Monday, September 30, 2013

Video Bookie Ditangkap Semasa Perlawanan JDT Lawan Kelantan


Aku ada tengok satu video di tube mengatakan seseorang yang dikatakan bookie telah ditangkap di Stadium Larkin semasa perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara JDT dengan Kelantan sabtu lepas. Kebenaran nya aku sendiri tidak tahu. Ini pun berdasarkan tajuk yang terdapat di You Tube.

Jadi kepada sahabat-sahabat yang lebih tahu mengenai insiden ini mohon bagi pencerahan dalam ruangan komen.



Jika betul orang yang ditangkap itu bookie patut dijatuhkan hukuman setimpal tapi jika bukan bookie kesian plak kat orang tu. Dah la kena tangkap kena baling objek plak lagi bukan dari atas je dari bawah pun hado uollsss..jom kita tengok video tu.


Friday, September 27, 2013

Anak Lihat Ibu Digilis Lori Depan Mata


KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).

Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.




Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. -Sinar Harian


p/s : Takziah dan Al Fatihah..semoga anak kecik tersebut dan keluarga nya tabah dengan dugaan ini.

Gambar Pemain Bola Sepak ATM FA dengan Pak Cik Guard Yang Dimaki Bini Mat Yo


Pagi tadi aku tertarik dengan 2 keping gambar yang diupload oleh brother Rezal Zambry Yahya dari pasukan ATM.Gambar tersebut diambil di area Airport Subang. Bukan sebab gambar bro Rezal tapi gambar Pak Cik guard yang dimaki dan ditendang oleh bini Mat Yo. Dan yang paling best sekali gambar bro Rezal ngan Pak Cik tu ada tertulis " Macam Ni Cara Hormat Orang Tua" sambil bro Rezal bersalaman dengan pak cik tu.



Satu gambar lagi mereka ambil beramai-ramai termasuk la Hai O, Bruno, Marlon, Ejai, Shukor Adan dan ada beberapa orang lagi pemain ATM FA. Rasa nya dia orang punya flight ke Singapura pagi ini sebab esok ada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2013 menentang Singapura.
Selamat berjuang kepada team ATM. Moga mampu kalahkan skuad Lions XII. Tapi memang terbaik la dia orang ni semua. Support pak cik guard tu.Rasa nya satu Malaysia dah boleh menilai kan siapa betul siapa salah dalam kes pak cik guard dengan bini mat yo tu kan. 

p/s : gelak je bila baca report polis bini mat yo ;-)

Thursday, September 26, 2013

Mantan Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia


Salam,

Baru sahaja menerima berita kira-kira jam 11.00 pagi tadi mantan Menteri Besar Kedah iaitu Dato' Seri Azizan Abdul Razak telah pun menghembuskan nafas yang terakhir. Allahyarham merupakan Menteri Besar Kedah pada tahun 2008 hingga tahun 2013.



Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan mari kita sama-sama sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah.


Gambar Perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan Adam AF dan Fiza Elite kerana sebentar tadi mereka berdua telah bergelar suami isteri yang sah. Pasangan ini telah pun diijabkabulkan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) Shah Alam.




Berikut dikongsikan beberapa gambar untuk tatapan peminat. Gambar ini aku ambil dari blog Abang Nara.




p/s : semoga berbahagia hingga akhir hayat..aminnn



Wednesday, September 25, 2013

Tuesday, September 24, 2013

Video Isteri Mat Yo Maki Security Guard


Video yang dikatakan Isteri kepada pemain bola sepak JDT Mat Yo yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan. Situasi sebenar tidak diketahui. Tetapi sebaik nya sebagai seorang manusia perlu la rasa hormat kepada orang tua, tolak ansur dan yang penting menjaga pertuturan



Saksikan sendiri.Bukan nak buruk kan sesiapa tetapi niat nak jadikan pengajaran kepada yang menonton nya. Jaga lah perilaku kita walau di mana kita berada.Tak perlu sombong.



Monday, September 23, 2013

Cinta Jannah Episod Akhir




Jika diikutkan iklan kat TV3 minggu ni cerita Cinta Jannah akan berakhir. Mesti semua fans cerita ni dah tak sabar nak tunggu kesudahan nya kan.

Kalau ikutkan iklan kat tv tu apa yang aku nampak si Tg Puan emak si Aril tu bertudung dan menangis. Jadi aku simpulkan kat sini yang last episod nanti si Tg Puan tu insaf atas apa yang dilakukan.

Ini andaian aku berdasarkan pengalaman menonton drama-drama melayu la.Hehe entah betul atau tidak aku pun x tau.

Sama-sama kita tunggu je la nanti kesudahan nya cerita tu.Iklan cerita untuk ganti Cinta Jannah pun dah keluar.Nampak macam layan je tapi tak apa lah biar peminat yang tentukan nanti.

Saturday, September 21, 2013

Friday, September 20, 2013

Panas!!! Seorang Warga Austria Hina Rakyat Malaysia



Aku dapat gambar salinan report polis ini dari seorang sahabat dan juga wartawan. Dia mohon untuk aku terbitkan entry berkenaan dengan apa yang tertulis dalam report polis tersebut. Harap perbuatan ini diambil tindakan supaya warga asing tidak sewenang-wenangnya nak tunjuk bagus kat Malaysia.



Jika ikut tarikh report 17/9/13 maknanya berlaku 3 hari lepas.Aku tidak berapa pasti sumber mana yang kawan aku ni dapat.Tapi sebagai rakyat Malaysia aku rasa tindakan yang keras patut diambil kepada si penghina bangsa kita. 

Kat FB Surrey Bike Kuching pun dah mula orang-orang Malaysia komen tidak puas hati dengan kebiadapan mamat Gerald ni. 

Info pembuat report : Munif Isa ( details kat sini )

p/s : apa korang rasa?

Video Kontroversi 2 kakitangan Jabatan Kesihatan Masukan Jentik-Jentik Dalam Tangki Bengkel


Bahau: Dua kakitangan Jabatan Kesihatan negeri digantung tugas kerana didakwa memasukkan jentik-jentik ke dalam tangki takungan air di sebuah bengkel kereta di sini, untuk meminta sogokan daripada pemilik premis terbabit.

Tindakan dua kakitangan terbabit, masing-masing lelaki dan wanita, terbongkar selepas perbuatan mereka kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) premis itu.
Pemilik bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, mendakwa seorang pekerja menghubunginya memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan menemui jentik-jentik di dalam tangki air ketika membuat pemeriksaan.

Kerap ganti air

“Saya hairan bagaimana jentik-jentik boleh ada kerana kami menggantikan air tangki itu dua hari sekali.

“Lebih mengejutkan, mereka meminta ‘duit kopi’ RM50 untuk mengelakkan saya dikompaun RM500,” katanya di sini, semalam.





Katanya, beliau kemudian memeriksa rakaman CCTV dan terkejut apabila melihat kakitangan wanita itu memasukkan sesuatu ke dalam tangki berkenaan, seterusnya membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Jempol.
Muat naik di YouTube

Rakaman dimuat naik di laman YouTube dengan tajuk Malaysia True Ugly Health Officials factory for mosquitoes in check caught in CCTV, menunjukkan seorang wanita memakai jaket memasukkan sesuatu ke dalam tangki air di bengkel itu sebelum dia dan rakan lelakinya membuat pemeriksaan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan, dalam kenyataan berkata, kedua-dua kakitangan itu digantung tugas sehingga siasatan terperinci mengenai kes itu selesai.

“Jika didapati bersalah, mereka akan dibuang kerja kerana kesalahan dilakukan sangat serius dan menjejaskan imej jabatan selain boleh menghilangkan kepercayaan orang awam terhadap jabatan,” katanya.


SUMBER

p/s : memang buruk kan imej jabatan kesihatan seterusnya imej penjawat awam. nk tengok video p u tube. jika betul bersalah tindakan tegas patut dikenakan kepada 2 kakitangan ini.




Punca Mengapa Rezeki Susah Nak Masuk



Terbaca di FB tadi.Dan rasa nya bermanfaat untuk kita bersama saling mengingati. Mohon kepada pembaca yang lebih arif dan mempunyai ilmu berkaitan untuk berkongsi di ruangan komen.



Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh


Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.


p/s : peringatan untuk diri sendiri

Wednesday, September 18, 2013

Tahniah!! Isteri Ashraf Muslim Hamil 6 Minggu



Tahniah kepada pasangan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Dilaporkan Wan Sakinah telah pun hamil selama 6 minggu.Untuk berita lanjut jom kita baca Sinar Harian kat bawah ni.

Pelakon, Ashraf Muslim, 32, mengakui teruja untuk bergelar bapa setelah isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, disahkan hamil enam minggu.
“Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya,” katanya sebelum meletakkan telefon kerana dikatakan perlu menghadiri mesyuarat.

Sebelum ini yakni kira-kira dua minggu lalu, dia pernah menafikan Sakinah hamil dan mengatakan masih belum mendapat rezeki.


 


Bagaimanapun tindakan Sakinah memuat naik gambar beberapa ubat kembali menimbulkan spekulasi bahawa dia kini sudah hamil.
Setelah berdolak dalih, akhirnya sumber terdekat Sakinah memberi khabar bahawa wanita itu sebenarnya sudah hamil.

Pasangan yang berkahwin di Thailand pada 7 Julai lalu telah menarik perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan isteri pertama, Noor Dayana Lokman.

Sejak disahkan mengandung, Sakinah dikatakan mengalami alahan teruk seperti sakit kepala, muntah dan tak lalu makan malah dia tidak boleh jamah makanan barat seperti burger.

Khabarnya mencium baunya sahaja, Sakinah akan loya.


p/s : doakan yg terbaik utk saudara kita ini yek

Sinopsis Drama Cinta Jannah



Sebelum ini cerita bersiri kat Malaysia yang meletup-letup macam mercun adalah Setia Hujung Nyawa lepas tu Sebenarnya Saya Isteri Dia dan ada beberapa lagi la cerita. Cuma cerita yang Elfira Loy berlakon dengan Zoey Rahman tu penonton tak berapa suka nak tengok. Ini bukan aku yang cakap tapi wife aku yang cakap.

Sebab aku terlayan cerita-cerita disebabkan wife aku la. Sah sah la bila dia pasang TV tengok cerita-cerita ni aku pun tertengok la sekali ngehhh. Ok sekarang ni cerita pukul 7.00 kat TV3 yang tengah hot tak lain tak bukan Cinta Jannah. 



Aku nak terangkan pun tak berapa pasti jalan cerita nya sebab layan layan gitu je.Nanti la aku dapatkan kepastian dari wife aku.Tapi pandai la pengarah cerita ni cari heroin. Dah tentu-tentu si Nelydia tu tengah meletop ditambah plak jalan cerita ala-ala sedih memang ramai la yang tengok cerita ni.

Aku pasti mesti ramai yang layan cerita ni kan.Baik ngaku baik ngaku hehehe..

Sinopsis Pendek Cinta Jannah Rujuk Sini

Tuesday, September 17, 2013

Panggilan Temuduga Graduan DPLI GSTT 2013



Keresahan graduan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang tamat pengajian Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) pada pertengahan tahun ini terurai selepas Kementerian Pendidikan menjawab segala kontroversi melanda kumpulan itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad, berkata graduan DPLI GSTT itu akan dipanggil temuduga bermula hujung bulan ini dan dijangka isu penempatan ke sekolah masing-masing akan dapat diselesaikan menjelang hujung tahun ini.

"Kita sudah mengenalpasti jumlah graduan DPLI GSTT dan pihak kami menyalurkan maklumat itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk diproses ke peringkat pengambilan dan seterusnya dipanggil untuk ditemuduga yang akan dikelola oleh SPP pada hujung bulan ini.

"Kementerian berharap surat tawaran akan dapat diberikan sebelum Disember. Kita minta SPP untuk gemblengkan tenaga tetapi itu semua bergantung kepada kapasiti. Jika semuanya berjalan lancar, isu penempatan graduan itu dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider baru-baru ini.

The Malaysian Insider melaporkan pada Jumaat mengenai graduan berkenaan yang masih belum mendapat pejelasan Kementerian Pendidikan mengenai penempatan semula tempat mengajar terutama apabila ada antara mereka yang berusia 35 tahun pada tahun ini dikhuatiri tidak mendapat skim pencen kerajaan ekoran kurang tahun perkhidmatan.

Apabila ditanya adakah penempatan guru berkenaan mengikut alamat pasangan suami atau isteri masing-masing, beliau berkata: “Lokasi penempatan sedang dilihat semula kerana ia adalah satu proses berterusan dan pihak kami akan mencuba sebaik mungkin."

Sementara itu, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh meminta graduan berkenaan bersabar dan menunggu giliran untuk dipanggil kerana Kementerian Pendidikan kini dalam proses menilai semula graduan dan mereka yang lama menunggu untuk ditempatkan di sekolah kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa ditemui media merasmikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) berkata, masalah penempatan graduan DPLI GSTT adalah disebabkan guru yang sepatutnya berpencen masih belum ditamatkan perkhidmatan mengajar di sekolah kerajaan.

Katanya, masalah itu mengakibatkan perancangan Kementerian Pendidikan untuk menyerap kemasukan graduan berkenaan tergendala.

“Polisi kerajaan membenarkan seorang guru berkhidmat sehingga 60 tahun tetapi masalah DPLI GSTT ini, kita akan lihat semula dan nama graduan berkenaan masih ada dalam sistem kementerian,” katanya selaku orang nombor satu di Kementerian Pendidikan yang masih belum dapat memberi kata putus berhubung masalah ini.

Antara isu yang menjadi perhatian graduan DPLI GSTT ini ialah pengangguran serta terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi dan bebanan hutang.

Mereka juga bimbang jika keputusan penempatan nanti terpaksa ditempatkan di Sabah atau Sarawak yang terpaksa berjauhan dengan suami dan keluarga.




“Kami juga terpaksa sentiasa berjaga-jaga menunggu panggilan kementerian menyebabkan kebanyakan masih belum bekerja. Apa yang dikhuatiri ialah tempoh bekerja kami yang singkat nanti akan memberi masalah lain kepada syarikat terbabit,” kata seorang graduan.

Selain itu, kebanjiran graduan jurusan Perdagangan yang dikhuatiri gagal mendapat penempatan di sekolah menengah kerajaan ekoran subjek itu adalah mata pelajaran elektif di sekolah.

Seorang graduan bidang sama yang mahu dikenali sebagai Shikin, 31, berkata kelewatan tersebut menyebabkan ramai yang menuduh kerajaan kini berdepan krisis kewangan.

Katanya, kumpulan graduan itu tidak wajar dipinggirkan kerana mereka mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya dua tahun malah ada di antara mereka pernah berkhidmat sebagai GSTT selama lima tahun.

Ahli Parlimen Serdang dari parti DAP, Dr Ong Kian Ming turut bersimpati dengan graduan tersebut sambil menyifatkan graduan DPLI GSTT yang masih belum diberikan tempat mengajar adalah pembaziran dana kerajaan.


Katanya, graduan diberikan elaun RM1,300 sebulan selama 18 bulan menjadi pembaziran dana kerajaan apabila mereka masih belum mendapat tempat di sekolah kerajaan.

Beliau berkata, disebabkan penangguhan ini, ramai graduan yang masih belum mendapat pekerjaan dan tertunggu-tunggu panggilan oleh Kementerian Pendidikan. - 17 September, 2013.


SUMBER

Keputusan Ujian MUET Sesi Julai 2013 Khamis Ini



KUALA LUMPUR 16 Sept. - Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2013 akan dikeluarkan Khamis ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari tersebut manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT NO. KAD PENGENALAN dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 19 Sept 2013.




Menurut kenyataan itu, mereka juga boleh berbuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, pada tarikh tersebut.

"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu.

Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 30 Sept dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM. - BERNAMA


p/s : Good Luck untuk semua yang tunggu result ye!!







Monday, September 16, 2013

Chin Peng meninggal dunia

BANGKOK: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok, lapor Bangkok Post.
 


Beliau yang tinggal dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia.Chin Peng mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas. -astro awani-

Sunday, September 15, 2013

Sah Mawar Duta Tudung Fareeda akan bertunang dengan Fizo Omar

Bukan gosip atau khabar angin tetapi Fizo Omar secara ekslusif dan secara langsung di TV9 Nasi Lemak Kopi O sebentar tadi telah mengumumkan tentang hubungan nya dengan Mawar iaitu model tudung Fareeda.
Fizo memberitahu bahawa mereka akan bertunang dan berkahwin dalam masa terdekat ini.
Tetapi tarikh nya akan diberitahu kemudian katanya.Semoga hajat kedua-dua mereka tercapai untuk membina masjid.
 


Kita doakan yang terbaik untuk mereka.Mawar yang sebelah kiri.Yang sebelah kanan tu mak orang dah si biras aku hehe.

Friday, September 13, 2013

Gambar Perkahwinan Black Mentor


Tahniah kepada Black Mentor atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 26, selepas penyanyi itu selamat bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan sekitar jam 12.10 tengahari tadi.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Naquia Yasirah sendiri dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya.



Kedua-dua Black Mentor dan Naquia Yasirah yang mengenakan persalinan rona putih tersenyum sepanjang majlis akad nikah berlangsung. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki.

Dulang-dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sepasang kasut berjenama Charles & Keith, beg tangan berjenama Channel, sebentuk cincin, set pewangi BVLGARI, iPad Mini, set kosmetik Kanebo, dan sepasang telekung.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Black Mentor dan Naquia Yasirah yang dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat kedua buah keluarga.


SUMBER

Thursday, September 12, 2013

Gambar Kejadian tembak menembak yang berlaku di Tesco Cheng


Kejadian tembak menembak yang berlaku di Tesco Cheng.
 

Maklumat awal.
D9 Melaka/D9 Bukit Aman tembak mati 2/L/India. Suspek telah menembak kearah polis dan dlm mempertahankan diri dan keselamatan barangan kerajaan polis telah membalas tembakan. Salah seorang dikenali dgn nama Teratai Boy. Simati merupakan saspek kes samun kedai emas. Maklumat lanjut akan update.

Maklumat lengkap:

Gengster mat bunga


As salam Dato2/ tuan2 memaklumkan kejayaan D9 BA dan D9 Melaka menumpaskan penjenayah bsenjatapi di Melaka.



Pada jam lKurang 0920hrs @ 12/9/2013 berhampiran persimpangan lebuh SPA dan AMJ satu kejadian tembak menembak berlaku antara pasukan polis dgn 2 penjenayah yg menaiki m/kar jenis perodua myvi warna silver No pendaftaran Perodua 2698 

ketika pasukan sedang menjalankn rondaan telah terserempak dgn kenderaan dinaiki saspek dlm keadaan yg mencurigakan. Saya dan Pasukan cuba tahan m/kar tersebut setelah memperkenalkan diri sebagai polis dgn memakai jaket bertulis polis telah terdengar beberapa letupan dari arah dalam kereta saspek dan pada masa yg sama terlihat salah seorg memegang sepucuk pistol

pasukan kemudian membalas tembakan sehingga tiada lagi ancaman keselamatan terhadap saya dan pasukan sehingga saspek berjaya di tumpaskan.



SUMBER

Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta Bapa Sendiri



Terbaca berita kat bawah ini tadi.Peringatan untuk semua ibu bapa termasuk diri sendiri sentiasa berhati-hati terutama yang mempunyai anak kecil. Jadikan teladan kes yang terjadi di Perak ini.

PARIT BUNTAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dirempuh kereta bapanya berikutan tindakan abangnya yang berusia empat tahun bermain-main di dalam kereta berkenaan dalam kejadian di Taman Kerian dekat sini hari ini.

Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata Mohd Adam, 2, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala setelah kereta itu mengundur dan merempuh anaknya itu.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Mohd Ali berkata beliau berada di dalam rumah untuk mengambil barang selepas pulang daripada menghantar isterinya yang berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai.
“Saya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan bergegas keluar dan mendapati anak saya Aiman Yasin cuba menghidupkan enjin kereta,” katanya.

 
 



 
Katanya beliau cuba menahan anaknya itu daripada menghidupkan enjin, namun gagal lalu mengakibatkan kereta mengundur dan melanggar Mohd Adam yang berada di belakang kereta.

“Saya tidak menyangka kereta itu mengundur dan percaya Aiman Yasin telah memasukkan gear mengundur secara tidak sengaja ketika sedang bermain,” katanya.


Beliau berkata Mohd Adam cedera parah akibat tersepit antara kereta dan dinding rumah. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.


Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

13 Cedera Kemalangan Di Genting Sempah Lebuh Raya Karak



Baru je 2 hari lepas ada kemalangan maut di lebuh raya karak melibatkan sebuah kereta. tup tup malam tadi keluar berita berlaku lagi satu kemalangan di lebuh raya karak berhampiran terowong genting sempah.Walaupun bukan melibatkan kehilangan nyawa tapi diberitakan seramai 13 orang yang cedera. Untuk berita penuh sila rujuk di bawah :

Seramai 13 orang cedera dalam pelanggaran membabitkan dua buah bas, sebuah treler dan sebuah kereta di Km31.5, Lebuhraya Karak, Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.49 petang dan tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian.

Katanya, kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya.





"Saya percaya kemalangan berpunca disebabkan ada kenderaan yang dipandu laju dan perlahan, namun kami akan menyiasat punca sebenar kemalangan itu," katanya.

Azizan berkata 13 mangsa yang terdiri daripada 11 penumpang bas dan dua daripada kereta Vios itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk rawatan.

Beliau berkata mangsa berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun.

"Laporan awal mendapati bas pelancong membawa 13 penumpang (dan seorang pemandu), manakala bas ekspres Temerloh-Kuala Lumpur membawa 25 penumpang termasuk pemandu.

"Pemandu dua bas berkenaan hanya cedera ringan manakala pemandu treler tidak cedera," katanya.

Sementara itu, pemandu treler Aris Embong , 53, berkata ketika kejadian itu dia memandu perlahan dan berada di hadapan kereta Toyota Vios.

"Sebelum kejadian saya nampak sebuah bas bergerak laju sebelum melanggar sebuah bas yang berada di hadapannya...kemudian bas kedua itu melanggar treler yang saya bawa," katanya.


SUMBER

Wednesday, September 11, 2013

2 Pemain Bola Sepak Pahang Ditangkap Khalwat



KUANTAN - Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, semalam.
  
Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi.
  
Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.
  
Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu.




Menurutnya pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Sumber itu berkata sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai penguatkuasa Jaip mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.
  
Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-dua pemain yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an.
  
Kesemua mereka katanya dibawa ke Pejabat Jaip untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
- Bernama


p/s : sape la nama player bola tu yek?

KL Gangster 2 Full Movie Download Kekal DI Tempat 1 Carta



Selama 2 minggu dan sejak tersebar nya cerita KL Gangster 2 di internet kata kunci carian KL Gangster 2 Full Movie Download kekal menerajui carta dalam blog aku. Memang 'keywords" ni sapu bersih sejak entry tu di publish.

Ternyata filem Syamsul Yusof ni mempunyai aura yang tersendiri. Aku rasa sebab ramai peminat yang tertunggu-tunggu filem ini selepas habis nya KL Gangster.Lama kot fans semua tunggu kemunculan cerita ni.Tu bila keluar je link download terus jadi virus.



Kesian kepada produksi Shamsul Yusof penat buat filem. Banyak kos yang ditanggung tup tup orang dah boleh tonton filem dia sebelum keluar wayang lagi.

Harap lepas ni perkara begini tak kan berlaku sebab kita biasa dengan filem yang boleh di download atau dapatkan CD lepas filem keluar panggung tapi KL Gangster 2 berbeza sedikit. Kita boleh menonton sebelum cerita realease kat panggung.

Kepada semua pembikin filem selepas ini harap tak terjadi perkara sebegini. Pihak berkuasa pun kena buka mata gak dengan apa yang terjadi.Kena settings la cam mana nak setel problem sebegini.

p/s : Lambat nya bulan Oktober

Adi Putra tidak kenal wanita yang dikatakan skandalnya



Kamu semua mesti kenal watak Papa Ehsan, watak Jai dalam Kl Gangster.Tak lain tak bukan Adi Putra. Tetapi baru-baru ini dia dikatakan mempunyai skandal dengan isteri orang. Tadi ada terbaca di satu blog yang Adi Putra dah pun keluarkan kenyataan. Jom kita baca sama-sama.

Aktor kacak, Adi Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang menegaskan dia tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya dan memberi sebab mengapa dia mendiamkan diri. "Saya hanya ucap Alhamdulillah saja. 
 


Saya tidak cakap saya sakit hati pun. Saya hanya kosongkan diri dengan menganggap ianya adalah ujian dari Allah.Saya tidak ada rasa nak marah, jauh sekali nak gelak. Saya ada terima komen mengatakan pada saya bahawa ujian besar ini tanda Allah sayang pada kita. "Saya tidak boleh kata ia sebagai fitnah. Saya bukannya Tuhan untuk meletakkan sesuatu hukum. 

Hanya Allah saja yang boleh menghukum," kata Adi ketika sidang media pengumuman dia sebagai duta syarikat Ferrina Beauty diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.Mengulas dengan lebih tenang, Adi mengatakan dia tidak mengenali wanita yang didakwa mempunyai skandal dengannya itu. "Saya tidak kenal wanita itu. Saya diam diri sebelum ini bukan bermakna saya mahu melarikan diri," ujarnya.

SUMBER

Tuesday, September 10, 2013

Pesta Bola Merdeka 2013



Peminat bola sepak tanah air pasti teruja dengan kejohanan Pesta Bola Merdeka 2013 yang tengah berlangsung di Kuantan, Pahang sekarang ini. Baru malam tadi skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee memperoleh kemenangan kedua dengan mengalahkan Myanmar 2-1. Sebelum ini skuad negara mengalahkan Singapura 1-0.Next game lawan Thailand sebelum beraksi di final.

Cuma kehadiran penonton kurang memuaskan. Mungkin faktor cuaca yang selalu hujan pada sebelah petang atau malam menyebabkan peminat-peminat sekitar Kuantan memilih untuk menyaksikan perlawanan ini melalui siaran langsung di kaca TV.

Liga-liga Eropah pula berehat seketika minggu lepas untuk memberi laluan kepada pasukan negara masing-masing dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil. Kemeriahan liga-liga Eropah akan bersambung semula minggu ini. Sudah pasti peminat liga Inggeris, Liga Sepanyol, Liga Italy dan lain-lain tidak sabar menanti aksi pasukan kesayangan mereka.



Ini ditambah dengan pembelian pemain di saat akhir seperti Mesut Ozil yang berpindah dari Real Madrid ke Arsenal. Peminat-peminat Arsenal sudah tentu tidak sabar untuk menyaksikan "debut" Ozil nanti. Kalau layan game Arsenal ramai-ramai mesti nak kena pakai jersi kan. Yang belum ada jersi korang jangan risau dapatkan saja di ZALORA.Bukan setakat jersi Arsenal berbagai jersi ada kat ZALORA MALAYSIA - Shopping site online yang terbaik.

Layan EPL ke Sirie A ke La Liga ke jangan sampai lupa bola sepak negara kita ok. Harap-harap Harimau Muda menang Pesta Bola Merdeka. Piala Malaysia pun dah nak start semula minggu depan selepas berehat. Harap-harap Negeri Sembilan monang !! Hobin Jang Hobin.

Ustazah maut kemalangan bersama tiga anak



Semalam seorang Ustazah dan 3 anak nya terlibat dengan kemalangan maut. Jadi mari kita sama-sama sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah sekeluarga.Untuk berita penuh mari kita sama-sama rujuk berita dari Sinar Harian di bawah ini.

KAJANG –Tragis apabila seorang guru mata pelajaran agama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan tiga anaknya maut selepas  kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7 Jalan Kajang-Banting di sini, hari ini.

Kejadian turut menyebabkan seorang anak lelaki guru itu yang berusia tiga tahun kritikal dan  masih mendapat rawatan di wad kecemasan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah untuk mengajar murid sesi petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan dipandu mangsa dari arah Bangi ke Kajang dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori.






Rempuhan kuat turut menyebabkan pemandu lori mengalami kecederaan dan terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mereka yang terkorban adalah Rohaya Md Rabi, 35; Nor Nabila Al Huda Mohd Taufid, 9; Nor Nabila Ah Hanan, 7, dan Mohd Nabil Lutfi Al Hadif, 1.

Anak mangsa yang kritikal dikenali sebagai Mohd Nabil Lutfan Al Husni, 3.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil dipandu mangsa bertembung dengan lori menyebabkan mangsa yang memandu tersepit.

“Akibat pelanggaran itu, sebuah van turut merempuh bahagian belakang lori dipercayai akibat tidak sempat menekan brek,”katanya.  

Empat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Kajang.-SH


p/s : Takziah & Al Fatihah

Monday, September 9, 2013

Gambar Nabila Huda Kemalangan Jalan Raya



Dikhabar kan anak kepada Amy Search iaitu Nabila Huda kemalangan jalan raya semalam. Kemalangan ini juga menyebabkan anak kepada Nabila Huda patah tangan. Kemalangan berlaku di Lebuh Raya Karak.




   
Menurut sumber Nabila bersama anak nya dan seorang lagi semasa kejadian.Difahamkan 4WD yang dinaiki mereka terbabas dan menyebabkan anak kepada Nabila iaitu Keisha tercampak keluar dari kereta.

Syukur kemalangan yang mereka hadapi ini tidak berapa teruk. Dan mari kita sama doakan anak kepada Nabila cepat sembuh. Semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan ini.

p/s : musim hujan sekarang ni jadi bila drive hati hati

Friday, September 6, 2013

Komen Isteri Adi Putra Berkenaan Laporan Skandal Suaminya



Seperti yang kita baca sekarang ni di alam maya heboh berkenaan Adi Putra yang di dakwa mempunyai skandal dengan isteri orang. Aku tak pasti berita tu betul ke tak.Tetapi pihak berita harian ada menemu bual isteri Adi Putra iaitu Aida Yusof.

Aku tak pasti ia nya temubual secara 4 mata atau pun melalui perbualan telefon. Kita ikuti apa komen Aida Yusof iaitu isteri kepada pelakon Adi Putra tentang perkara ini.



Komen beliau :

Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kontroversi ini juga tidak akan menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya.
Adi tidak melarikan diri ke mana-mana. Dia dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan cerita sebegitu. Dia berdiam diri pun kerana tidak mahu mengganggu kerja polis. Lagipun, kes ini masih dalam siasatan.

Konsert Yuna Di Istana Budaya



Pagi tadi masa naik kereta office untuk ke satu destinasi sempat layan HOT FM. Ada tetamu kat konti. Tak lain tak bukan Yuna. Seorang penyanyi bertudung yang berbakat besar dan dah pun bertapak di US.

Dia menjadi tetamu kat HOT FM sebab malam ini hari pertama konsert beliau di Istana Budaya (IB) KL. Kalau korang tengah layan Hot FM pun sekarang ni pukul 2 - 3 petang kita akan dengar semua lagu Yuna.



Aku dari dulu layan jugak lagu-lagu Yuna ni.Lagu dia unik + suara yang lain dari yang lain. Tapi maaf la Yuna mak den x suko lagu lagu kau doh hehe.Orang tua kan taste dia orang lain sikit.Mesti la lagu lagu 60 an .

Untuk korang yang terlepas pasal konsert try la google mana tau ada tiket lagi ke. Ok la cukup sampai sini ok. Daaa..

p/s : ada x fans Yuna kat sini?

Perkhidmatan Web Design, Photography, Print T-Shirt, Magic Mug & Phone Casing di SixtySeven Production



Kawan-kawan semua di sini seorang dari sahabat kita Nurul Ain ada buka satu company. Company ini menawarkan servis untuk Web Design, Even Photography, Magic Mug, Print T-Shirt dan Phone Casing. 
 


Jadi untuk korang yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini sila hubungi mereka.Sekarang pulak, company ini sedang mengadakan promosi di mana ada harga istimewa untuk pelanggan.Rujuk gambar di bawah : 


Promotion!!!

 Web Site Design

Banner

Contact : 017-4677612 / 017-4677842




Thursday, September 5, 2013

Aidil Zafuan dan Rita Rudaini Sah Bercerai

Berita untuk peminat-peminat Aidil Zafuan & Rita Rudaini
Seremban: Mahkamah Rendah Syariah di sini mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, terhadap isterinya, pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 36.

Hakim, Hamizan Mohd Nor memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan Rita dan Aidil semasa prosiding berlangsung.




Aidil dalam keterangannya mengaku menghantar satu SMS kepada Rita pada 4 Ogos lalu bahawa dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu kira2 antara jam 4 hingga 5 petang.

Aidil turut mengaku SMS itu dihantar dalam keadaan waras dan sedar tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Rita dalam keterangannya juga mengaku menerima SMS itu dan membalasnya dengan perkataan 'Alhamdulillah' berserta simbol senyum.


p/s : kita doakan yg terbaik untuk mereka 

SUMBER

Penting!!! Nama Kedai Business Online Yang Menipu / Diragu



Aku dapat kat FB seorang kawan jadi kepada semua yang selalu beli barang online korang kena baca satu satu sampai habis. Memang artikel ini agak panjang.Tapi untuk info wajib baca.

WAJIB BACA ARTIKAL NI YER SEMUA? dan SEBAR2KAN.. elakkan diri kita ditipu..

(Senarai) Nama Kedai Business Online Yang Menipu / Diragu


kedai.online yg tipu

Sila rujuk senarai nama kedai atau business online yang menipu ni jika anda kerap melakukan pembelian di internet. Malaysia sebenarnya masih mundur dalam hal pembelian barang secara online kerana masih ramai yang menipu dan menjadi mangsa tipu.

Tak seperti Korea. Kebanyakan perniagaan mereka adalah secara talian. Penghantaran on the spot adalah antara yang terbaik. Sebab itu mereka mampu maju dalam masa yang singkat. Tapi di Malaysia masih ramai makhluk yang mengambil kesempitan di atas kecanggihan teknologi. Macam mana Malaysia nak maju kalau berniaga pun tipu orang. Untung nak cepat. Kalau perniagaan orang lain maju, mulalah nak sabotaj. Adeh..

Bagi pembeli, sebaik-baiknya lihat testimoni atau komen pembeli yang lain dulu samada beliau peniaga yang boleh dipercayai atau tidak. Kalau takde testimoni sila tinggalkan. Dalam Islam pun ada kata; kalau was-was elok tinggalkan.

Berikut adalah antara nama kedai online di Malaysia yang menipu ramai pembeli. Harap berjaga-jaga:

1 ) Az Iman
Report by many people, payment made but nothing have been deliver. Gambar ambil dari google

2) Assyaima Collection
Report by Siti Suhaila , order barang lain tapi dapat barang lain. Bila sms tak reply

3) Kartisha Little Bizhub
Report by Zetty Ezhard , beli perfume last year, kata authentic tapi rupanya fake. Bau macam sabun, bila email balik tak reply. No telefon tak provided

4) Jason / Ah keong / YU KAM LEAN
Report by many people , jual gadget. Sell BB for rm500 end up semua customer dia tak dapat apa2. Memang ramai dah kena. More than RM10k ++ Please beware

5) Imaya Gadget @ Anisah Derahman (kutu gadgets)
Report by Laksamana Cheng Ho , 4 bulan tak dapat barang, dia just refund RM300 and balance until now tak settle. Post kat wall dia block.

6) Wawa Najwa ZK’nas Lens
Report by Cik N Syuhada , until now tak refund duit

7) Yanti Shaterz
Report by many people, mak kutu yang makan duit haram

8 ) Babyrina
Report by Nik Norazne , ramai dah kena tipu and dia ada byk FB.

~ http://www.facebook.com/princess.babyrina
~ http://www.facebook.com/reena.colections
~ http://www.facebook.com/profile.php?id=100002641425341
~ http://www.facebook.com/lolypopprincess.reena
~ http://www.facebook.com/profile.php?id=100003265896181&ref=ts

9) Coachbagz wonderland
Report by Nurliza Eirlina , jual handbag dari luar negara, dah bayar depo last year but until now barang tak sampai. Email and inbox dia bagi alasan kena tipu dengan supplier tapi sampai sekarang masih active berniaga.

10 ) Katty Eng
Report by Nurul Shahida Syabil , RM130 sampai sekarang tak refund. Barang tak sampai. Now dah block orang

11) Set Nona Roguy
Report by Siti Hajar , dia jual set bersalin. Nama kat akaun maybank Nur Shuhada Ishak. Ramai dah terkena

12) Thalia Amanie @ Juliana Sulaiman
Report by many people , main kutu yang makan duit orang.
More details :
FULL NAME —> JULIANA SULAIMAN
NO IC —> 870207495266
NO HP —> 017656278
NO ACC —> CIMB ACC ( 1222-000-3976-201)
ALAMAT —> NO 9,PANGSAPURI SERI NIPAH,OFF TMN PINGGIRAN USJ 4760
SBG JAYA SELGR

13) KIKI GAJET @Muhammad Shaz
Report by Nora Madi Norazmadi , dah bayar deposit RM400, terus kena block. Number phone 0174643265

14 ) Buabuai Buaian cukur Jambul
Report by Love Haikal , duit dah bayar, video tak dapat, fb diblock, call and sms tak layan. Kena pada 13 nov 2011. no phone 01935335784

15) Rainbow House @ Chong Kar Ying
Report by Teia Zakariah , beli lens tak dapat lagi.

16) Koleksi Kpop Eshop @ Norfazilawati Binti Jefferi 01112026208
Report by Faten Suhana and Deana Abdullah , beli 2 baju tapi tak dapat2 lagi sampai sekarang

17) Jualan Mega @ Sarah by Mohd Jamaian
Report by Nabela Dyana , beli ypad budak 30pcs and iphone 4s mainan budak until now tak dapat lagi

18) Door to Door @ Sharifah Nuzaihan Syed Fisol
Report by Amna Nafeesa II , dia jual gadget murah. Sampai sekarang tak dapat. Total loss RM6K.

19) Lens Collections
Report by Chibbi Maruko , total RM345. tak pulangkan lagi duit sampai sekarang.

20 ) Nor Aymylia Bt Normazlin
Report by Puan Ain Juih , beli samsung galaxy tab tapi dapat tablet china. Ramai dah terkena dgn dia. Total loss RM1.6k

21) Nellisa Abd Rahman
Reported by many people , mereka jual barang2 baby , susu dan diapers, barang tak pernah sampai ramai dah tertipu

22) Bee florian @ Aizan Fong Abdullah
Reported by many people, dia ni memang dah bertahun tahun terkenal dengan menipu. Kalau cari fb dia memang dah takde so just beware dengan nama dia tu.

23) Rosidah Abdullah
Reported by many people , dia ni suka buka kedai tiru nama kedai seller lain so nanti customer akan keliru. So just beware dengan nama dia bila nak buat payment nanti.
Maybank 163091006206 , hp 01114990713 / 01114944617

24) Butik Beg Tangan Berjenama @ Wan Syazwani maybank 158305218738
Reported by many people, fb dia pun dah hilang sekarang. Dapat duit terus senyap then deactivate fb.




25) Adayana Perfume @ Syahidan Ahmad
Reported by many people, after payment barang tak sampai. Macam2 alasan diberikan.

26) Kedai Gadget @ Faizah binti Md Rejab
Reported by many people , kutu gadget dan jual ada jual gadget tapi kalau dah bayar jgn harap barang akan sampai.
DIA MASIH ACTIVE DI LUAR SANA PLEASE BEWARE.Ni no dia 0179895662

27) Korean Sweety Eye
Reported by many people, after payment dia akan block dari msg/wall

28) Kedai saya @ Mohd Syazamie
Reported by Aina Jessturaya, orang tu mengaku diri pekerja court mammoth penang and jual barang murah & ansuran. After masukkan duit dia akan block terus. Tracking number yang tipu dia bagi

29) Babydynas Collections & Babydynas Kutu Frenz
Reported by many people, ada few people je yang dapat refund dari dia. Yang lain semua dia kebas duit. Senyap sampai sekarang

30) Aida Isyhaidar @ Norhaida bt Jamaludin
Reported by Princess Davinci , dia ni kutu jam. Duit lesap

31) Kedai Sri Mawar @ Azizah Bt Bakar from Bachang Utama
Reported by Siti Qis Junior , peniaga emas. After dah dapat duit dia block customer.

32) Blackberry Hotshop @ Maria Ariffa Mazlan
Reported by Lynn Domo, customer mintak COD, dia setuju tapi dengan syarat bayar deposit RM500. bila yang nak jumpa, dia tak datang. Call tak jawab.

33) Tudung Abu Dhabi
Reported by 5 people, service lambat. Ada yang dapat after 2 week dah bayar itu pun after dah push and bagi warning.

34) Kasih Damia Shoppe / Kasih Damia Collections
Reported by Ros Zaiha , owner kedai ni nama Suhaila. Beri alasan macam2, barang sampai kesudah tak dapat.

35) Lim Anna
Reported by many people, boleh tengok dekat photos posted by Poisonous apple, dia print screen orang2 yang bagi wall post mintak refund money and post barang.

**silakan kongsikan kepada semua yer? semoga menjadi panduan kita supaya lebih berhati2.. InSyaALLAH.....

**kalau ada yg rakan2 tahu lagi atau ada pengalaman.. sila komen untuk kongsikan kepada semua kat sini....