Tuesday, December 31, 2013

Sambutan Tahun Baru 2014 Di Kuantan Batal



KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membatalkan serta merta sambutan ambang tahun baharu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Rekreasi Balok malam ini memandangkan ia tidak sesuai diteruskan pada masa sekarang.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, program menyambut kedatangan tahun baharu 2014 dibatalkan kerana sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), MPK perlu peka terhadap pandangan rakyat atau orang ramai.

Menurutnya, pembatalan secara mengejut yang diambil itu tidak menimbulkan rasa marah atau perasaan tidak puas hati daripada orang ramai walaupun sebelum ini acara berkenaan sudah diuar-uarkan.





“Mungkin masalah banjir atau situasi selepas bencana ini hanya salah satu faktor dan kita juga masih berwaspada tentang gelombang kedua,” katanya kepada Sinar Harian sempena majlis perasmian Wisma baru Koperasi Majlis Perbandaran Kuantan Berhad (Kospek) di Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam.

Sementara itu, di Kelantan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tidak ada sebarang sambutan tahun baharu di Kelantan, malam ini.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah merancang untuk menyambutnya sebagaimana yang mungkin pernah dilakukan beberapa pihak sebelum ini.

Mohd Amar berkata, Kelatan hanya mengadakan sambutan tahun Hijrah dan meraikan kedatangan bulan Islam sahaja.

“Tak ada sambutan tahun baharu di Kelantan. Kita tak pernah sambut tahun baharu, kecuali tahun baharu Hijrah ,"katanya.


p/s : elok la tu x bazir duit nk preparation macam2

SUMBER : SINAR HARIAN

Sinopsis Drama Ariana Rose Slot Akasia TV3




Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu.

Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil.




Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.

Drama adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose ini disiarkan bermula 30 Disember 2103 di Slot Akasia TV3. Tajuk drama telah ditukar daripada The Wedding Breaker kepada Ariana Rose.


SUMBER

Selamat Tinggal 2013 Selamat Datang 2014


Tepat pukul 12.00 tengah malam kita akan jumpa tahun depan. Tahun 2014. Maka lambaian kita adalah untuk 2013. Banyak suka duka berlaku sepanjang tahun 2013. Kalau nak cerita memang panjang rasa nya.

Ramai yang cakap 2014 adalah tahun yang mencabar sebab kenaikan dari pelbagai sudut terutamanya kos hidup.

Satu demi satu pengumuman di buat. Minyak naik, gula naik, tarif elektrik naik dan macam-macam lagi la yang naik. Bak kata orang lagi semua naik tapi ada satu yang turun iaitu hujan. Sampai kan negeri pantai timur kita seperti Terengganu dan Pahang telah di landa banjir yang agak buruk dalam sejarah negara.



Biar apa pun yang terjadi kita perlu juga meneruskan hidup. Survival untuk diri sendiri. Usaha dan usaha lagi. Jika kita fikir kita susah ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Apa yang penting kita berusaha, tawakal dan berdoa semoga kehidupan kita lebih baik di dunia seterusnya bekalan untuk hidup di alam akhirat nanti.

Apa yang aku kongsikan sepanjang 2013 korang boleh dapatkan di sini.

Akhir kata, selamat menyambut kedatangan tahun 2014 dan sama-sama kita berdoa semoga pemimpin negara kita yang telah diamanahkan oleh rakyat supaya melaksanakan tugas mereka dengan baik untuk membela nasib kita sebagai rakyat. Mari kita sama-sama berdoa supaya kita diberi limpahan rezeki yang berkat dan berjaya dalam apa jua perkara baik yang kita usahakan.

Gambar Isteri Aaron Aziz Diyana Halik Bertudung


Seperti yang diketahui peminat Aaron Aziz, isteri beliau sudah mula mengubah penampilan dari bergaya free hair sebelum ini dengan bertudung. Jadi phat kongsikan beberapa gambar isteri Aaron Aziz bertudung yang di petik dari Abang Nara.

Jadi mari kita sama doa kan yang beliau akan mengekalkan imej ini. Mungkin beliau sudah pun berhijrah kan. Sama macam Mizz Nina.

Kita doa kan yang terbaik


 



p/s : ayu je kan


Monday, December 30, 2013

Izzue Islam


Nama sebenar: Muhammad Izzul Islam bin Mazlan
Tarikh lahir: 2 Jun 1990
Asal: Kota Bahru, Kelantan
Profesion: Penyanyi, Pelakon & Pemuzik
Instrumen: Vokal, Gitar, Keyboard
Status: Berkahwin. Suami kepada Awin Nurin.
Kumpulan: Forteen




Filem: Songlap, 29 Februari, Hantu Kapcai,
Drama Gemilang, Papa Nak Kahwin, Cita dan Cinta, Tudung Tweet, Sebelum Lima Perkara, Aishiteru, Aku Tak Percaya Cinta, Cik Paris Diva Kampung, Mimpi Cinderella, Jangan Ambil Padang Kami, Duri, Maskara, Bunga Merah Punya! dan Sebenarnya Saya Isteri Dia
Single: Bersama Forteen - Berdua Bersatu, Seperti Dulu (OST filem 29 Februari), & Kita (OST Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia)
Anugerah: Pelakon Harapan Lelaki (Festival Filem Malaysia 25), Hero Baru Terhebat (Anugerah Blockbuster 2013), Persembahan Vokal Terbaik Berkumpulan di dalam Lagu (Forteen - Seperti Dulu

Friday, December 27, 2013

Kadar baru Tol 2014


Berikut adalah cadangan kadar baru tol bagi beberapa lebuh raya di Malaysia. Kadar kenaikan yang dicadangkan adalah lebih kurang sekitar 50 sen ke RM 2.00. Sudah pasti ini berita yang tidak menggembirakan bagi pengguna lebuh raya yang terbabit.

Sila rujuk senarai lebuh raya dan kadar kenaikan yang terlibat.




   
Senarai Kadar Kenaikan Harga Tol Yang Baru
Lebuh raya Sungai Besi Besraya : RM 1.30 kepada RM 3.00
Lebuh raya NPE : RM 1.60 kepada RM 2.50
Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) : RM 1.60 kepada RM 2.60
Lebuh raya Akleh : RM 1.50 kepada RM 2.50
Lebuhraya Kajang SILK : RM 1.00 kepada RM 1.80
Lebuh raya KL-Putrajaya (MEX) : RM 2.50 kepada RM 3.80
Lebuh raya Kajang-Seremban (Lekas) : RM 1.90 kepada RM 2.50
Lebuh raya trafik KL Barat (Sprint) : RM 1.50 kepada RM 2.80
Lebuh raya Pantai : RM 1.50 kepada RM 3.00
Lebuh raya SKVE : RM 1.50/kilometer kepada RM 1.80/kilometer
Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE) : RM 1.40 kepada RM 2.00
Lebuh raya SMART : RM 2.00 kepada RM 3.00
Lebuh raya Damansara : RM 1.00 kepada RM 2.50
Lebuh raya Kiara : RM 2.00 kepada RM 4.00
Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Senai - Desaru : Mengkaji kenaikan tol


SUMBER

Bongkar!!!Gambar Amaran Gelora Besar Di Brunei Adalah Penipuan


Di Facebok telah tersebar gambar yang menyatakan gelora besar sedang membadai pelantar minyak di Brunei. Ditambah pula gambar itu dikatakan di ambil oleh pekerja yang kebetulan baru nak sampai ke pelantar melalui helikopter. ( rujuk gambar atas )

Dikhabarkan juga Jepun telah mengeluarkan amaran terjadi nya tsunami. Tetapi semua itu adalah penipuan semata-mata. Jepun tidak mengeluarkan amaran bencana tsunami sebalik nya hanya mengeluarkan amaran gempa bumu skala kecil yang tidak boleh akibatkan tsunami.




   
Korang kalau nak tau gambar pelantar yang di badai laut bergelora tu di ambil? Korang klik kat SINI

Sebaik-baik kalau menerima apa sahaja perkongsian di FB kita selidik dahulu sebelum sebarkan.Pesanan untuk diri sendiri jugak.

Tapi gambar ni memang betul berlaku di Tatau.Member aku kerja kapal yang mengalami tapi alhamdulillah semua selamat. jadi masa 5 Disember lepas

Sebalik Kejadian Ikan Melompat Ke Pelantar Minyak Di Terengganu

Semalam ada terbaca dan terlihat gambar yang bertulis " Pelantar minyak Terengganu..ikan lumba2, ketam dan segala jenis haiwan laut berlompatan lari ke darat..sampai pekerja di pelantar melaungkan azan..jaga2." Anda boleh rujuk gambar di bawah. Sama ada kejadian ini benar-benar berlaku atau tidak hanya yang ambil gambar ini dan Allah SWT sahaja yang tahu.






Berikutan dengan penyebaran gambar ini di FB ada seorang lagi hamba Allah menyatakan bahawa perkara di atas adalah tidak benar dan hanyalah penipuan. Rujuk pula gambar kedua ini.

Kesimpulan nya, benda yang tidak benar adalah tidak patut untuk dimulakan. Ia boleh mendatangkan pelbagai implikasi. Yang paling penting di petik dari kata-kata seorang sahabat aku kita sebagai umat Islam memang wajib untuk sentiasa berdoa supaya sentiasa di lindungi dari musibah atau bencana.Wallahuallam.


Keputusan Penuh EPL 26 Disember 2014


BPL boxing day December 26 2014 full time score


FT Hull City 2 - 3 Manchester United
FT Aston Villa 0 - 1 Crystal Palace
FT Cardiff City 0 - 3 Southampton
FT Chelsea 1 - 0 Swansea City
FT Everton 0 - 1 Sunderland
FT Newcastle United 5 - 1 Stoke City
FT Norwich City 1 - 2 Fulham
FT Tottenham Hotspur 1 - 1 West Bromwich Albion
FT West Ham United 1 - 3 Arsenal

FT Man City 2 - Liverpool 1 





   

Thursday, December 26, 2013

Berita Penting!!! AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA



Kuala Lumpur, 26 Dis - Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur serta ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter.

Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga 31 Dis.




Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj berlaku di perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak dan perkhidmatan feri.

Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga awal petang ini. - BERNAMA


p/s : berkemungkinan gelombang kedua banjir jadi kawasan terlibat mohon sentiasa bersedia


Link Semakan Tawaran Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah ( DPLI ) Dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2014



Berikut disertakan link bagi sesiapa yang berkenaan untuk menyemak Link Semakan Tawaran Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah ( DPLI ) Dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2014


Cuma masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang semak
 


Maklumat Lanjut sila : 

 Kementerian Pendidikan Malaysia
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya, Malaysia

Tel:603-8000 8000
Faks:603-8000 8001
E-Mel:80008000@1mocc.gov.my



Tuesday, December 24, 2013

Kejadian Ganjil Ikan Kecil Naik Ke Persisir Pantai Di Lahad Datu, Sabah

Sekadar Perkongsian!

Subhanallah! Ikan Kecil-kecil menyelamatkan diri ke pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah.
Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013 .. 

Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.



Nota Kaki : Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka .. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ... 

Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan.

Video ada di you tube aku x dapat nk kongsi sebab update guna phone.Sumber dari whatapps aku.

Gambar Majlis Resepsi Fizo Omar dan Mawar Fareeda di Pulau Pinang

Jom kita saksikan beberapa gambar pasangang pengantin Fizo dan Mawar pada majlis resepsi di Pulau Pinang pada 22 Disember 2013 yang lepas.

Macam pinang dibelah dua pasangan ini. Untuk lebih banyak gambar anda boleh ke blog Abang Nara. Sebab 4 gambar ini aku ambil dari blog Abang Nara.


 




p/s : dapat baby mesti comel mcm mak dan ayah diaorang kan

Gambar Sekitar Kejadian Banjir Kilat Di Rawang


Ribuan penduduk di sekitar Rawang hari ini terkandas akibat banjir kilat, terutama berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang, hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah itu melimpah ke kawasan sekitar.






"Ini mengakibatkan lalu lintas sesak teruk dari arah Jalan Batu Arang menghala ke Aeon Rawang," katanya.

Beliau berkata, air mula naik kira-kira jam 6 pagi tadi.