Friday, May 31, 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree






Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.




Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :


  1. Follow blog NabeelStories.com

  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry

  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..



TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013











Fakta Menarik!! Jenis-Jenis Mandi dan Kebaikannya



Mandi pada setiap pagi dan petang sememangnya menjadi rutian harian kita, tetapi sejauh manakah mandi itu mampu memberikan terapi terhadap kesihatan anda?

Kami ingin berkongsi beberapa jenis mandian serta kebaikannya dan mungkin selepas ini anda boleh mempraktikannya dalam kehidupan seharian anda.




MANDI AROMATERAPI

Mandian aromaterapi adalah mandi yang menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengan rempah-ratus tradisional yang sudah diperap khas. Kebaikan mandian ini adalah ia dapat meningkatkan sistem peredaran darah, merehatkan otot-otot badan serta meredakan tekanan.

MANDI AIR PANAS

Mandi dengan menggunakan air panas sebenarnya mampu membantu menyahkan toksin daripada tubuh badan anda. Malah ia juga mampu menurunkan kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot serta menjaga usus besar. Satu kajian di Jepun menunjukkan jika seseorang berendam di dalam air panas selama sepuluh minit, ia dapat membaiki jantung terutamanya sekali untuk lelaki.



MANDI GARAM
Mandi garam adalah cara untuk merasai kesegaran dengan merangsang semula organ dalam badan yang kehilangan tenaga. Ia mampu merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh. Mandi garam turut dapat melancarkan peredaran darah dan merawat tumit kaki yang merekah.

MANDI WAP

Mandi wap bukan sahaja mampu menyegarkan kita, malah turut memberikan kesan yang baik untuk sistem kadiovaskular. Selain itu, mandi wap juga dapat mencairkan darah, mengembangkan urat saraf serta melegakan otot-otot.


SUMBER

Kerja Sambilan I Kerja Part Time Dari Rumah



Bagi mereka yang mahir berkomputer dan ada talian internet
kerja sambilan ini sesuai untuk anda
segala tunjuk ajar berkaitan kerja akan diberikan
Aku dapat peluang ini dari seorang sahabat blogger iaitu Ridz
Dia dah mula menjana pendapatan sampingan dengan menyiapkan tugasan yang diberi kepada nya
Aku masih dalam proses menyiapkan satu kerja dimana bayaran nya adalah RM9.00 / jam
Jadi sesiapa yang berminat boleh terus mendaftar di SINI

PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Maklumat lanjut layari:





Senarai Exco Kerajaan Negeri Selangor




Senarai portfolio dan Exco Selangor
ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim
-Memegang jawatan sebagai Menteri Besar. Antara bidang tugas termasuklah urusan Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan dan Jawatankuasa Adat Melayu.

Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad
- Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali
- Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi
- Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam




Adun Sabak, Sallehen Mukhyi
- Hal Ehwal. Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim
- Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah
- Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram

Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman
- Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail
- Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong
- Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi
- Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Thursday, May 30, 2013

Jehan Miskin Sukar Makan Masakan Isteri


Jehan Miskin mengakui dirinya masih sukar menyesuaikan diri soal pemilihan makanan dengan isterinya, Julie Camelia Rhee setelah hampir tiga minggu mendirikan rumah tangga.




   
Tambah Jehan Miskin lagi, 34, kedua-dua mereka kebiasaannya akan tetap mengikut cita rasa masing-masing dari apabila menjamu selera.

"Soal memilih makanan yang menjadi masalah bagi kami. Saya tidak boleh makan makanan seperti susyi yang rare (kurang masak), ‘shahimi’ dan makanan-makanan asli Korea yang lain.

"Isteri pula tidak makan daging kambing atau makanan-makanan Melayu terutama yang pedas cuma ada beberapa makanan seperti nasi lemak dan ‘yong tau foo’ yang dia boleh makan," katanya kepada akhbar mStar.

Namun begitu menurut Jihan, perkara itu tidak menjadi satu masalah bagi pasangan ini yang sudah lima tahun bercinta. Bercerita tentang soal budaya Melayu, Jehan berkata, isterinya sudah banyak belajar sejak bekerja di negara ini pada 2009.

"Dia tidak ada masalah dengan budaya kita, malah dia sendiri memang menyenangi kehidupan masyarakat Malaysia dan sudah selesa tinggal di sini," katanya yang belum merancang untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, pasangan ini merancang untuk berbulan madu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti di lokasi yang masih dalam pilihan. Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 5 Mei lalu di Carcosa Seri Negara setelah tiga tahun bercinta.

SUMBER

Jawapan Rasmi Coolblog Berkaitan Isu MALEIC ACID dalam Black Pearl


Untuk semua peminat setia cool blog.Sila baca.Berikut adalah jawapan dari pihak coolblog di Fb rasmi mereka berkenaan dengan isu terdapat nya MALEIC ACID dalam black pearl yang diletakkan dalam minuman mereka.



Kita ikuti jawapan mereka di bawah ini : 

PERHATIAN~~Admin berharap agar jangan ada pra sangka yang buruk terhadap syarikat Coolblog! Ramai lagi peniaga yang diluar sana yang turut menjual Black-Pearl ini. Kami ada bukti yang menunjukkan kami bebas daripada dakwaan tersebut! Lab Test daripada pembekal kami sudah post di FB kami untuk makluman semua. Malahan kami juga turut menghantar di makmal di dalam Negara untuk penyelidikan yang menyeluruh dan terbukti Black Pearl kami bebas daripada MALEIC ACID yang sedang hangat diperkatakan hari ini. 

Harap maklum.
 
BUKTI LAB TEST
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, May 29, 2013

Pencetus Hura-Hara di Stadium Darul Makmur Ditangkap!!!


Pasti sudah sedia maklum ada sedikit kekecohan dan huru-hara yang telah berlaku di Stadium Darul Makmur malam tadi bersempena dengan perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan Johor DT. Disebabkan itu perlawanan tersebut telah pun dibatalkan dan ditunda ke satu tarikh yang lain.




 
Dengan penangkapan ini berkemungkinan akan berlaku lagi banyak tangkapan lain bagi mengheret mereka yang menjadi dalang kekecohan malam tadi untuk dihadapkan ke muka pengadilan.


Semoga yang berjaya ditangkap akan menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang dilakukan. Jom kita lihat wajah sebenar makhluk yang telah ditangkap itu.Aku dengar wajahnya comel..tengok la sendiri

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


p/s : comel kan?? hehe

Punca Perlawanan Antara Pahang vs JDT ditangguhkan


Malam tadi sepatutnya berlangsung perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang menentang Johor Darul Takzim ( JDT ) di Staduim Darul Makmur Kuantan, Pahang.



Seperti yang semua tahu perlawanan malam tadi telah pun dibatalkan dan ditunda ke satu masa yang lain (khabar nya dilangsungkan pada pagi ini tanpa penonton) atas sebab keselamatan.

Sebab nya apa sebab ada lebih kurang 7000 penonton yang berada di dalam kawasan padang iaitu duduk di atas trek balapan. Mengikut peraturan FIFA memang perlawanan tidak boleh dijalankan jika terjadi nya situasi ini.

Setelah anggota keselamatan berjaya menyelesaikan masalah ini dan last check dijalankan ada plak segelintir penyokong JDT yang dibaling objek dari luar stadium dan terkena kepada mereka. Tetapi sebab mengapa mereka dibaling tidak dapat dipastikan. Ada sahabat aku yang bagi tau penyokong JDT yang mulakan baling objek kepada mereka yang berada di luar stadium.Jadi mereka balas pulak.

Apa-apa pun insiden malam tadi menunjukkan kelemahan pengurusan stadium yang mana boleh membenarkan begitu ramai orang melebihi kapasiti yang ada.

p/s : ada je "berita" bila JDT main yek.. ;-)

Tuesday, May 28, 2013

Tragedi Bot Karam Di Belaga, Sarawak 100 Dikhuatiri Lemas


 Sebelum kejadian


Terkejut apabila mendengar berita di televisyen tengah hari tadi berkenaan sebuah bot penumpang yang karam di Belaga Sarawak.



Bot yang dikatakan berkapasiti 60 penumoang tetapi dinaiki lebih dari 100 penumpang itu telah karam akibat telah terlanggar bongkah batu yang terdapat di laluan sungai tersebut.

 Selepas kejadian

Jumlah mangsa yang selamat dan kehilangan nyawa masih belum dapat dipastikan lagi.

Mari kita mendoakan semoga semua nya terselamat.


Penting!!!! Cara Mengenali Handphone Original Atau Tidak

 Zaman sekarang aku percaya semua kawan-kawan memiliki handphone yang canggih-canggih.Jadi korang yang guna iphone, S1 S2 S3 S4 ,Note 1 Note 2 Note 3 Note 4 (eh macam terlebih je model note ni) , Experia dan bermacam-macam lagi sila check handphone korang tu dari mana ok. Kat bawah ni ada cara-cara nya.Tapi bukan ayat aku tau aku copy paste dari FB je :
 


Cara Mengenali Handphone Ori Atau Tak :

Kes penipuan barangan elektronik sekarang nih semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 4S pon boleh di ciplak oleh China. Di sini, aku nak kongsikan pade korang tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone korang tu original ataupun cap ayam. Check it out :
Okay ikut langkah langkah seperti di bawah nih :
1. Taip *#06#
2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.
•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
Apa lagi jom check hanfon anda, moga-moga original.


p/s : aku punya 05 dan menurut sumber sesiapa yang guna HP jenama Samsung 05 bermaksud hp itu dikeluarkan oleh kilang samsung kat Korea tapi tak tau la betul ke tak. Any idea or info?

Monday, May 27, 2013

Mesin ATM Di Pecah, RM126,000 Dilarikan


KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Empat lelaki melarikan wang tunai sebanyak RM126,000 selepas memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam premis sebuah bank di Jalan 1/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras di sini awal hari ini.



Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, mereka dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecah mesin ATM sebelum melarikan wang rompakan.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang pengusaha pusat tuisyen pada 11 pagi.

"Ketika pengusaha membuka pintu pusat tuisyennya, beliau terkejut melihat gril pintu belakang pecah.

"Hasil siasatan mendapati suspek menggunakan pintu belakang pusat tuisyen berkenaan sebelum bertindak menebuk lubang di dinding dan masuk ke bank itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohan Singh berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kesemua suspek berkenaan dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras atau mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

Video Akad Nikah Ustaz Azhar Idrus dan Izyan


Mari Saksikan Video Akad Nikah Ustaz Azhar Idrus dan Izyan
Sekali lafaz boh!!
Mari sama-sama doa kan kebahagian mereka.




Ustaz Azhar Idrus Selamat Bernikah Kali Ke-3 ( Gambar )

Baru-baru ini tersebar gambar majlis semasa makan beradap majlis kahwin untuk seorang pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustaz Azhar Idrus.





Menurut sumber UAI telah pun mengesahkan melalui SMS bahawa memang benar beliau telah pun bernikah dan wanita itu merupakan isteri ke 3 beliau.

Selamat pengantin baru untuk Ustaz Azhar Idrus dan Isteri semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. UAI adalah seorang pendakwah bebas yang cukup popular di You Tube dengan cara penyampaian dakwah nya yang bersahaja tetapi kreatif.


Wednesday, May 22, 2013

Afiq Muiz Rela Mati Dari Di Sumpah Ibu Kandung


Korang tengok tak tajuk tu gempak bukan?? Aku sebenarnya malas nak amik port pun bab bab Afiq Muiz ni tapi terpaksa jugak lah untuk suarakan pendapat aku.Kalau korang nak tau ayat yang sama dengan tajuk itu diluahkan oleh Afiq dalam twitter nya dan sah-sah ditujukan kepada ibu beliau.



Kes ini dari minggu lepas lagi.Ye la kan artis sah-sah nak buat kenyataan media lepas tu ibu nya pun balas balik kat media.Aku rasa benda macam ni tak perlu la kot gunakan media.Kenapa tak duduk mata bertentang mata dan berbincang seterusnya cari jalan penyelesaian.

Masalah timbul bila berita keluar kat media..orang ramai yang tak berapa nak tahu berita sebenar akan membuat sejuta satu andaian.Jadi baik kamu selesaikan anak beranak.Lepas tu muncul plak si awek Afik sapa ntah nama dia.Pelakon jugak. Pergi plak join sekali.Dengar cerita nak saman pulak si ibu Afiq.Macam-mcam hal.

Rasa nya kalau nak selesaikan masalah bersandarkan hukum agama mesti kes ni tak berlaku.Bukan apa fikir logik la ya.Seteruk mana pun perempuan itu adalah ibu anda Afiq jadi tak perlu la nak besarkan masalah ini sepatutnya.Terlebih dahulu muhasabah diri seisi keluarga then cuba selesaikan masalah tersebut. Awek tu belum tentu jadi bini ko lagi Afiq oi sesaat pun boleh berubah.

Jadi saranan aku Afiq dan ibu nya perlu pergi ke JASI ke JAWI ke JAKIM ke jumpa Ustaz kat sana untuk dapatkan khidmat nasihat.Derhaka pada mak ayah azab nya sangat berat.Sama-sama la kita ingat.

p/s : rasa loya plak buka FB asyik cerita pasal dia je x habis-habis

Ekslusif!!!! Blogger Jadi Jutawan dalam sekelip mata


Korang jangan tak percaya bahawa seorang blogger macam aku pun boleh jadi jutawan dalam sekelip mata. Bukan dalam Ringgit Malaysia tau tetapi nilai US Dollar. Mesti korang terkejut beruk mak yeh kan ..jom tengok bukti kat bawah ni..




Dear Customer,

                                                      

We have been waiting for you to contact us for your long existing Package that was registered with us for shipping to your residential location. We had thought that the UK National lottery promotion gave you our contact details to contact us, it may interest you to note that a letter was also added to your fedex package, however we cannot read the full content to you via email for privacy reasons we understand that the package itself is a winning bank Cashier cheque which worth over $1,500.000.00 USD {ONE MILLION FIVE HUNDRED THOUSAND UNITED STATE DOLLAR} As you know FedEx do not ship money in CASH but Bank Drafts/winning cheques are shippable. The package is registered with us for mailing by the  UK lottery promotion, We are sending you this email because your package is been registered on a Special delivery Order What you have to do now, is to contact our Delivery Department for immediate dispatch of your package to your residential address.



Note that as soon as our Delivery Team confirm your information's it will only take two working days (48hours) for your package to arrive your designated address. For your information, the VAT & Shipping charges as well as Insurance fees have been paid by the UK lottery promotion before your package was registered. Note that the payment that is made on the Insurance, Premium & Clearance Certificates, is to certify that the winning cheque is not for Drug Affiliated Fund (DAF) neither is it a fund to sponsor Terrorism in your country. This will help you avoid any form of query from the Monetary Authority of your country. Note, you will have to pay a total Security sum of $221 USD to the FedEx Security Company India being full payment for the Security Keeping Fee of your package as stated in our privacy terms & condition page. Also be informed that the UK National lottery promotion Company wishes you to pay for the Security Keeping charges, but we do not accept such payment just like that considering the fact that all items & packages that is registered with us have a time limitation and we cannot accept payment that is not known to us, so you are to send us your full detail so we can effect you with our own payment procedures for the security keeping fee of your parcel containing $1,500,000.00 USD. Kindly note that the lottery promotion did not leave us with any further information we hope that you respond to us as soon as possible because if you fail to respond until the expiry date of this package, we may refer the package to the British Commission for Welfare as the package do not have a return address.



Kindly contact the delivery department (FedEx Delivery Post) with the details given below:



FedEx Delivery Post Contact Person: Mr. Bright Collins

Tel: +918050830305, +44-871-974-1523 

Email: fedex12@wss-id.org

Kindly complete the below form and send it to the email address given above.

This is mandatory to reconfirm your Postal address and telephone numbers.



FULL NAMES:

CONTACT ADDRESS:

TELEPHONE NUMBER:

CITY:

STATE:

COUNTRY:

OCCUPATION:

SEX (M/F):

AGE:

STATE OF ORIGIN:

Kindly complete the above form and submit it to the delivery manager on: fedex12@wss-id.org

As soon as your details are received, our delivery team will give you the necessary payment procedure so that you can effect the payment for the Security Keeping Fees. As soon as they confirm your payment of $221 USD, they will not hesitate to dispatch your package as well as the attached letter to your residential address. It usually takes 48 hours being an over nights delivery service.  Get back immediately with your information’s so we can proceed with this mission.



Regards

Mr. George Adamson

FedEx Online Team Management

Tapi ini semua adalah penipuan je.Hari-hari leh jadi jutawan uollsss kalau benda ni betul.Aku hari-hari dapat emel macam ni..logik akal la ye tak kalau betul dia nak bagi kita duit tu nape pulak kita nak kena bayar haha kat situ dah nampak dah.Bank in je la kot tak kan tak boleh ini nak kena bayar la plak haha.

Biar lah tak jadi jutawan pun kan asal hidup bahagia.Tapi yang pelik nya hari-hari jugak kita dengar ada je orang kat Malaysia ni kena tipu dengan sindiket ni kan.Jadi kepada semua berhati-hati lah ye...