loading...

Thursday, February 28, 2013

Berita Terkini !!! Gambar Jambatan Runtuh Selepas Tol Keluar Putrajaya


Gambar Jambatan Runtuh Selepas Tol Keluar Putrajaya


 Sebuah jambatan runtuh yang baru sahaja berlaku sebentar tadi selepas daripada plaza tol keluar Putrajaya Lebuhraya Elite, Putrajaya Link..28 Febuari 2013 


Jambatan runtuh baru saja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link berhampiran Selangor Science Park 2

Bagaimanapun punca jambatan runtuh tersebut masih lagi tidak dapat dipastikan..





Anda boleh merujuk map yang disediakan oleh PLUS berhubung laluan alternatif lain untuk ke Putrajaya berikutan kerja-kerja pembaikan segera jambatan runtuh tersebut yang sedang dilakukan..


laluan alternatif untuk ke Putrajaya / Cyberjaya berikutan jambatan runtuh sebentar tadi.

Kawan-kawan dok putrajaya yg guna laluan ni sila ambil perhatian ya

Gempar!!! Gadis Hilang di Tawau




Nama Nadzirah Ashikin, umur 17 thn. Tidak pulang rumah sejak hari Sabtu 23hb. Keluar rumah berseluar merah, baju putih jaket hitam & tudung hitam. 

Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC, Tawau ikut Proton Exora warna putih ada pelekat 'P'. Siapa2 yg ternampak sila hubungi 0138800188 atau ibunya 0198728868. 


P/S : Jom Sesama Kita Share untuk bantu keluarga beliau

Wednesday, February 27, 2013

WW-Wordless Wednesday #5 2013

Maksud Wordless Wednesday : 

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)





Tuesday, February 26, 2013

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah Julai 2013


Aku terdengar berita ni kat radio pagi tadi..kata nya dah keluar pun pengakuan si che ta yang dia mengatakan jika tiada halangan mereka akan berkahwin pada bulan Julai tahun ini.Keluar paper jugak kan.Kat blog blog pun banyak..


Menurut sumber lagi mereka tidak akan bertunang terlebih dahulu sebalik nya akan terus bernikah sahaja. Akhir nya kisah cinta pasangan selebriti ini terjawab juga ya.


Walaupun usia che ta sudah 42 tahun tetapi jika dah jodoh itu adalah ketentuan Nya. Untung lah che ta dapat anak muda ;-) si Zain baru je 29 tahun.

Tapi tak apa lah kan semoga semua rancangan mereka akan terlaksana dan kita doa kan yang baik-baik untuk mereka.

p/s : ramai kot yg frust bila che ta pilih zain ;-)

Kemalangan Maut Bas di Bukit Tagar

Assalamualaikum WBT

Semalam ada satu kemalangan maut telah berlaku di lebuhraya PLUS berdekatan dengan Plaza Tol Bukit Tagar, Hulu Selangor. Menurut berita 3 orang penumpang bas telah maut dalam kejadian bas ekspress tersebut yang telah melanggar besi pembahagi jalan.





Sebenarnya kan aku tak hairan sangat bila dengar berita kemalangan dekat area Bukit Tagar dan mesti ada yang maut. Bukan apa aku pernah duduk Bukit Beruntung dan housemate aku bekerja di Tanjung Malim. Jadi dia memang hari-hari melalui jalan tersebut tidak kira naik moto atau naik kereta.


Bila dia balik kerja je dia mesti ada cerita ada kemalangan kat Bukit Tagar. Setiap hari plak tu..maybe tak semua yang keluar TV atau paper kan. Tapi yang ketara sekali dekat area Bukit Tagar ni ialah bila hujan.Tidak kira la hujan lebat ke hujan renyai ke mesti ada kemalangan.Tak kira sama ada teruk ke tidak..

Read More

Monday, February 25, 2013

Yana Shamsudin & Johan Raja Lawak Bergabung


Jom Ke Hari Kraf Kebangsaan 2013
Ini adalah TV promo untuk HKK 2013
Aku mungkin ada di sana masa perasmian 
So ada masa jumpa korang kat sana ye
4 Mac 2013 tarikh perasmian
Layan kan ajo promo kat atas




p/s : up post jabatan aku 


Friday, February 22, 2013

Ragam Pemandu Malaysia

Assalamualaikum WBT

Aku sebenar nya tidak ada idea nak coretkan kat sini tup tup terpanggil untuk luahkan sedikit cerita sepanjang perjalanan aku pada malam ahad lepas semasa aku balik dari kampung di kuala pilah ke temerloh Pahang.






Aku bukan apa hanya nak berkongsi la beberapa peel pemandu kenderaan yang aku dapat perhatikan sepanjang perjalanan aku pada malam tu.



Yang pertama sekali ada sebuah bas ni mungkin kena kot dengan nama syarikat bas tu "cepat ekspress" telah memotong lebih kurang 5 kereta di depan nya di kawasan selekoh dan berbukit di area Lui. Dan kebetulan semasa lepas kereta ketiga ada kereta di hadapan dari arah bertentangan. Bayangkan jika kereta dari depan tu laju dan bas tu tak sempat nak masuk ke laluan yang betul dengan segera tak ke boleh terjadi kemalangan ? bahaya kan diri n orang lain jugak kan

Yang kedua tidak berhemah dalam menggunakan lampu tinggi / high beam..aku tengok ada yang langsung tidak turunkan lampu..nak nak dari arah bertentangan..silau weh..begitu jugak yang dok kat belakang..dah tau dok belakang kereta orang tapi still gunakan lampu tinggi..tak faham plak aku orang cam gini

Yang paling best sekali bila keluar simpang pemandu tu tak berhenti dah..keluar dengan selamber dah tu lepas keluar tu bukan nak laju atau maintain speed tapi dok santai drive pulak..kebetulan jalan2 tu tak boleh nak memotong tak ke jammed panjang kat belakang ? 

Ini adalah contoh-contoh gaya pemanduan pemandu Malaysia yang aku dapat tengok baru-baru ni masa aku balik ..sebenarnya bukan hari tu pun tiap-tiap minggu pun leh tengok benda yang sama sebenarnya..jadi aku ingatkan diri aku dan semua sentiasa la hati-hati di jalan raya..sentiasa sabar ye ;-)

p/s : mcm panjang la plak entry ni..ada pengalaman share la kat ruangan komen

Thursday, February 21, 2013

Gempar!!! Fizz Fairuz Dianiaya - ikuti kenyataan suami bekas tunang

Assalamualaikum WBT

Semalam aku ada cerita tentang pertunangan seorang pelakon popular Fizz Fairuz yang hanya bertahan 10 hari dan telah pun putus akibat telah ditipu oleh tunangan nya itu. Untuk cerita lanjut sila ke SINI


Jadi aku ada la cari sumber untuk kepastian mungkin ada jawapan dari pihak sebelah perempuan atau sebaliknya.




Read More

Wednesday, February 20, 2013

Fizz Fairuz Putus Tunang

Assalamualaikum WBT

Mesti ramai yang dah tahu pasal ni..aku terpanggil nak buat entry ni bukan sebab Fizz Fairuz tapi sebab macam mana dia boleh putus tunang dengan tunang dia tu. Rasa nya baru beberapa hari kan si Fizz Fairuz ni mengikat tali pertunangan dengan wanita yang bernama Azlyn Massiela.


Aku terkejut jugak la sebab apa baru je minggu lepas tengok kat tv berita pasal pertunangan dia orang. Tup tup semalam aku punya kakak ipar bagi tau yang dia orang dah putus tunang.Aku malas nak amik port pun tapi bila terbaca kat akhbar dan beberapa blog memang patut pun pertunangan ini diputuskan.



Sebab apa? sebab si Azlyn tu sebenarnya bukan anak dara lagi..dia adalah isteri orang..isteri kedua kepada seorang usahawan (menurut sumber yang aku baca la ) tapi yang pelik nya kan kenapa la si Azlyn ni macam sanggup je menipu?? kesian si Fizz Fairuz..

Aku tak tau nak komen apa tapi benda tunang nikah kawin ni adalah benda yang perlukan perancangan yang teliti sebenarnya.Sepatutnya kita ni dah kenal bakal tunang ke bakal isteri ke kenal family dia orang supaya tak jadi kes kes macam ni la.

Korang pulak macam mana? Apa pendapat korang? Apa apa pun ini semua dah tertulis untuk si Fizz Fairuz kita doakan yang terbaik la untuk dia orang.

p/s : malu weh kalau aku jadi pompuan tu..jadikan teladan ye kawan2 cerita2 macam ni

Tuesday, February 19, 2013

Jadual Perlawanan Liga Super 2013 ( Minggu 7 dan Minggu 8 )



19 Feb 2013

T-Team vs Felda United

ATM vs Selangor

Perak vs Pahang

PKNS FC vs Negeri Sembilan

Kelantan vs Terengganu

Johor Darul Takzim vs Lions XII


22 Feb 2013

Felda United vs Johor Darul Takzim

Negeri Sembilan vs T-Team

Selangor vs PKNS FC

Terengganu vs ATM

Lions XII vs Perak

Pahang vs Kelantan

Monday, February 18, 2013

Rembau Most Wanted Official Video



Hari ini hari isnin. Tak ada arah tujuan dalam penulisan jadi korang layan la video ni ya :


Layan ke tak layan?



Friday, February 15, 2013

Semakan Daftar Pemilih SPR Secara Online dan SMS

Untuk Semakan Daftar Pemilih SPR Secara Online dan SMS

Sila rujuk arahan-arahan di bawah : 

1. Secara Online

1. Klik SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
2. Sila Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN

3. Klik Semak




2. Secara SMS



1. Taip SPR SEMAK NO. KAD PENGENALAN
2. Hantar Ke 15888


KREDIT : FYNA


Thursday, February 14, 2013

BR1M 2.0

Assalamualaikum WBT

Minggu lepas semua orang cuti panjang sempena Gong Xi Fa Cai kan..tidak terkecuali jugak lah orang yang dok mengetuk keyboard ni ha .. hehe.. siap sambung cuti lagi semalam bukan sebab apa tapi sebab nak ambil BR1M 2.0. Kebetulan tahun ni aku plan nak amik BR1M kat kampung.


Alhamdulillah semua dah selesai walaupun aku terlewat sedikit dari masa yang ditetapkan.Sepatutnya pukul 2 petang dah kena daftar tapi disebabkan aku kena hantar wife aku ke LCCT dulu jadi aku sampai kat dewan orang ramai tu dalm pukul 3.30 petang.


Mula-mula ingat nak amik baucer je lepas tu tukar kat bank tetapi disebabkan ramai je kawan-kawan aku kat situ jadi kami pun tukar plan.Cash kan terus je baucer tu terus dapat duit RM500.00

Dalam sejam setengah gitu semua nya selesai ..lepas setel semua lepas jumpa kawan2 lama ..apa lagi lepak pekena goreng pisang la kat kedai..

p/s : Timbalan Menteri siap peluk aku masa bagi baucer sebab 2 hari sebelum tu aku ada jumpa dia kat pasar tani pilah..

Friday, February 8, 2013

Jom Ke Hari Kraf Kebangsaan 2013





Jom meriahkan Hari Kraf Kebangsaan 2013
Bermacam Aktiviti Diadakan
Termasuk pertandingan karaoke
Jadi jangan lepaskan peluang

Keterangan lanjut : http://hkk.kraftangan.gov.my/



Wednesday, February 6, 2013

WW-Wordless Wednesday #4 2013



Maksud Wordless Wednesday : 

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)







Tuesday, February 5, 2013

Anding Indrawani jumpa Phat?

Assalamualaikum WBT

Korang kenal Anding tak? Bekas peserta AF musim kedua kalau tak silap aku.Dia sekarang lebih banyak berlakon dan jadi host daripada menyanyi. Dulu dia berlakon Hotel Mania korang ada tengok tak? baik ngaku Minggu lepas aku ada jumpa dia tu pun kebetulan sebab RTM shooting kat tempat usahawan kraf bawah jagaan aku..





So bos mintak aku p bengkel usahawan tuuntuk cover apa yang patut ..rupa-rupanya Anding host untuk rancangan terbitan RTM ni.

Aku ada jugak tengok rancangan RTM yang Anding host kan..Jelajah Lata ..menarik jugak la rancangan tu sebab Anding pegi ke jeram jeram yang menarik di seluruh Malaysia.

Sempat jugak la aku borak ngan Anding..dia pun jenis peramah so banyak la bende dibual kan..bak kata dia dia seronok jadi host lagi dari berlakon sebab berlakon banyak main ngan emosi..host ni bebas nak nak program macam jelajah ni

Apa pun good luck la untuk beliau..bila keluar program ni aku tak pasti..tapi penerbit akan SMS bila..yang penting jabatan aku dapat la kredit sikit ;-)

p/s : tajuk gempak x? haha padahal aku yg ter jumpa dia ;-)

Monday, February 4, 2013

Tahniah Team Kampung Den

Assalamualaikum WBT

Hari ini hari isnin.Dan yang paling best sekali hari ini ramai kawan-kawan opis yang dah terima surat untuk ambil duit BR1M.Ada yang kena ambil hari ini , ada yang kena ambil esok cuma aku punya je tak sampai lagi..jika ikut emel tu aku berjaya cuma surat je tak sampai lagi..tak apa tunggu je la bila-bila pun kan ;-)


Ok terus kepada tajuk utama hari ini.Minggu lepas aku balik kampung macam biasa untuk jenguk anak aku. Tapi ada satu aktiviti yang sangat best sabtu lepas telah terjadi kat kampung aku..tak lain tak bukan ada perlawanan bola sepak.

Aku pun tak berapa nak tahu apa nama "cup" ni tapi kira disertai oleh team-team area Johol ni la termasuk team dari K.Pilah jugak. Sabtu lepas game suku akhir antara team kampung den Inas FC vs Veteran Kuala Pilah. Alhamdulillah walaupun referee macam *#%$^$((#@% dan banyak berpihak kepada team veteran tu ..team kampung den monang. 1-0 dan akan mara ke separuh akhir..

Den plak raso excited bukan apo ..sobab team ni la den main maso mudo2 dulu..skang dah diambil alih oleh tenago mudo ..yo lah kan awak ni dah tuo..raso nak golak pun ado sobab kawan-kawan seangkatan sumo eh dah duduk topi yo jadi penonton..kalau tak dulu kami2 ni la "star" kek kampung tu..

Apo apo pun tahniah sekali lagi kepada semua yang main itu hari ;-)

p/s : awak tak gantung boot lagi tp main petang2 bleh la 

Saturday, February 2, 2013

Jadual Piala FA 2013 Pusingan Kedua 26 Februari 2013


Berikut Jadual Piala FA 2013 Pusingan Kedua 26 Februari 2013








Terengganu lwn Pulau Pinang

Pulau Pinang PBAPP lwn Sarawak

Selangor lwn Sabah

Sime Darby lwn T-Team

Kedah lwn Johor Darul Takzim FC

Pahang lwn ATM Tentera Darat

Negeri Sembilan lwn Pos Malaysia

PKNS lwn Kelantan

Jom sokong pasukan anda!!!!


Friday, February 1, 2013

Kisah Anak Aku ;-)

Tiap Tiap Minggu kalau tak kena bertugas aku akan balik ke kampung sebab nak jumpa anak aku. 3 hari lepas genap lah usia anak perempuan aku tu setahun 3 bulan. Jadi dalam tiap-tiap minggu aku balik tu mesti ada sesuatu perkembangan baru yang dia buat.





Dia dah kenal binatang seperti cicak, lembu dan kucing. Dia pun dah pandai sebut tok, apa tu? nak dan kadang-kadang papa n mama.Syukur alhamdulillah dia semakin hari semakin bijak dan paling best sekali dia sangat jeles bila aku pegang budak kecik atau baby lain.

Rutin bila kat kampung semestinya dia akan aku bawa round2 kampung naik moto. Lagi satu yang best nya si Syaza ni dia akan berjoget bila dengar lagu Shea "Sayang" tu. Lagi satu dia suka sangat lagu iklan windows 8 tu ..boleh buat kita ni senyum sorang2 bila tengok keletah dia..

Korang layan la sikit pic anak aku masa aku balik kampung minggu lepas.Minggu lepas paling best sekali sebab cuti panjang dan aku dapat habiskan masa yang lama dengan dia..tengok pic pic dia kat atas moto ni..macam macam memek muka dia buat ;-)