loading...

Thursday, October 31, 2013

Lirik Lagu Tetap Menantimu – Nomad



Lirik Lagu Tetap Menantimu – Nomad
(Lagu Tema/OST Love You Mr Arrogant)

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir





Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


 SUMBER

Senarai 81 Skim Perkhidmatan Awam Yang Dinaiktaraf


Dalam Bajet 2014, PM Najib Razak ada menyebut tentang penambahbaikan 81 gred penjawat awam. Bernama melaporkan, KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim tersebut akan dikeluarkan pada November 2013 dimana penjawat awam berkenaan diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.

Semua skim dibuat kajian semula dengan melibatkan semua termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha, kata beliau.

Berikut adalah senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam [sumber tak dinyatakan] yang dinaiktaraf.





Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Semoga dengan penambahbaikan dan peningkatan gred berkenaan, mengembirakan penjawat awam terlibat. Tentu gaji juga akan meningkat namun harga barang makin melambung!! 


SUMBER

Pengawal Bersenjata Rompak Kedai Emas



PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.




Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan, menurut sumber mStar.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.

P/S : wah menjadi jadi plak dah ni


SUMBER

Fida Ibrahim Dituduh Kahwin Lari Dengan Pengurus



Tengok tajuk tu.Kahwin lari tu.Fida Ibrahim seperti kita tau adalah salah seorang artis dengan imej bertudung, Pernah mencetuskan berbagai kontroversi sebelum ini seperti kisah cinta nya dengan Mamat Sepah dan sebagai nya.

Tapi pagi tadi masa BW kat blog kembar aku aku tertarik dengan berita yang beliau tulis.Apa lagi kalau bukan tajuk entry beliau " Ekslusif!! Fida Ibrahim dituduh kawin lari".



Tapi bila dibaca habis apa cerita yang ditulis dan kenyataan dari Fida sendiri ternyata tuduhan itu palsu. Fida juga menyatakan bahawa ada orang yang sengaja mereka reka cerita untuk memburukkan beliau.

Jadi untuk berita penuh sila ke blog kembar aku ni ----> SINI

Subsidi gula ditarik, Astro pun pakat naik harga


Semalam terima surat dari Astro. Macam biasa aku ingat kan ia nya adalah bil bulanan.Tetapi ternyata aku silap. Rupa-rupa nya sampul itu terdapat satu notis yang tak sedap dibaca.Notis yang menyatakan bahawa bermula bulan depan terdapat pelarasan caj bayaran bagi setiap pakej yang pelanggan macam aku ni langgan.

*&%^$# dalam hati aku. Rasa nya macam baru je bil astro ni naik. Ni naik lagi.Tak kan PM umum subsidi gula ditarik balik Astro pun jadi naik harga. Subsidi gula ditarik pun baru 0.35 sen. Tapi bil Astro aku naik 6 hinggit tu **&*^ sekali lagi terpaksa censored kata-kata kesat tu.



Tapi apalah yang pelanggan macam kita ni boleh buat kan. Kalo tuan tuan puan puan boleh kongsi stesen TV alternatif ke mohon kongsi kat sini ok.

Yang aku tau sekarang ni ada yang Unifi punya dengan yang Astro guna internet tu. Dah bleh pikir-pikir nak berlaih kot ye tak.Kalo guna alternatif ni hujan pun boleh tengok kan ??

p/s : grrrrrrrrrrrrrrrr

Tuesday, October 29, 2013

Nabil Rajalawak Dapat Kondo Percuma



Rezeki datang bergolek. Mungkin itulah perkataan yang tepat buat pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, 29, apabila 'dihadiahkan' sebuah kondominium bernilai lebih sejuta ringgit.

Bukan di kawasan 'jin bertendang'... tetapi di tengah-tengah ibu kota iaitu di antara Persiaran Gurney, Kuala Lumpur di mana ia merupakan kawasan hartanah yang berprestij tinggi.


Awalnya pelawak tersebut hanya sekadar mahu tahu maklumat kondo tersebut kerana niatnya ingin membeli unit rumah, tetapi lain pula jadinya. Kata Nabil, entah bagaimana pihak pemaju menyatakan kesanggupan mereka untuk memberikannya satu unit percuma jika dia bersetuju menjadi duta perumahan itu.

"Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan 'house hunting' dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.





   
"Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu," kata Nabil pada media.

Sehubungan itu, kondominium yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016 itu disifatkan oleh Nabil sebagai hadiah terbesar yang pernah diterimanya sejak bergelar selebriti.

"Mungkin ia rezeki anak saya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini.

"Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub)," ujar Nabil yang kini bergiat aktif dalam pelaburan hartanah. 


p/s : rezeki adalah kuasa dari yang Maha Esa



SUMBER : MY ARTIS.COM