Wednesday, November 28, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Pusing Pahang weh

Assalamualaikum
Hari ini kerja luar aku diteruskan ke daerah Kuala lipis yg bersempadan dengan raub..senang cite kampung yang aku pegi tu atas sikit dari Kuala medang yg terkenal dengan homestay nya..
Nama kampung tu kg kuala serau..kebetulan musim durian pakcik ngan makcik yang kami interview tu jamu kami ni dengan satu kereta sorong buah durian huhu..rezeki kerja masuk kampung hehe
Setel kerja Kat situ kami teruskan misi ke Cameron highlands..terus ke brinchang untuk dapatkan maklumat usahawan kraf disini..sebelum sampai brinchang sempat singgah Kat ladang teh untuk jd model huhu..
P/s : x feel betul update blog guna hp


Monday, November 26, 2012

Rehat kan diri

Hilangkan penat sebelum teruskan perjuangan esok..aku outstation seminggu ni.. jadi x leh nak update blog panjang panjang..
Bukan apa aku x berapa nk reti lagi guna keyboard atas skrin ni wakaka
Ketinggalan sungguh aku ni kan..bak kata sorang kawan blogger aku ni x ikut flow perkembangan teknologi huhu..

Friday, November 23, 2012

Gencatan Senjata Israel dan Palestin


 GAZA CITY - Gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia) selepas lapan hari serangan menyasarkan wilayah Gaza, menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.
Gencatan berkuat kuasa 9 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).


Harapan itu menjadi kenyataan semalam selepas 157 orang terbunuh susulan serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu lalu. Seramai 13 orang terbunuh semalam, sebelum gencatan dikuatkuasakan.
Konflik di Gaza selepas Israel menembak mati ketua sayap tentera Hamas, Ahmed al-Ja'abari pada 14 November lalu.
Beberapa jam sebelum perkembangan itu diumumkan sebuah bas di Tel Aviv letup, menyebabkan lebih 10 penumpang cedera.

Persetujuan gencatan ini sebenarnya dijangkakan akan dicapai kelmarin tetapi hanya menjadi kenyataan malam tadi.
Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel.
Menteri Luar Mesir, Kamel Amr mengumumkan perkembangan ini pada satu sidang media Kaherah bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton. Clinton turut menyertai perundingan bersama merundingan gencatan senjata.
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal menyifatkan tindakan ketenteran Israel telah gagal.
Menurut laporan BBC, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Mesir yang menggerakkan usaha ke arah gencatan dan menghentikan konflik terbaru di wilayah Gaza yang ditadbir oleh Hamas.
Katanya, perjanjian gencatan senjata memenuhi tuntutan-tuntutan Hamas.
Sehubungan itu katanya, kesemua laluan ke Gaza akan dibuka semula termasuk yang bersempadan dengan Mesir.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula berkata, beliau bersetuju dengan pandangan AS bahawa harus diberi satu peluang untuk melaksanakan syor Mesir dan mewujudkan kestabilan di rantau itu.
Katanya, Israel akan mengambil tindakan tegas jika perjanjian gencatan dicabuli.
Clinton dipetik berkata, bagi memastikan perjanjian gencatan senjata menjadi kenyataan, serangan roket dari Gaza mesti dihentikan dan suasana tenang yang menyeluruh mesti diwujudkan kembali.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga menyambut baik keputusan ini.
Laporan media juga menyebut penduduk Palestin di Gaza menyambut baik perkembangan tersebut.
SUMBER : SINAR HARIAN

Thursday, November 22, 2012

Kempen Bantu Rakyat Palestin


Salam kawan2.

Kita kerapkali mendengar mengenai penindasan Israel terhadap bumi Palestin, bukan baru2 ini sahaja tetapi lebih setengah abad yang lalu. Saudara kita di sana saban hari bermati matian menyabung nyawa, hilang mata pencarian, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal malah lebih menyayat hati anak2 kecil yang belum puas menatap dunia turut menjadi korban. Yang kedengaran hanya ratapan si ibu mengiringi letusan beratus2 bom yang tiada hala tuju.
Sampai bila kita hanya bergantung kepada negara2 luar yang saban hari hanya bermesyuarat tanpa ada sebarang kata putus?Kecaman demi kecaman tapi Israel tetap kebal seolah2 kemungkaran dan kerosakan yang dilakukan mereka direstui? Adakah kita masih menunggu 'keajaiban' sambil berpeluk tubuh dan menggeleng2kan kepala

Di sini nak aku kongsikan kisah nabi Allah Ibrahim yang dibakar agar dapat kita berfikir sejenak dan jadikan iktibar. Sewaktu nabi Allah Ibrahim dibakar dalam bara api yang marak, datang seekor burung kecil membawa air dalam paruhnya untuk memadamkan api tersebut. Tindakannya disedari burung2 lain yang hanya melihat dan mentertawakannya. Ada seekor burung yang besar memperlekehkan burung kecil tersebut lalu bertanya 'Adakah air dari paruhmu yang kecil itu mampu memadam api yang besar?'

Balas burung kecil 'Ingatlah, Allah takkan tanya di akhirat nanti adakah air yang kubawa ini mampu memadamkan api.. tapi yang ditanya nanti apakah usaha aku untuk memadamkan api tersebut'

Jadi di sini aku menyeru rakan2 agar dapat menyumbangkan sesuatu untuk bumi berdarah Palestin. Walaupun kita tak tahu bagaimana kesudahannya, tapi aggaplah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita.



Di sini aku ucapkan tahniah kepada rakan2 dan admin2 Geng Blogger Sengal dan Group Apakah kerana menggerakkan tabung derma kilat untuk saudara kita di Gaza. Mungkin pada mata kasar dunia tindakan kecil kita ini merupakan sesuatu yang takkan mengubah apa2.. tapi yakinilah yang Allah lebih mengetahui dan Dialah sebaik2 perancang.

Wallahu'alam


Kredit : AFZAL

#RESPECT - Budak Punk Kelantan Boikot McD



LOKASI:- RESTORAN MCDONALD WAKAF CHE YEH, KOTA BHARU, KELANTAN



Kadang-kadang budak2 Punk yang selalu kena hina tu lagi cerdik dan bermaruah dari mereka yang  pakai “kot”bertali leher, baju linen, sutera Italy dengan handphone jenama IPhone IV dan Samsung Galaxy SIII…

Dalam blog, twitter dan Facebook,  bukan main lagi hentam McD, ajak  boikot McD dan bermacam-macam lagi punya hentam dan saranan.

Sampai masa McD bagi burger free, penuh, lepas subuh dah start beratur . Peliknya ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya dibawah matahari terik.

Bukannya burger mahal pun… sekadar McEgg jer…Lebih kurang sama dengan egg banjo tarafnya.
Inilah kerja paling mudah nyatakan protes dan bantahan…

p/s : aku copy paste dari sini AANS

Wednesday, November 21, 2012

Tuesday, November 20, 2012

32 Rahsia Israel Yang Kita Tidak Tahu

32 Rahsia Israel Yang Kita Tidak Tahu

1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?

3. Ta
hukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?
4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?




6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?
Read More

Monday, November 19, 2012

Tora datang lagi!!!!

Assalamualaikum WBT

Acaner? Tajuk kat atas tu? Mengimbau nostalgia ke idak? Geng-geng seangkatan usia dengan aku mesti senyum kambing kan dok tengok perkataan TORA tu ..aku ingat lagi masa kecik2 kalau pergi kedai mesti nak beli benda alah ni..bukan apa faktor iklan aku rasa..sebab iklan tora mmg mabeles..mainan dalam tora tu leh terbang cukup..tapi bila beli kita buat x bleh plak kan kan..





Jauh dah menyimpang ni hahaha..bukan nak cerita pasal tora pun tapi cerita pasal aku sebenarnya..kalau bagi mereka yang perasan aku tak update blog pun minggu lepas..lebih kurang seminggu..memang sengaja aku malas nak update sebab nak habiskan masa dengan family aku..



Minggu lepas ada 2 hari cuti umum jadi aku tambahkan pulak 3 hari lagi terus cuti seminggu minggu lepas..so hari ini aku kembali bekerja semula..tapi dalam keadaan yang kurang selesa..dalam keadaan selsema..

Minggu lepas memang cuti yang ada aku sekeluarga gunakan sebaik nya untuk habiskan masa bersama..terutama sekali aku dan wife aku bawa si Syaza jalan jalan..entry comeback ni memang tak pernah yang panjang..nanti sambung lagi eh ;-)

p/s : tora bape hinggit sekarang? bagi adik2 yang ambil result UPSR jap lagi good luck ya

Friday, November 16, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 : Senarai Peserta


Pentas Maharaja Lawak Mega 2012 bakal dimeriahkan dengan 11 kumpulan yang telah tercalon dalam memastikan kejuaraan mereka di dalam gelanggang tersebut. Mereka adalah Pi Mai (Imuda dan Mat Over), Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez) dan Shiro (Shahrol dan Ajak).



                        

Manakala The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman), Saywho (Eko, Bocil dan Vicha) dan Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin) tersenarai sebagai pelawak jemputan sebagai tanda hubungan diantara kedua negara Singapura dan Indonesia dengan Malaysia yang pernah terjalin melalui pentas ini.



Namun, sebelum Pentas Maharaja Lawak 2012 berlangsung secara rasmi bermula 16 November 2012 di Dewan MBSA Shah Alam Selangor, tiga lagi kumpulan iaitu Mamu, Kecik dan Balas terpaksa bersaing menerusi pemilihan Kerusi Panas MLM yang akan berlangsung pada 14 November ini. Salah seorang daripada mereka ini akan dipilih untuk melengkapkan senarai 11 kumpulan yang akan bertanding di dalam Pentas Maharaja Lawak 2012. ( Permulaan berentap malam 16hb Nov 2012 )

Program yang ditunggu-tunggu ini akan dikendalikan pengacara yang sama seperti musim sebelumnya, Dato' Ac Mizal. Maharaja Lawak Mega 2012 akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula 16 November ini.

SUMBER

Thursday, November 8, 2012

Malaysia Kalah Lagi

Assalamualaikum WBT

Semalam ada friendly match antara Malaysia vs Thailand.Kira-kira jam 7 malam waktu Malaysia. Dan disebabkan itu aku terus balik awal selepas setelkan repair kereta aku..bukan apa cuma nak tengok eksperimen coach Raja menjadi ke tak..AFF tak lama lagi..Malaysia plak penyandang juara tu..


Dalam 10 minit pertama permainan agak seimbang tetapi jika diikutkan kepada percubaan pasukan tuan rumah Thailand lebih banyak menguasai. Apa yang aku tengok la pemain Malaysia langsung tidak kreatif dalam merancang serangan.

Mereka selalu kehilangan bola kepada pihak lawan. Mungkin ketiadaan perancang utama iaitu Safiq Rahim sedikit merencatkan permainan Malaysia..tapi bagi mereka yang sama sama menonton perlawanan malam tadi pasti korang setuju ngan aku kan.?? Malaysia tidak bermain sebelum-sebelum ini..

Read More

Wednesday, November 7, 2012

” I am a Malaysian blogger – Estisys Technology ”


Saya Blogger dari Malaysia, dan Saya mahukan domain percuma yang ditaja oleh  Estisys Technology kerana selama ini  mengidamkan untuk mempunyai domain sendiri bagi kemajuan blog saya dan ini adalah peluang terbaik yang tak patut dilepaskan

“Giveaway Sponsored by – http://estisys.com.my/”

Barack Obama Menang!!!



Melalui twitter nya beliau telah 'tweet' yang berbunyi 'four more years'

Rasa nya memang confirm la si Barack Obama menang lagi dalam pilihan raya kali ini

Dan aku tengok seluruh dunia tak putus putus ucap tahniah kat twitter beliau.

Untuk keputusan penuh kita tunggu je la nanti.

Setakat ini , just berita kemenangan beliau je yang aku boleh kongsi 

TQ





Jadual Piala AFF SUZUKI 2012 / AFF SUZUKI CUP 2012




Kumpulan A
24 November 2012 Vietnam vs Myanmar
24 November 2012 Thailand vs Filipina
27 November 2012 Vietnam vs Filipina
27 November 2012 Myanmar vs Thailand
30 November 2012 Filipina vs Myanmar
30 November 2012 Thailand vs Vietnam

Kumpulan B
25 November 2012 Indonesia vs Laos
25 November 2012 Malaysia vs Singapura
28 November 2012 Indonesia vs Singapura
28 November 2012 Laosp vs Malaysia
1 December 2012 Singapura vs Laos
1 December 2012 Malaysia vs Indonesia
Semi Final Piala AFF Suzuki 2012
1st Leg

8 December 2012 S1: Naib Juara Kumpulan A vs Juara Kumpulan B

9 December 2012 S2: Naib Juara Kumpulan B vs Juara Kumpulan A
2nd Leg

12 December 2012 S1: Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan A

13 December 2012 S2:Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan B
Final AFF Suzuki 2012
1st leg
19 December 2012 Juara S1 vs Juara S2
2nd Leg
22 December 2012 Juara S2 vs Juara S1

SUMBER

Tuesday, November 6, 2012

KASTAM Jual Kereta Murah!!! Mari Mari

Assalamualaikum WBT

Pagi tadi ada kawan aku bagi aku link..pihak KASTAM tengah buka tender untuk kereta, motosikal dan juga lori. Bukan setakat lori 1 tan tapi lori treller pun ado..so kalau rasa-rasa nak beli kereta murah dari biasa cuba cuba lah bawa p usha kat KASTAM.


Aku dah usha dah pagi tadi, banyak jugak kereta BMW, Mercedes, Honda dan banyak lagi kereta pelik-pelik yang ada..cuma keadaan kereta tu tak macam kat usecar la..maklum la kereta KASTAM...tapi sesape yang berminat pastikan tengok actual kereta dulu ok

SALAH SATU KERETA YANG ADA


So kalau korang nak usha ke nak join ke silakan ..sebab setiap negeri ada tau..mana tau ada yang berkenan.Sila klik link kat bawah ni :

Monday, November 5, 2012

Syaza cemburukan papa dia

Assalamualaikum WBT

Minggu lepas hari jumaat aku sampai ke kampung dalam pukul 8.00 malam..lewat sikit dari biasa sebab sepanjang perjalanan hujan turun sampai la ke rumah mak aku..sampai-sampai aku tengok si syaza dalam buai..tengah tido...





Lepas aku setel mandi semua..dia jaga..terus terkam aku..rasa nya dia terbau kot papa dia balik...dipeluk peluk nya aku..sampai kan uwan dia nak ambik pun dia tak nak..mungkin dia rindu sangat kat papa dia..tapi aku kena tinggalkan jugak dia sekejap sebab mak aku suruh aku g kenduri dekat ruamh sedara aku.

Read More

Saturday, November 3, 2012

Cintai Kraf Malaysia - Dato Siti Nurhaliza


Bersari budaya warisan kita
Bertata harmoni alam bangsanya
Berseni tinggalan pandai orang lama
Halus tenun halus coraknya

Pakai dan hiasilah
Diri dan kehidupan
Dengan kraf buatan Malaysia

Dicanai ditempa dengan semangat
Dipahat diukir penuh berhemat
Digali dilukis menyentuh jiwa
Tinggi mutu nilai seninya





Rasakan biasakan
Luangkan kegunaan
Dengan kraf buatan Malaysia

Di desa di bandar ataupun di kota
Guna pakai barangan kita
Galak membeli galak memakai
Ekonomi kita pun turut berkembang

Cintai tiap masa kraf Malaysia
Emas kain kayu atau apa saja
Beli guna pakailah kraf Malaysia
Dengan penuh kebanggaan

Cintai selamanya kraf Malaysia
Nilai seni tinggi tiada bandingan
Sayangilah warisan kraf Malaysia
Lambang jatidiri bangsa

Friday, November 2, 2012

DOWNLOAD BORANG BR1M 2.0

Assalamualaikum WBT

Korang korang semua tahu tak yang dengan syarat-syarat tertentu kita layak untuk memohon BR1M. Apa itu BR1M? BR1M ialah ringkasan kepada Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang telah diumumkan oleh PM pada tahun lepas. Pemohon yang berjaya akan diberikan bantuan sebanyak RM500.00.





Untuk 2013 pulak ada sedikit perubahan di mana bukan sahaja dibuka untuk mereka yang sudah bekeluarga malahan dibuka juga untuk orang-orang bujang. Jadi kepada orang-orang bujang yang layak jangan lepaskan peluang untuk memohon BR1M.


Semalam 1 November 2012, semua rakyat Malaysia yang layak sudah boleh mula mengisi borang sama ada secara manual atau secara online.

Bagi mereka mereka yang telah menerima BR1M pada tahun  ini mereka tidak perlu mengisi semula borang cuma mereka perlu kemaskini data sekiranya mereka bertukar alamat kediaman mereka..

Jadi ini sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi kan..apa-apa pun sila rujuk link di bawah untuk keterangan lanjut. Terima kasih.



Thursday, November 1, 2012

DUA PERAGUT DISEMBELIH

DUA PERAGUT DISEMBELIH

KUALA KUBU BHARU - 18/10/12, begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi,hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu..



...tapi sempat dihalang oleh jirannya...namun ketika peragut itu ditangkap,pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu,


Read More