loading...

Tuesday, October 30, 2012

Cash Out ke 4 Nuffnang

Assalamualaikum & Greetings,

29 Oktober 2012, log in akaun Nuffnang tengok-tengok balance dah boleh cash out dah..syukur Alhamdulillah..baru je minggu lepas terima cheque dari Nuffnang..dah clear dah pun cheque tu ..dah buat isi minyak kereta masa balik kampung dah pun hehe..





Ini adalah kali ke 4 blog phat corner dapat cash out..kecik sangat la kalau nak dibandingkan dengan mereka mereka yang tiap-tiap hari masyuk..UV tinggi..blog aku ni suam suam kuku je..tu pun nasib baik la ada kawan-kawan yang setia untuk baca dan singgah setiap hari kat blog ni..


Read More

Monday, October 29, 2012

Happy Birthday anak papa

Assalamualaikum WBT

Semalam 28 Oktober 2012 adalah ulang tahun kelahiran yang pertama buat anak kesayangan aku Nur Syaza Sofia. Jika kita flashback setahun yang lepas pada pukul 10.12 pagi pada tarikh yang sama pada 2011 lahir lah seorang bayi kepada kami suami isteri..untuk membaca lebih lanjut sila ke entry yang aku buat pada tahun lepas kat SINI


Sempena ulang tahun kelahiran yang pertama untuk Syaza aku tak plan apa-apa sambutan sebab nak tunggu mama dia balik dari Sarawak baru nak celebrate..tapi disebabkan birthday maksu si syaza pun dekat dekat ngan dia so syaza join sekali potong kek.



Read More

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433 H



Assalamualaikum WBT

Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha
Dikesempatan ini Phat & Family ingin mengucapkan
"Selamat Hari Raya Aidiladha"
Maaf Zahir & Batin



Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, October 23, 2012

Selamat Pengantin Baru Lan Kudu & Sue

Assalamualaikum WBT

Sabtu Lepas aku ada jemputan untuk satu wedding seorang sahabat aku.Sahabat sekelas masa sama-sama menuntut ilmu di Uitm Jengka dulu. Beliau juga merupakan pemilik Warung Lebai Dollah  yang ada kat Seksyen 13 Shah Alam.





Aku ngan kawan-kawan lain memang dah plan nak kumpul ramai-ramai dulu sebelum masuk ke dewan. Bila semua dah sampai baru kami terjah.Lebih kurang pukul 2.00 aku ngan kawan kawan yang lain sampai kat Perbadanan Putrajaya. Wedding mamat ni buat kat Dewan Sri Siantan.


Antara yang hadir

Read More

Monday, October 22, 2012

Q&A Diskaun 20% PTPTN


FAQ BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 20% KEPADA PEMINJAM/ PENERIMA BIAYA YANG MEMBUAT PENYELESAIAN HUTANG PINJAMAN/PEMBIAYAAN BAGI TEMPOH 1 OKTOBER 2012 HINGGA 30 SEPTEMBER 2013

SOALAN 1
Siapakah yang layak mendapat pemberian diskaun ini?
Jawapan :
Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat penyelesaian hutang  pinjaman/ pembiayaan PTPTN dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

SOALAN 2
Bagaimana pemberian diskaun 20% akan diberikan, sama ada atas baki prinsipal/ kos pentadbiran/ baki keseluruhan/ baki  tunggakan/ termasuk kos-kos guaman?
Jawapan :
Pemberian diskaun 20% dikira atas baki hutang semasa pada masa penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan dilakukan.

SOALAN 3
Bagaimanakah diskaun 20% ini dikira?
Jawapan :
Diskaun 20% ini dikira berasaskan baki hutang semasa peminjam/penerima biaya.

SOALAN 4
Bilakah tarikh pemberian diskaun 20% dikuatkuasakan?
Jawapan :
Pemberian diskaun 20% berkuatkuasa mulai 1 Oktober  2012 hingga 30 September 2013.

SOALAN 5
Bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan pemberian diskaun 20%?
Jawapan:
Peminjam perlu membuat penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

SOALAN 6
Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan baki hutang semasa?
Jawapan:
Baki hutang semasa boleh diperolehi dengan melayari laman web PTPTN www.ptptn.gov.my mulai 5 Oktober 2012. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pin peminjam. Sekiranya peminjam terlupa nombor pin, sila hubungi talian 03-20804455. Bagi peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya,  baki hutang boleh diperolehi dengan hadir ke kaunter PTPTN, e-mel ke bakihutang@ptptn.gov.my atau faks ke talian       03-20921590.
Read More

Friday, October 19, 2012

Bercinta Selepas Kahwin

Assalamualaikum WBT

Sempena hari Jumaat yang mulia ni aku nak kongsi satu cerita / dialog suami isteri yang aku baca kat FB pagi tadi..itu pun my lovely wife yang tag kan..so aku amik peluang untuk kongsikan kat sini..memang sweet sangat la...






Suatu hari suami merajuk.......

Malam , di bilik tidur..

Isteri: abg....

Suami: ....(tanpa suara) dan terus membelakangi
isterinya..
Isteri: abg,syg minta maaf..syg tak bermaksud nak
kecilkan hati abg...
Suami: .......(masih diam) dan keluar dari bilik..
Isteri: abg, nak pergi mana..syg nak ikut..(dan terus
berlari , terus dptkan pinggang suami dan peluk
kuat) abg,syg minta maaf..jgn la mcm nie..nnti
cepat tua kalau marahII..
Suami: ye,xpe la syg. Abg tak marah..pergi la tido.
Isteri: syg minta maaf,kalau ada salah dan silap hri
nie dgn abg, abg xnak tido sama?
Suami: nnti abg masuk tido..tau la abg jln kt bilik
tu..





Credit : I Luv Islam
Read More

Thursday, October 18, 2012

Q&A Diskaun 10% PTPTN


FAQ BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 10% KEPADA PEMINJAM/ PENERIMA BIAYA YANG MEMBUAT ANSURAN BAYARAN BALIK PINJAMAN/ PEMBIAYAAN PTPTN SELAMA  12 BULAN BERTURUT-TURUT ATAU 12 BULAN KE HADAPAN MENGIKUT JADUAL BAYARAN BALIK MULAI 1 OKTOBER 2012

SOALAN 1
Siapakah yang layak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman/ pembiayaan mengikut jadual bayaran balik  yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai 1 Oktober 2012.

SOALAN 2
Saya telah membuat bayaran balik pada setiap bulan  mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan semenjak dahulu. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai pembayaran  1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini.  Pengiraan  dua belas (12) bulan adalah mulai 1 Oktober 2012.

SOALAN 3
Saya telah membuat bayaran balik ansuran bulanan melebihi daripada ansuran bulanan yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturutturut? Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan. Contoh pengiraan :
Jumlah bayaran balik mengikut    : RM2,100
Jadual bayaran balik (12 bulan)  
Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan)  : RM3,000
Pemberian diskaun yang diberikan    : RM   300
(10% x RM3,000)

SOALAN 4
Saya membuat bayaran balik setiap bulan tetapi tidak mengikut jadual bayaran balik iaitu kurang daripada ansuran yang ditetapkan, tetapi berturutan selama dua belas (12) bulan. Adakah saya layak mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak layak.Pemberian diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran berdasarkan kepada jadual bayaran balik yang ditetapkan.

SOALAN 5
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji, adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji bermula 1 Oktober 2012.

SOALAN 6
Dalam bentuk apakah pemberian diskaun 10% ini diberikan?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun. SOALAN 7 Bilakah pemberian diskaun 10% akan diberikan kepada peminjam?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
SOALAN 8
Saya telah dikenakan tindakan saman/ penghakiman, tetapi membuat bayaran balik secara ansuran berturutan selama dua  belas (12) bulan (selepas Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak sekiranya ansuran bayaran balik berasaskan jadual bayaran balik selepas penghakiman dan peminjam juga digalakkan untuk membuat pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah.

SOALAN 9
Berapa kalikah diskaun 10% diberikan kepada peminjam?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan tanpa had (masih dalam jadual bayaran balik sebenar), tertakluk kepada peminjam membuat bayaran balik untuk setiap tempoh dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
Read More

Wednesday, October 17, 2012

Tuesday, October 16, 2012

Cheque ke 3 dari Nuffnang


Assalamualaikum & Greetings,

Minggu lepas memang aku tak masuk opis langsung sebab kena outstation ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu. Jadi masa kat KB ngan kat KT, sarapan pagi aku memang terbaik sebab dapat makan nasi kerabu ori + nasi dagang ori ;-)

Tapi tak nak cerita lagi cite pasal aku kat KB atau KT cuma masa balik dari KT tu aku singgah kat umah mak aku kat kampung.Macam biasa la kan tiap2 minggu memang aku balik kampung pun untuk tengok anak aku kat sana.

Aku dah jangka dah dalam minggu lepas pasti cek dari Nuffnang akan aku terima..sebab kat dalam sistem dia dah update 'sent'. Bila aku buka envelope tu ternyata memang cek dari Nuffnang..Kalau diikutkan ini cek yang ke 3 aku terima..sikit je lepas la nak isi minyak pergi balik KL.

Sikit pun rezeki jugak kan..alhamdulillah..si nuffnang pun berterusan bagi BE kat blog aku ni..next week mungkin dah boleh cash out lagi kalau ada rezeki lagi..jadi kesempatan ini aku nak ucap terima kasih kepada semua terutama Nuffnang, semua pembaca setia,semua pelawat tak kira di mana jua anda berada..tanpa sokongan kalian semua tak mungkin aku dapat rezeki ini...


p/s : tq uollsss





Monday, October 15, 2012

Selamat Pengantin Baru AfzalSukaSuki

Assalamualaikum WBT

Pertama sekali aku nak mohon ampun maaf sebab tak dapat hadirkan diri ke majlis resepsi wedding kau kat Kajang.Aku kena pergi Kota Bharu pada hari yang sama dengan majlis kau tu..Aku tengok dalam FB budak-budak GBS ramai jugak yang hadir ya...


Tahniah diucapkan kepada Afzal dan isteri.Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendak Nya. Aku tak dapat nak kasik hadiah so kira entry khas untuk kau ni kira hadiah dari aku sekeluarga la ya...


credit : En Syakir

Aku dapat gak tengok video kau karok ngan wife kau..sebiji siot macam sore Ezad exist tu yang rasa nak mintak sainnnnnn kat dada ni ..auwwwww....mintak sain tau bukan mintak penyepak hahaha...


Geng GBS yg hadir (curi kat entry tok)


Ok bro apa apa pun tahniah sekali lagi untuk kamu suami isteri...semoga kekal berbahagia hingga ke akhir 
hayat hendak Nya...


"Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah kukuh
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
oooo...."




p/s : gambar aku pinjam geng GBS ye...

Bersawang sudah

Assalamualaikum WBT & Selamat Pagi Dunia

Dalam mood sejuk sejuk ni memang agak menguji tahap seseorang manusia normal untuk bangun pagi kan..malam tadi hujan sampai ke pagi..tetapi nasib baik sebelum subuh hujan dah mula berhenti maka dapat lah aku merempit pagi ini ke pejabat.


Tengok tajuk korang semua mesti dah tau kan isi penting karangan ni?? hehe..seminggu weh aku tinggal kan blog aku..kesian dia sebab terabai..tetapi nasib ada juga yang sudi lepak walaupun aku tak update..tq ye kepada semua yang tengok dan tengok tengok kan blog aku ni ha..


Read More

Saturday, October 6, 2012

Thanks God I Found You




(Mariah) 
I would give up everything 
Before I'd separate myself from you 
After so much suffering 
I've finally found unvarnished truth
I was all by myself for the longest time 
So cold inside 
And the hurt from the heart it would not subside 
I felt like dying 
Until you saved my life 

(Chorus - all) 
Thank God I found you 
I'm lost lost without you 
My every wish and every dream 
Somehow became reality 
When you brought the sunlight 
Completed my whole life 
I'm overwhelmed with gratitude 
Cause baby I'm so thankful i found you.


(Joe) 
I would give you everything 
There's nothing in this world I wouldn't do 
To ensure your happiness 
I'll cherish every part of you 
Because without you beside me I can't survive 
Don't wanna try 
If you're keeping me warm each and every night 
I'll be all right 
Cause I need you in my life

(Chorus - all) 
Thank God I found you (I'm thanking you) 
I'm lost lost without you (so lost without you) 
My every wish and every dream (every dream, every dream) 
Somehow became reality 
When you brought the sunlight (brought the sunlight) 
Completed my whole life 
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful I found you.

-Bridge- (Mariah & Joe)
See I was so desolate 
Before you came to me 
Looking back I guess it shows 
That we were destined to shine 
After the rain to appreciate 
The gift of what we have 
And I'd go through it all over again 
To be able to feel this way 

(Chorus - all) 
Thank God I found you 
I'm lost lost without you (lost without you baby) 
My every wish and every dream 
Somehow became reality 
When you brought the sunlight 
Completed my whole life (whole life) 
I'm overwhelmed with gratitude 
Sweet baby I'm so thankful 
I found you 


(Chorus - all) 
Thank God I found you 
I'm lost lost without you 
I'm overwhelmed with gratitude 
My baby I'm so thankful 
I found you 

(Mariah) 
I'm overwhelmed with gratitude 
My baby I'm so thankful I found you

p/s : khas utk my Wife ;-) .. aku ke KB & KT isnin sampai khamis ..mungkin blog ni akan bersawang seminggu 


Friday, October 5, 2012

Arsenal & Inter Milan

Assalamualaikum WBT

Hari ini aku nak cerita pasal bola..suka tak suka korang kena baca ok hehe ceh ayat paksa gitu..Aku memang dari kecik minat main bola..sampai la sekarang ni memang masih boleh lagi la nak main cuma masa dan larat tak larat nak mengejar bola je masalah nya..


Bukan apa usia pun dah masuk 3 siries jadi tenaga tu tak macam umur belasan tahun dulu ye dak? Eh apa aku ke laut lak ni..tajuk Arsenal & Inter Milan tapi cerita pasal aku suka main bola lak..ok ok ..balik la kita ke tajuk utama hari ini..
Arsenal Away
Read More

Thursday, October 4, 2012

KLCC & Kampung

Assalamualaikum WBT

Last week eh eh cakap omputih lak..minggu lepas hari khamis dan jumaat aku kena berkursus di HQ aku di KL..kalau diikutkan jadual pukul 3 dah boleh check in hotel tapi aku plan nak check in malam sebab kalo gerak dari Temerloh dalam pukul 2.00 petang sah sah masuk KL jammed. Ye la kan kompom kompom la kau sampai area KL dekat dekat pukul 5..masa orang nak balik kerja.





So aku gerak jugak pukul 2 tapi tak terus ke KL tapi aku singgah kampung dulu..bukan apa aku dah dekat 2 minggu tak jumpa ngan anak aku jadi ini kira peluang la kan..aku balik kampung dulu then malam dalam pukul 9 ke baru gerak ke KL..jalan pun tak sumbat sangat..


Nak Maghrib dah masa ni
Read More

Wednesday, October 3, 2012

Champions League Result - Wordless Wednesday 62




Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)




Tuesday, October 2, 2012

Diskaun PTPTN 10% dan 20%

Assalamualaikum WBT

Aku salah seorang peminjam PTPTN. Tapi aku pinjam tak banyak ..pinjam masa diploma je..so sejak aku kerja dalam perkhidmatan awam aku membayar secara potongan gaji setiap bulan..makna kata aku boleh dapat diskaun 10% tu kan kan kan??


Kalau diamati betul betul masa pembentangan bajet 2013 beberapa hari lepas YAB Perdana Menteri sebut " peminjam PTPTN yang membayar secara penuh bermula dari tarikh beliau baca bajet hingga 21 September 2013 mereka akan diberi diskaun sebanyak 20% dan diskaun 10% akan diberi kepada mereka yang membayar hutang pinjaman PTPTN mereka secara konsisten setiap tahun.

Read More

Monday, October 1, 2012

Bonus untuk kakitangan awam

Assalamualaikum WBT

Seperti yang kita semua maklum YAB Perdana Menteri ada membuat pengumuman semasa pembentangan Bajet 2013 beberapa hari yang lepas mengenai bonus untuk kakitangan awam..jika tidak salah pendengaran aku bonus 1 setengah bulan gaji di mana setengah telah di bayar sempena aidilfitri, setengah akan di bayar pada Disember 2012 dan setengah lagi akan dibayar pada Januari 2013.





Tiada kata selain dari syukur atas rezeki ini...aku lihat pemberian ini sedikit sebanyak mengurang kan beban kepada mereka yang bekerja di sektor awam lebih lebih lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah. Tapi untuk kali ini aku bukan nak highlight pasal bonus ni pun..saja jer buat gempak tajuk kat atas tu hehehe..


Kalau nak diikutkan bonus orang keje kilang lagi kencang...dan aku sendiri penah merasa ..hehe..tapi tak apa lah kan rezeki ada di mana mana sahaja...

Read More