Thursday, August 29, 2013

Kes Buang Bayi di UiTM Dungun



DUNGUN - Mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mayat berkenaan ditemui terapung oleh kontraktor pembersihan UiTM yang menjalankan kerja penyelenggaraan kumbahan kira-kira 11.30 pagi.
   
Beliau berkata pada awalnya pekerja berkenaan menyangkakan objek yang terapung itu anak patung namun setelah diamati mendapati ia mayat seorang bayi.
   
"Mereka terus memaklumkan penemuan mayat itu kepada pihak universiti sebelum melaporkan kepada polis dan kita percaya mayat berkenaan telah lama berada di dalam loji," katanya kepada Bernama.
   
Menurutnya semasa ditemui keadaan mayat bayi itu kebiru-biruan dan dipercayai meninggal dalam tempoh 48 jam. Kepalanya telah pecah manakala bahu kanan patah dan mereput.
   
Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - Bernama

p/s : siapa lah yang buang bayi tak berdosa ni..kat U plak tu

KL Gangster 2 Full Movie Boleh Di Download Di Internet


Walaupun tayangan filem KL Gangster 2 hanya pada sekitar bulan Oktober 2013 tetapi rasa nya sudah ramai yang sudah layan cerita ni malam tadi. Dikhabarkan sekitar pukul 2 pagi link download untuk filem tersebut telah tersebar di alam maya.

Dan dengan itu, Syamsul Yusof telah mengeluarkan kenyataan nya di twitter memberi amaran yang beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas sesiapa yang memuat turun dan mengedarkan filem arahan beliau ini.



Tapi aku rasa benda yang melibatkan internet ni memang susah nak dikawal sebab semua nya terbuka. Dalam beberapa saat sahaja rasa nya link download tersebut telah tersebar dengan meriah nya. Apatah lagi cerita KL Gangster 2 ni memang ditunggu-tunggu oleh peminat.

Maklum la KL Gangster kan meletup-letup sebelum ni. Semoga masalah ini akan dapat diselesaikan, Rasa nya tokey-tokey CD dah senyum lebar dah tu. Maklum la cerita panas tu. Tak keluar wayang lagi tapi dah boleh tengok..perghhhhh...

p/s : jgn tanya plak link download tu sebab aku pun x tau..

Wednesday, August 28, 2013

Kes Tembak di Kuantan



Polis Siasat Sama Ada Kes Tembak Ahli Perniagaan Ada Kaitan Kes Lain

KUANTAN, 28 Ogos (Bernama) -- Polis tidak menolak kemungkinan kes menyamun kereta dan menembak seorang ahli perniagaan oleh tiga lelaki berdekatan sebuah hotel di Jalan Air Putih awal pagi tadi mempunyai kaitan dengan kes tembak seorang ahli perniagaan wanita di Jalan Haji Ahmad di sini pada 13 Ogos lepas.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaluddin Abd Majid berkata kes di Jalan Air Putih itu masih dalam siasatan dan keterangan hanya dapat diambil daripada mangsa sebaik sahaja dia sedar daripada pembedahan untuk mengeluarkan peluru di badannya.

"Polis sedang menyiasat sama ada kes yang berlaku awal pagi tadi berkait dengan kes sebelum ini (di Jalan Haji Ahmad).

"Kita akan siasat kes ini dari semua sudut sebaik sahaja keterangan dapat diambil daripada mangsa," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Pada 13 Ogos lepas, seorang pengusaha kedai cermin mata nyaris maut selepas tiga das tembakan yang dilepaskan ke arahnya oleh seorang lelaki hanya terkena cermin sisi kenderaannya ketika sedang memandu sendirian di Jalan Haji Ahmad.





   
Manakala dalam kes yang berlaku awal pagi tadi, mangsa Lee Siew Meng, 42, seorang pembekal kipas angin dari Kuala Terengganu cedera di rusuk kiri selepas ditembak oleh salah seorang dari tiga suspek.

Kes dipercayai bermotif menyamun kenderaan, selepas kereta mangsa dilarikan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Jamaluddin berkata polis akan membuat lakaran wajah ketiga-tiga suspek untuk diedarkan kepada orang ramai bagi mengesan suspek.

Tong Sampah Hijau Alam Flora Kena Curi


Bangun pagi nak pergi kerja keadaan tidak seperti biasa. Tiap-tiap pagi aku akan nampak tong sampah hijau yang diberikan oleh pihak Alam Flora berdiri megah tepi pagar depan rumah aku. Ternyata tong sampah tersebut telah hilang!!!!!! Aku ingat lagi masa tu 24/7/2013 bulan puasa. Lebih kurang seminggu lebih sebelum raya.

Aku dan isteri terkejut jugak la sebab benda macam tu pun boleh hilang.Tapi kami tak kisah sangat pun.Tak ada rezeki nak buat macam mana kan.Sampai la satu hari sabtu minggu lepas abang yang angkat sampah tu datang. Dia bagi tau yang dia orang tak kutip dah sampah kat rumah yang tak guna tong hijau Alam Flora tu.



Ah sudah guane ni? Aku call 1 800 88 7472 bukan 03-8000 8000 hey hey tau...aku tanya camne dan apa yang harus aku buat untuk dapatkan semula tong sampah baru. Dia terang kan kat aku A-Z so dah faham.

Dan baru je tadi aku setelkan masalah tersebut. Aku pergi balai polis buat report dan bawa salinan report ke stor Alam Flora dan aku dapat tong sampah baru yeyyyy!!!! Lepas ni aku nak sembur no rumah besar besar kat tong tu. No 10 kau rumah aku kalau jersi Malaysia no Safee Sali pakai tu hehehe..

Mudah mudahan tong sampah baru aku ni tak kena curi dah. Ye la kan sepatutnya 1 tu boleh tahan lama untuk diguna.Tak pasal-pasal aku dapat 2 la kira nya kan.

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat ( RMR ) 1 Malaysia




Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.

1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.

Kalau nak print gambar ni silakan.

Harga - rm60k
Subsidi kerajaan - rm20k
Yang perlu dibayar - rm40k
Kalau buat loan 20 tahun - rm150 bulan2






Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di --> http://www.spnb.com.my/

atau

Jumpa adun kawasan anda dan minta borang untuk RMR ini.

Sila sebarkan supaya semua orang tahu.


SUMBER

Keputusan Piala Malaysia 27 Ogos 2013



Keputusan Piala Malaysia 27 Ogos 2013

Kumpulan A
Johor           3        3    ATM
Sime Darby  3       0    Selangor

Kumpulan B
T – Team      2       3    Johor Darul Takzim
PKNS FC    2       0    Felda United




   
Kumpulan C
Negeri Sembilan        1       1    Kelantan
Pahang                      1       1    Terengganu

Kumpulan D
Kedah     0       0    Sarawak
Perak      1        0    Lions XII

Monday, August 26, 2013

Kanak-Kanak Perempuan Mangsa Dera Ibu Kandung Meninggal Dunia




IPOH - Kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang dipercayai didera oleh ibunya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Paediatrik Hospital Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kematian itu.

"Kita sedang menunggu maklumat daripada pihak hospital berhubung kematian kanak-kanak itu," katanya yang enggan mengulas lanjut.




Pada 15 Ogos lepas, kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital oleh bapanya dalam keadaan cedera pada bahagian kepala dan seluruh badannya akibat dirotan.

Choong Mee Chin, 30, ibu kepada kanak-kanak tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan itu dan tidak mengaku bersalah pada 20 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak itu di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu pada pukul 9 pagi, 12 Ogos. - Bernama


p/s : di mana letak nya kewarasan akal ibu bapa budak malang ini kan?

Saturday, August 24, 2013

Friday, August 23, 2013

Kes Altantuya: Azilah, Sirul dibebaskan dari tuduhan membunuh


Putrajaya: Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan hukuman mati atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali bersama sama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu yang dibacakan oleh Tengku Maimon.
Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.

Tengku Tengku Maimun yang membacakan penghakiman itu berkata hakim perbicaraan telah tersalah arah dirinya dengan cara tanpa arah gagal mempertimbangkan diari stesen dan gagal membuat dapatan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Azilah, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes ini, berada di tempat kejadian jenayah.

Hakim Tengku Maimun berkata mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.

Suasana di mahkamah senyap seketika semasa hakim menyampaikan penghakiman sementara Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan.
"Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat.




   
"Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini," kata Hakim Tengku Maimun.

Kedua-duanya disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes 'prima facie' terhadapnya.

Azilah Hadri dan Sirul Azhar masing masing akan dibawa pulang ke penjara Kajang dan Tapah untuk menjalani beberapa proses sebelum dilepas dan dibebaskan.


SUMBER : BERITA HARIAN

Thursday, August 22, 2013

Koleksi Gambar Raya Pertama 2013 Family EX-Business Uitm Jengka 2002-2005

Ini adalah gambar pada raya pertama kami semua. Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi kongsi gambar korang untuk aku tempek kan kat blog aku ini. Ini adalah sebahagian dari rakan-rakan seperjuangan semasa study diploma di UiTM Jengka Dulu.

Gambar yang atas sekali mesti la tuan blog hihi. Comel tak kita orang semua. Comel tak tapi tak leh lawan kak Ton la kan dia dah legend ;-)

Phat Family

 Mokujin aka Asri Family

 Safuan aka Bacha Family

 Azuan aka BTT Family

 Chmal Family



 Idan Family

 Jai Family

 Roslan aka Kudu Family

 Zulhafizi aka Pulp Family

Faizalriza aka Moq Family

 Mie Family

Senarai Nama Mangsa Yang Maut Nahas Bas Di Genting Highlands



KUALA LUMPUR - Berikut mangsa yang maut dalam nahas bas di Genting Highlands menurut senarai yang dikeluarkan polis.

1. Nama: Chan Fook Choy
K/P: 511105-08-5421
Alamat: No 8, Jalan BK 5/14, Bandar Kirara, 47100 Puchong, Selangor

2. Nama: Chan Lai Huat
KP: Tiada
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

3. Nama: Sub Moy @ Sak Moy
KP: 420806-10-5596
Jantina: Perempuan
Alamat: 2-9-15 Jalan Prima Setapak 7, Off Jalan Genting Setapak Kuala Lumpur

4. Nama: Sukhviv Singh
Jantina: Lelaki
Warganegara: India

5. Nama: Rafik Ali Buai Habac Chu
Jantina: Lelaki
Warganegara: Bangladesh

6. Nama: Sek Sooi Chan
KP: Tiada
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia

7. Nama: Lee Fok Wah
KP: 510409-10-5319
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia



8. Nama: Law Tiaw Meng
KP: 771015-14-5339
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

9. Nama: Law See Kee
KP: 940715-08-5838
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia

10. Nama: Auther Mash
KP: Tiada
Jantina: Lelaki
Warganegara: India

11. Nama: Yap Hing
KP: 520313-10-5807
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada

12. Nama: Muhammad Rasid bin Jantan
KP: 520828-04-5305
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada.

13. Nama: Ng Ah Heng
KP: Tiada
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada

14. Nama: Choo Peng Kwan
KP: 470131-08-5363
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada

15. Nama: Bhuiyan Rifique Ali
No Pasport: QC 692665
Jantina: Lelaki
Warganegara: Bangladesh

Kecederaan: Semua mayat mengalami kecederaan di bahagian kepala dan organ dalaman akibat daripada hentakan. - Bernama

Pembiayaan Belian Kenderaan 7 Tahun, Dowmpayment 25% hanya khabar angin

Kecoh di media sosial baru-baru ini tersebar berita bahawa bermula September 2013, semua urusan pinjaman belian kenderaan seperti kereta akan dikenakan bayaran pendahuluan 25% dan tempoh maksimum pinjaman adalah 7 tahun tidak seperti biasa iaitu pendahuluan 10% dan tempoh maksimum pinjaman 9 tahun.

Tetapi Bank Negara Malaysia ( BNM ) telah pun mengeluarkan kenyataan melalui FB mereka. Sila ikuti penjelasan tersebut di bawah ini.

esponse to Rumours on Vehicle Financing Tenure and Down Payment Percentage

According to the Bank Negara Malaysia's Responsible Financing Guidelines, vehicle financing tenure shall not exceed nine years.

The affordability assessment is based on Bank Negara Malaysia’s Responsible Financing Guidelines whereby the financial institutions to assess customers’ ability to repay in full throughout the financing tenure.




____________________________


Jawapan Mengenai Khabar Angin Berkaitan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman Kenderaan dan Peratus Bayaran Pendahuluan

Mengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, tempoh pembayaran balik pembiayaan kenderaan haruslah tidak melebihi sembilan tahun.

Penilaian keupayaan membayar balik adalah berdasarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab tersebut yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, di mana institusi kewangan akan menilai keupayaan pelanggan mereka untuk membuat pembayaran balik sepenuhnya dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Harap maklum.


SUMBER : BNM

Berita Penuh Kemalangan Bas jatuh Gaung di Genting Highlands


Nahas Bas Di Genting Highlands: 37 Termasuk Pemandu Maut 

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands Rabu.

Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid.

Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh, Thailand dan China.

Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Soiman berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ialah 18 lelaki dan 12 wanita.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.




"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.

Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian.

Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.

Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima) , Hospital Sungai Buloh (dua) dan seorang mangsa di Hospital Bentong.

Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.

Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.

Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL: 1. Wong Teraphong, 63 - Thailand 2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh 3. Saidah, 19 - Malaysia 4. Razif, 26 - Malaysia 5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia

Berikut nama mangsa dirawat di Hospital Selayang 1. Raawnok Arefin, 14 - Bangladesh 2. Nur Syamimi Ja'afar, 25 - Malaysia 3. Nur Fathiah Ja'afar, 21 - Malaysia 4. Rashidah Buyah, 50 - Bangladesh 5. Andri Purwadi, 25 - Indonesia 6. Nurul Quraitul Aini, 19 - Malaysia 7. Rezyan Arefin, 24 - Bangladesh 8. Nur Fridil Gusman, 23 - Indonesia


SUMBER : BERNAMA

Wednesday, August 21, 2013

Gambar Kemalangan bas ulang alik Genting Highlands

Kemalangan melibatkan bas ulang alik Kuala Lumpur Genting terhumban ke dalam gaung di Jalan Genting Highlands Kuala Lumpur kira-kira jam 2.45 petang tadi. Mangsa terkini yang maut dilaporkan seramai 37 orang dan 16 cedera. Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa kejadian selepas sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang ke tanah air



PUTRAJAYA 20 Ogos - Kesemua 3,300 pelajar Malaysia yang masih berada di Mesir akan dibawa pulang ke tanah air mulai malam ini (malam tadi ), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, mereka akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat komersial melalui Amman, Jordan dan Istanbul, Turki. - UTUSAN ONLINE

 


Berikut petikan berita daripada Utusan Online malam tadi.

Mari lah sama-sama kita mendoakan semua pelajar Malaysia agar dapat kembali ke tanah air dengan selamat.Memang teruk sangat dah keadaan di Mesir tu.

Sama-sama kita doakan juga supaya saudara se Islam kita di Mesir tabah menghadapi dugaan yang begitu berat ini.


Tuesday, August 20, 2013

Penting!!! Pelajar Malaysia Di Mesir Sila Ambil Perhatian


Pengumuman Penting!!!

PERHATIAN! Kepada SEMUA anak Malaysia di Mesir :

1. Mulai sekarang TIDAK DIBENARKAN untuk share dan update sebarang status facebook peribadi anda berkaitan politik Mesir.

2. Begitu juga ' TIDAK DIBENARKAN ' untuk menggunakan Simbol ' RABIAH ATAU RABAAH' dan seumpamanya yang menunjukkan sokongan kepada rakyat Mesir, (& elakkan gambar pimpinan IM sebagai gambar profil).




3. Untuk maklumat terkini Mesir, anda hanya dibenarkan baca dan share berkaitan isu mahasiswa SAHAJA.

4. Manakala maklumat berkaitan info terbaru Mesir, anda boleh ikuti page Akhukum Abdul Malik, Prihatin Mesir (& sumber berita yang diyakini).

Harap ambil perhatian demi kemaslahatan bersama.

via Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

**SB (arab) mula mengesan & menyerang facebook peribadi pelajar Malaysia. Sila berhati-hati.


SUMBER

Gambar Pembunuh Upahan Mati Ditembak Polis di Pulau Pinang


Pagi semalam satu lagi kejadian tembak telah berlaku. Sebelum ini memang hari-hari pun kejadian tembak menembak berlaku.Tetapi yang pagi semalam punya cerita tembak agak 'special' sikit. Sebab apa special?? Sebab semalam polis yang berjaya tembak si penembak yang menembak beberapa mangsa sebelum ini.

Diberitakan 5 penjenayah ini adalah pembunuh upahan yang telah membunuh mangsa tembakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.



Harap-harap selepas ini polis akan dapat menembak atau menangkap lagi si penembak-penembak yang terjadi sebelum ini.

Antara gambar penjenayah yang ditembak semalam.



Monday, August 19, 2013

Belasah Isteri Dalam Lif


pinjam gamba kosmo

Tak dapek den nak ngobaan jantan jonih apo bondo eh ntah.Nak koba an B****** badan bapak punyo bosa..kojo pun elok yo dongar eh tapi otak eh lotak kek lutut. Ha tau tak den cerito pasal apo ni..?? tengok la tajuk eh kek ateh tu..walaupun dah berapo hari lopeh cerito ni tapi den ghaso masig paneh lae kot.

Kito bukan apo..sebagai manusio yang waras dan mampu bopikir sepatut nya buleh lae kawal kemarahan tu kan. Dah la belasah bini lopeh tu belasah dalam lif pulak tu xdo aka ko apo..memang la orang tak nampak..tapi tuhan nampak..lopeh tu rozoki dio lif tu plak ado CCTV ha mendapek teh kau eh..



Bolasah pulak dopan anak-anak tak ko contoh yang tak baik tu. Den sebagai sorang laki kek bini den gaso nak jontik bini pun x sanggup. Apo lae la nak buek apo yang sedaro kito buek kek bini eh tu..

Dalam surat khabar koba dio mintak maaf dan x sengajo nak ajar bini eh macam tu.Tapi ghaso den la satu Malaysia x nak maaf kan dio kan.Apo-apo pun kito harap jangan la kito buek sesuatu yang x patut kito buek..samo samo kito dijauhkan dari bondo-bondo buruk..

p/s : marah bona la ni tu yang tulis dlm loghat N9 ni

Keputusan Piala Malaysia 2013 - Perlawanan Pertama 20 Ogos 2013


Kumpulan A

Johor FA ( 0 )     vs     Selangor ( 0 )

           ATM FA  ( 3 )   vs      Sime Darby FC ( 4 )

Kumpulan B

PKNS FC  ( 2 )     vs     Johor DT ( 0 )

Felda United ( 0 )   vs     T-Team FC ( 1 )

 



Kumpulan C

Pahang ( 1  )      vs     Kelantan ( 1  )

Terengganu ( 0 )      vs     Negeri Sembilan ( 2 )

Kumpulan D

Perak ( 2 )        vs      Sarawak ( 1 )

Lions XII ( 2 )     vs     Kedah ( 2 )

Gambar Isteri Fatih Seferagic si Hafiz Muda dari US


Rasa nya ramai dah kenal dengan Fatih Seferagic. Sejak kemunculan di Malaysia dan suara merdu nya mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di You Tube beliau dengan pantas telah dikenali di seluruh dunia.

Pada 15 Ogos 2013 yang lepas beliau telah selamat diijabkabul kan bersama gadis pilihan. Pengumuman tersebut telah dibuat sendiri oleh beliau di Fb dan twitter beliau.




   
Beliau turut berkongsi gambar isteri beliau. Jom kita tengok sama-sama dan doa kan kebahagian pasangan ini. Aku tau ramai geng-geng wanita kita yang frust bila dapat tau cerita ini hihi.

Tahniah Fatih dan Isteri. Selamat pengantin baru.

Habis sudah cuti raya!!!


Salam 12 Syawal

Perghhhh lain macam rasa nya hari ni.Hampir 13 hari tak ketuk keyboard sebab aku memang raya sakan. Memang tak da niat nak update blog ni. Kesian kat buah hati pengarang jantung aku ni kena abaikan selama 13 hari.



   
Rasa nya ramai yang baru start kerja hari ini kan? Walaupun ada antara kita yang memang dah start kerja dari minggu lepas lagi.Jadi harapan untuk semua pekerja-pekerja jangan malas-malas tau walaupun hari ini hari Isnin.

Kita lupakan sekejap pasal lemang, rendang, ketupat dan berbagai jenis kuih raya untuk seketika.Alah tak lama kot.Kang pukul 1 pikir lah balik semula haha..

Tak sabar aku nak update entry pasal raya aku dan family serta kawan-kawan.Korang semua tunggu tau ;-)

p/s : ada masa nanti nak balas jejak kawan2 masa raya

Tuesday, August 6, 2013

Monday, August 5, 2013

Cerita Sebalik Kes "Culik" Adik Aisyah di Jusco Rawang



Aku copy dari FB PDRM

KANAK-KANAK HILANG DI RAWANG DITEMUI DI PULAU PINANG

George Town, 5 Ogos - Kanak-kanak perempuan Wan Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang selepas didakwa dilarikan teman lelaki ibunya di Rawang, Selangor pada Jumaat lepas, hari ini ditemui di bandar George Town di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kanak-kanak tiga tahun itu diserahkan kepada polis oleh seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai ibu kepada lelaki yang melarikan kanak-kanak itu.

Katanya kanak-kanak itu diserahkan di Balai Polis Sungai Nibong, di sini pada 11 pagi ini.

"Kanak-kanak itu dalam keadaan selamat dan difahamkan ibunya (dari Gombak) dalam perjalanan ke sini (Balai Polis Sungai Nibong)," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.




Wan Aisyah dilaporkan hilang oleh ibunya pada 2 Ogos selepas menyerahkannya kepada suspek di sebuah pasar raya di Rawang sebelum lelaki itu menghilangkan diri bersama anaknya.

Ibunya yang dikenali sebagai Cikgu Arbaiyah dalam laman Facebook sebelum itu turut membuat aduan polis bahawa beliau telah menyerahkan wang sebanyak RM25,000 kepada lelaki terbabit pada hari sama sebagai modal perniagaan.

Berita tentang kehilangan Wan Aisyah mendapat perhatian meluas di laman media sosial apabila orang ramai menggesa tindakan pantas pihak polis untuk mencarinya. - BERNAMA

Alhamdulillah Adik Aisyah telah dijumpai ( 1 Gambar )


Aku dah share pasal adik Aisyah yang dikatakan telah diculik di Jusco Rawang sebelum ini. Dan ramai jugak yang prihatin untuk share kes ini tidak kira di FB, blog dan twitter.

Tapi baru sahaja tadi ada sahabat di Rawang bagi tau yang adik comel tersebut telah pun dijumpai. Sumber lain bagaimana cara adik tersebut dijumpai dia tak bagi tau plak.Cukup la dia kata budak tu dah jumpa dan selamat.



Sama ada dihantar oleh suspek atau sebaliknya. Dan seperti yang aku sangka kan memang ada cerita disebalik "penculikan" adik Aisyah tersebut.

Apa-apa pun kita doa kan yang terbaik untuk Aisyah dan ibu nya. Ibu nya lepas ni kena berhati-hati la bila nak buat sesuatu nak-nak dengan lelaki yang baru kenal.

Sebar kan kehilangan adik Aisyah #fFINDAISYAH



Semalam seorang kanak-kanak perempuan diberitakan telah diculik di area Jusco Rawang. Jadi mari kita sama-sama bantu sebarkan poster yang telah dikeluarkan di FB.Mudah-mudahan adik ini dapat dijumpai dan penculik tersebut dapat ditangkap dan dihukum.
 


Mari kita semua doakan agar adik comel ini selamat dan boleh kembali kepada keluarga nya. Jika ada info boleh berhubung terus dengan pihak polis dan ibu adik ini. Ini FB ibu adik tersebut https://www.facebook.com/cikgu.arbaiyah