Friday, November 29, 2013

Ayah Tertembak Anak Sendiri Yang Sangka Penyamun


KUALA LUMPUR. Seorang peniaga makanan, tertembak anak sendiri yang disangkanya penyamun yang memasuki kawasan rumahnya di Kampung Baru Balakong, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian 10.16 malam itu, peniaga berkenaan yang berusia 76 tahun, dikatakan terdengar jeritan minta tolong pekerjanya seorang lelaki warga Myanmar dari sebuah pondok di belakang rumahnya.

Tersentak dengan jeritan pekerjanya itu, peniaga berkenaan terus mengejutkan anak lelakinya, berusia 51 tahun, dan segera mendapatkan selaras senjata api jenis semi auto dipercayai untuk menembak penceroboh itu.

“Kedua-dua beranak itu terus keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang berlaku di kawasan pondok pekerja mereka.




“Dalam keadaan gelap itu, anak peniaga berkenaan yang bersenjatakan sebilah parang terus meluru ke hadapan tanpa disedari bapanya,” kata Ab Rashid pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, dekat sini hari ini.

Ab Rashid berkata peniaga itu, yang kemudian terlihat kelibat seseorang, terus melepaskan tiga das tembakan.

Satu daripada tembakan itu mengenai kepala anaknya dan menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. katanya.

Beliau berkata peniaga itu ditahan untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis hari
ini. – BERNAMA

Thursday, November 28, 2013

Wednesday, November 27, 2013

Pengantin Umur 12 Tahun Bercerai Talak 3



KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.




Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.


SUMBER

KISAH SITI AISYAH YANG DIKURUNG 30 TAHUN DI LONDON



KISAH SITI AISYAH YANG DIKURUNG 30 TAHUN DI LONDON 

Memang sedih bila anak harapan yang diharap dapat menyumbang bakti kepada keluarga dan negara hilang secara tiba-tiba. Dan selepas 30 tahun, kejadian malang gadis bernama Aisyah itu terurai.
Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.


Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.


Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.




Ianya diceritakan oleh sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.


Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.


Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.


“Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.


“Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya kepada akhbar British itu.


SUMBER : ABG TEROR

Tuesday, November 26, 2013

Fatihah Hakema Buat Laporan Polis


Semalam gempar tentang seorang yang dikatakan pelajar UMP memuatnaik gambar yang tidak senonoh di Fb nya. Komen-komen pada gambar juga menunjukkan yang budak perempuan itu mencabar jabatan agama. Tetapi ternyata semua itu palsu. Dan tuan punya nama Fatihah Hakema telah pun membuat laporan polis.



Dia sebenarnya telah diugut oleh orang yang buat profile FB guna nama beliau. Rasa nya BF dia la kot.Harap semua remaja wanita lebih berhati-hati sebelum buat sesuatu perkara yang tak baik.

Harap semua dapat diselesaikan.

Gambar VIva Rempuh Bank Di Sabak Bernam



Sebuah produa viva merempuh dan masuk kedalam sebuah bank di Sabak Bernam pada pukul 12.45 tengahri tadi , kejadian ini berlaku di Maybank cawangan Sabak Bernam tengahari tadi.

Mengikut maklumat di terima produa viva ini asalnya parking di hadapan bank terbabit , pemandu viva tersebut di khabarkan cuba mengundurkan keretanya nya dengan menekan minyak , namun malang nya kereta terbabit meluncur laju ke dalam bank terbabit.




Mungkin pemilik viva ini tersalah masuk gear , mungkin beliau hendak masukan gear undur , namun sebaliknya berlaku , beliau mungkin memasukan gear drive.

Walaubagaimanapun tiada sebarang kecederaan di laporkan , kes ini sedang di siasat oleh pihak berkuasa untuk mengetahui punca sebenar kejadian.


SUMBER






Monday, November 25, 2013

Universiti Malaysia Pahang ( UMP )


Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM. KUKTEM adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-16 yang diwartakan pada 16 Februari 2002 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Atas arahan Kementerian Pendidikan, kampus UTM-KCP telah diambil alih dan dijadikan kampus sementara KUKTEM pada 1 Mei 2002 dan memulakan Sesi Akademik 2002/2003 dengan mengambil seramai 307 orang pelajar pada 30 Mei 2002.

 



Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.


Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP. Walaupun telah bertukar nama, bidang fokus utama universiti dan program pengajian serta enrolmen tidak berubah mengikut matlamat tujuan penubuhannya iaitu mencapai 10,000 hingga 15,000 orang pelajar. UMP turut mengekalkan bidang-bidang yang difokuskan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .


Macam Cantik Je Macam Comel Je



"macam cantik jew.. macam comel jew.." mesti semua orang tau ayat ni. Ayat yang telah dibuat oleh seorang budak perempuan yang bernama Syasya. Ramai la yang bagi respon bila video beliau dimuat naik di You Tube. Ada yang suka ada yang tak suka.

Biasalah kan manusia memang suka berikan pandangan dan komen. Masa on the way balik dari Kuala Terengganu ke Kuantan beberapa hari lepas aku ada dengar lagu yang gunakan ayat macam cantik je macam comel je. Lagu nasyid lagi.



Tengok ada juga hamba Allah yang jadikan benda tu positif kan. Aku tertarik dengan lagu ini.Jadi korang dengar dan nilai sendiri ok. Bila kita ambil sesuatu itu dengan cara positif maka positif la result nya.Jom layan lagu "macam cantik je macam comel je" ini. 

Lagu ini dinyanyikan oleh Amar. Mesti ramai tak kenal ni.Google ok.Korang ni kalau Aaron Aziz cepat je kenal kan.Ok la jom layan lagu ni.


Kontrak Datuk Rajagobal Tidak Disambung, Datuk Ong Kim Swee Ambil Alih Tugas Sementara


Berikut adalah keputusan mesyuarat Exco FAM 

Keputusan mesyuarat exco FAM:
 

  • FAM putuskan kontrak Dato Rajagopal tidak akan disambung. Selepas 31 Disember 2013, Dato Raja bukan lagi ketua jurulatih skuad kebangsaan.
  • Dato Ong Kim Swee akan jadi jurulatih Harimau Malaya buat sementara waktu. Tugas OKS selepas ini ialah Kelayakan Piala Asia, Malaysia vs Yemen.
  • Ketua jurulatih harimau malaya yang sebenar sedang dicari. OKS hanya jurulatih sementara.
  • Jumlah kuota pemain import bagi liga M 2014, telah ditambah kepada 4 orang pemain import untuk semua pasukan liga super liga perdana (HANYA PASUKAN YANG KAYA SAHAJA) Tetapi HANYA 3 pemain sahaja dalam first eleven. 1 pemain import dalam simpanan.
  • Stadium Shah Alam ditutup. Maka, Pahang akan jadi tuan rumah perlawanan piala sumbangsih. Perlawanan berlangsung di ESTADIO SAN SIRO DARULMAKMUR, Kuantan. 

 




Jadual Gaji 2014 Kakitangan Awam Dan Tarikh Pembayaran


Jadual Gaji 2014 Kakitangan Awam Dan Tarikh Pembayaran


Januari              23 Januari 2014 Khamis Tahun Baru Cina 31 Jan – 1 Feb 2014

Februari            25 Februari 2014 Selasa

Mac                  25 Mac 2014 Selasa

April                 24 April 2014 Khamis

Mei                  22 Mei 2014 Khamis  Pesta Kaamatan 30 – 31 Mei 2014

Jun                  25 Jun 2014 Rabu Hari Gawai 1 – 2 Jun 2014




Julai               22 Julai 2014 Selasa Hari Raya Puasa 28 – 29 Julai 2014

Ogos              25 Ogos 2014 Isnin

September      25 September 2014 Khamis

Oktober          16 Oktober 2014 Khamis Deepavali 23 Oktober 2014

November       25 November 2014 Selasa

Disember        18 Disember 2014, Khamis Hari Krismas 25 Disember 2014


SUMBER

Gempar!!! Model Mati Dibunuh Dengan Kejam



Seremban: Identiti mayat wanita yang ditemui mati dibunuh sebelum dicampak dalam longkang di Taman Seruling Jaya, Labu, dekat sini kelmarin, dikenal pasti sebagai peragawati sambilan di ibu kota.

Mangsa, Cheok Hui Min, 22, berasal dari Ampang, Kuala Lumpur juga pernah menyertai pertandingan ratu cantik anjuran sebuah akhbar berbahasa Cina awal tahun ini.

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia bercakap dengan anak bongsunya pada minggu lalu ketika menghubunginya untuk bertanya khabar.

Katanya, selepas bercerai, anaknya tinggal bersama bekas isterinya di Ampang, manakala dia kini tinggal di Lukut, Port Dickson.

“Polis menghubungi saya kelmarin, memaklumkan penemuan mayat anak dan saya bergegas ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS). Saya percaya anak saya dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dalam longkang.





Dompet hilang


“Ini kerana polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri, malah dompetnya juga hilang," katanya di sini, semalam.

Lelaki berusia 50-an itu bagaimanapun percaya, polis akan dapat menahan penjenayah berkenaan dalam masa terdekat dan yakin dapat menyelesaikan kes itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin, mayat mangsa dalam longkang di tepi jalan ditemui sepasang suami isteri yang melakukan riadah pagi di sekitar kawasan itu.

Mangsa mungkin dicekik sebelum mayatnya dicampak di situ berdasarkan kesan lebam di leher dan luka di bahagian badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat dan akan mengetahui sebab kematian dalam tempoh terdekat.


BH ONLINE

Friday, November 22, 2013

Senarai Lagu Yang Layak Ke Final Anugerah Juara Lagu 28 ( AJL 28 )



Penglipur Lara - Hazama

Bahagia mu derita ku - Hafiz

In love with you - Aizat & Noh

Takkan Terpisah - Black

Aku Pelat - Salam Musik

Bosan - Stacy




Hanya Aku - Hyper Act

Tanda Tanya - Azlan & The Typewriter

Sahabat - Najwa Latif, Sleeq & Sham Kamarul

Ikut Rentak ku - Jaclyn Victor

Kau yang terindah - Alyah

Kalau aku kaya - Altimet & Awi Rafael

Monday, November 18, 2013

Ekslusif!!! Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru

JOHOR BAHRU 18 Nov. -  Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi selepas seorang remaja berusia 16 tahun hilang selepas didakwa masuk ke dalam villa berkenaan bersama beberapa rakannya.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja yang berasal dari Majidee di sini itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.
"Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya itu sebelum dimaklumkan anaknya itu  telah masuk ke dalam Villa Nabila ini.

"Bagaimanapun, usaha mencari remaja tersebut masih dijalankan di villa berkenaan sama ada benar dakwaan remaja tersebut masuk dan hilang di dalamnya," katanya yang mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay di sini pukul 1 pagi tadi.

Abdul Samad bagaimana menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial Facebook mengatakan seramai 30 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan.

Utusan Online

Friday, November 15, 2013

Restoran 'Nasi Ganja' Ipoh Diarah Tutup


IPOH – Sebuah restoran terkenal di Jalan Yang Kalsom di sini yang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana hidangan nasi kandar diarah tutup selama dua minggu.

Restoran Nasi Kandar Ayam Merah yang mendapat jolokan ‘nasi ganja' itu diarahkan tutup selepas kira-kira 20 pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Perak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis berkenaan petang semalam.
<!-- nuffnang -->
Menurut jurucakap Pejabat Kesihatan Kinta, notis tersebut dibuat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selepas mendapati premis tersebut tidak bersih.

“Premis terbabit diarahkan ditutup bermula pukul 5 petang ini (semalam) sehingga 28 November depan.

“Penutupan selama 14 hari dibuat atas alasan ia tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam,” katanya. - KOSMO-

Thursday, November 14, 2013

Kisah Sebalik Malam Jumaat

Cerita disebalik malam jumaat yang kita perlu tahu.Bukan apa dari kecik rasanya kita telah dimomok kan dengan cerita cerita seram apabila tiba malam jumaat.

Zaman budak-budak kalau dengar cerita seram memang sah takut.Silap-silap pukul 8 memang dah tido.

Hakikat nya korang layan kan gambar kat bawah ni.Mesti korang senyum.Nak-nak bagi orang yang dah kahwin ;-)



Ice Bath Tub ISN untuk Pak Majid bukan tong sampah

Pak Majid telah pun berjaya berjalan kaki dari Kuantan ke Shah Alam.Oleh itu, Institut Sukan Negara (ISN) dalam fasa memantau dan memulihkan tenaga Pak Majid.

Seperti atlit sukan lain kaedah rendam dalam ais adalah salah satu cara untuk melegakan sakit-sakit otot selepas bersukan.



Lebih-lebih lagi sukan yang menggunakan daya fizikal tinggi seperi ragbi dan sebagai nya. Tapi bila keluar sekeping gambar Pak Majid tengah berendam di ISN ramai yang keluarkan komen berkenaan tong tempat beliau berendam.

Tong nya macam tong sampah Alam Flora je. Tapi rasa nya ada salah faham sikit.Rasa nya design ice bath tub tu sama je dengan tong sampah. Tapi 2 benda yang fungsi nya berlainan.

Tengok pic kat bawah ni anda akan faham.


Gempar!!! Lelaki Bunuh Diri Terjun Pangsapuri 24 Tingkat di Pulau Pinang


Seorang lelaki pengsan apabila mendapati satu mayat lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di George Town.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu.


“Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu,” katanya ketika dihubungi.




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan.

Kong Meng berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut

.
“Kita sedang mengesan ahli keluarga Kam Ming untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya,” jelasnya.

SUMBER


Iklan Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM)


Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/ Kontrak di Kampus Shah Alam dan
Kampus Cawangan. 
 


BIL JAWATAN GRED SKIM PERKHIDMATAN:
A.KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD47 RM 5,007.64 - RM 8,356.59
2. PENOLONG PENDAFTAR GRED N41 (Pegawai Tadbir) RM 1,910.02 - RM 6,799.30
3. PEGAWAI FARMASI GRED U41 RM 2,259.08 - RM 6,909.25
4. PEGAWAI PERGIGIAN GRED U41 RM 2,259.08 - RM 6,909.25
5. JURUUKUR BANGUNAN GRED J41 RM 2,359.72 - RM 6,896.67
6. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L44 RM 3,411.65 - RM 7,210.54
7. ARKITEK GRED J41 RM 2,359.72 - RM 6,896.67
8. PENOLONG BENDAHARI GRED W41 (Pegawai Kewangan) RM 1,924.18 - RM 6,838.59
9. JURUTERA GRED J41 RM 2,359.72 - RM 6,896.67
10. AHLI MUZIK GRED B41 RM 1,925.75 - RM 6,840.16
11. PEGAWAI DIETETIK GRED U41 RM 2,259.08 - RM 6,909.25
12. PEGAWAI SAINS GRED C41 RM 1,939.89 - RM 6,873.16
13. PENGURUS ASRAMA GRED N41 RM 1,910.02 - RM 6,799.30
B. KUMPULAN PELAKSANA
14. JURURAWAT PERGIGIAN GRED U40 RM 5,022.09 - RM 7,855.15
15. JURURAWAT PERGIGIAN GRED U38 RM 4,270.08 - RM 6,872.03
16. JURURAWAT PERGIGIAN GRED U36 RM 3,454.82 - RM 6,369.36
17. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U32 RM 2,214.00 - RM 5,178.91
18. JURURAWAT GRED U29 RM 1,311.58 - RM 4,508.20
19. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN GRED U29 RM 1,311.58 - RM 4,508.20
20. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED J29 RM 1,750.82 - RM 4,456.92
21. SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27 RM 1,361.14 - RM 4,427.94
22. PEGAWAI EKSEKUTIF GRED N27 (Penolong Pegawai Tadbir) RM 1,361.14 - RM 4,427.94
23. PENOLONG JURUAUDIT GRED W27 RM 1,366.27 - RM 4,433.07
24. PENOLONG PEGAWAI KESATRIA GRED S27 RM 1,361.14 - RM 4,427.94
25. JURUPULIH PERUBATAN GRED U29 RM 1,311.58 - RM 4,508.20
26. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29 RM 1,311.58 - RM 4,508.20
27. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 RM 1,366.27 - RM 4,433.07
28. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N22 RM 2,164.44 - RM 4,002.02
29. PEMBANTU JURUAUDIT GRED W17 RM 928.74 - RM 3,091.39
30. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 RM 928.74 - RM 3,091.39
31. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17 RM 974.88 - RM 2,541.06
32. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U17 RM 974.88 - RM 2,541.06
33. KERANI / Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) GRED N17 RM 927.03 - RM 3,089.68
34. ARTIS BUDAYA GRED B17 RM 935.57 - RM 3,118.70
35. PELUKIS GRAFIK GRED B17 (Pereka) RM 935.57 - RM 3,118.70
36. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17 RM 927.03 - RM 3,089.68
37. PRAMUSAJI GRED N17 RM 927.03 - RM 3,089.68
38. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17 RM 1,318.42 - RM 2,853.81
39. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 RM 836.90 - RM 2,458.15
40. OPERATOR LOJI GRED R3 RM 792.60 - RM 2,007.76
41. PEMANDU KENDERAAN GRED R3 RM 792.60 - RM 2,007.76
42. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 RM 733.54 - RM 2,197.86

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM di www.uitm.edu.my

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN 

a. Untuk Bukan Staf UiTM
Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan. 

b. Untuk Staf UiTM sahaja
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Sabtu, 16 November 2013 .
Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada : 

BAHAGIAN PENGURUSAN PERJAWATAN
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL: (03) 5544 3075 / 3089 / 3007 /3076
(03) 5521 1028
EMAIL: perjawatan@salam.uitm.edu.my

Wednesday, November 13, 2013

Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 1Malaysia




Sebelum ini phat ada kongsi bagaimana cara nya bagi sesiapa yang layak untuk memohon rumah mesra rakyat (RMR) 1 Malaysia.Di sini kita ulang sekali lagi. Cara nya ialah : 




Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.

1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.

Kalau nak print gambar ni silakan.

Harga - rm60k
Subsidi kerajaan - rm20k
Yang perlu dibayar - rm40k
Kalau buat loan 20 tahun - rm150 bulan2







Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di --> http://www.spnb.com.my/

atau

Jumpa adun kawasan anda dan minta borang untuk RMR ini.

Sila sebarkan supaya semua orang tahu.






Siti Nurhaliza Bikin Panas Di Twitter


Pagi ni buka FB memang ramai peminat bola sepak Malaysia yang bengang dengan Dato CT. Ini adalah disebabkan Dato CT secara 'public' telah tweet Menteri Belia dan Sukan YB KJ yang menyuruh KJ hormat orang tua. Siapakah 'orang tua' itu?

Tapi memang rata-rata peminat bola sepak Malaysia dah tau. Ini mesti kes YB KJ yang lantang menyuarakan pendapat nya berkenaan FAM.Seperti biasa FAM kan memang tidak boleh ditegur.



Memang banyak komen kat FB yang menyatakan sokongan kepada YB KJ. Bukan apa sebab peminat dah muak dah dengan FAM ni. Macam syok sendiri je.Aku pun malas nak komen la pasal ni biar lah peminat lain yang bagi pandangan.

Bagi aku sebagai menteri yang bertanggung jawab terhadap sukan negara beliau berhak untuk menegur mana-mana persatuan sukan.Dato CT plak rasanya tak perlu kot nak tweet benda yang dia sendiri pun tak berapa nak tau cerita sebenar. Teruskan kan aje dengan AF 2013 aok tu.

Nak baca komen-komen peminat bola sepak Malaysia? Sila ke SINI



Tuesday, November 12, 2013

Gambar Jelas ‘Joemar’,Suspek Ke-2 Kes Tembak Pegawai AmBank


Gambar Jelas ‘Joemar’,Suspek Ke-2 Kes Tembak Pegawai AmBank

KUALA LUMPUR: Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai ‘Joemar’ yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama.

“Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia, Isnin. 

SUMBER

Gambar Pakcik Majid Selamat Sampai di Stadium Shah Alam


Alhamdulillah misi seorang peminat setia skuad Tok Gajah untuk berjalan kaki dari Kuantan ke Stadium Shah Alam telah pun tercapai.

Sebentar tadi Pak Cik Majid telah pun selamat menjejak kan kaki beliau di padang Stadium Shah Alam.

Ini adalah janji beliau jika skuad Pahang memenangi Piala Malaysia. Sejak bermula nya misi beliau memang ramai yang support pak cik Majid terutama dari penyokong Pahang yang lain.
Ramai yang bergambar, bagi air, bagi duit, bagi kasut dan macam-macam lagi apabila terserempak dengan pak cik Majid di sepanjang highway LPT.

Syabas kepada Pakcik Majid.Berjalan kaki dari Kuantan ke Shah Alam.Respect !!!

SUMBER GAMBAR : FB I LOVE PAHANG

Pelarasan 3 Elaun Penjawat Awam Adalah Khabar Angin


JANGAN MUDAH PERCAYA MENGENAI KHABAR ANGIN PELARASAN 3 ELAUN.

Kementerian Kewangan menerima byk aduan mengenai Penyelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pada hari ini. Berita mengenai perkara ini hanyalah khabar angin yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

Menurut Ketua Pengarah Kementerian kewangan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa pekeliling mengenai perkara ini. Orang awam dinasihati supaya tidak menyebarkan khabar angin ini di mana-mana laman sosial dan blog persendiri. 
Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya berita yang disebarkan ini melibatkan penjawat awam.

Berikut adalah khabar angin tersebut : 

Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014 - Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012

Lebih 1.1juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan 3 elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di malaysia.Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi smua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama.

Menurutnya perjumpaan bersama Cuepacs dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan itu akan diadakan bermula Januari 2014.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar cola 300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar Cola diselaraskan RM 500 samarata.Selain itu, kerajaan msih mengekalkan elaun Itka, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM(Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150.

Kenaikan kadar ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM,ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.

p/s : khabar angin kat Malaysia ni selalu nya.....

Sunday, November 10, 2013

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP ditembak

Berita yang diterima dari seorang rakan

Ada kes tembak kt im 2...bbrape minit yg lps...mangsa blm d pastikn lg...
Saspek kreta wira aerobak putih..3 org..salah satu bkepiah..baju hitam..
Mangsa dari pej agama islam pahang..penguatkuasa..tkena 3 das tembakan..umur 49 thn..no.7 lrg im 2/29 indera mahkota..mangsa mninggal d tempat kjadian



Ust raffli.. Ketua pen pengarah bhgn penguatkuasa... penyokong kita.. anak2 dia jemaah kita..
Info drpd kwn. Ketua penguatkuasa agama pahang baru shj meninggal dunia akibat ditembak sebanyak 3 das di dada dan diperut dirumahnya di tmn indera mahkota kuantan. Dipercayai akibat ketidak puasan hati ttg operasi gerak gempur syiah yg dilaksanakan baru2 ini. Marilah sama2 kita sedekahkan al-Fatihah. Semgoa rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.

Suspek Kes Bunuh Pegawai Ambank Berjaya Ditangkap

KENYATAAN MEDIA
PENGARAH JSJ

Pada  jam 7.00 pagi 10 Nov 2013,  bertindak atas maklumat,  Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai saspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Okt 2023 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.
Pihak Polis percaya dengan penangkapan saspek utama ini,  kes berkenaan telah berjaya diselesaikan. 
Pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan mereka dalam kes ini.
 


PENGARAH
JABATAN SIASATAN JENAYAH
POLIS DIRAJA MALAYSIA
BUKIT AMAN

 p/s : semoga dapat hukuman yang setimpal.Tahniah PDRM

Saturday, November 9, 2013

Friday, November 8, 2013

Jadual Separuh Akhir Muzik-Muzik 2013 Minggu Pertama hingga Minggu Ketiga



Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 Minggu Pertama (8 Nov 2013) :
1. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
2. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
3. Menunggu = Akim
4. Jangan Pergi = Loka
5. Tetap Menantimu = Nomad
6. Cinta Kasih = Nubhan feat Mila
7. Tak Cuba Kembali = Asfan
8. Setia Hujung Nyawa = Fiq feat Mell Sakura
9. Agenda Jahiliah = Bunkface
10. Takkan Terpisah = Black
11. Permata = Alyah feat Ben





  
Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 Minggu Kedua (15 Nov 2013) :
1. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
2. Kita = Forteen
3. Dewi Cinta = Adira
4. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
5. AdaMu = Najwa Latif
6. 5 Minit = Ramlah Ram feat Caprice
7. Hanya Aku = Hyper Act
8. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael
9. Aku Pelat = Salam Musik
10. Kau Yang Terindah = Alyah
11. Penghibur Jalanan = Amir Jahari

Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 Minggu Ketiga (22 Nov 2013) :
1. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
2. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
3. Bosan = Stacy
4. Kembali = Akim feat Stacy
5. Anugerah Hidup = Estranged
6. Dwihati = Aizat feat Yuna
7. Rumah Kita = Hujan
8. Jagalah Diri = Jaclyn Victor

Senarai 30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 2013 TV3



Top 30 yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 28 :

1. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
2. AdaMu = Najwa Latif
3. Jagalah Diri = Jaclyn Victor
4. Kembali = Akim feat Stacy
5. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
6. Hanya Aku = Hyper Act
7. 5 Minit = Ramlah Ram feat Caprice
8. Kita = Forteen
9. Dwihati = Aizat feat Yuna
10. Aku Pelat = Salam Musik
11. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
12. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
13. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael
14. Bosan = Stacy
15. Cinta Kasih = Nubhan feat Mila
16. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
17. Menunggu = Akim
18. Tak Cuba Kembali = Asfan
19. Permata = Alyah feat Ben
20. Penghibur Jalanan = Amir Jahari
21. Rumah Kita = Hujan
22. Takkan Terpisah = Black
23. Setia Hujung Nyawa = Fiq feat Mell Sakura
24. Dewi Cinta = Adira
25. Jangan Pergi = Loka
26. Anugerah Hidup = Estranged
27. Kau Yang Terindah = Alyah
28. Agenda Jahiliah = Bunkface
29. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
30. Tetap Menantimu = Nomad 


Tahniah kepada 30 buah lagu yang layak.

Separuh Akhir Muzik Muzik 28 pada 8, 15, 22 November 2013.
Kepada yang berminat untuk ke Separuh Akhir Muzik Muzik 28 pada 8 November 2013 ini, boleh dapatkan pas masuk yang mula diedarkan pada 6 November 2013 di Balai Pengawal TV3.

SUMBER : FB MUZIK-MUZIK

8 Pemain Kelantan Pindah Pasukan Lain Liga



SKUAD Liga Super Kelantan bakal berubah wajah apabila lapan pemainnya meninggalkan The Red Warriors menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim hadapan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menerusi laman sosial  Facebooknya, semalam.

Menurut Annuar, lapan pemain itu ialah Daudsu Jamaluddin, Syakir Shaari, S Subramaniam, Azizi Mat Rose, Rizal Fahmi Rosid, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Muhammad dan Izuan Salahuddin.

"Saya ucapkan penghargaan dan terima kasih serta selamat maju jaya kepada mereka.





   
"Perjalanan TRW diteruskan dengan penuh tabah tanpa mereka," katanya yang akan mengumumkan senarai pemain TRW untuk musim 2014 sebelum akhir bulan ini.

Sama seperti musim lalu, isu perpindahan pemain TRW kali ini turut dikaitkan dengan Johor Darul Takzim (JDT) apabila pasukan gergasi selatan tanah air telah mengesahkan mendapatkan khidmat Daudsu dan Subramaniam.

Nama Azizi dan Syakir juga dikaitkan dengan JDT untuk saingan musim depan.

Penyerang prolifik Kelantan, Nor Farhan yang sebelum ini bersedia membuat pusingan U untuk kekal bersama TRW turut disenaraikan dalam barisan pemain JDT untuk menghadapi Liga-M musim depan.

Sementara Indra Putra pula bakal menyarung jersi Felda United, manakala Rizal Fahmi yang kontraknya tamat hujung tahun ini bakal menyertai Selangor.-SINAR



Thursday, November 7, 2013

Love You Mr. Arrogant Episod Akhir



Episode 26 - Apakah Zaara akan pulang ke pangkuan Irham ? Adakah sesuatu yg akan terjadi pada Zaara ? Bagaimana pula dengan keadaan Irham ? Dapatkah Irham menyelamatkan Zaara ? Dapatkah Mr Arrogant menghapuskan rasa sombongnya sebelum ini demi cintanya pada Zaara ? Adakah kebahagiaan akhirnya milik Zafriel Irham dan Zaara Amirah. Harap semuanya akan terjawab.

Perenggan di atas adalah sinopsis untuk episod akhir pada petang ini. Jadi kepada mereka-mereka yang dah ikut cerita ni dari awal sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton kesudahan cerita LYMA ini.
 


Bagi yang dah baca novel sudah tentu dah dapat gambaran ending cerita ini.Tetapi selalu nya penerbit drama atau pengarah tak akan ikut bulat-bulat dari novel sebalik nya mereka akan olah cerita tersebut jadi lain dari novel.

Jadi korang memang tak sabar dah kan.Tungguuuuu pukul 7 kang duduk depan tv.Tapi drama-drama jugak solat maghrib tu jangan lupa.

Wednesday, November 6, 2013

Ekslusif!!!Pengalaman Ngeri Ibu hantar Anak Ke Taska Taman Melati


Semua ibu bapa yang menonton berita mengenai anak-anak yang dipukul di Taska tempat jagaan mereka mesti marah kan. Apalagi la dengan ibu bapa yang anak nya sendiri yang jadi mangsa. Aku respect dengan brother yang letak kamera kat beg anak dia tu. Kalau tak sampai bila pun kita tak tau yang taska tu melayan budak-budak kecil tu macam tak ada perasaan.

Main sesuka hati nak sepak nak tampar budak yang berumur 2 3 tahun.Pagi tadi aku terbaca luahan hati seorang ibu yang menghantar 2 anak nya untuk dijaga di taska tersebut. Konon nya taska itu beroperasi dengan cara betul tetapi hakikat nya tidak berdaftar pun di bawah JKM.



Untuk mengetahui apakah pengalaman yang ibu itu hendak ceritakan mari kita sama-sama ke SINI. Mari kita hayati segala cerita yang hendak disampaikan.

Buat lah pedoman untuk kita. Semoga anak kita dijauhkan dari segala benda yang buruk lebih-lebih lagi apabila kita letakan anak kita di bawah jagaan taska.

p/s : tu sebab mak aku tak nak orang lain jaga Syaza.Dia sendiri sanggup jaga

Friday, November 1, 2013

Piya Terima Ugutan Bunuh


KAPTEN Kelantan, Mohd. Badhri Radzi menerima ancaman bunuh menerusi laman sosial Facebook.

Ekoran ancaman tersebut, para penyokong The Red Warriors tampil membuat laporan polis pada pukul 6 petang semalam di Balai Polis Kota Bharu.

Laporan tersebut dibuat oleh Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK) bersama 20 ahli kelab yang diketuai oleh Presidennya, Roslan Ismail.

Menurut Roslan, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKM) membuat siasatan secara terperinci ke atas pemilik laman sosial berkenaan yang menggunakan akaun Elman Ganu.




“Sebagai penyokong dan peminat setia skuad bola sepak Kelantan, saya menyifatkan tindakan ini boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang membuat kenyataan tersebut.

“Laporan polis ini juga sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya jangan terlalu obses sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan diri sendiri,” ujar Roslan.

Elman Ganu menerusi ruangan sembang di laman sosial berkenaan bersama seorang yang lain, Budok Juvana, menulis: “Kelantan *$%*! Sial, kalau Kelantan menang Piala Malaysia, aku*#@%^&@$ akulah! Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi!! Indra Putra aku nak sula dia! Fakri aku nak dia jadi pembantu rumah aku!”

Sebelum ini, akhbar tempatan pernah melaporkan tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin turut menerima ancaman bunuh daripada seorang penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT).

Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu menegaskan, dia tidak mahu ambil kisah dengan ugutan seperti itu, malah menganggap apa yang diperkatakan itu tidak lebih daripada sekadar gurauan semata-mata.

Badhri ketika dihubungi enggan mengulas ugutan tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Pahang di Stadium Shah Alam pada Ahad ini.


KOSMO