loading...

Sunday, June 30, 2013

Keputusan Final Piala FA 2013

Keputusan penuh final piala FA antara JDT dan Kelantan adalah Kelantan berjaya menewaskan JDT 1-0 hasil jaringan norfarhan mohamad.
Berlangsung meriah dengan stadium bukit jalil dipenuhi oleh kedua dua penyokong perlawanan akhir ini nyata milik kelantan dengan deretan peluang yang mereka miliki.
Tahniah untuk pasukan Kelantan.


p/s:publish guna phone

Friday, June 28, 2013

Pembunuh Dirang Dihukum Gantung Sampai Mati


JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang buruh kontrak selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muidin Maidin, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lalu ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar pada 12 Mac tahun lalu.

Rumah Almy Nadia Terbakar



PETALING JAYA: Baru sahaja kes putus cinta dengan pelakon Fizz Fairuz reda, aktres Almy Nadia ditimpa ujian lain apabila rumahnya di kampung terbakar, manakala ibunya patah tulang rusuk kanan.

Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu, apatah lagi tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.

"Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.

"Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Almy memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama.

Bagaimanapun, menurut Almy, tiada ahli keluarga yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya Roshida Hashim, 45, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.

"Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas.

"Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut.

"Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini," jelasnya.

Tambah Almy, perniagaan makanan sejuk beku yang baru sahaja diusahakan bersama ibunya turut tergendala.

"Kami baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang dalam keadaan tidak sihat.

"Insya-Allah kalau rumah sudah siap dibaiki dan ibu sihat, perniagaan itu akan disambung semula kerana permintaan setakat ini menggalakkan," katanya.

Bagaimanapun, kata Almy dia menerima dugaan tersebut dengan hati yang tenang dan menganggap ia adalah sebagai satu ujian daripada Allah.

"Saya susah hati dan tiada pula tempat mengadu, semuanya saya tanggung sendiri.

"Sekarang saya hanya fikir positif dan anggap ujian tersebut adalah penghapus dosa-dosa yang telah saya lakukan," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Maahad Al-Amin untuk televisyen Al-Hijrah.


MSTAR ONLINE

Kenali Fatih Seferagic si Hafiz Muda



Seorang Al-Hafiz muda berbangsa Bosnia, dilahirkan di Jerman, dan menetap di Texas, USA. Fatih merupakan seorang guru Al-Quran di sana. Dan dia baru berumur 17 tahun.

Dialah pemuda itu. Hafiz Qur’an, bersuara indah..
Masyaallah..Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran.Pada usia 4 tahun,dia berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun dimana dia mula menghafal Al-Quran.


Dia mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam 3 tahun alias menjadi hafiz pada usia 12 tahun! Dia melatih hafalannya itu di bawah bimbingan Syekh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang sambil sekolah, dia juga mengajar Al Quran dan menjadi ketua remaja masjid Sheikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.

Cuba cari Fatih Seferagic di youtube dan facebook. Dengarkan bacaan beliau semasa menjadi imam solat Terawih dan dengarkan lagu nasyid Ghuraba yang dialunkan olehnya, sungguhhhh merdu!! SUBHANALLAH...

Audi Q7 Jika JDT Menang Piala FA 2013



DUA pemain terbaik pasukan Johor Darul Takzim (DT) pada musim ini akan menerima ganjaran berbentuk kereta utiliti sukan (SUV) Audi Q7.

Ini diumumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.

Tunku Ismail berkata, ganjaran tersebut adalah tambahan kepada bonus lumayan yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan Johor sekiranya JDT memenangi Piala FA menentang Kelantan pada final, Sabtu ini.

"Semua inisiatif ini dilakukan sebagai menunjukkan penghargaan terhadap segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan pasukan dan para pemain," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan final di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti, Tunku Ismail menyeru kedua-dua penyokong pasukan itu agar sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku mereka ketika di stadium.

"Saya berharap para penyokong yang datang di Stadium nanti patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas dan elakkan daripada mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi.

"Saya berharap juga penyokong dari kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan," katanya.

Tunku Ismail juga memberitahu satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokong JDT dan Kelantan akan diadakan di kawasan rehat Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil pada hari perlawanan.- Sinar Harian

Thursday, June 27, 2013

SANTAI GIVEAWAY KAD RAYA 2013 BY F & W

Disebabkan tuan tanah sendiri yang invite dengan rasa rendah diri phat ingin join satu GA yang dianjurkan oleh Diari Farisha.
 

Bersempena dengan kedatangan Bulan Puasa dan Syawal tak lama lagi, Farisha & Wid buat julung kalinya telah bekerjasama dan bersepakat mengadakan Giveaway ini. Jemput semua memeriahkan Giveaway ini


Syarat-Syarat Penyertaan :



1) Mempunyai Blog

2) Warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia

3) Follow Blog sponsor :  INI dan INI

4) Like Fan Page Facebook sponsor : Rujuk Blog Penganjur


5) Buat entry bertajuk "Santai Giveaway Kad Raya 2013 by F & W"
6) Dalam entry, nyatakan "kenapa korang nak Kad Raya dari Farisha dan Wid??

7) Copy Banner di atas & Backlinkkan ke entry ini

8) Tinggalkan link entry penyertaan di bahagian komen dibawah (bukan link blog)

--------------------------------------------

Sebanyak 50 pemenang bertuah di cari!!
Cabutan menggunakan random.org


Hadiah:
Kad Raya Customized Limited Edition
 **Gambar akan di update selepas proses cetakan siap**

-------------------------------------------------------------


Tarikh Mula : 24.06.2013 hingga 21.07.2013

Pengumuman Pemenang : 22.07.2013


**Sila ambil perhatian tarikh pengumuman pemenang ini sebab kami mahukan butir-butir diri anda secepat yang mungkin bagi mengelakkan kes Penghantaran Kad Raya selepas raya**

Kenapa phat nak kad raya dari Farisha dan Wid :

Sebab 1 je sebab phat dah lama tak dapat kad raya huwarghhhhhh!!!

Elfira Loy Beli Rumah Sendiri di Usia 19 Tahun



Elfira Loy adalah pelakon remaja yang sangat berbakat. Baru sahaja berusia 19 tahun tetapi beliau telah banyak membintangi drama-drama tempatan terutama yang berkolaborasi bersama pelakon atau hero dari seberang Indonesia.
Bukan sahaja bakat lakonan tetapi beliau seorang artis remaja yang bijak menguruskan pendapatan beliau. Ini terbukti dengan kisah nya yang sudah pun mampu membeli rumah beliau sendiri.

Beliau memberitahu wang yang digunakan untuk membeli rumah tersebut adalah hasil titik peluh beliau berlakon dan menjadi duta produk.

Oleh itu, beliau boleh dijadikan contoh untuk kita semua bagaimana untuk menguruskan kewangan kita terutama kepada golongan remaja.Segala usaha kita mesti ada ganjaran nya.

Tahniah untuk Elfira

p/s : aku pun baru nk usha2 rumah hihihi

Positif Dadah Jenis Syabu, Pelakon Benjy Ditahan Polis



PETALING JAYA – Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.
Utusan Malaysia melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya,” katanya. – mStar


SUMBER

Wednesday, June 26, 2013

Budak 7 Tahun Cedera Teruk Didera Bapa Tiri


Terkejut bila tengok berita berkenaan seorang budak leaki yang didera oleh bapa tiri kat tv semalam. Memang teruk keadaan nya. Kita yang tengok pun tak sanggup nak tanggung sakit apa lagi lah tuan empunya diri kan.
Di manakah letak nya nilai seorang manusia pada bapak tiri budak tersebut hingga sanggup memperlakukan sedemikian rupa terhadap kanak-kanak tersebut.( lihat gambar)

Kanak-kanak tersebut ditemui oleh pihak polis di rumah nya dalam keadaan seluruh badan nya terdapat kesan luka akibat cucuhan puntung rokok dan kedua-dua kaki dalam keadaan melecur dan bernanah.

Kanak-kanak malang itu turut berada dalam kesakitan dan lemah akibat dari kelaparan.Kejadian ini berlaku di Kuala Terengganu.Mari kita semua berharap si bapa tiri kanak-kanak tersebut akan mendapat hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dibuat.

Sah Syura Juara Masterchef Selebriti Musim Kedua



Aku ada buat entry berkenaan siapakah yang akan bakal menjadi juara masterchef selebriti musim kedua.Sebab ada yang kata keputusan tersebut telah pun diketahui sebelum rancangan ditayangkan. Yela kan benda dah dirakam mesti ada orang yang dah tau dan bocorkan keputusan kepada awam.
Tapi itu semua tak penting.Aku tetap layan masterchef selebriti musim kedua kat rumah malam tadi.Dengan menggunakan idea-idea yang terbaik Syura dan Celina memang layak untuk berada di dapur final.

Aku nak tulis apa yang dia orang berdua masak pun aku tak ingat jadi korang google la ye.Syura dapat tambahan dana untuk badan yang diwakili dan beliau menerima trofi serta tiket penerbangan yang ditaja oleh MAS.

Jadi sekali lagi tahniah kepada Syura dan tahniah juga kepada Celina.

Tuesday, June 25, 2013

Syura Juara Pemenang Masterchef Selebriti Musim Kedua


Telah tersebar di dada dada blog yang mengatakan Syura adalah pemenang atau juara untuk masterchef selebriti musim kedua.

Tetapi aku tak pasti la pulak sama ada benda ni betul ke tidak. Sebab rakaman final mesti dah setel kan cuma belum keluar tv je lagi.
Mungkin ada orang yang berada di kawasan rakaman dah tau siapa yang menang antara Syura dan Celina kan? Tetapi apa apa pun kepada semua peminat masterchef selebriti anda di minta untuk bersabar ok.

Tunggu je pukul 9 malam ini untuk ketahui keputusan penuh siapa kah juara sebenar antara Syura atau Celina. Untuk kedua selebriti 'good luck' untuk korang ya.

Website Untuk Semakan Bacaan Terkini Indeks Pencemaran Udara -IPU


 
Di saat negara kita dilanda jerebu ini.Korang semua diminta untuk mengurangkan aktiviti luar rumah dan banyak-banyak kan lah aktiviti dalaman sahaja.

Bagi yang menunggang motosikal sila pakai topeng udara. Kita juga diingatkan untuk minum lebih banyak air pada ketika ini.Perlu diingat jerebu yang kita sedut akan tinggal dalam paru-paru kita dan tidak keluar seperti gas karbon dioksida.

Jadi untuk mengetahui kadar IPU tempat anda. Anda boleh semak di bawah ini :


 



Monday, June 24, 2013

Malam Tenun Pahang Diraja 2013 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur

 
Pada malam khamis lepas 20 Jun 2013 telah berlangsung satu event Malam Tenun Pahang Diraja 2013 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang.

Jadi urusetia untuk event ini adalah Kraftangan Malaysia tempat dimana aku bekerja. Bos pilih aku sebagai salah seorang anggota kerja protokol untuk malam tersebut. Sebenarnya dari beberapa bulan sebelum event aku dah terlibat hadir beberapa meeting dengan bos aku hihi.
Jadi malam tersebut ada majlis makan malam, fashion show, pelancaran buku oleh Muzium Pahang, persembahan artis dan juga penyampaian hadiah pertandingan rekaan tenun pahang diraja.Fashion show dengan fabrik tenun mengenengahkan rekaan Puan Rodziah dari Kraftangan Malaysia, Rizalman, Jovian Mandagie dan Datin Sharifah Kirana.

Tetamu kehormat pada malam tersebut ialah Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang. Aku sempat la ambil gambar ngan Tengku Puan. Tak lupa juga bergambar dengan emcee Dato' Yasmin Yusoff ;-)




INFO JEREBU DI MALAYSIA : Masalah Kesihatan Yang Berkaitan



Masalah kesihatan 
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
* Kanak-kanak
* Orang tua
* Pesakit [[lelah]] dan [[penyakit]] pernafasan lain
* Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
* Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
* Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
* Iritasi di mata serta mata yang merah
* Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
* Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
* Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
* Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
* Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
* Selalu minum air
* Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan 

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PEMANDUAN DALAM KEADAAN JEREBU

 
Berikut disenaraikan beberapa langkah keselamatan yang harus dipraktikan oleh semua pengguna jalan raya ketika memandu/menunggang kenderaan dalam keadaan jerebu.

1. Pastikan semua tingkap kenderaan ditutup dan gunakan penghawa dingin dan pastikan ia dalam mod "putaran udara dalaman".

2. Buka lampu kenderaan untuk mencerahkan lagi penglihatan semasa memandu. Elakkan daripada menggunakan lampu kecemasan (hazard light) kerana ia boleh mengelirukan pemandu yang lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan berhenti di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.

3. Pemandu harus mengekalkan jarak pemanduan yang selamat di antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya berlaku situasi merbahaya di hadapan.

4. Jangan merokok ketika berada di dalam kenderaan.

5. Pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang berwarna cerah bagi membolehkan pengguna jalan raya yang lain dapat melihat anda dan memakai penutup muka.

Ping Busuk Berwajah Baru

Masuk masuk je area untuk ping entry di Busuk aku dah hilang punca + hilang arah. Bukan apa sebab ruangan untuk ping entry terbaru tu tak ada. Habih macam mano tu? Puas jugak godek-godek mana tau tersorok ke apa. Sebab aku tengok memang totally website busuk berubah sama sekali.

Lebih kemas dan berwarna putih sahaja. Tup tup ada sahabat bagi tau yang busuk buat sistem baru untuk ping entry sahabat-sahabat busuk.

Since kita dah letak widget busuk.Entry kita akan auto ping di website busuk. Bagi kawan-kawan yang baru nak join sila pergi ke "domain check" then mendaftar la ya.Bagi yang dah memang berdaftar nak tengok status korang leh jugak pergi ke situ.

Ni serba sedikit yang aku tau.TQ

Warga Emas Maut Dilanggar Troli


Semalam aku tengok berita ni kat tv. Terkejut gak kan bila tengok rakaman tu.Troli tu meluncur laju dan menghentam seorang warga emas yang kebetulan berada dihujung eskelator di sebuah pasaraya.
Dikatakan troli tersebut membawa bebanan lebih kurang 150kg. Bayang kan dengan kelajuan yang timggi beban itu menghentam manusia.

Tapi semua ni bukan berlaku di Malaysia tau tetapi di negara China.Seperti yang kita ketahui di negara China ni memang selalu ada cerita-cerita yang pelik dan dasyat.

Aku rasa video warga emas ni jadi trending kot semalam.Untuk layan video tu korang try search kat u tube.


Friday, June 21, 2013

Shahz Jaszle Putus Tunang



Semalam telah keluar satu artikel di Berita Harian yang mengatakan keluarga tunang artis kita ni menghubungi mereka untuk memberi pencerahan berkenaan status hubungan pertunangan Redzwani dan Shasz Jaszle.

Dan lebih mengejutkan laporan berita harian itu menyebut pertunangan tersebut sudah pun diputuskan 10 hari yang lalu.
Dikhabarkan keluarga pihak perempuan telah pun memulangkan ke dua dua bentuk cincin yang diterima semasa majlis pertunangan mereka pada 8 Disember tahun lalu.

Pasangan ini menjadi tumpuan peminat apabila baru-baru ini Shahz Jaszle menggemparkan dunia hiburan tanah air dengan isu beliau ditangkap khalwat dengan perempuan lain.

Apa-apa pun bagi phat semua telah berlaku..sama-sama kita muhasabah diri kita.Semoga ada yang terbaik untuk semua pihak.

Gambar Sebenar Farah Nurizzati Salleh Kini Didedahkan




Ketika keluarga Redzwani Puteri tidak mahu lagi nama Shah Jaszle dikaitkan dengan Redzwani Puteri, ibu Shah Jaszle pula..

masih menafikan status pertunangan mereka sudah berakhir. 
Semalam, Shah Jaszle dan ibunya telah datang bersemuka dengan Farah Nurizzati Salleh yang ditemani abangnya, Muaz di sebuah restoran di Bangsar Utama untuk berbincang dan melempiaskan amarahnya.
 
Inilah gambar sekitar pertemuan dua hala antara Shah Jaszle dan Farah Nurizzati Salleh. 

Akhirnya, dapat juga admin menetap wajah sebenar Farah Nurizzati Salleh yang kini hangat meniti di laman-laman blog dan portal hiburan kerana pengakuan beraninya menerusi rancangan Melodi berkenaan pembohongan Shah Jaszle.

SUMBER

p/s : entry copy paste uollss x dan nak olah ;-)
 

Wednesday, June 19, 2013

Senarai Harga Baru Kenderaan Perodua



Bagi menyokong langkah kerajaan untuk menawarkan kos pemilikan kenderaan yang lebih murah tanpa mengabaikan kemudahan dan aspek keselamatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah memperkenalkan kereta daripada rangkaian S-Series yang memberikan penjimatan antara RM4,500 sehingga RM5,600 kepada pengguna.
Rangkaian S-Series meliputi model kereta Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S telah dilancarkan pada 14 Mac lalu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini, syarikat telah menerima tempahan sebanyak 45,000 unit untuk varian berkenaan dan 32,000 unit kereta yang ditempah itu pula telah diterima pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penjimatan tersebut tidak terhad kepada harga kenderaan yang lebih murah, tetapi juga nilai tambah daripada aspek aksesori kenderaan, perkhidmatan servis dan alat ganti percuma dalam tempoh tiga tahun.

Mengambil contoh model Perodua Myvi SE, Aminar Rashid menjelaskan, pihaknya telah menyelaraskan harga kepada RM2,000 lebih rendah berbanding varian yang digantikan.

“Perodua turut menawarkan servis dan alat ganti percuma seperti minyak enjin, gasket dan palam pencucuh selama tiga tahun yang kesemuanya bernilai RM1,120.

“Selain itu, kami turut menambah beberapa kelengkapan baharu seperti bampar, skirting sisi dan spoiler yang bernilai RM2,500.

“Ini memberikan pengguna nilai tambah sebanyak RM5,620 berbanding varian sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. -Kosmo

Leuniey Hamil Khairul Fahmi ( Apek ) Teruja


SHAH ALAM - Penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat akan bergelar bapa apabila isterinya, Leuniey Natasha telah disahkan hamil enam minggu.
Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Leuniey ketika berkunjung ke pejabat Media Hiburan, di Karangkraf, tengah hari semalam.

“Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil enam minggu. Ketika memaklumkan berita gembira ini kepada suami, Apex yang ketika itu berada di Australia, dia berasa cukup teruja dan gembira malah turut mengalami ‘morning sickness’ seperti saya,” kata Leuniey dengan gembira.

Sebelum itu, Leuniey ada menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata secepat mungkin bagi menghilangkan kesunyian gara-gara ditinggalkan Apex kerana komitmen terhadap bola sepak.

Majlis pernikahan Apex dan Leuniey dilangsungkan di rumah Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada 28 Disember tahun lalu manakala majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember.

Mereka mula menjalin hubungan selepas terlibat dalam pembikinan iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum milik penyanyi Siti Nurhaliza awal tahun lalu.

Sinar Harian

Tuesday, June 18, 2013

Bukan Sofi Jikan Yang Meninggal Dunia Tetapi Adik Nya


Hangat di media sosial seperti facebook, twitter dan beberapa blog yang memberitakan bahawa seorang pelakon yang selalu membawakan watak jahat iaitu Sofi Jikan telah meninggal dunia akibat daripada demam denggi.

Tetapi berita tersebut adalah tidak benar sama sekali. Dan pencerahan telah dibuat oleh blog Roti Kaya untuk semua peminat-peminat kepada pelakon yang baru sahaja memenangi Anugerah Watak Jahat Terhebat di Anugerah Blokbuster 2 baru-baru ini.

Yang meninggal dunia sebenarnya adalah adik kelima beliau. Takziah untuk keluarga Sofi Jikan.

Harap khabar angin yang melibatkan kematian jangan dibuat bahan permainan lagi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Gurauan kita pun ada batas nya kan.

Harap orang yang sebarkan khabar angin tersebut kena senggaaatttt!!!! hehehe..

Najwa Latiff sambung belajar di UNITAR



Tahniah diucapkan kepada penyanyi remaja Najwa Latiff kerana berjaya menyambung pengajian nya di UNITAR.Berbekalkan keputusan SPM 4A, Najwa memilih UNITAR kerana berminat dalam bidang Foundation in Management.
Bagi pihak UNITAR pula, mereka berbesar hati dengan melantik penyanyi tersebut sebagai duta mereka dan sekaligus memilih Najwa Latiff sebagai ikon belia terbaik untuk mempromosikan jenama universiti berkenaan dikalangan remaja masa kini.
    

"Kami gembira kerana Najwa Latiff telah memilih kami sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pelajaran. Dengan profil beliau di kalangan belia, dia adalah duta besar untuk mempromosikan universiti dan juga jenama baru kami di Kelana Jaya mulai bulan September ini. "– Ketua Pegawai Eksekutif Unitar Capital Sdn Bhd, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi.

Dengan USD 40 boleh kahwini gadis Syria??

 



KAHWIN DENGAN GADIS SYRIA - BANTU SAUDARA ISLAM DISANA

PENGUMUMAN PENTING....PENGUMUMAN.. Ikhwan mesir umum utk sesiapa yg sanggup utk ambil muzslimat syria sbg isteri hanya usd 40 shj..sekarang ramai berada d masjid2 di 

sekitar kaherah..masih muda2 lg lingkungan 15-20..


kawin ramai2Mahar - Rm120


Airfare nak bawak dtg sini - Rm2000

Kenduri Kecik2 amik catering ngan 200 org x rm10 - Rm2000

Kadi + paperwork - Rm300

Total - Rm4420 dpt bini lagi sorang!


* khas utk member2 yg blum berkahwinAirfare nak bawak dtg sini - Rm2000Kenduri Kecik2 amik catering ngan 200 org x rm10 - Rm2000Kadi + paperwork - Rm300Total - Rm4420 dpt bini .
Dah baca belum? Berikut adalah ayat yang tersebar di satu page di FB malam tadi.Dan berita ini adalah palsu dan tidak benar sama sekali.Harap semua pihak lebih berhati-hati untuk sebarkan apa sahaja berita di media sosial.Apa ingat kahwin macam beli barang ke??
BERITA DI ATAS ADALAH TIDAK BENAR DAN TELAH DISEBARKAN DI FACEBOOK

Monday, June 17, 2013

Cadangan Kenaikan 30% Kadar Tiket Bas Ekspress dari Kuala Lumpur


Ke Kuala Terengganu RM 38.70----> RM 50.31
Kota Bharu RM 40.00-----> RM 52.00
Kuantan  RM 23.00--------> RM 29.90
Alor Star RM 39.00 -------> RM 51.90
Kangar RM 43.00 ----------> RM 55.90
Butterworth RM 31.20 --------> RM 40.56
Sungai Petani -------> RM 44.46
Johor Bharu RM 31.20------> RM 40.56
Alor Gajah RM 10.00 --------> RM 13.00
Berikut adalah cadangan dari pihak berkaitan untuk kenaikan tambang bas ekspress iaitu sebanyak 30%.
Tetapi cadangan ini mendapat banyak bantahan dari pengguna.


Subhanallah!! Otak Jenazah Pelajar Tahfiz ‘segar’ Seperti Hidup



Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.
Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat Aiman Nurhakim Yahya


SUMBER

Pelajar Uitm Maut Kemalangan Di Federal Highway


Sebelum meneruskan bicara mari kita sama-sama sedekah kan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa kemalangan yang terkorban di Federal Highway pagi semalam iaitu Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman (Jasin, Melaka) dan Nurul Maizura Maidan Dali (Labuan, Sabah).

Semalam memang tak sempat nak baca blog atau paper disebabkan menghadiri mesyuarat berkenaan event diraja yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Tapi masa menonton berita pagi di bilik hotel aku sempat tengok berita berkenaan kemalangan ini.



Bila belek-belek semula berita di blog-blog dan lihat gambar dan video ternyata memang keadaan kereta viva yang dinaiki oleh mangsa hancur teruk dibahagian depan dan tepi. Kereta mangsa terperosok di bawah pembahagi jalan. Cuma waktu kejadian macam tidak berapa kena dengan status mereka sebagai pelajar IPT.Jam lima pagi.

Tapi benda dah nak jadi kan.Cuma kita harapkan tidak kira siapa pun berhati-hatilah ketika memandu.Berkemungkinan punca nahas adalah dari kerosakan teknikal pada kereta atau pun pemandu memandu dalam keadaan mengantuk.


Keputusan Piala Konfederasi 2013 Brazil



Berikut keputusan Piala Konfederasi 2013 yang sedang berlangsung di Brazil. 2 perlawanan berlangsung awal pagi pagi membabitkan dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B

Kumpulan A

Mexico 1 ( Hernandez )
vs
Italy 2 ( Andrea Pirlo )
               ( Mario Ballotelli )

Kumpulan B

Sepanyol 2 ( Pedro )
                       ( Soldado )
vs
Uruguay ( Suarez )



Friday, June 14, 2013

Gambar baby boy Aidid Marcello & Norzie Pa Wan Cik


Comel kan?

Tahniah buat selebriti terkenal dengan rancangan Versus saudara Aidid Marcello dan isteri Norzie PWC atas kelahiran bayi mereka.Ini merupakan anak keempat bagi pasangan ini.

Mereka berdua telah menerima seorang 'hero' bayi lelaki seberat 3.44 kg melalui proses pembedahan jam 8.30 pagi tadi.

Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh Aidid menerusi laman Twitternya dengan status berbunyi :

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. My hero dah selamat melihat dunia. Thanks to all.


Gambar dari : OH BULAN
 





Gambar Fiza Elite Bertudung

Pada 2011, Fiza ada menyatakan satu hari dia akan berhijrah.
Berhijrah untuk memakai tudung atau hijab
Dan baru-baru ini beliau memuat naik beberapa gambar menunjukkan yang
dia telah pun mula memakai tudung sekarang
Sebelum ini beliau tidak terburu-buru berhijab kerana dia menyatakan jika hendak berubah
perlu berubah bukan sahaja luaran malahan dalaman juga.
sama-sama kita doakan agar beliau terus kekal dengan penghijrahan beliau ini







Gambar Kejadian Menara Telekomunikasi Runtuh Di Pulau Pinang

Semalam lebih kurang jam 6.30 petang angin kencang telah melanda bandar George Town, Pulau Pinang. Akibat daripada itu terdapat satu menara telekomunikasi yang terdapat di Bangunan Menara Umno telah tumbang dan telah menghempap beberepa kenderaan yang lalu dan parkir berhampiran bangunan tersebut.



Dilaporkan tujuh cedera dan dua daripada mangsa parah.Jom kita tengok gambar sekitar kejadian semalam.





SUMBER GAMBAR : Aku Punyer lah