perlu membuat permohonan kepada SPNB, dan untuk itu, saya telah menyediakan anda muat turun percuma borang permohonan RMR1M ini. Saya tahu ramai yang telah mendapatkan manual, tetapi masih gagal untuk mendapatkan borang yang dimaksudkan.

Untuk download sila klik pautan : INI

Skim Rumah Pertamaku ( SRP )




Skim Rumah Pertamaku (SRP) –Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.





Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar telah ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

Maklumat Lanjut >>>> SINI

Status FB Awek Bertudung Yang Lucah



Semalam aku di tag dalam FB berkaitan hal ini. Terkejut la kan bila baca status tu. Dah la profile picture gambar bertudung. Pasti ia mengundang seribu satu pertanyaan lebih-lebih lagi kepada yang tidak mengenali siapa sebenarnya empunya diri.

Aku nak tulis pun rasa tak sanggup kat sini status tu. Apa kata korang google la sendiri. Nanti tau la jawapannya.



Bagi pendapat aku tak mungkin gadis tersebut sanggup up status sebegitu. Sebab sekarang ini banyak sangat benda yang fake kat FB tu. Contoh sebelum ini seperti Fatiha Hakema budak UMP dulu. Upload gambar tak senonoh rupa-rupanya ex bf dia yang buat.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk gadis tersebut. Mungkin gambar dia telah digunakan atau akaun FB dia telah di hack. Tetapi jika benar dia yang up status tersebut mari kita sama-sama harap gadis tersebut dapat berubah dan berhati-hati sebelum update status.

p/s :macam-macam hal sekarang ni

Air Asia Free Seats



Korang yang suka travel ini ada peluang baik untuk anda. Bermula 24 Februari 2014 sehingga 2 Mac 2014 korang boleh menempah free seats di Air Asia. Tetapi untuk penerbangan 1 Oktober 2014 hingga 30 April 2015. Ini untuk penerbangan domectik dan juga antarabangsa.

Jadi apa tunggu lagi. Dah boleh dah tu rancang-rancang nak holiday kat mana. 
 


Cepat sebelum terlambat sebab free seats ini boleh habis bila-bila masa je. Maklum sahaja lah benda free kan.Sebelum booking baca T&C dulu ya.

Untuk menempah sila ke SINI

p/s : good luck


Wednesday, February 26, 2014

Jadual Pengagihan Bekalan Air di Selangor & Kuala Lumpur


Jadual pengagihan berdasarkan konsep pembekalan air: dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air.

Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.

Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.





   
Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.

Jika gambar tidak jelas sila download di : SINI



SUMBER : SYABAS

Info Keluarga : Pengaruh Ayah Terhadap Anak

Sumber : Pa & Ma Karangkraf
Oleh : Hasnita

Tanggungjawabnya sangat besar dalam sebuah rumahtangga. Dialah ketua keluarga, dialah pencari nafkah dan dialah tempat rujukan isteri dan anak-anak. Jika dulu, ibu sering dijadikan sebagai tempat anak-anak mendapatkan belaian kasih sayang, sentuhan, makan dan minum serta tempat mengadu, sementara ayah pula tempat anak-anak meminta perkara material sahaja.

Namun, zaman sekarang ramai ibu turut sibuk bekerja di luar rumah, jadi peranan ayah dalam mempengaruhi tumbesaran anak sama dengan ibu. Anak-anak sekarang sudah tidak janggal lagi untuk bermanja dengan ayah.Tidak takut lagi untuk bergurau senda dan bermesra dengan ayah.

Sememangnya hubungan anak dan ayah memainkan peranan penting membentuk perilaku dan karektor anak. Biasanya anak menjadikan si ayah sebagai hero mereka. Segala kelakuan dan gaya si ayah menjadi contoh ikutan anak terutama anak lelaki. Sementara anak perempuan pula menyanjung tinggi ayah mereka sebagai lelaki pujaan.

Hubungan tersebut boleh dibentuk sejak dari dalam kandungan lagi. Seorang ayah sepatutnya mula melibatkan diri dengan anaknya sejak si anak masih dalam rahim ibu. Sentuhan, belaian dan kata-kata yang diucapkan oleh ayah didengari oleh anak.





   
Bahkan suara pertama ayah yang memperdengarkan azan di telinga anak sebaik dilahirkan turut membantu jalinan hubungan kasih sayang antara anak dan ayah.  Bahkan penglibatan ayah yang turut mengendalikan bayinya seperti menukar lampin, memandikan, memakaikan baju, bermain mempunyai kekuatan tersendiri.

Ia memberi kesan positif dalam perkembangan anak. Semakin banyak penglibatan ayah dalam pengasuhan anak, semakin baik kesannya kepada perkembangan anak. Antaranya, ia turut membuat anak lebih bijak dan cemerlang dalam bidang akademiknya kelak, mengurangkan masalah kelakuan negative anak dan memupuk tabiat pemakanan yang sihat.

Oleh itu, janganlah menganggap tugas mengasuh dan mengendalikan anak hanya terletak di bahu seorang ibu sahaja. Pengaruh ayah tidak kurang hebat dalam membentuk anak-anak yang positif akhlak dan perilakunya. Selain ibu, anak-anak juga memerlukan sentuhan ayah mereka untuk membesar dengan cemerlang.


p/s : aku sebagai seorang papa akan cuba yang terbaik untuk anak aku

PR1MA tiada tarikh tutup


Disebabkan satu SMS atau Whatapps yang tersebar di laman-laman sosial mengatakan PR1MA ( Perumahan Rakyat 1 Malaysia ) akan di tutup permohonannya pada 28/2/2014.

Jadi berduyun-duyun lah rakyat Malaysia yang cuba untuk mendaftar tetapi dengan kenaikan trafik tinggi menyebabkan laman web PR1MA bermasalah.




   
Jadi kita baca kenyataan PR1MA bagi kes tersebut.


Untuk daftar : SINI

Kisah Posmen Yang Mulia


Terbaca di FB pagi tadi. Jadi aku kongsikan untuk teladan semua. Benda baik patut kita jadikan teladan. Jika semua rakyat Malaysia macam ni pasti negara kita bukan sahaja aman tetapi senang untuk maju.




   
Semoga segala urusan brother ini dipermudahkan.

Lirik Lagu Si Katak - Mark Adam


Jom layan lagu terbaru dari Mark Adam ni : 

 Setiap pagi aku sembunyikan diri
 Takut takut kau ternampak
 Mukaku yang macam katak
 Sakitnya, aduh sakit kepala

 Malamku igau, siangku angau
 Imaginasi meracau
 Konon tak nak diriku dikacau
 Sakitnya, aduh sakit kepala
 Ku cari beribu alasan

 Supaya tak berjumpa
 Tetapi semua tak jadi
 Engkau ada sana ada sini
 Didudadidu, kawan kawan tolong aku
 Aku nyaris jadi gila





   
 Dan tak tahu macam mana
 Sakitnya, aduh sakit kepala
 Ku cari beribu alasan
 Supaya tak berjumpa
 Tetapi semua tak jadi

 Engkau ada sana ada sini
 Didudadidu, kawan kawan tolong aku
 Aku nyaris jadi gila
 Dan tak tahu macam mana

 Sakitnya, aduh sakit kepala
 Engkau cantik dan lawa
 Aduh, sakit kepala...



Amah Sembelih Anak Majikan



 Foto : Asyraf Hamzah

Kejam dan sungguh tragis apabila mendapat tahu berita ini malam tadi. Tergamak amah tersebut melakukan perkara sedemikian. Jadi untuk berita lanjut anda boleh rujuk berita dari sinar harian di bawah ini :

SUNGAI BULOH - Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh dua anak majikannya dengan mengelar leher mangsa sebelum membunuh diri, di Taman Sri Putra, dekat sini, petang semalam.

Kanak-kanak malang itu berusia 5 dan 1 tahun 6 bulan serta suspek ditemui meninggal dunia di tempat kejadian.

Warga Indonesia dikenali sebagai Agnes umur lingkungan 30an ditemui bersama Melvin Selvan Joseph, 5, di bilik tingkat bawah.

Manakala adiknya, Kuay Jia Hong ditemui di tingkat atas.





   
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang mengesahkan kes sebagai bunuh dan bunuh diri.

"Ketika ditemui, semua mangsa ada kesan kelar di leher.

"Pihak polis  turut menemui dua bilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, keluarga mangsa hanya menyedari kejadian selepas pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.


p/s : mengerikan betul kes ni

Tuesday, February 25, 2014

Live Streaming Yangon United vs Kelantan, Feb 26 2014




Hari ini bermula lah persaingan piala AFC untuk pasukan dari negara kita iaitu Kelantan dan juga Selangor. Perlawanan Kelantan menentang Yangon United akan berlangsung kira-kira pukul 5 waktu negara kita. Dan perlawanan Selangor menentang Arema Malang jam 8.45 malam.

Jadi untuk peminat TRW di sini aku kongsikan korang link untuk menyaksikan perlawanan Yangon vs Kelantan.



Harap korang terhibur dan dapat menyaksikan nya.


p/s : kami hanya kongsikan link sahaja sebarang masalah teknikal tiada kena dengan kami

Download Borang Tuntutan i-BRIM & Maklumat Terperinci i-BRIM

 

Apakah i-BR1M?

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful. 

Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M?

Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.

Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M?

Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut
 Klik untuk imej lebih jelas

Berikut adalah manfaat I-BR1M 2014;

1) Pampasan Kematian Bukan Akibat Kemalangan  - RM 1,000.00
2) Pampasan Kematian Akibat Kemalangan - RM 30,000.00
3) Pampasan Akibat Hilang Upaya Kekal (PD) - RM 30,000.00
Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat?

Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:
 



Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my 
Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my 
Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian :

Pengendali Takaful

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd (www.takaful.hsbcamanah.com.my)  Prudential BSN Takaful Berhad (www.prubsn.com.my)
AmFamily Takaful Berhad (www.amtakaful.com.my)    
Sun Life Malaysia Takaful Berhad (www.sunlifemalaysia.com)
Etiqa Takaful Berhad (www.etiqa.com.my)    
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (www.takaful-malaysia.com)
Great Eastern Takaful Bhd (www.i-great.com)    
Hong Leong MSIG Takaful Berhad (www.hlmsigtakaful.com.my)
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (www.takaful-ikhlas.com.my)    
MAA Takaful Berhad (www.maatakaful.com.my)


Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Klik untuk imej lebih jelas



Bilakah tuntutan akan dibayar?

Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M seperti berikut:

Hotline: 03-2716 2716

Emel: i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my
Maklumat lanjut : i-BRIM Portal 
Download Borang : Borang Tuntutan Insurans 







 

Cara Semak Keputusan SPM 2013 Melalui Online




Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online.

Penerangan cara penggunaan adalah :

1) Semakan secara online :Klik sini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4) klik butang Semak Laporan.





Cara Semak Keputusan SPM 2013 Melalui SMS



Zaman serba canggih dan berubah. Pelajar zaman ini tidak lagi seperti dahulu. Semua di hujung jari. Jadi di sini aku kongsikan cara-cara semakan melalui SMS untuk keputusan SPM 2013.

Cara-caranya adalah seperti berikut :-

- Semakan SMS: Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

- Contoh: SPM 950909125151 BC001A040 hantar ke 15888




Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Kawasan Terlibat Catuan Air di Selangor & Kuala Lumpur



Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlaku sejak kebelakangan ini.



Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat. Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-


Dalam masa yang sama, sejumlah 83,084 pintu rumah di beberapa  kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan.  Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:-

Senarai lokasi Catuan air di Negeri Selangor:

WILAYAH HULU LANGAT
1. Bandar Tun Hussien Onn
2. Saujana Impian
JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378

WILAYAH KUALA LANGAT
1. Batu 7 ijangkang
2. Batu 8 Sijangkang
3. Batu 9 Sijangkang
4. Batu 9 Kg Medan
5. Batu 9 Kebun Bharu
6. Taman Desa Sijangkang
7. Taman Rivera Perdana
8. Taman Permai Sijangkang
9. Taman Sijangkang Indah
10. Taman Medan Indah
11. Taman Perwira
12. Taman Sijangkang Jaya
13. Taman Seri Medan
JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351

WILAYAH KUALA LUMPUR
1. Angsana Hilir
2. Ampang Hilir
3. Taman Pertama
4. Taman Bukit Pandan
5. Kg Pandan Luar
6. Kg Pandan Dalam
7. Taman Koperasi Polis
8. Taman Desa Baiduri
a. Jln Tenteram
b. Jln Yaakob Latif
9. Bandar Damai Perdana
10. Taman Damai Perdana
11. Taman Desa Cahaya
12. Taman Sri Bahagia
13. Taman Bukit Anggerik
14. Taman SPPK Bkt Cheras
15. Taman Orkid Desa
16. Taman Segar
a. Jalan Belimbing
17. Taman Billion
a. Jalan Setiabistari
18. Taman Supreme
a. Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12
19. Taman Cheras
a. Jalan Setiabudi
20. Taman Cheras Utama
a. Jalan Setiarasai
21. Taman Cheras Hartamas
a. Jalan Setiarayai
22. Taman Bkt Segar Jaya
a. Jalan Setiajaya
23. Bandar Baru Segar Utama
a. Jalan Medan Setia
24. Taman Damai Indah
a. Jalan Setiabakti
25. Taman Minang Ria
a. Jalan Setiakasih
26. Taman Bukit Angsana
a. Plaza Damansara
27. Taman Suria Jaya
a. Taman Seri Beringin
28. Taman Len Seng
29. Taman Desa Cheras
30. Taman Alam Damai
31. Taman Maluri
32. Taman Bukit Segar
33. Taman Bukit Segar Masera
34. Taman Tayton View
35. Taman Connaught
36. Pandan Prima
37. Taman Tenaga
38. Taman Ikan Emas
39. Sebahagian Bandar Tun Razak
a. Hospital UKM (HUKM)
40. Taman Midah
41. Taman Desa Aman
42. Taman Rajawali
43. Taman Cheras Makmur
44. Kg. Cheras Baru, Bukit A & B
45. Sebahagian Kawasan Damansara:
a. Jalan Segambir
JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826

WILAYAH HULU PETALING
1. Puchong Jaya
2. Pusat Bandar Puchong
3. Taman Wawasan
4. Kawasan Perindustrian Bandar Puchong
5. Taman Bukit Kuchai

p/s : harap semua tabah & sentiasa tadah air

Monday, February 24, 2014

Video Klip Katy Perry Hina Islam


Sesiapa yang dah tengok klip video Katy Perry? Aku pun baru tengok pagi tadi sebab ada seorang rakan blogger yang bagi tau terdapat satu penghinaan terhadap Islam dalam klip video tersebut.

Aku tak berapa pasti apa yang cuba disampaikan dalam video tersebut tetapi korang boleh lihat dengan jelas ada loket yang dipakai menggunakan kalimah Allah. ( rujuk gambar )



Dalam klip video yang bertajuk Dark Horse itu pada masa 1:15 terjadi nya gambar tersebut. Jadi dengan sedikit daya yang ada mari sama-sama kita. Report atau dislikes klip tersebut. Dark Horse

Jom semua sain petition supaya klip ini di remove dari you tube. Sain petition di SINI. Radio kat Malaysia pun patut banned lagu-lagu Katy Perry.



Rayuan BRIM 2014


Sudah pasti 21 dan 22 Februari 2014 merupakan tarikh yang akan diingati oleh pemhon BRIM 2014 yang berjaya kerana mereka telah mendapat wang BRIM mereka terus ke dalam akaun bank. Tetapi harus diingat mungkin ada juga dikalangan kita yang permohonan mereka ditolak. Tetapi tahukah anda yang permohonan yang ditolak boleh dibuat rayuan jika terdapat bukti yang sememang nya tuan puan layak untuk mendapat BRIM 2014.

Sebelum itu anda perlu semak status permohonan anda sama ada berjaya atau pun tidak di  Hotline BR1M : 1-800-88-2716 atau mana-mana pejabat LHDN berdekatan.



Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014


Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonan rayuan Br1M 3.0 2014 untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.


Pembayaran Br1M 3.0 2014 akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.

Cara Mendaftar Online Skim Perumahan PR1MA Malaysia


Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00

YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar.




PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.

Syarat memohon PR1MA :
 

Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa  permohonan dibuat.
Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

 

Nota:

Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.


Lihat Video untuk cara pendaftaran

Untuk daftar sila ke : SINI

Friday, February 21, 2014

Tarikh Bayaran BRIM 2014 20 Feb 2014



Jika diikutkan pengumuman kerajaan BRIM akan terus dikreditkan ke akaun pemohon yang layak bermula 22 Feb 2014 secara berperingkat. Tetapi bermula malam tadi ramai dah sahaba-sahabat phat yang update status mereka telah terima BRIM. ( Rujuk CIMB Clicks sahabat kita Shark )

Ingatkan mereka ni main-main tetapi ternyata semua itu adalah benar. Maka meriah lah newsfeed aku dengan perkataan BRIM tidak kurang juga yang hashtag #BRIM.



Mereka yang dilhat menerima BRIM ini adalah dikalangan pemohon bujang yang menerima RM300.00.

Mungkin kerajaan selesaikan pemohon bujang dahulu dan kemudian akan selesaikan pemohon yang telah bekeluarga.Di katakan juga mereka yang menggunakan bank CIMB, Bank Islam dan Hong Leong Bank telah menerima BRIM bermula malam tadi.

Korang yang dah terima atau belum BRIM boleh la tinggal kan komen di bawah ok.


10 Individu Paling Kaya Malaysia 2014


 Berikut adalah 10 individu terkaya di Malaysia :

1. Robert Kuok
2. T Ananda Krishnan
3. Tan Sri Teh Hong Piow
4. Tan Sri Quek Leng Chan
5. Tan Sri Lee Shin Cheng
6. Tan Sri Syed Mokhtar
7. Tan Sri Lim Kok Thay
8. Puan Sri Lee Kim Hua
9. Datuk Mokhzani
10. Tan Sri Azman Hashim



Thursday, February 20, 2014

Download Maklumat i-BRIM 2014


Seperti yang kita ketahui untuk BRIM 2014 setiap pemohon yang layak secara automatik telah mencarum untuk satu skim insurans yang dipanggil i-BRIM.



Jadi berikut adalah maklumat lengkap berkenaan i-BRIM. Juga boleh di download di SINI

TALIAN HOTLINE :

Insuran BR1M (i-BR1M) - 03-2716 2716







Ujian Memandu Kereta Automatik Laksana April

 

Selepas tertangguh hampir tiga tahun yang lalu, semalam Harian Metro melaporkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan ujian memandu kereta automatik dijangka bakal diimplementasikan bermula April ini. Ia selaras dengan pelaksanaan pengenalan silibus baharu memandu yang turut akan dilaksanakan dalam tempoh yang sama.


Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan ini sudah tertangguh sejak setahun yang lalu disebabkan masalah MySikap.
Melalui pengenalan ujian memandu dengan kereta automatik ini membolehkan orang ramai membuat pilihan, selain daripada transmisi manual. Ia juga sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.




Ia turut memberikan penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.
Walau bagaimanapun, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.


Sepatutnya ujian memandu menggunakan kereta automatik ini dilaksanakan pada Mei 2012 yang lalu. Namun pada awal Jun tahun yang sama, ia terpaksa ditangguhkan. Menurut Kementerian Pengangkutan (ketika mengumumkan penangguhan tersebut), ia disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.

 SUMBER

 

Pusat Tahfiz Amal, Yan Kedah Diarah Tutup


ALOR SETAR: Sebuah pusat Tahfiz Amal di Yan, Kedah telah diarahkan tutup oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bermula 10 Feb kerana menjalankan operasi tanpa pendaftaran.

Notis berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan JAIK sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Jan 2007, selepas ia didapati masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam meskipun tidak didaftarkan.

Pusat tahfiz yang terletak di Kilometer 17, Jalan Kuala Kedah itu dipercayai telah beroperasi sejak sekian lama dan mengeksploitasikan kanak-kanak bagi tujuan mengaut keuntungan.

Menurut Timbalan Pendaftar Sekolah-sekolah Agama JAIK, Mohd Fadil Ab Rahman, pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi arahan notis tutup itu dipatuhi.

"Pihak kami akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu," katanya.

Menerusi notis tersebut, beliau menyatakan arahan itu sudah dilaporkan kepada pihak polis dan pihaknya sedang menanti apakah bentuk tindakan yang boleh diambil jika mereka enggan mematuhi notis berkenaan.

Katanya, notis itu telah ditandatangani pengarah JAIK, Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah tahun 1988.




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau Ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab dan memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada Islam sebenar.

Selain itu, majlis fatwa turut meminta mana-mana kumpulan ataupun orang perseorangan yang berpegang dan mengamal tersebut dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.

Isu mengenai pusat itu yang memperalatkan pelajar mengutip derma menjadi tumpuan apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan 'aktiviti' mereka.

Melalui laman media sosial itu, beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para pelajar sekolah itu.

SUMBER

Ketua Cawangan DAP Maut Ditembak



Memetik laporan Sinar Harian Online ini adalah berita berkaitan kes ketua cawangan DAP maut ditembak.

MANJUNG - Seorang ketua cawangan DAP mati selepas ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di kampung Jering Ayer Tawar, di sini.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa, Wong Kong Ting, 56, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar rumahnya, lapor sebuah portal.




Ahli keluarga mangsa telah membawa mangsa ke hospital manjung untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun mangsa mati di hospital itu kira-kira 50 minit selepas ditembak.

Mangsa disahkan terkena tembakan di dada, lengan dan kaki.

Tembakan dilepaskan oleh seorang lelaki yang dikesan muncul dengan menaiki motosikal di hadapan rumah mangsa.

Penjelasan Ainan Tasneem Berkaitan Kemalangan



For those who keep asking me about the accident that involved me with my 4 other dear friends which was happened at 9.30 pm yesterday, so basically this is the image of it. I took it from the google image. Sebab dah keluar dekat Berita Harian and NST online punya news. Alhamdulillah tiada siapa yg cedera parah. Cuma cedera ringan, luka2 sikit dan sakit2 badan kerana impact yg terlalu kuat.

Accident berlaku ketika dalam perjalanan drpd sg chuchuh ke wg ulu melalui jalan sg batu pahat. Jalan tu terlalu gelap, tiada lampu jalan, dan sangat lah licin. so org perlis please please please make sure bawak seslow yg mungkin dekat kawasan tu. Bahaya, jalan sgt licin dan bengkang bengkok. 

 


Senang je nak terbabas kalau terbawak laju sikit dan itulah yg terjadi kpd kami. Kwn baik sy which is the one yg drive mngalami sedikit trauma, dua kawan yg lain luka2 di muka dan tangan, dan sy dan seorang kwn lagi cuma mengalami lebam2 dan sakit2 badan yg teramat. Jgn risau tiada siapa yg cedera parah.

Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Jujur, sy terharu dan hargai sgt. Cuma berikan sedikit masa kpd sy utk berehat sbelum mengasak sy dgn pelbagai soalan2 utk ditemuramah. Harap anda semua faham ya. Terima kasih di atas doa anda semua.


Official FB Ainan Tasneem

Facebook beli Whatapps AS$16 Bilion




NEW YORK: Facebook hari ini mengumumkan untuk membeli perkhidmatan pesanan ringkas WhatsApp dengan perjanjian bernilai AS$16 bilion (RM52.7 bilion) sekali gus meluaskan pengaruhnya sebagai gergasi dalam rangkaian sosial di peringkat global.

Sekiranya termeterai perjanjian itu bermakna wujudnya satu rangkaian sosial terbesar di dunia memandangkan Facebook kini mempunyai lebih 1.2 bilion ahli manakala WhatsApp pula dengan 450 juta ahli.




Pengambilalihan itu adalah yang terbesar dan kurang dua tahun selepas firma Mark Zuckerberg menawarkan stok awam bernilai AS$16 bilion.

Pembelian terbaru berkenaan termasuk AS$12 bilion dalam bentuk saham Facebook dan AS$4 bilion dalam bentuk tunai. - AFP


BH ONLINE

Ainan Tasneem Cedera Dalam Kemalangan


Penyanyi remaja bertudung iaitu Ainan Tasneem terlibat kemalangan malam tadi. Untuk berita kita rujuk laporan akhbar berita harian di bawah ini :

KANGAR: Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.





Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan.

Mari sama-sama kita doa semoga semuanya selamat dan Ainan cepat sembuh.

Kereta yang dinaiki oleh Ainan bersama tiga rakan lain terbabas

Wednesday, February 19, 2014

Kisah Sebenar Bapa Lapor Polis Anak Dipukul Tidak Siap Kerja Sekolah


Masih anda ingat gambar tersebut. Aku pun ada buat entry pasal pendapat aku berkenaan kes tersebut. Dan aku dah cakap pihak yang berkaitan perlu menyiasat setelusnya berkaitan perkara ini. Perlu selidik 2 2 pihak.Pihak murid dan pihak guru sendiri.

Jika ini benar-benar berlaku KPM harus bertindak.Jangan biarkan perkara-perkara ini berlaku. Aku percaya perkara ini kes terpencil tetapi wajib ditegah sebelum terjadi lagi.



Jadi aku kongikan apa yang sebenarnya terjadi berkaitan kes tersebut. Terima kasih beritahariann.blogspot atas pendedahan.

p/s : apa-apa kita doakan kes ini dapat diselesaikan dengan baik.Yang tahu cerita sebenar adalah cikgu dan anak murid nya itu

Asteroid Gergasi Hampiri Bumi



 ihsan google

Merujuk berita dari Sinar Harian satu asteroid berukuran 3 kali ganda saiz padang bola akan dijangka melintasi bumi dengan kelajuan 43,452 km sejam. Tetapi alhamdulillah asteroid tersebut tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada bumi menurut saintis.

Berita lanjut :

LONDON - Asteroid berukuran tiga kali ganda saiz padang bola sepak dijangka melintasi bumi pada kelajuan 43,452 kilometer (km) sejam.
Objek berpotensi berbahaya digelar 2000 EM26 itu berada dekat dengan bumi pada jarak 2.6 juta km pada jam 2 pagi (waktu tempatan).

Saintis mendakwa asteroid dengan diameter 270 meter itu tidak memberi sebarang ancaman kepada bumi.







Imej objek tersebut turut dirakamkan perkhidmatan teleskop robotik Slooh yang menyediakan akses internet kepada balai cerap automatik.
Selain itu, ia juga boleh disaksikan secara langsung menerusi laman sesawang Slooh dan Space.com.

Pada Februari tahun lalu, sebuah asteroid yang menghampiri bumi pada jarak 27,681 km telah menyebabkan hujan meteor di Chelyabinsk, Rusia hingga menyebabkan lebih 900 orang cedera.

Memetik laporan DailyMail, ketulan meteor tersebut didakwa turut membebaskan tenaga seperti 20 ledakan bom atom.