loading...

Friday, March 29, 2013

Wednesday, March 27, 2013

Segmen Bloglist BlogFyna[dot]Com




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Jom Join Segmen Dari Blog Fyna

Syarat-syarat penyertaan:

1. Buat satu entri bertajuk ‘Segmen Bloglist BlogFyna‘.
2. Copy banner dan linkkan ke entri segmen ini.
3. Win-win situation (letak blog ini dalam bloglist korang).
4. Pencarian bloglist sebanyak mungkin. (Boleh blogwalking sekali).
5. Add Google + Fyna dan Like Fan Page BlogFyna.
6. Jom Join Group Crew Blogger Malaysia.
6. Tinggalkan url entri segmen di ruangan komen.

Segmen ini bermula 12.00am 25/03/2013 hingga 11.59pm 31/03/2013 (Kemungkinan dilanjutkan)
Walaupun segmen ini tiada hadiah tetapi diharapkan mendapat sokongan dari kawan-kawan blogger yang lain.

Maklumat Lanjut klik SINI

#RESPECT Cristiano Ronaldo tidak mahu tukar jersi dengan pemain Israel

Edisi Respect

Di akhir perlawanan kelayakan piala dunia kumpulan F antara Portugal dan Israel, Cristiano Ronaldo menolak untuk bertukar jersi dengan pemain Israel.





Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, wartawan TV Al-Jazeera sempat bertanya kepada Ronaldo " Anda berada di Palestin atau Israel?" Ronaldo menjawab " Saya berada di bumi Palestin "


Setelah tamat perlawanan salah seorang pemain Israel mahu berukar jersi dengan Ronaldo tetapi dia tidak mengendahkan pemain itu.

Perlawanan tersebut berkesudahan 3-3

P/S : respect pada CR walaupun dia bukan orang Islam tetapi dia tetap tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan pihak zionis kepada Palestin. Mudah mudahan dia dapat hidayah .

[WAJIB TONTON] : RAKAMAN DITAYANG SEMPENA HARI POLIS 206


Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu.

Video ini memaparkan perjuangan pegawai & anggota PDRM di Lahad Datu, Sabah dan dipersembahkan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 di Pulapol Kuala Lumpur.









Tuesday, March 26, 2013

Video Nora Danish dan Rusdi Ramli berpelukan tersebar


Aku tengok tajuk berkaitan "video nora danish dan rusdi ramli berpelukan" menjadi carian terhangat untuk hari ini. Padahal video tu hanya lah trailer untuk filem terbaru lakonan mereka yang bertajuk "mencari cinta"

Dah macam cerita mat salleh plak dah kan cerita melayu sekarang ni. Mesti nak selit adegan atas katil gitu.

Aku tak reti nak komen bab-bab cerita yang pengarah nya sendiri orang melayu islam dan pelakon-pelakon nya juga orang melayu islam tetapi melakonkan babak yang sebegitu.

Macam cerita ni nak cari publisiti cepat je sebab jika ikutkan sinopsis cerita, cerita ni seperti cerita-cerita melayu yang lain je.









3 Ulama Malaysia Meninggal Dunia pada hari yang sama


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) 

Semalam kita di khabarkan dengan berita sedih di mana telah kembali nya ke rahmatullah 3 orang ulama terkenal tahah air pada 13 Jamadil Awal 1434H bersamaan 25 Mac 2013.

Memang kehilangan yang sangat besar bagi negara tetapi semua ini adalah ketentuan Nya.

Takziah kepada keluarga Allahyarham, Al-Fatihah 



1) Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya.

2) Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah.

3) Dr Uthman El Muhammady yg telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.



Apa sudah Jadi?? Perkahwinan Siti Fazurina Sebelum ini tidak Sah

Assalamualaikum WBT

Aku sempat la jengah beberapa blog sahabat pagi tadi. Ada isu besar yang aku rasa patut kita tahu dan jadi kan iktibar kepada diri supaya ia nya tidak berlaku kepada kita.





Bab kahwin memang kita tidak boleh bawa main-main terutama sekali bab wali sebab ia melibatkan sah nya sesuatu perkahwinan itu. Di berita kan perkahwinan yang dilangsungkan oleh Siti Fazurina sebelum ini tidak sah. Dah 3 bulan kan dia "kahwin" 

Untuk cerita lanjut sila baca petikan berita di bawah :


Bukan boleh dibuat main, tapi itulah hakikat sebenar yang harus diterima apabila pelakon, Siti Fazurina akhirnya akur dan terpaksa nikah untuk kali kedua kerana pernikahannya bersama suami, Muhammad Hykal Zulkifli, 32, pada 20 Disember tahun lepas tidak sah mengikut hukum syarak. 

Pernikahan keduanya telah berlangsung pada 20 Mac lepas, selepas 3 bulan mereka menjadi pasangan ‘suami isteri’.

“Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.” – Zubaidah Abu Bakar, ibu Siti Fazurina.
Menurut ibu Fazurina, pelakon ini telah memberitahu bahawa dia adalah anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan maklumat tersebut adalah palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang. 

Dalam pada itu, walaupun sudah bernikah kali kedua berwalikan adik kandungnya sendiri, ibu Fazurina ketika ditemubual memberitahu bahawa dia masih belum terfikir untuk memaafkan kesilapan Fazurina. 
“Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu.”
Apa pun, semoga Fazurina dan suami hidup bahagia dan tak salah jika ibu memahami anak pula. Perkara yang lepas kan tak elok jika dikenang.

Nuffnang dah tukar kan status blog phat corner

Semalam aku ada dapat emel dari pihak KOMLI. Dalam emel tu pihak KOMLI bagi code-code iklan yang perlu dipasang kat blog aku untuk test run. Semua nya ok dan berjalan dengan lancar. 
 
Walaupun aku pasang iklan KOMLI tapi aku tetap tak lupa jasa-jasa Nuffnang sebelum ni jadi aku still on kan iklan nuffnang jugak.



Tapi bila ngan Nuffnang biasa lah kan kita ni ada kategori. Jika blog kita loyal untuk letakan iklan nuffnang sahaja kita akan dikategorikan sebagai Glitterati. Nak tau Glitterati tu apa korang baca sendiri kat sini . Jika ikut bahasa mudah nya ahli eklusif la.

Berbeza dari ahli biasa berdasarkan % earnings yang kita dapat. Maksudnya Glitterati ni dapat macam-macam kelebihan dari ahli biasa.

Tapi disebabkan semenjak dua menjak ni nuffnang macam tak nak bagi earning je kat aku dan atas "bakar line" dari kawan-kawan yang lain tak salah kita cuba company lain pulak kan ;-) harap akan membawa berita yang lebih baik.

Dan disebabkan aku pasang iklan lain pagi tadi status blog aku dah bertukar dari Glitterati ke Non-Glitterati. Tapi apa-apa pun terima kasih Nuffnang sebab banyak jugak rezeki yang aku dapat dari korang.






Friday, March 22, 2013

4 Tanda Hidup Tidak Berkat

Assalamualaikum WBT

Pagi tadi sempat BW beberapa blog sahabat dan ada satu entry blog ini cukup menarik untuk sama-sama kita baca dan renungkan. Blog tersebut ialah Blog Bisu

Jom kita sama-sama renungkan perkongsian ini :


Tanda-tanda hidup tidak berkat ialah :

1. Duit Banyak Tapi Cepat Habis
Tak tau duit pergi ke mana. Pendapatan bertambah tapi asyik tak cukup je. Duit banyak dihabiskan      kepada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit banyak sedekah pun kenalah bertambah. Tapi tak jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah tapi duit habis entah ke mana.

2. Buat kerja tak siap
Projek ada macam-macam idea banyak tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat macam-macam projek kita cuba lakukan tapi semuanya tergantung. Semua nya tergendala satu pun tidak berjaya. Kalau ada yang menjadi tapi tidak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu tak dapat manfaat
Baca buku banyak tapi satu pun tak lekat, Nasihat orang pandai tapi diri tunggang langgang





4. Masa habis dengan sia-sia
Konon nya sibuk tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main FB, leka  tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang masa 5 minit nak baca Quran pun tak boleh.Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Cuba kita tengok semula diri kita. Tapi memang ada betul nya kan apa yang Blog Bisu cuba sampaikan kepada kita.

Sekadar perkongsian dari seorang sahabat. Aku sampaikan untuk anda semua.

SUMBER 

Gambar Sekitar Pengebumian Bayi Yang Meninggal Akibat Terkena Kipas Helikopter Kawalan Jauh

Assalamualaikum WBT

Semalam aku ada terbaca dan melihat di TV berkenaan dengan cerita ada bayi 18 bulan ( Adik Nur Damia Husnina ) yang meninggal dunia akibat terkena kipas helikopter kawalan jauh yang digunakan sebagai gimik semasa pelancaran padang bola sintetik di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi.
 
Sedih jugak bila dengar berita ini bukan apa sebab bayi tu usia nya lebih kurang ngan anak aku je. Menurut berita lagi bapa bayi tersebut turut mengalami cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Seremban.

Nak dijadikan cerita sebenarnya bayi ini tinggal tak jauh dari kampung aku. Kira kampung sebelah la. Semalam pun mak aku ada call maklum kan pasal kejadian ini pada aku.

Apa yang boleh aku katakan di sini ajal dan maut itu ketentuan Allah SWT dan kita berdoa lah semoga keluarga bayi ini sentiasa tabah dengan apa yang telah berlaku ini. Aku kongsi kan gambar sepanjang pengebumian arwah semalam. Kawan aku ada semasa pengebumian tersebut. Takziah untuk keluarga arwah dan mari lah kita sama-sama sedekah kan Al-Fatihah.






Thursday, March 21, 2013

Hot!!! Anak Perempuan Hilang Jumpa Belakang Pokok Sawit Sedang .......??

Terbaca satu berita di akhbar Sinar Harian Online tentang seorang budak perempuan 14 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini telah dijumpai. Tetapi yang tak best nya semasa budak perempuan itu dijumpai dia sedang lakukan perkara sumbang.


Inilah cabaran ibu bapa zaman sekarang. Bagaimana mahu mendidik anak-anak ke jalan yang betul. Mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari perkara-perkara ini kan.

Ikuti berita tersebut :


KULIM - Polis berjaya menemui semula seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu di  sebuah ladang kelapa sawit dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.
Pelajar itu dikatakan lari dari rumah dan tinggal bersama rakannya.

Ketika ditemui, dia bersembunyi di belakang pokok kelapa sawit dan lebih mengejutkan, pelajar itu sedang melakukan hubungan seks bersama kekasihnya.
Pasangan kekasih itu bagaimanapun cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis.
Remaja itu dan suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Siasatan mendapati, gadis berkenaan  mengenali suspek dua bulan lalu dan pernah melakukan hubungan seks lebih dari sekali.
Pada mulanya, dia dikatakan a mengajak suspek pergi berkelah bagaimanapun suspek membawanya ke ladang kelapa sawit untuk melakukan hubungan seks.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Beliau turut menasihatkan mana-mana remaja lelaki supaya tidak menjalinkan hubungan intim dan melakukan hubungan seks dengan pelajar perempuan bawah umur.
“Sekiranya mereka melakukan hubungan seks terhadap pelajar perempuan bawah umur, ia merupakan satu kesalahan serius kerana perbuatan itu diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakannya.
“Suspek yang melakukan jenayah rogol, boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan,” katanya. ( SINAR )

Filem Terbaru Hollywood Tayangan April 2013



Filem-Filem Terbaru Hollywood yang akan ditayangkan pada April 2013


1. Jurassic Park 3D

2. The Evil Dead

3. Scary Movie 5

4. 42

5. Oblivion

6. Home Run

7. Pain & Gain

8. The Big Wedding






Untuk Sinopsis atau keterangan lanjut sila gunakan bantuan Encik Google ya. Sebab aku bagi tajuk je ni. Mungkin ada yang familiar dan kurang familiar bagi kita kan.

Scary Movie tu dah sampai 5 dah ..mesti layan ni ;-)

Keputusan SPM 2013

Assalamualaikum WBT

Hari ini keputusan SPM 2013 keluar kan??. Aku tak tau sangat sebab tak ada adik beradik yang amik SPM dah . Jadi kepada semua yang amik result kepada yang berjaya dapat semua A tahniah sila la pilih kursus yang sesuai untuk anda lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kepada yang tidak dapat semua A pun tahniah jugak anda sudah pun berjaya melepasi satu peperiksaan yang besar.


Bagi yang keputusan mereka ala kadar atau kurang berjaya ini bukan bermakna perjuangan anda hanya ternoktah disini kerana banyak lagi peluang yang menunggu anda di luar sana. Banyak sungguh institut pengajian dan kemahiran yang terdapat di negara kita. Jadi pilihan di tangan anda semua.

Gambar Hiasan

Mengimbau kisah SPM ni dulu ( tua nya aku ) phat amik SPM tahun 1999. Masa ni last SPM sistem tertutup. Makna kata untuk pencerahan tertutup ni bermaksud masih menggunakan format gred dan aggregat.

Masa tu tak ada la orang  tanya kita SPM dapat berapa A? tapi orang akan tanya berapa dapat SPM so kita akan jawab Gred 1 Aggreagat bla bla..

Alhamdulillah phat dapat gred 1 dan dapat masuk Uitm ;-)

p/s : teringat zaman masa periksa SPM dulu satu kertas konfiden dapat A iaitu Sejarah. Kuar kuar result memang A uolls ;-)

Pengganas Sulu Didakwa


Semalam tengok berita ada cerita tentang sudah ada pengganas sulu yang telah ditahan dihadapkan ke mahkamah. Jadi aku kongsi kan berita-berita yang terdapat dalam akhbar hari ini.Sila rujuk keratan akhbar di bawah untuk membaca.


Semoga mereka semua diadili dan dijatuhkan dengan hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka telah buat terhadap negara kita.

LAHAD DATU - Lapan lelaki warga Filipina yang disyaki pengganas Sulu didakwa di Mahkamah Majistret di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di sini semalam atas pertuduhan melakukan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 K(A) Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan dan Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kedua-dua pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa Suluk dan Bajau.
Jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 130 kesemua tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup manakala bagi pertuduhan mengikut Seksyen 121 pula mereka boleh djatuhi hukuman mati.
Lapan tertuduh itu ialah Basad H. Manuel, Atik Hussin Abu Bakar, Holland Kalbi, Lin Mad Saleh, Timhar Hadir, Habil Suhaili, Kadir Buyong dan Lating Tiong.
Basad dan Atik dituduh atas kedua-dua pertuduhan iaitu melakukan keganasan dan melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Baki empat lagi tertuduh, didakwa melakukan keganasan. Kesemua tertuduh berumur 17 hingga 66 tahun.




Sumber & Berita Penuh : KOSMO 

9 Mimpi Nabi Muhamad S.A.W



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"





1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.



3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Wednesday, March 20, 2013

Perhatian!!!! Khas untuk orang dewasa sahaja

Amaran keras!!! Entry ini hanya untuk orang dewasa sahaja budak-budak bawah umur adalah dilarang untuk membaca nya .


Satu kisah yang pernah terjadi satu ketika dulu di Malaysia


Seorang banduan telah dipenjara selama 20tahun tiba-tiba dapat melepaskan diri. Banduan tersebut dengan bijak dapat meloloskan diri dari penjara dan melarikan diri sehingga tiba di sebuah kampung.
dia menceroboh sebuah rumah yang di diami sepasang suami isteri muda.



Banduan tersebut menceroboh dengan niat untuk mencuri wang namun apa yang ditemuinya sepasang suami isteri yang sedang enak tidur di dalam bilik. Dia lalu memerintahkan si suami turun dari katil dan mengikatnya di kerusi. Kemudian banduan tersebut mengikat si isteri di katil sambil mencium lehernya lalu bergegas ke bilik air.

Sedang banduan tersebut berada di bilik air si suami sempat berbisik kepada isterinya "Mama, papa rasa banduan jahat tu kalau tengok baju dia, mungkin dah lama dipenjara, lama tak dapat perempuan agaknya kalau tengok cara dia cium leher mama tadi. Mama, kalau dia nak rogol mama jangan la menolak, buat dia puas. Papa takut dia bunuh kita nanti. Mama bertahan ya, i love u mama".

Si isteri menggeleng kepala lemah sambil berbisik "Papa, dia tak cium leher mama, dia bisik kat mama. Dia cakap dia gay dan papa seksi. Dia tanya mana lotion, mama cakap kat bilik air. Papa bertahan ya, mama sayang papa juga."

Tuesday, March 19, 2013

Blogger Penipu!!!

Assalamualaikum WBT

Gempak tak tajuk entry aku kali ni. Gempak kan?? Aku rasa nak kongsi kan cerita pasal tipah tertipu ni sebab tak mahu la kawan-kawan yang lain pun turut tertipu ok.





Pagi tadi sempat la jengah blog seorang sahabat. Mesti korang kenal kot. Fatin Diana aka FD. Dia ada buat satu entry pasal kes blogger tipu blogger ni la..menarik jugak entry tu..tu yang aku jadikan inspirasi untuk come out dengan entry ni. Bukan nak aibkan atau malukan sesiapa tetapi sekadar peringatan sesama kita.



Selalu nya penipuan ni berlaku apabila seseorang tu nak kan sesuatu dari pengunjung blog nya. Aku pun tak pasti apa tapi sesuatu tu terjadi mesti ada motif ye tak? Contoh seorang sahabat kita ni join la satu GA / Contest. GA ni pulak dia punya hadiah cukup "ohsem"

Menurut sumber, mula-mula syarat nya macam biasa je..tup tup lepas 2 3 hari tukar plak syarat lain. Contoh nya begini "GA ini akan terbatal bila penyertaan kurang dari 50 orang peserta" lepas 2 3 hari "GA ini akan terbatal bila penyertaan kurang dari 100 orang peserta" lepas 2 3 hari terus ayat mintak kaki " GA ini terpaksa dibatalkan" 

Confirm lah umat manusia yang dah join tu rasa macam harem je kan..ye la selalu nya join GA ke contest ke mesti kena buat syarat-syarat tuan tanah kedaung. Jadi peringatan kepada semua kalau nak buat GA ke contest ke biar lah betul-betul buat ya..jangan la dok tipu blogger lain kesian kat dia orang. Siapa yang pernah menipu tu henti henti kan lah peel awak tu yek.

p/s : so far GA / Contest yang aku join tuan tanah nya semua "ohsem"

CCTV terbaik pernah dihasilkan dunia

"Dengar sini semua orang kampung. Disebabkan rumah-rumah di seluruh kampung kita ini paling kecik pun 8 tingkat. Dengan ini saya selaku ketua kampung mengisytiharkan dan mencadangkan kepada semua tuan rumah untuk memasang CCTV."


Begitu lah sedikit sebanyak intipati ucapan aluan seorang ketua kampung ( yang dirahsiakan identiti atas permintaan beliau ) semasa upacara perasmian satu jenama CCTV yang paling superb dan terbaik pernah dihasilkan di dunia.


Jadi kepada semua yang inginkan CCTV terbaik tersebut nantikan kemunculan nya di kedai-kedai berhampiran anda. Gambar yang kat atas ni bukan CCTV yang dimaksudkan tetapi CCTV yang dimaksudkan ialah sila scroll ke bawah ya :
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
Read More

Monday, March 18, 2013

Jom Tengok!!! Gambar Orang Pertama Yang Mengesan Pengganas SULU masuk ke Lahad Datu


Pagi tadi aku belek-belek blog terjumpa satu cerita yang sangat menarik untuk dibaca dan aku rasa ia juga perlu dikongsi. Mungkin jika tiada beliau ini sudah tentu pasukan keselamatan kita tidak tahu tentang kehadiran pihak pengganas SULU di Sabah.

Orang pertama yang melihat pengganas mendarat ialah 2 orang Polis Bantuan FELDA yang kebetulan tengah bercuti dan memancing berhampiran tempat di mana pengganas yang lengkap berpakaian coloreng dan bersenjata api.


Menyedari kehadiran ramai lelaki yang ‘mencurigakan’ di kawasan tersebut, anggota polis bantuan FELDA berkenaan berjaya menyusup keluar dari situ dan memaklumkan apa yang mereka saksikan kepada pihak polis, tanpa langsung disedari oleh pengganas.

Bagi aku mereka berdua ini boleh dipanggil sebagai wira jugak kan. 




Cara Mudah Semak Keputusan SPM dan STPM 2012


Semakan keputusan SPM 2012 akan dibuka pada 21 Mac 2013 bermula jam 10.00 pagi, manakala semakan STPM 2012 akan bermula pada 18 Mac 2013.





Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan:
SPM 2012: 21 Mac 2013 (mulai jam 10.00 pagi)
STPM 2012: 18 Mac 2013 (mulai jam 12.00 tengah hari)



Semakan Keputusan SPM 2012 Secara Online
Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak calon
Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
Klik butang Semak Laporan.

Semakan Keputusan SPM 2012 Melalui SMS
Taip SPM
Hantar ke 15888.

Semakan Keputusan STPM 2012 Secara Online
Layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di http://www.mpm.edu.my atau http://webmpm.mpm.edu.my/stpm/
Mulai jam 12:00 tengah hari 18 Mac 2013

Semakan Keputusan STPM 2012 Secara SMS
Taip STPM RESULT
Hantar ke 15888

Calon sekolah juga boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian di IPTA, semakan kelayakan dapat dibuat melalui Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA di http://imascu.upu.mohe.gov.my/semak-syarat-kelayakan.cfm

SUMBER

Friday, March 15, 2013

Engkau Dah Kenapa?????


Lama dah aku pendamkan benda ni..tapi bila ramai dah komplen aku terpaksa luahkan jugak walau apa nak jadi sekali pun. Korang rujuk komplen-komplen yang aku terima kat bawah ni ok :





Zaza =) kenapa zaza xboleh komen kt blog... =( dh byk kali nak komen xboleh...so sad..

Cik Kartun abg phat.. takleh nk tekan2 button post a comment tuuu 

hairy phat...np xleh komen sini erk...

si pipi merah error tak ley komen ..td ok je..


n 0 e s u h a i m i said...
nak comment kat blog phat ni...kena masuk IE, chrome tak leh..

Ha korang tengok ada beberapa sahabat aku tak leh komen. Bukan tak boleh komen sebenarnya tapi bila klik kat komen tu pop up box tu tak keluar. Jadi bila nak ia keluar kena right click dan open with new tab.

Ini bila kita guna Chrome la sebab sahabat kita dah test guna IE boleh aje la plak direct komen.Aku pun tak pasti kenapa..pohon sesiapa yang otai2 tu boleh kot bagi bantuan kat aku.Sebab aku tak usik apa-apa setting pun.. kan dah keluar tajuk engkau dah kenapa???

Tapi ada jugak geng-geng yang tak ada problem nak komen tu aku heran bin ajaib tu

Guru hina anggota keselamatan di lahad datu ditangkap


Seorang guru yang diburu oleh pihak Polis kerana menghina pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu Sabah, dilaporkan telah ditangkap ketika sedang bersembunyi.





Guru berkenaan sebelum ini membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih.

Pihak Polis juga telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.

“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang 

SUMBER

Thursday, March 14, 2013

Fakta Menarik: Top 10 Premier League teen goalscorers




1. Robbie Fowler | Liverpool | 1994/95 | 23 goals

2. Michael Owen | Liverpool | 1997/98 | 18 goals

3. Michael Owen | Liverpool 1998/99 | 18 goals

4. Romelu Lukaku | West Brom (on loan from Chelsea) | 2012/13 | 13 goals

5. Nicolas Anelka | Arsenal | 1998/99 | 13 goals

6. Robbie Keane | Coventry City | 1999/2000 | 12 goals

7. Robbie Fowler | Liverpool | 1993/94 | 12 goals

8. Wayne Rooney | Manchester United | 2004/05 | 11 goals

9. Kevin Gallen | QPR | 1994/95 | 10 goals

10. Emile Heskey | Leicester City | 1996/97 | 10 goals

11. Jermain Defoe | West Ham | 2001/02 | 10 goals







Wednesday, March 13, 2013

JENAZAH DUA ANGGOTA TENTERA GUGUR DI LAHAD DATU TIBA DI PANGKALAN TUDM SUBANG.

JENAZAH DUA ANGGOTA TENTERA GUGUR DI LAHAD DATU TIBA DI PANGKALAN TUDM SUBANG.

Petaling Jaya, 13 Mac - Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.



Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.




Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.

Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu.

Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.- BERNAMA


Memetik dari laporan FB PDRM

Turut akan disiarkan Secara Langsung oleh RTM

Al-Fatihah

Bidaan Untuk No Plat Kenderaan iM4U dibuka!!!

Salam semua,

Hari ini aku nak share sesuatu yang menarik untuk korang. Ini bagi korang-korang yang gila kan no plat pelik-pelik boleh join kot.





Melalui seorang kawan dia bagi tau yang sesiapa yang nak beli kereta baru boleh dapatkan no pendaftaran kenderaan iM4U.


Aku amik kat website tu ;-)

Sesiapa merancang membeli kenderaan baru, boleh dapatkan nombor plat IM4U. Lawati laman sesawang www.platim4u.com untuk maklumat lanjut ye.

Aku pun tak usha lagi apa isi kandungan website tu kalau rasa berminat korang pergi la usha sendiri ok..kalau nak tengok contoh tengok gambar myvi kuning tu.Tengok no plat kereta tu..

Tuesday, March 12, 2013

Lahad Datu : Seorang Lagi Anggota Keselamatan Terbunuh


News update:

Seorang anggota keselamatan Malaysia (anggota tentera) dan tiga orang pengganas Suluk terbunuh dalam satu pertempuran bersenjata yang berlaku di Sungai Nyamuk, terletak berhampiran dengan Kampung Tanjung Batu pada hari Selasa (12 Mac 2013), berkata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.


Tiga orang pengganas Suluk yang bersenjata itu berada dalam satu kumpulan yang dianggotai seramai lima orang. Kelibat mereka telah terlihat oleh anggota² keselamatan pada jam 7:45 pagi yang sedang mengadakan operasi² ‘pembersihan’ (mopping up operations) yang telah pun memasuki hari yang kelapan (pada hari ini). - FB PDRM


AL-FATIHAH