loading...

Thursday, January 31, 2013

Domain .my dah beroperasi semula

Assalamualaikum WBT

4 5 hari yang lepas blog yang menggunakan .my dari Asiahost ada problem kan? Memang totally kita tak boleh nak masuk langsung ke blog tersebut apa tah lagi nak view blog tersebut.Salah seorang yang terlibat tak lain tak bukan blog aku jugak aku memang pengguna blogspot sebelum ini cuma baru baru ni bertukar ke .my





Jadi mula dari hari Jumaat kalau tak silap aku www.phat.my tak boleh nak view.Ini menyebabkan pembaca setia aku tak boleh nak baca blog aku (ceh ayat bajet retis ).Bila di risik risik bukan merisik nak g kawen ke hape risik aka menyiasat rupa rupa nya .my tu memang ada problem kat server dia.Problem DNS .Untuk maklumat lanjut sila ke SINI
Pengumuman Asia Host

Jadi untuk mengelakkan PV aku dan UV aku jadi kurang terpaksa ambil langkah drastik untuk gunakan semula phatthegreat.blogspot.com untuk beberapa hari sehingga la pada hari ini aku tengok .my ni dah berfungsi seperti biasa..

Jadi aku harap eh berapa banyak jadi la...lepas ni tak ada la masalah lagi kan sebab geng geng .my dah meroyan dah hehe kat FB kat twitter kat warung warung dan banyak tempat lagi la..tapi bende free kan mesti tak banyak sikit mesti ada kekurangan ..tapi besar harapan aku kekurangan tu dapat di atasi dari masa ke semasa.

Wednesday, January 30, 2013

WW-Wordless Wednesday #3 2013


Maksud Wordless Wednesday : 

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)





Monday, January 28, 2013

Masalah akses domain .my dari Asiahost



Your Blog Can't Acces


Greeting to All our Customer,

We just move our DNS server to bigger size and CPU Usage. From this migation, your Web should not having no problem and all problem you are fasing right now is because our DNS ISP taking to long time to resolve the DNS. if you want faster DNS, you can change to Google DNS and here i attach tutorial to change your DNS to 8.8.8.8 and 8.8.4.4

https://www.youtube.com/watch?v=ldftSp2MSvY

Kat Atas tu pengumuman dari pihak Asiahost

Aku dah bleh akses dah sebab aku tukar DNS tu ;-) kalau korang kurang faham sila google translate or ambil kamus untuk terjemahkan pengumuman kat atas tu.

Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Selamat Hari Lahir Phat

Assalamualaikum WBT

Syukur Alhamdulillah terjaga lagi pada pagi ini dengan dikurniakan nafas dan kesihatan.Hari ini 22 Januari 2013 maka lesen memandu aku juga tamat tempoh pada hari ini.Dan kejap lagi aku nak ke post office atau JPJ untuk Renew.Tapi bukan isu lesen aku nak highlight tapi korang nampak tak 22 Januari 2013 tu?


Weh birthday aku la hari ini. Hari ini genap usia aku 31 tahun ..naik lagi 1 tangga usia aku..dan diri semakin menganjak ke usia tua..


Tiada apa yang aku harapkan selain bermohon untuk diberi kesihatan yang baik bagi aku melaksanakan segala tanggungjawab aku terutama kepada agama,keluarga dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan aku.

Sekali lagi 'birthday" aku pada tahun ini aku tidak ditemani oleh insan-insan tersayang.Tapi tak apa lah petang ni aku akan terus balik ke kampung untuk berjumpa anak aku..

Kepada semua ahli keluarga,saudara,sahabat dan sesiapa sahaja yang telah mencoretkan ucapan selamat hari lahir terutama pada wall FB, mesej dan sebagai nya aku ucapkan terima kasih. Aku juga harap korang semua doakan kebahagiaan aku sekeluarga ya ;-) 

Monday, January 21, 2013

Yey Berjaya Juga

Assalamualaikum WBT

Minggu lepas busy tahap PM so memang tak boleh nak update blog..bukan setakat blog aku ni je terabai blog opis pun terabai jugak sampai kan encik boss dah sound ;-) tapi tak apalah hari ini aku akan update semua nya..


Ingat tak sebelum ni aku ada buat entry pasal fishtail peplum by padieka ? kalau tak ingat sila REFRESH HERE. Korang nak tau tak nak dapatkan peplum tu memang mencabar ? jadi masa padieka re stock peplum tu aku berjaya untuk masuk kan dalam cart tapi x berjaya nak check out sebab website crash..


Kecewa sungguh masa tu sebab dah plan nak hadiahkan peplum tu kat my wife. Tapi lepas 3 hari aku dapat emel dari padieka yang dia orang reserve kan aku 2 helai peplum yang aku nak tu..baru aku ingat yang masa re stok itu hari aku dan hasil bantuan seorang rakan order dengan 2 cara hehehe

Satu melalui website dan satu melalui manual order.Alhamdulillah barang dah pun sampai kat aku minggu lepas cuma tuan punya baju je la lambat lagi nak balik dari kuching tu..harap my wife suka dengan baju yang sememangnya dia nak ni ;-)

P/s : Tq pada Yana yang sudi bantu aku ;-)

Thursday, January 17, 2013

Al-fatihah untuk nenek

Assalamualaikum WBT

Semalam aku EL .. EL = Emergency Leave. Sebab terpaksa bergegas pulang ke kampung mak mertua aku.Aku dapat panggilan dalam pukul 8.10 minit pagi semalam. Nenek / Uwan wife aku telah meninggal dunia. Beliau memang dah lama sakit. Dan semalam arwah telah menghembuskan nafas terakhir di usia 89 tahun.


Perjalanan pulang ke Kampung Serting Ulu, Simpang Pertang pagi semalam memang dipermudah kan oleh Nya sebab memang tak banyak kereta kat jalan dan yang paling penting sebiji lori pun tak ada semalam..pelik kan? tapi itulah kuasa Allah SWT kan..

Aku sampai dalam pukul 11 kat kampung kebanyakan saudara mara semua dah ada..Jadi dalam sebelum zohor jenazah telah di bawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan..dalam pukul 2 lebih semua nya selesai..

Setelah semua selesai aku minta izin dengan semua saudara terutama mak dan ayah mertua aku untuk balik ke kampung mak aku pulak..alang alang dah kat negeri sembilan sempat la aku jenguk si Syaza kejap..So kepada kawan-kawan semua yang baca coretan ini mohon semua untuk sedekah kan AL FATIHAH kepada arwah nenek aku.

Tuesday, January 15, 2013

Domain percuma untuk blogger



Korang nak tukar url blog korang jadi .my tak? kalo nak sila baca pengumuman yang kat bawah ni : 

Perhatian kepada pelanggan Asiahost,

Kami amat berterima kasih keatas tempahan anda terhadap domain .my, sekali lagi kami ingin meminta maaf keatas tempahan yang diproses lewat kerana kami menerima terlalu banyak tempahan yang tidak menepati syarat utama dari pihak .my DOMAIN REGISTRY.

Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini kami akan memberikan lagi 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.
Kami ingin meminta pertolongan dari anda untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua warga blogger di Malaysia. Anda perlu sebarkan maklumat ini di halaman blog anda untuk membantu blogger lain mendapat peluang besar ini. Untuk maklumat anda, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia"



Dah baca? so kalo korang nak jgn malu malu sila daftar ok.
Untuk tutorial sila rujuk sini



Paling penting untuk dapatkan percuma sila gunakan promotional code "belia"
Masukan url yang korang nak kat link bawah ni sama masih available atau tidak 
contohnya : ceritakami.my  

Sila Check & register kat sini : Daftar Domain Percuma



Friday, January 11, 2013

Fishtail Peplum by Padieka

Assalamualaikum WBT

Selasa lepas ada satu butik online telah re-stock peplum. Dengar cite nya peplum kat shop ni memang hot item sebab masa 1st time re stock dulu peplum ni sold out dalam masa 5 minit je..bayang kan hot tak hot la kan..





Disebabkan wife aku berkenan sangat nak kan fishtail peplum dari padieka tu so aku dah plan nak belikan dia masa re stock tu..tapi bagi yang da biasa dengan padieka tau la macam mana azab nya nak grab item dari padieka ni uollssss....


PINJAM GAMBAR SAT DARI PADIEKA
KLIK PIC UTK KE SHOP


Macam tengah berperang rasanya haha..bayang kan masa hari selasa itu hari aku dah dapat grab 2 then masuk dalam cart..so dengan konfiden nak checkout tup tup website dia crash...bila refresh semula lepas satu minit x leh checkout dah sebab fishtail peplum tu dah sold out...

Sadis gila tak..memang ramai gila kot orang memang dok tunggu peplum ni..so tak hairan la website crash then dalam masa beberapa minit dah sold out..bak kata owner padieka "items ni orang nak beli bukan setiap minit tetapi setiap saat" hot tak hot la kan...hope next re stock dapat grab semula

Tu je la aku nak cite..ok tata sebelum tu nak thanks kat kawan aku sorang ni si YANA yang alert kan aku bila padieka nak re-stock item tu ;-) 

Thursday, January 10, 2013

Jadual Perlawanan Liga Super 2013 ( Minggu 2 dan Minggu 3 )





Perlawanan Kedua Liga Super 2013 

Jumaat 11/1/2013

NEGERI SEMBILAN VS TERENGGANU

FELDA UNITED VS PAHANG

JOHOR DARUL TAKZIM VS PERAK

Sabtu 12/1/2013

LIONS X11 VS SELANGOR

T-TEAM VS KELANTAN

PKNS FC VS ATM







Perlawanan Ketiga Liga Super 2012 Selasa 15/1/2013

PKNS FC VS LIONS X11

ATM VS T-TEAM

PAHANG VS NEGERI SEMBILAN

TERENGGANU VS SELANGOR

KELANTAN VS JOHOR DARUL TAKZIM

PERAK VS FELDA UNITED


Wednesday, January 9, 2013

Fakta tentang anak ke 2 dalam keluarga

Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!




ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.



TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.


copy paste : PAKAR DIARI HATI

p/s : den anak no 2 dalam family ado yang kono dan ado yang tak kono dongan den ;-)

Tuesday, January 8, 2013

Berpisah lagi

Assalamualaikum WBT

Hari ahad lepas aku hantar wife aku ke LCCT untuk pulang semula ke Kuching. Wife aku akan ber praktikal hingga bulan 6 ini..jadi setelah sebulan lebih aku, wife aku dan syaza tinggal bersama hari ahad lepas merupakan detik sedih antara kami sekeluarga kerana terpaksa berpisah untuk sementara.
.
Syaza akan kembali tinggal bersama uwan nya kat kat kampung di kuala pilah..aku pulak macam biasa akan tinggal seorang di Temerloh..aku memang saja amik cuti sehari semalam sebab nak main main lama sikit dengan Syaza sebelum aku tinggal kan dia..

Miss U so much 

Sayu je hati ni bila aku nak gerak dia menangis nak ikut..tapi nak buat macam mana terpaksa jugak tinggal kan dia..lagi sayu bila aku sampai kat rumah malam tadi..masih terbayang bayang dia berjalan ke bilik ke dapur dan depan tv..terbayang bayang masa dia dok main ngan upin ipin dia tu ..dok gelak gelak...

Tapi tak apa lah..kami sekeluarga anggap perpisahan sementara ini sebagai pengorbanan untuk kami semua..tak sabar rasa nya nak tunggu hari jumaat..sebab aku nak balik kampung nak jumpa anak aku..

Saturday, January 5, 2013

Thursday, January 3, 2013

Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com?



Assalamualaikum WBT

Kepada semua sahabat aku sarankan korang join ada satu contest ni..contest ni tuan punya tanah namakan sebagai "Hyper Contest"

Kalau dilihat pada tajuk contest tu memang kita pun dah macam nak naik hyper sekali ..macam budak budak dapat gula gula kalau nak di samakan kan he "hyper" an kita tu






Tu belum tambah bila kita tengok hadiah lagi tu ...

Hadiah dia ialah : drum roll drum roll drum roll


Hadiah-hadiah lumayan untuk para peserta dan pemenang

- Semua peserta akan dimasukkan ke dalam bloglist special di mksyahir.com

- Tempat Pertama - Wang Tunai RM 150

- Tempat Kedua - Wang Tunai RM 100

- Tempat Ketiga - Wang Tunai RM 50

- Tempat Keempat - Wang Tunai RM 30

- Tempat Kelima - Wang Tunai RM 20

- Tempat Keenam Hingga Kesepuluh - Wang Tunai RM 10

- Top Referrer 1 - Wang Tunai RM 50

- Top Referrer 2 - Wang Tunai RM 30

- Top Referrer 3 -  Wang Tunai RM 20

- Jumlah Hadiah - RM 500 Tunai

- Hadiah boleh ditukar kepada TOPUP Maxis, Celcom Atau Digi

So korang apa tunggu lagi sila lah men join kan diri anda..tuah ayam nampak dikaki rezeki kita Allah yang tentukan..

Join tau jangan tak join... jika berminat sila ke ------>>>>>> SINI

Wednesday, January 2, 2013

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013



Pengurusan "phat corner" ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013
Semoga segala yang dilalui sepanjang 2012 akan menjadikan 
pengalaman yang berharga bagi kita semua
bagi menempuhi tahun 2013 yang baru sahaja 
melangkah ke usia 1 hari pada hari ini

Ingatlah bahawa tahun ini usia kita akan berganjak dari satu tangga 
ke satu tangga ke atas lagi

Mari lah kita semua berdoa dan berharap tahun 2013 akan mendatangkan 
kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita semua
semoga apa sahaja yang kita rancang akan dapat dijayakan dengan sempurna
selain itu kita jangan lupa untuk terus berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT

"SELAMAT TAHUN BARU 2013"

p/s : ayat pengurusan tu mcm 'phat corner' company plak huhu