loading...

Thursday, September 27, 2012

Live Streaming BAJET 2013 Malaysia oleh Perdana Menteri

Salam & Greetings,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut: 



Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat) 



Masa : 4.00 petang 



Tempat : Parlimen Malaysia 




Untuk makluman, selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2013 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2013. Siaran langsung ini boleh didapati dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my . Teks Ucapan Bajet 2013 dan Laporan Ekonomi 2012/2013 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet 2013. 

 Selain dari itu Bajet 2013 juga boleh diakses melalui:
 

• Mobile Web – http:// www.treasury.gov.my /bajetmobile 
• Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my 

• Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti  berikut: 


• Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my 
• Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my 
• Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my 
• Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my 


Jom sama-sama kita saksikan.

Wednesday, September 26, 2012

WW-Wordless Wednesday #61



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Tuesday, September 25, 2012

Kesian Blog Ni

Salam,

2 3 hari ni rutin harian aku totally bertukar 360 darjah. Kebiasaannya Sabtu dan Ahad adalah hari cuti aku tetapi minggu lepas aku kena bekerja.Bukan bekerja di pejabat tetapi terpaksa pulak bekerja di luar kawasan.Jadi minggu lepas aku tak dapat balik ke kampung untuk berjumpa anak aku..



Sabtu ada shooting di daerah Bera dan perjalanan mengambil masa lebih 2 jam untuk ke sana..kawasan perkampungan orang asli di pos iskandar nama tempat tu..kampung tu di negeri pahang tetapi nak sampai ke sana kena lalu negeri sembilan dulu tau ;-)


Read More

Saturday, September 22, 2012

Kerja di hari Sabtu

Assalamualaikum WBT

Mesti korang korang yang tegar datang blog aku terkejut sebab aku update blog hari ni..apa apa bagi aku nangis jap sob sob..huwarghhhhhhhhhh.....minggu ni aku tak boleh balik kampung jumpa syaza sebab kena kerja..lalalalalala hari hari kerja ( lagu meet uncle husin )


Actually eh aku cakap omputih pulak maklum la semalam kan aku ada utus surat kepada bill gates tp masih belum ada jawapan mungkin isnin kot dia jawab hahaha....rasa nya ni 1 st time weekend aku di temerloh...
Shooting pasal rebab ikan buntal ni la jap lagi ;-)


Read More

Friday, September 21, 2012

Surat untuk Bill Gates


Yang Dihormati En. Bill Gates,

Saya ada membeli komputer untuk kegunaan di rumah dan saya kenalpasti beberapa masalah yang mungkin Tuan terlepas pandang.

1. Di dalam sistem terdapat butang ‘START’ tetapi
saya dapati tidak ada butang ‘STOP’. Saya minta
Tuan tolong periksa?

2. Saya sudah pelajari ‘Microsoft Word’, sekarang
saya mahu pelajari ‘Microsoft Sentence’. Bila Tuan
akan menjualnya?


3. Di dalam komputer saya terdapat ‘Microsoft
Office’, bagaimana dengan ‘Microsoft Home’
kerana saya menggunakan komputer ini di rumah?

4. Satu soalan peribadi. Nama Tuan adalah ‘Gates’,
tetapi Tuan menjual ‘Windows’ kenapa tidak
‘Doors’?

Saya menanti jawapan Tuan.
Sekian Terima kasih-


*ENTRY INI ADALAH ENTRY COPY PASTE 

Thursday, September 20, 2012

Kembali Ber " Tenis "

Assalamualaikum WBT

Setelah hampir 5 bulan tidak beraksi di gelanggang baru malam tadi dapat realisasikan impian tersebut. Aku rasa last main tenis bulan 3 itu hari rasa nya..masa tu aku masih bertugas di Kuantan lagi..geng-geng seperjuangan pun agak ramai di kuantan berbanding di temerloh sekarang ini.


Petang semalam kawan aku uruskan pem 'booking' an gelanggang..dia book dengan orang MPT sebab court di bawah jagaan MPT. Sukses booking , dapat booking 2 jam dari pukul 8 hingga pukul 10 malam. Disebabkan setakat petang tu hanya kami berdua je yang confirm main..aku ada jugak hebah kan kat FB untuk orang lain join jugak..tapi kecewa tak ada orang nak join pun..

X leh nak snap tgh beraksi sbb kami 2 orang je huhu
Read More

Wednesday, September 19, 2012

WW-Wordless Wednesday #60


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



Tuesday, September 18, 2012

Jom Boikot Negara Pengeluar Filem Hina Rasul Kita

Assalamualaikum WBT

Sebagai seorang muslim mari lah kita ramai-ramai sebarkan entry ini :-


Film 786(innocence of muslim) adalah sebuah film yg dibuat di Holland tentang lawak mengenai Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. 60 juta masyarakat muslim dpt menghancurkan ekonomi Holland dengan waktu kurang dari 5 minit dgn cara mengirimkan pesan ini, Mudah2han kita dapat menjawab pertanyaan dari Allah SWT kepada kita, ketika Allah SWT menanyakan kepada kita nanti mengenai apa tindakan yang kita lakukan ketika Rasul yang dicintai Nya dijadikan bahan lawak? Denmark telah mengalami kerugian...

tolong jangan biarkan pesan ini berhenti di Wall anda. Seperti yg anda ketahui, semua surat kabar Denmark memuat lawak tentang Nabi Muhammad SAW dan sampai sekarang mereka juga tidak menyesal. Jom kita buat mereka menyesal dengan perbuatan mereka...

The Danish Ambassador, Perdana Menteri dan Denmark Nasional Channel sekarang sdg berusaha melakukan sesuatu utk menghentikan boikot yg dlakukan oleh umat muslim sejak 1 bulan lepas, dimana atas pemboikotan tersebut mereka mengalami kerugian sekitar £ 4 Miliar. 
ika kita terus melakukan boikot terhadap produk2 Denmark dalam 7 bulan atau lebih akan mengakibatkan mereka dpt kehilangan £ 80 milyar. Percayalah, jangan stop untuk meneruskan pesan ini sebanyak mungkin kpd saudara-saudara muslim.., yakinlah anda dapat melakukannya dlm waktu 15 minit utk menyebarkan kpd saudara2 muslim lainnya....

SECEPATNYA? INGAT RASULULLAH MUNGKIN AKAN MENANYAKAN KEPADA KAMU (MEMINTA JAWAPAN) DIHARI PEMBALASAN NANTI, APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN KETIKA MEREKA MENJADIKANKU SEBAGAI BAHAN LAWAK? Adakah kita akan terus diam apabila Rasul tercinta yang akan memberi syafaat pada kita dipadang mahsyar nnti terus dihina? ALLAHUAKHBAR

p/s : JOM SEMUA BLOGGER BUAT ENTRY INI & JANGAN LUPA SELAWAT BANYAK2

Friday, September 14, 2012

Badan Di Opis Hati Di Kampung

Assalamualaikum WBT

Eceh macam tajuk drama pun ada macam tajuk lagu pun hado kan entry baru aku ni.Hari ini hari Jumaat dan hari ini adalah hari yang ditunggu tunggu oleh semua warga negara kita yang bekerja dan opis nya memang bercuti hari Sabtu. Ada bonus lagi minggu ni sebab ahad adalah "Hari Malaysia" jadi isnin cuti uollsss...yahoo..so next week tak ada lah monday blues..





Hokey bebalik kepado tajuk asal perbincangan kito hari ini..eh apo pulak perbincangan gilo ko apo..tajuk entry la...eden ni sobona eh dah tak saba bona nak balik kampung jap lae...yo lah kan walaupun den ni memang tiap tiap minggu balik kampung tapi minggu ni special sikit sobab orang umah den pun balik jugak dari Sarawak tu...

Tu yang lagi somangat tu..somangat nak jumpo syaza + somangat nak jumpa mama syaza eh...hehe...ni tongah buek kojo pun raso x seleso yo doh ha...raso nak start keto yo nak balik sekarang tapi apokan dayo..kojo totap kojo kan..amanah yang kita tanggung ni ha...tapi x apo lah..kang balik dari kojo kang toruih shoot ko LCCT amik orang umah den....

Read More

Thursday, September 13, 2012

Hanis Zalikha dalam "Mad Markets"

Assalamualaikum WBT

Terkejut tak tengok tajuk entry ni?? Nape tetiba je ada nama Hanis Zalikha..sape yang tak kenal dia ye tak? Aku percaya geng geng blogger mesti kenal ngan dia..pastu mesti jadikan dia macam idola dalam berblog terutama geng geng blogger perempuan..





Malam tadi aku dok layan tv9 cerita "hangitnya raya" pastu dok usha info kat remote astro aku ada pulak cite "Mad Markets"..host cerita tu si Hanis Zalikha ni la..program ni berbentuk santai di mana beliau akan pergi ke destinasi destinasi terpilih untuk shopping..so kepada kaki kaki shopping jangan lupa tengok rancangan ni..best weh..
Read More

Wednesday, September 12, 2012

WW-Wordless Wednesday #59


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



Tuesday, September 11, 2012

2 Raket tenis RM 99.00

Assalamualaikum WBT

Rezeki lepas raya..claim pindah hari tu dapat lepas raya jadi tak ada lah kering sangat kan lepas lepas raya ni ;-) alhamdulillah. Dan kesempatan ini aku memang dah berniat nak beli raket tenis. Jadi start minggu lepas aku dah try usha usha webiste yang jual barangan sukan online.





Banyak jugak website aku terjah untuk memilih sendiri jenama dan yang penting harga raket tu tak mahal sangat..sebab kalau diikutkan kepada jenama dan harga jika raket tu harga 250 ke atas tu dah kira baik dah tu..tapi kalau ada yang 150 lagi ok...
2 = RM99.00 ok la kan
Read More

Monday, September 10, 2012

Kenangan Zaman Uitm

Assalamualaikum WBT


Entry ini terinspirasi bila aku terbaca satu ayat yang di post kan kat wall page FB Persatuan Alumni Uitm. Jadi dari situ banyak la jugak komen-komen yang geng-geng ex student ni. Antara pengalaman tu ada banyak yang sama.







Sebab ada yang dok study kat S Alam dan ada yang study kat cawangan jadi yang study kat cawangan selalu nya mempunyai pengalaman yang lebih kurang je.
kenangan sambut besday tahun 2004

Aku kira untung gak la sebab dapat rasa dua Uitm. Yang Pertama kat Uitm Lendu, Melaka dan Uitm Jengka Pahang. Orang pandai tu yang dapat masuk Uitm 2 kali tu hahaha *buat paham2 je la..

Read More

Saturday, September 8, 2012

Belajar Cara Servis Tenis

Greetings,

Jom belajar macam mana cara nak serve masa main tenis
Tapi harus di ingat bukan aku yang ajar ye 
Tapi ada kawan aku yang ajar
jadi sesiapa yang baru nak belajar tu 
Ini adalah panduan terbaik untuk anda

Layan Gambo ni dulu

dah sikit sikit sudah
Moh belajar pulak

Ok bila rasa dah pandai 
boleh la bawak p main ye
kuar kan peluh bakor lemak tu
aku next week start turun court kot
kalau ada court kosong la
p/s : auto publish biasa lah sabtu ahad aku tengah layan anak aku kat kg

Friday, September 7, 2012

Be Strong Kawan

Assalamualaikum WBT

Pagi ini agak awal sampai ke pejabat jadi sempat lah untuk aku belek belek FB aku sebelum start buat kerja. Belek punya belek aku terbaca la status seorang sahabat aku. Status tu pulak di tujukan kepada seorang sahabat aku jugak..





Status tu berbunyi lebih kurang begini " Takziah Nek atas pemergian ibu tercinta". Aku terkejut jugak bila terbaca nya tadi. Aku terkejut bukan sebab apa cuma arwah meninggal pada hari isnin dan aku ni cuma dapat tau pada hari ini hari jumaat. Sebab sebelum ini memang ada kawan kawan yang lain bagi tau yang mak kawan aku ni tengah sakit tenat.
Read More

Thursday, September 6, 2012

Zyraroxx:Follower Datang Bertubi-Tubi

Assalamualaikum WBT

Hari ni nak join satu segmen yang salah seorang kawan buat

Nama beliau adalah ZyraRoxx


Secara live atau tidak langsung melalui segmen ini blog kita akan di follow secara bertubi-tubi

Harus diingatkan bahawa bertubi-tubi adalah sama sekali tidak sama dengan tekan tubi atau pun telly tubbies

Jadi kepada semua sila join segmen ini 

Pada pandangan aku segmen ini cukup bermanfaat 

Jadi korang apa tunggu lagi sila join hokey..

Sila klik banner segmen yang comey lotey kat atas ya






Syarat Segmen :Aku Copy Paste


 perserta kena wat entri bertajuk " zyraroxx: follower datang bertubi-tubi"2) letak banner kat entri


terpulang nk tulis panjang mana pun entri, nak tepek banner je pun bole :)

letak jumlah follower korang sekarang

letak link entri dlm komen post ini

dan dan follow blog gua ini *malu!

Dalam syarat tu ada si Zyra tanya kan followers kita sekarang .Jadi jawapan nya ialah :

2628


Spontan Khamis : BUSY

Assalamualaikum WBT

Bagi yang tertunggu tunggu entry aku , aku minta maaf sangat sangat *ayat minta kaki sebab hari ini aku busy sangat sangat. Entry entry simpanan dalam draf jugak kosong.





Jadi secara spontan nya entry ini je ada. Aku kena prepare kan material untuk presentation bos aku. Kalau dah siap kang mungkin akan keluar entry baru dan blog blog korang akan aku terjah satu persatu.


Doa kan aku dapat siap kan keje aku ni secepat mungkin. Lagi cepat siap lagi cepat aku dapat BW ;-)

"Selamat Hari Raya"

Wednesday, September 5, 2012

WW-Wordless Wednesday #58


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)





Tuesday, September 4, 2012

Cerita Raya Ketiga & Ke 4 ( Entry Penuh Gambar )

Assalamualaikum WBT


Ok lepas cita pasal gangnam kita sambung balik cerita pasal raya. Ok raya pertama dan kedua aku sekelurga beraya di kampung aku di Negeri 9. So pagi raya ke 3 aku sekeluarga akan gerak untuk pulang ke Kuantan ke rumah mertua aku..
Baju Raya Merah + Skirt

Actually keluarga mertua aku datang rumah mak aku masa petang raya ke dua then pagi raya ketiga kami gerak ke kuantan bersama-sama. Masa aku, wife & syaza gerak ke Kuantan, aku dan wife excited nak pakai kan baju raya Syaza yang warna merah + skirt..dia kan gegel tapi nampak macam boboi sebab rambut dia pendek kan


Anak Papa
Read More

Saturday, September 1, 2012

Gangnam Style

Greetings,

Rasa nya satu dunia dah tau pasal fenomena 'gangnam' ni aku je kot yang lambat sikit sebab terus terang aku baru tau semalam dowh..Seorang yang agak chubby menyanyi dan menari dan menjadi ikutan dan bahan untuk di tiru oleh orang orang di seluruh dunia tidak terkecuali di Malaysia.





Tak kira kaum apa semua dok bawak keluar parody parody dia orang..tapi memang layan jugak la kan sebab ramai sebenarnya rakyat Malaysia ni yang memang kreatif..ye la kan tengok masa raya kompom ada kes ubah suai mercun punya..tak ke kreatif nama nya tu hahaha ..tengok la sendiri antara yang ada kat sini ha


Ok aku nak cerita panjang pun aku tak reti so korang layan je la U tube U tube pasal "gangnam" ni ha...

Versi Nogori
Fly FM Parody
Original Version
Korang kalo nak tengok yang lain g utube ok..yg suasana hari raya gangnam tu layan gak