Wednesday, July 31, 2013

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Bahan-Bahan
   
125g butter
1/2 cawan gula perang
5 sudu besar madu
250g cornflakes 
Cup kertas





CARA MENYEDIAKAN :

1. Cairkan mentega dalam periuk. masukkan gula perang dan madu, gaul rata sehingga gula larut.
2. Kemudian, masukkan cornflakes dan gaulkan sebati.
3. Sudukan cornflakes kedalam acuan kertas, dan bakar selama 15 minit pada suhu 170 darjah celcius.
4. Selamat mencuba 


Aku kongsi kan resepi yang diambil dari website : www.resepimudah.com


Tuesday, July 30, 2013

PERODUA Tidak Keluarkan Perodua Jaguh


Pagi tadi terbaca satu artikel di FB yang mengatakan Perodua akan mengeluarkan kereta jenis sedan yang dinamakan Jaguh. Setahu kita la kan Modenas Jaguh memang ada ye tak?



Untuk maklumat lanjut aku telah hubungi sahabat-sahabat lama di Perodua dan mereka mengesahkan bahawa itu semua adalah fake atau palsu semata-mata.

Tapi kalau betul kira ok la jugak kereta ni kan? hehe tengok la sendiri gambor nya kat bawah ni.

Resepi Biskut Almond London



Resepi Biskut Almond London

Bahan-bahan:

    250gm mentega
    100gm gula kaster
    50gm nestum(kalau nak kisar boleh, tak kisar pun ok)
    100gm tepung jagung
    200gm tepung gandum(secukupnya)
    Kacang badam secukupnya (dipanggang)
    1 sudu teh esen vanilla
    Almond nib secukupnya sbg hiasan.
    Coklat masakan
    Papercup





   
Cara2 membuatnya:

    Putar mentega dgn gula hingga sebati
    Masukkan nestum dan putar(sekejap shj) hingga adunan sebatii
    Masukkan tepung jagung dan gaul hingga rata
    Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh

    yang lembut
    Rehatkan dlm 15 minit & ditudung dgn kitchen towel yang lembap
    Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan samada bulat atau bujur.
    Bakar pada suhu 170 dlm 20 - 25 minit


Untuk salutan coklat:

Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boiling. Bila coklat dah cair, celupkan biskut menggunakan penyepit dan masukkan terus dlm papercup dan tabur sedikit almond nib diatasnya.
Buat hingga habis dan biarkan coklat beku, baru dimasukkan dlm container kedap udara.


Korang boleh cuba ya.Resepi ini aku ambil dari blog Adam Faiz.

Monday, July 29, 2013

Pengasas Arab Malaysian Bank Mati Ditembak



Baru je tengok berita kat tv.Mula-mula berita utama dah kejadian tembakan.

Bukan 1 tapi 2 kejadian.Pertama pengasas Arab Malaysian Bank mati ditembak manakala isteri nya cedera di tembak di lorong ceylon.
 


Satu lagi kes berlaku di Ipoh.Mangsa ditembak ketika minum di restoran.

Di Pahang dan Kelantan pulak beberapa pucuk pistol dirampas.Perghhh dah macam hidup zaman koboi plak semua main pistol je.

Bayi Tersepit Mesin Pembuat Kuih



Perasaan seorang papa bila baca berita-berita berkaitan dengan anak kecil mula lah sayu je hati. Sebelum ini berita berkenaan kematian seorang kanak-kanak yang lemas dalam kereta sebab kecuaian seorang ibu. Tadi terbaca pulak berkenaan seorang bayi 13 bulan yang cedera akibat tersepit mesin pembuat kuih.



 
Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan kat sini. Sebab apa sebab tempat kejadian tu dilaporkan di kilang membuat kuih. Macam mana bayi tu boleh dibiarkan bermain-main dalam kilang tempat buat kuih?Tapi hanya mak nya sahaja yang boleh jawab kan. Benda dah jadi pun.

Tapi Alhamdulillah tidak terjadi kecederaan serius. Apa pun mari lah kita para ibu bapa sentiasa beringat dan sentiasa menjaga keselamatan anak kita. Anak adalah harta yang paling bernilai bagi ibu bapa.

Untuk berita berkenaan kejadian yang berlaku di Muar itu sila rujuk di sini

Saturday, July 27, 2013

Thursday, July 25, 2013

Alvin dan Vivian dibenar ikat jamin dengan syarat


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, membenarkan permohonan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee, untuk diikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang dengan dua penjamin serta mengenakan beberapa syarat tambahan dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka minggu lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin bagaimanapun menolak permohonan untuk mengadakan perbicaraan secara berasingan, sebaliknya mengekalkan perintah Hakim Mahkamah Sesyen, untuk menjalankan perbicaraan secara serentak.

Mohd Azman turut  membenarkan pasangan itu diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap tuduhan, selepas mempertimbangkan cadangan timbalan pendakwa raya yang menawarkan jaminan sebanyak Rm15,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi mereka.

Pasangan itu turut dilarang memuat naik sebarang artikel, komen, penulisan berunsur hasutan dan memuat naik gambar lucah serta jelik  yang boleh menimbulkan unsur perkauman, dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.




Mereka juga dilarang menggunakan peranti komunikasi berangkaian termasuk telefon pintar  dan gajet komunikasi lain bagi mengakses internet untuk memuat naik gambar, komen atau artikel yang boleh menghasut  dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Dua lagi syarat diberikan termasuk mereka dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.

Datuk Azman membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguambela dan hujahan balasan pihak pendakwaan serta membuat semakan semula kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Berdasarkan keputusan tersebut mahkamah turut menolak bantahan awal pihak pendakwaan yang memohon untuk membatalkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan pasangan itu.

Sebelum ini, Alvin fan Vivian terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang, apabila, hakim Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kedua mereka diikat jamin atas faktor kepentingan awam.

Mereka kemudiannya, memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, bagi menyemak perintah hakim untuk tidak menjalankan perbicaraan atas tiga pertuduhan secara bersama, dan membenarkan ikat jamin ke atas mereka.

Pasangan kontroversi itu didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, dan Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.

Pasangan ini mencetus kontoversi ekoran tindakan mereka yang dikatakan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan dengan mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi) menerusi laman sosial Facebook.


SINAR

George Alexander Louis nama putera Kate Middleton dan Putera William



Satu dunia dah tahu yang pasangan diraja Kate Middleton dan Putera William baru sahaja menerima kehadiran putera sulung mereka selasa lepas.

Kelahiran baby diraja disambut begitu meriah oleh seluruh rakyat Britain dan mereka bersama-sama menunggu baby pasangan ini dibawa keluar dari hospital. Ramai yang berkampung diluar hospital dimana Kate telah dimasukan pada Isnin lepas.



Nampak Putera William dan Kate Middleton telah memilih George Alexander Louis dan nama gelaran diraja baby tersebut ialah Prince George of Cambridge. Nama ini memetik dari kenyataan pihak istana yang dibuat pada hari ini.

p/s : sedap nama anak raja ni

Bantuan Khas Aidilfitri RM 500 Penjawat Awam


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia Nya dapat lagi kita menghirup gas oksigen dan melepaskan gas karbon dioksida ke udara. Syukur Alhamdulillah hari ini telah masuk hari yang ke 16 umat Islam berpuasa.Syukur Alhamdulillah semalam YAB PM Malaysia telah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam.

Bantuan khas itu berjumlah RM 500 bagi penjawat awam yang bergred 1 hingga gred 54. Dan bantuan khas untuk pesara sebanyak RM 250. Semua bantuan ini akan dibayar pada 31 Julai 2013.



Jadi teka teka yang selama ini bermain-main di alam maya telah pun terjawab. Tiada bonus setengah bulan gaji sempena Aidilfitri yang telah digembar gemburkan sebelum ini.

Kepada semua penjawat awam yang layak menerima bantuan khas ini gunakan lah sebaik mungkin untuk perbelanjaan keluarga anda.

p/s : Penjawat awam bawah kerajaan negeri Selangor lagi masyukkkk

Wednesday, July 24, 2013

PRK DUN Kuala Besut



Assalamualaikum WBT

Hari ini adalah hari pembuangan undi bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Terengganu. Diharap kan semua proses pembuangan undi berjalan lancar.

Calon akan bertemu 1 lawan 1 antara calon parti BN dan calon parti PAS. Calon BN adalah Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon PAS adalah Azlan Yusof atau Che Long.



Seperti biasa proses buang undi berjalan hingga 5 petang. Dan menurut sumber SPR akan mengumumkan keputusan pada pukul 10 malam ini. Ini untuk membolehkan semua yang terlibat menjalankan terawih terlebih dahulu.

Harapan untuk semua pengundi di DUN Kuala Besut, pilih la calon yang terbaik buat anda semua. Selamat mengundi.

Peta Cadangan Laluan Sehala di Bandar Kuantan


Perubahan Lalulintas Di Pusat Bandar Kuantan

Bagi meminimumkan masalah kesesakan lalulintas di Pusat Bandar Kuantan, perubahan jalan dua hala kepada sehala akan dilaksanakan secara ‘PERCUBAAN' bermula pada 22 Julai 2013 sehingga 21 Oktober 2013. Laluan yang terlibat hanya sebahagian jalan sahaja iaitu :-

(1) Jalan Penjara
(2) Jalan Tun Ismail
(3) Jalan Beserah
(4) Jalan Teluk Sisek
(5) Jalan Besar
(6) Jalan Gambut
(7) Jalan Merdeka
(8) Jalan Wong Ah Jang





   
Sebarang cadangan dan pertanyaan, sila hubungi Bahagian Jalan MPK di talian 09-5121323 / 324. - Sumber dari laman web Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

Di Atas adalah pengumuman pihak MPK sebelum ini. Dan ternyata 2 hari lepas ada sahabat di bandar Kuantan bagi tahu terjadinya kesesakan yang sangat teruk pada hari pertama percubaan tersebut. Bagi status terkini warga Kuantan boleh merujuk kepada FB I love Pahang

Keadaan 2 hari lepas.Gambar dari FB I Love Pahang.Gambar di Jalan Mahkota depan HSBC


Tuesday, July 23, 2013

Download Koleksi Kad Raya Aidilfitri Percuma 2013


Disebabkan kemajuan teknologi, kad ucapan hari raya aidilfitri yang mengunakan pos memang kurang mendapat sambutan. Kebanyakan lebih suka menggunakan perkhidmatan online seperti FB dan Twitter.
Kad-kad raya digital juga banyak terdapat di alam maya.
Berikut aku kongsikan beberapa tempat untuk korang download kad raya secara percuma
Design kad raya memang terbaik. 





    




 

Kejam!!!! Remaja 14 Tahun Dirogol 8 Lelaki Bergilir-gilir



Baca tajuk je dah ngeri kan.Apa lagi si penanggung nya. Berlaku pulak dalam bulan yang penuh keberkatan bulan ramadhan. Sedih pun ada, takut pun ada, macam-macam perkara buruk kita dengar setiap hari. Tembak, bunuh, rogol, rompak, samun dan sebagai nya.

Aku baca artikel tersebut dalam sinar harian.Kawan-kawan blogger pun ada cover cerita ini. Berlaku di negeri Pahang di daerah Maran.Tapi yang menjadi persoalan nya kenapa remaja perempuan itu keluar rumah puku 1 pagi tanpa pengetahuan ibu bapa? pukul 1 pagi nak pergi ke rumah teman lelaki? Jadi kepada semua ibu bapa termasuk juga aku ingat lah untuk sentiasa memantau pergerakan anak kita terutama mereka yang remaja.




   
Ikuti berita penuh di bawah ini :

MARAN - Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun malang buat rakan mangsa, juga berusia 14 tahun apabila dirogol bergilir-gilir lapan lelaki terbabit di atas susunan tiang elektrik di kawasan semak berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan semak dalam keadaan mencurigakan.

Ketika memasuki jalan tidak bertar kurang 300 meter dari jalan utama untuk melakukan pemeriksaan, beberapa lelaki cuba melarikan diri dengan motosikal masing-masing sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis.

Seorang daripada mangsa ditemui terbaring tanpa pakaian di atas susunan tiang elektrik, manakala rakan mangsa dikurung dalam kereta salah seorang lelaki terbabit.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tinggal di sebuah tanah rancangan Felda dalam daerah ini keluar dari rumah masing-masing seawal jam 1 pagi tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Kedua mangsa dikatakan mahu ke rumah teman lelaki salah seorang daripada mereka di Temerloh, namun tidak mempunyai kenderaan sebelum menghubungi seorang rakan lelaki (suspek) untuk meminta pertolongan.

Selepas diambil dengan menaiki sebuah kenderaan, lelaki yang membantu mereka itu berhenti di sebuah stesen minyak berdekatan lokasi kejadian untuk berjumpa dengan rakan suspek lain.

Mangsa kemudiannya dibawa ke lokasi kejadian sebelum salah seorang daripada mereka dirogol bergilir-gilir dipercayai membabitkan lapan lelaki tidak dikenali.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, pemeriksaan kesihatan mengesahkan salah seorang daripada remaja malang itu dirogol bergilir-gilir.

Menurutnya, tiga suspek berusia 16 hingga 19 tahun berjaya ditahan untuk membantu siasatan manakala rakan mereka yang lain sedang diburu pihak polis.


SUMBER BERITA & GAMBOR : SINAR

Kate Middleton dan Putera William Dapat Bayi Lelaki



Tahniah diucapkan kepada pasangan Diraja Britain iaitu Putera William dan Kate Middleton atas kelahiran bayi lelaki sulung mereka pada jam 4.24 pagi ( waktu Malaysia ).Ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

Baru semalam dalam berita ada menyatakan yang Kate Middleton telah dimasukkan ke wad bersalin khas kerana terdapat tanda-tanda akan bersalin. Di wad khas tersebut juga lah Puteri Dayana melahirkan anak-anak pewaris diraja Britain.



   
Setakat ini, masih tiada gambar untuk diupload. Jika ada rezeki nanti dapat lah sama-sama kita tengok baby boy pasangan ini ye.

Sekali lagi tahniah untuk pasangan Diraja ini. Beribu-ribu tahniah.Beribu-ribu tahniah.

Monday, July 22, 2013

Ainan Tasneem Kemalangan Jalan Raya ( Gambar )


Pagi tadi terbaca tentang seorang penyanyi bertudung iaitu Ainan Tasneem telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Agak teruk juga keadaan kereta yang dinaiki Ainan dan sahabat beliau. Alhamdulillah beliau tidak mengalami kecederaan serius.Jom kita baca sendiri coretan Ainan dan gambar kemalangan tersebut.jadi kepada semua sentiasa lah berhati-hati dijalanraya.
 


Kereta yang terlibat kemalangan

Kejadian semalam di lebuhraya NPE. 21 jul around 2.30 pm. Alhamdulillah.... Nothing happen to me and my bestfriend. Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat impact yg terlalu kuat. We were on our way to Bandar Tasik Selatan. Bertembung dengan kereta belakang yg nak ke kanan waktu ktorang nak msuk ke simpang kiri. Kereta dua dua dalam keadaan yg sangat laju. Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar. Alhamdulillah tayar kereta terkeluar dari tempat tayar so besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah tu je. Nauzubillah. Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa utk kami bernafas... To people out there, please.. Drive safely. Sayangi nyawa anda. Ainan trauma kejap  Sampai sekaranv masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Tq Allah for giving us chance to live.

SUMBER : Ainan FB Page

Siapa Sebenarnya Manusia Mandul?



Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah hari ini sudah 13 hari kita berpuasa. Aku nak kongsikan satu cerita yang agak santai tetapi membawa maksud yang mendalam terutama kepada kaum ibu bapa.Jadi anda semua hayati lah cerita kat bawah ini.Aku ambil dari satu page FB.

Nabi pernah bertanya kepada para sahabat, ‘'Tahukah kamu siapakah orang yang mandul?’'

Para sahabat menjawab ''Orang yang mandul adalah orang yang tidak ada zuriat.’'





   
Lalu Nabi berkata "Salah. Orang yang mandul adalah orang ada ramai anak, tetapi tidak ada seorang pun yang mendoakan kebaikan mereka.’

Mari doakan kedua ibubapa kita. InshaAllah, nanti bila kita pula yang memegang peranan sebagai ibu bapa, ajar anak-anak supaya menjadi orang yang sentiasa mendoakan kebaikan orang tua.

P/s : PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA DIDIKLAH ANAK-ANAK ANDA DENGAN SEBAIK MUNGKIN AGAR ANDA, ANDA, ANDA DAN ANDA YANG SEDANG MEMBACA TIDAK MENJADI LELAKI MANDUL.


SUMBER : FB

Friday, July 19, 2013

Ditinggal dalam kereta, kanak-kanak perempuan mati lemas

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.
Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia. 
Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.  
 



Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta. 
Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku. 
Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
METRO ONLINE

P/S : KEPADA AKU DAN SEMUA IBU BAPA JADIKAN IKTIBAR BERITA DI ATAS

Syukur Dapat Bonus Aidilfitri 2013


Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
6. Pemberian bonus bersyarat & terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :



1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal
3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.
5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya.

p/s : ibu segala bonus ..bonus akhirat ni tuan tuan

sumber : FB den

Lagi Guru Maut Ditembak


Suspek lepas 6 das tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat

Kulim: Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi di sini, semalam.

Serangan berlaku jam 12.25 tengah hari, ketika guru sebuah sekolah rendah di Berapit, Bukit Mertajam, K Shanmugam, 45, yang memandu kereta jenis Toyota Wish dalam perjalanan ke sekolahnya atas urusan kerja.

Ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat, dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu menembusi cermin keretanya.
Kejadian ketiga

Ini kejadian ketiga bulan ini guru menjadi sasaran penembak upahan. Pada 4 Julai lalu, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, cedera di leher selepas ditembak di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, manakala pada 7 Julai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata ketika kejadian, Shanmugam dikatakan baru keluar dari rumahnya di Taman Bidara di sini.





Katanya, siasatan awal menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha LC warna hitam melepaskan beberapa das tembakan selepas berhenti di sebelah kereta mangsa ketika lampu isyarat merah.
Kawasan kejadian sesak

“Ketika kejadian kawasan itu sesak kerana waktu puncak selain kedudukannya yang berhampiran simpang empat lampu isyarat Jalan Keladi. Mangsa ketika itu memandu sendirian dan berhenti kerana lampu isyarat merah.

“Sebaik terkena tembakan, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri melalui pintu penumpang, namun tidak berjaya lalu rebah dan tersembam pada tempat duduk penumpang hadapan,” katanya ketika di temui di tempat kejadian di sini, semalam.
Mohd Nashir berkata, polis menemui beberapa butir kelongsong peluru di tempat kejadian, dan menyiasat motif pembunuhan.

Seorang saksi, Mat Ali saad, 63, berkata beliau mendengar bunyi letupan yang disangkanya bunyi mercun, namun tersedar ia bunyi tembakan apabila kereta mangsa melanggar keretanya.

“Ketika itu saya tidak sedar apa yang berlaku dan tiba-tiba sebuah motosikal berlalu melepasi kereta saya dan dalam masa sama bahagian belakang kereta saya dilanggar kereta mangsa.

“Saya keluar dari kenderaan dan terkejut melihat mangsa terkena tembakan,” katanya.

SUMBER : NESCAFE AIS

OOOOO "Wat Sek" bukan Buat Seks


Sempena pilihanraya di besut.terimalah....
Ganu kiter....

sbelum akak nikoh. tok kodi ngesohke name ic pengateng laki. kodi kato nok tanye soklang skek.pengateng laki debo doh ni.

Kodi: lame dh kena hok puang ni?
Pgntin: dlm 2 thn lbih
Kodi: hoo molek la...mesti g dating sokmo ni dok?
Pgtin:kdg2 je Tok.dia trg sy duk kl
Kodi: Doh xjupe, org muda leni org ngorat 'wat sek' sokmo la ni



**terangkat pggung pgntin&wali dengor soklang tu***

Pgntin: Mnada Tok, harang tu!
Kodi:bakpe harangnyo,kang ada niat nok nikoh. 'wat sek' la. barang percume!
Wali: hoi! mung tok kodi jgn wt aib ank natu aku gitu depang org rama ning!!!!
Kodi: ce wt mari tipong mung aku nk cek
***kodi mitok ngan pgntin***
Pgntin: tipong saya ikut suka saya la nk save menda pung
Wali: wi la awang weh kalu mu rasa mu dok wat

***ketor tangan pgntin bg fon ke kodi,muka meroh merang doh***
Kodi: doh ni fail nate ape? 'wat sek' la ning ke org panggil menda gining?

***wali cepat2 bangun g tengok,pgntin pun sama naik...saksi bejerebat atas belakang***
Ramai2 pakat kata "oooo WHATSAPP!!!"

P/S : Pecah perut aku la haha..aku paham walaupun bukan org ganu.Korang??

Thursday, July 18, 2013

Sajak Luahan Hati Noor Dayana – Isteri Pertama Asyraf Muslim sebenarnya Nukilan Ana Hawana

ini isteri kedua Ashraf

Satu Malaya dah tau sebelum ini Asyraf Muslim menafikan beliau berkahwin lagi satu
Tetapi semua itu adalah tipu kerana ternyata memang dia ada kawin lagi satu
Dia memang berkahwin dengan wanita yang diceritakan oleh ramai pihak sebelum ini
Isteri pertama beliau jarang memberi komen tentang perkara itu 
Namun ada sajak untuk Asyraf Muslim yang direka khas oleh seseorang iaitu Ana Hawana



Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang ituTak usah bicara tentang kesempurnaan

Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

P/s : kita doakan yang terbaik untuk mereka

Murid Sekolah Maut Tersepit Lif



Dipetik dari FB Bomba : 17 Julai 2013 di Blok 8,PPR Desa Tun Razak Sg. Besi, seorang murid sekolah berumur 11 tahun meninggal dunia kerana tersepit di pintu lift di flat kediamannya. Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak yang tiba ditempat kejadian pada jam 13.16 untuk respon panggilan kecemasan Lift tersangkut . Apabila bomba membuka pintu lift di tingkat 3, berjaya menyelamatkan seramai 17 orang di dalam lift . Selepas itu ,menerima maklumat dari mangsa-mangsa yang terperangkap menyatakan terdapat seorang budak tersepit di pintu lift antara tingkat 2 dan 3.   
 



Mangsa yang dikenali Khairul Amir Azri bin Lani dikatakan cuba memanjat keluar daripada lift tersebut dengan didahului kepala ,namun badan mangsa masih lagi berada di dalam lift.

Malangnya dengan secara tiba-tiba lift tersebut bergerak turun perlahan-lahan dan tidak dapat dikawal menyebabkan leher mangsa terkepit antara lantai tingkat 3 dan lift. Mangsa didapati cedera parah di leher dan meninggal dunia di tempat kejadian .

Wednesday, July 17, 2013

Kerajaan kaji pemberian bonus sempena Aidilfitri 2013


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Perdana Menteri berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.
"Kita akan mengkaji perkara ini. Masih ada masa lagi," katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan empat syarikat yang bersetuju melabur RM1.96 bilion di negeri-negeri di kawasan Koridor Utara. 
Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai kemungkinan ada berita baik buat 1.4 juta penjawat awam berikutan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam yang masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.
Sebelum ini, Presidennya Datuk Omar Osman meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Aidilfitri kerana ia dapat mengurangkan beban penjawat awam membuat  persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.
Kenyataan Cuepacs itu menyusul sehari selepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus, dan pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini sudah boleh dianggap sebagai bonus. - Bernama

Tuesday, July 16, 2013

Gambar Kebakaran di Makmal Kimia UiTM Shah Alam


Petang semalam berlaku satu kejadian kebakaran di sebuah makmal kimia di Uitm Shah Alam. Bangunan makmal tersebut adalah berhampiran dengan Kolej Perindu. Menurut saksi kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.30 petang dan api berjaya dipadamkan pada jam 6.30 petang. Punca kebakaran masih lagi disiasat.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Berikut gambar yang diambil dari saksi ditempat kejadian semalam iaitu Haikal Shafie.






Bazaar Ramadhan di Temerloh


Assalamualaikum WBT

Sebut sahaja bulan Ramadhan begitu banyak cerita disebalik nya kan. Alhamdulillah sudah hari ke 7 kita semua umat Islam telah berpuasa.Rasa nya begitu cepat masa berlalu.Rasa baru semalam je pengumuman tarikh berpuasa dibuat.

Bercerita tentang Ramadhan.Antara perkataan yang sering dikaitkan dengan Ramadhan adalah seperti bulan mulia, keberkatan, puasa, terawih dan bermacam-macam lagi.Dan termasuk la tempat kita semua membeli juadah berbuka iaitu Bazaar Ramadhan atau singkatan nya Param.
Sebenarnya sejarah bagi aku pada puasa tahun ini.Sebab dah 6 hari kita berpuasa tapi aku belum jejak lagi kaki ke bazaar ramadhan.Aku pun tak tau kenapa.Tapi bak orang kata la bila dah pergi bazaar ni mula la semua nya nampak sedap walaupun kadang-kadang hakikatnya adalah sebaliknya.

Mungkin lepas ni kot nak turun bazaar ramadhan.Tengok la kalau-kalau isteri aku nak makan apa-apa yang dia tak boleh buat sendiri kena la cari kat bazaar jugak kan.Jadi kepada sesiapa yang bujang-bujang tu baik kawin cepat.Tak payah gi bazaar dah.Tiap hari ada orang masakan makanan untuk berbuka di rumah. 

Bazaar Ramadhan di kawasan Temerloh ( Yang aku tau )
-Simpang Semantan
-Taman Temerloh Jaya
-Tapak Pasar Sehari

Nak jugak pergi nanti.Rasa macam tak lengkap kalau time bulan puasa tak pergi bazaar kan ;-)

Selamat berpuasa

Monday, July 15, 2013

Alvin dan Vivian dipanggil bantu siasatan - SKMM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah menghubungi pasangan blogger yang mempersendakan Ramadan menerusi laman Facebook yang menyentuh sensitiviti masyarakat, terutama umat Islam.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, menerusi kenyataannya, mengesahkan kedua-duanya, Alvin Tan dan Vivian Lee, sudah dipanggil untuk dirakam kenyataan dan membantu siasatan.

"Kita sudah menghubungi mereka. Kedua-duanya dijangka hadir di unit penguat kuasa SKMM esok," katanya.

Pasangan berkenaan memuatnaik gambar ke Facebook yang memaparkan diri merek yang sedang menikmati makanan tidak halal dengan yang tertera ayat `Happy Iftar with Bah Kut Teh...Fragrant, Tasty and Sumptious!" - Harian Metro Online


Itu berita dari Metro.Jadi mari lah kita harap kan yang benda ni bukan sekadar di panggil untuk ambil keterangan sahaja. 2 orang ni perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana hina agama yang sememangnya agama rasmi negera kita iaitu agama Islam.

Sajian Bufet Ramadhan di Warung Lebai Dollah Seksyen 13 Shah Alam


Assalamualaikum WBT 

Anda memang suka berbuka puasa diluar? Berita baik untuk semua yang berada di sekitar Shah Alam. Korang mesti cuba Bufet Ramadhan Warung Lebai Dollah di Laman Seri Bussines Park Seksyen 13 Shah Alam.
Warung Lebai Dollah menawarkan Bufet Ramadhan serendah RM 30.00 bagi dewasa dan RM 15.00 bagi kanak-kanak.Dan menyediakan pelbagai jenis lauk pauk, kuih muih dan minuman.

Jadi apa tunggu lagi. Jom tempah tempat anda sekarang. Tempat adalah terhad.Bagi sesiapa yang berminat untuk berbuka di Warung Lebai Dollah sila hubungi nombor yang  tertera di bawah :

CIK ROSE : 019-363 7428
CIK ELLA : 011-232 39782

WEBSITE : www.lebaidollah.com
FB             : Warung Lebai Dollah

Alamat : G13A, Block 2, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40000 Shah Alam

Aku rasa memang tak rugi berbuka disini kerana memang banyak pilihan lauk dan makanan pun memang sedap.Juga terdapat kemudahan surau di bahagian belakang kedai ini.

Friday, July 12, 2013

Bikin Panas!!!!! Alvin & Vivian Hina seluruh Umat Islam




Aku dah tak tau nak kata apa kat mangkuk mangkuk ni.Kalau lu nak buat video blue lu tu orang tak amik port la wei.Tapi lu sudah hina agama Islam dan ini memang sensitif.

Melalui poster nya yang di muat naik di FB yang berbunyi " Selamat Berbuka Puasa dengan Bak kut Teh wangi, enak, menyelerakan. Pale tuttttt apa?? Ada ke ucapan selamat berbuka tetapi dengan juadah yang haram iaitu daging babi?? Siap ada letak logo halal JAKIM lagi tu..memang lanat punya mangkuk
Rasa nya ini boleh mengundang marah bukan sahaja aku tetapi juga semua umat Islam.Jadi pihak berkuasa janganlah berlembut lagi dengan mangkuk mangkuk ni tolong la ambil tindakan sebelum ia menjadi lebih melampau.

Rasa nya tindakan mangkuk 2 orang ni mencemarkan imej masyarakat cina di Malaysia.Sebab tidak semua masyarakat berkelakuan begini.Aku ada gak kawan-kawan cina dan mereka hormat agama kawan-kawan yang lain terutama agama Islam.

p/s : maaf bahasa agak kasar

Resepi Popia Nestum


Disebabkan ada permintaan aku kongsikan resipi yang aku ambil dari blog seorang sahabat.

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus kulit popia (50 helai).
1 1/2 cawan Nestum.
1/2 cawan susu tepung ATAU korang boleh guna serbuk horlicks.
1/2 cawan gula ( boleh tambah ikut suka)*
Tepung gandum untuk melekatkan kulit- (korang bancuh tepung tue dengan air sebagai gam popia)
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam-(lebih kurang secunit je nak bagi rasa masin2 sikit..tak nak bubuh pun takpe)
CARA MEMBUAT:
Ambik sekeping kulit popia gulung dengan menggunakan chop stick kalau tak de straw pun boleh kalau tak de juga guna lidi bunga telur tue..
Korang gulung kulit popia tue ye..pastu hujung kulit popia tue gam dengan bancuhan tepung gandum tue.
Selepas dah siap gulung korang gunting popia tue ye..
Dah siap gunting baru boleh goreng- kalau boleh jangan sampai garing nak kehitam sangat biar nampak kekuningan nanti bila salut nestum baru nampak cantik.
Cara nak buat adunan nestum:
Korang ambik blender pastu blend nestum+susu tepung+gula+garam = kasi halus dan gebu
Sedikit tips nak biskut ne:
Masa korang nak guna kulit popia tue jauhkan dari kipas angin nanti kulit popia akan menjadi cepat kering dan  keras.
GK selalu akan keluarkan kulit popia sikit demi sedikit- ambik dari 10 keping dulu baki simpan dalam peti ais..dah siap gulung baru buka peti ais ambik lagi (ini untuk mengelakkan kulit popia jadi keras pastu payah nak gulung)
Goreng dengan minyak yang betul2 panas tapi jangan lama sangat dalam 5 minit je..sebab kulit popia tue nipis dan rangup
Kalau nak lagi sedap nak nestum tue menyerap masuk ke dalam kulit popia tue korang gunting menyerong.
Biarkan sejuk dulu baru salut dengan adunan nestum.

NOTA KAKI:
Korang boleh dapat anggaran 200 biji kalau guna resepi nie

Copy paste dari SUMBER

Thursday, July 11, 2013

Kes Rogol SUKMA 2013, 3 Atlet Mengaku Tidak Bersalah


PETALING JAYA -  Tiga atlet bola baling didakwa di tiga Mahkamah Sesyen secara berasingan terhadap tuduhan merogol seorang pegawai tambahan pasukan bola baling Wilayah Persekutuan di perkampungan sukan, Sukan Malaysia (Sukma) Ke-16 di Universiti Putra Malaysia di Serdang, Rabu lalu.

Bagaimanapun kesemua atlet tersebut mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Yasmin Abdul Razak, Hakim Abu Bakar Manat dan Hakim Rozina Ayob.

Ketiga-tiga remaja tersebut didakwa merogol wanita berusia 20 tahun di sebuah bilik di Kolej ke-2 UPM, Serdang, antara jam 4 pagi hingga  4.10 pagi, pada 4 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan  yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sabitan.

Mahkamah membebaskan mereka dengan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dan dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan .

Mereka bertiga juga diarahkan melapor diri dibalai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan 20 ogos untuk sebutan semula.


SINAR HARIAN

p/s : ikut nafsu begini la jadi nya nikmat hanya sementara