loading...

Friday, August 31, 2012

Cerita Raya Kedua

Assalamualaikum WBT

Raya kedua pagi pagi lagi aku dah busy..pukul 7.30 pagi dah gerak g pasar untuk beli barang untuk nasi ayam..hari ini ada sikit majlis kat rumah aku ..so adik aku plan untuk masak nasi ayam untuk tetamu yang datang...


Aku , wife aku, kakak aku dan semua ahli keluarga gigih la siap kan menu untuk hari ini sebab dalam tengah hari tetamu itu akan sampai..dalam pada itu start dalam pukul 10.00 pagi sedara sedara dah start serang rumah aku untuk beraya..
Tunggu Mama Siap Syaza posing ngan papa
Read More

Thursday, August 30, 2012

Cerita Raya Pertama

AssalamualaikumWBT

Cerita sebelum raya mesti korang dah baca bagi sesiapa yang belum baca sila BACA dulu ok sebab cite ni macam drama sikit ala ala sinetron sebab bersambung-sambung ..#padahalxdekenamengenapun





Raya pertama tahun ini aku, wife & syaza beraya kat kampung aku di N9 ..tahun lepas raya kat kuantan sebelah wife aku..macam biasa setiap tahun pasti akan ada theme warna untuk baju raya kan ..aku pasti korang ngan keluarga korang pun sama..
Phat family

Read More

Wednesday, August 29, 2012

WW-Wordless Wednesday #57



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



Tuesday, August 28, 2012

'SEGMEN ERAZ FAZLI : PENCARIAN BLOGLIST'


Hari ini aku rasa nak join segmen seorang sahabat. Ye la kan mana tau ada rezeki blog aku leh melekat dalam bloglist blog beliau..maklum la blog aku ni suam suam kuku je tak macam blog beliau yang femes amos tu..(ayat mengampu kipas aircond tak ingat)





So kepada semua sahabat sahabat aku, aku sarankan moh la kte join segmen beliau ni..

Untuk keterangan lanjut sila klik banner kat atas atau korang pegi je kat SINI

Tutup segmen ni malam karang tau pukul 10..so cepat join jom

Cerita Sebelum Raya

Assalamualaikum WBT

Disebabkan kita umat Islam berada dalam bulan Syawal jadi cerita cerita dalam entry aku akan berkisar tentang raya, masa raya, sebelum raya, malam raya pendek kata semua cerita pasal raya lah...walaupun hari ini dah masuk hari yang ke sepuluh kita semua beraya..





Ok kita kembali kepada minggu lepas..semua tahu yang kita telah menyambut raya pada 19 Ogos lepas jadi bagi buruh seperti aku ni ha kena la amik cuti untuk beraya di kampung..aku amik cuti start hari Jumaat tu lagi hehe..17 Ogos..bukan apa bila aku cuti awal boleh la aku tolong tolong apa yang patut kat kampung.
Read More

Monday, August 27, 2012

Kerja Kerja Kerja

Assalamualaikum WBT

Hari ini dah hari ke 9 kita berada dalam bulan syawal.Aku percaya mood raya mesti masih menebal dalam badan kita semua kan..? nak nak korang korang yang bercuti sampai semalam..duduk kat kampung rasa tak nak balik je semula ke tempat kerja atau belajar kan? sama la ngan aku ni ha...





Seminggu aku tinggalkan blog ni sebab sibuk beraya haha..jadi hari ini aku update semula..aku percaya kebanyakan pekerja-pekerja kat Malaysia mulakan kerja mereka kat opis hari ini..termasuk lah aku sendiri. Tapi fokus kerja tu agak kurang kan kan

Ye la mana tak nya..terbayang popia simpul la rendang la lemang la dan macam-macam lagi...Kat opis pulak tak semua opis mate ada..sebab ada yang sambung cuti lagi ada yang pergi kursus dan sebagai nya..

Apa apa pun camne raya pun kerja tetap kena buat kan..nak nak dah seminggu tinggal kan opis sah sah banyak benda yang nak kena setelkan..jadi kepada semua korang yang dom bekerja tu..bekerja lah dengan gigih..balik kerja kang kita sambung belasah kuih raya hahahaha...

Kesempatan ini aku nak ucapkan TQ yang teramat sangat kepada semua yang join segmen aku sebelum raya itu hari ..jadi jangan segan-segan untuk terjah kawan-kawan kita ini kalau sudi follow dia orang sekali ok..untuk lawat blog kawan-kawan phat yang join segmen sila ke SINI

Sunday, August 19, 2012

Segmen : Dimana Anda Beraya Bersama Phat Corner Part 2

ENTRY MELEKAT SAMPAI MALAM RAYA
SCROLL UNTUK ENTRY BARU



Ok buat kali kedua nya  phat dengan rasa rendah diri ingin membuat satu segmen di mana x kira siapa pun bleh join...segmen tidak mempunyai hadiah tetapi sebagai meluaskan pengetahuan phat dan juga pembaca lain yang baca segmen ni....melalui segmen ni kita bleh tau la kan mana kawan-kawan phat beraya tahun ni..mungkin jugak phat x pernah sampai kan tempat korang tu...so bleh la korang terang kan skit2 tentang kampung korang kat segmen ni......

Syarat-syarat nak join sangat mudah x susah pun :
  • Buat satu entry bertajuk "Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner" dan letak banner di atas dalam entry korang tu...
  • Like page ni eh 'phat corner'
  • Nyatakan di mana anda akan beraya pada tahun ini dan ceritakan la serba sedikit tentang tempat / kampung anda tu..cth di negeri mana , daerah mana, nama kampung / taman perumahan anda 
  • Tarikh tutup sehari sebelum raya ( malam raya la ) 
  • Last sekali tag 3 orang rakan-rakan yang lain dan pastikan die org tau yg die org di tag k nak tag lebih pun x jadi masalah....
Mudah je kan...segmen ni nmpk seronok kan??kalo suka korang join tau.....bila dah siap sila tinggalkan link entry anda di ruangan komen so selamat menjoin hehehe.... 

Phat nye jawapan : 

Phat tahun ni beraya di  Kampung Inas, Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.....tahun ni giliran beraya di rumah mak phat pulak sebab tahun lepas giliran beraya di rumah mertua di Kuantan. Orang-orang N.Sembilan terutama yang dok daerah Kuala Pilah pasti tau kampung phat kat mana..bagi yang tak tau tu try try ar google hehehe...

Kawan kawan kita yang dah join sila rujuk 


p/s : tahun lepas ramai gak yang join sila rujuk sini k..yang join aku update terus kat column pages kat atas blog aku 

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H


Assalamualaikum WBT

Hari Ahad ini bersamaan 19 Ogos 2012 / 1 Syawal 1433 H semua umat Islam akan merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.






Jadi dikesempatan ini phat dan family ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, teman-teman dan kepada semua pembaca 'phat corner' ini.

Semoga lebaran kali ini akan membawa seribu erti kepada kalian semua..Sekali lagi phat mohon ampun dan maaf sekira nya selama menulis ini phat ada menyinggung perasaan sesiapa tidak kira sesiapa sahaja tidak kira sedar atau pun secara tidak sedar.

Sepuluh jari ku susun pohon ampun dan maaf dari kalian semua. Jadi untuk korang semua terima lah kad raya yang tidak seberapa ini. Sorry tak cantik sebab aku tak amik grafik ;-)

Sebelum mengakhiri entry ini aku nak pesan kepada diri aku dan semua supaya berhati-hati dan sentiasa bersabar di jalan raya, jangan ikutkan perasaan sangat dan sentiasa ingat pada orang yang tersayang.Aku juga mendoakan semoga kita semua sentiasa di lindungi Allah di mana saja kita berada dan semoga kita semua selamat sampai ke kampung untuk beraya bersama keluarga tercinta.

p/s : start esok mungkin blog ni akan bersawang selama seminggu sebab aku nak beraya hehe

Wednesday, August 15, 2012

WW-Wordless Wednesday #56 - Raya Tahun Lepas


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



Tuesday, August 14, 2012

Majlis Iftar Bersama Kawan Uitm

Assalamualaikum WBT

Seperti entry sebelum ini aku ada bagi tau yang kenapa aku bershopping sampai ke Shah Alam..mesti korang cakap jauh kan nape tak shopping kat Seremban je ke kat Melaka je ke kan lagi dekat. Sebenar nya budak budak aku batch 2002 DBS uitm Jengka ada buat re union sempena bulan puasa ni.





Jadi dia orang dah plan cantik punya aku follow ajo. Majlis ni kita orang buat kat kedai sahabat kami.Dia salah sorang dari budak kelas aku jugak ..berjaya sungguh dah mamat ni jadi tokey dah dia..so kesempatan ini aku nak promote kan jugak lah kedai makan dia ni..



Read More

Monday, August 13, 2012

Shopping Raya

Assalamualaikum WBT

Sabtu lepas aku ngan wife aku plan nak beli baju raya untuk kami. Disebabkan ada majlis re union ngan geng geng Uitm dulu so kami sefamily buat 2 kerja dalam satu masa.Majlis berbuka puasa tu budak budak aku plan buat kat Shah Alam jadi kami pun cadang gerak ke Shah Alam pada pagi sabtu then cari barang-barang untuk raya sebelum berbuka dengan geng-geng aku tadi..





Dalam pukul 9 pagi, aku , wife & syaza gerak dari N9 untuk ke Shah Alam. Sejam setengah je dari kampung ni ke Shah Alam..so tak de la rush sangat just drive rilek rilek je. Sampai Shah Alam dalam pukul 11 aku terus ke seksyen 18 untuk amik kakak ipar aku.Dia nak jumpa syaza so kami bawak dia sekali teman kami shopping.

Read More

Friday, August 10, 2012

Cara dapatkan code iklan di Nuffnang Wajah Baru

Assalamualaikum WBT

Tanpa kita sedar dah masuk 10 hari terakhir kita berpuasa makna nya minggu depan semua umat Islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Ok tapi hari ini aku tak nak cerita pasal raya pun tu hanya sebagai mukadimah bagi korang semangat sikit.Ye la kan kalau tengok tajuk pun tak ada kena mengena langsung dengan puasa atau pun raya.







Seperti yang kita tau atau yang tak tau si Nuffnang telah berwajah baru.Memang lain dari yang lain.Nampak lagi kemas website baru nuffnang ni. Ini bagi sesiapa yang tempek iklan Nuffnang la ya.Sebab aku salah sorang yang tempek iklan ni kat blog nak tempek iklan lain tak lepas maklum la suam suam kuku je hehe...


colorful gitew!!

Korang tengok la sendiri beberapa gambar kat sini. Wajah baru ni lebih ceria sebab bermacam macam warna ada kat situ. Dah macam game football manager dah sekali imbas dah macam CM4 hahahaha..

Itu semua tak kisah pun bagi aku janji earning masuk tiap tiap hari kan.Tapi yang jadi masalah nya bila aku nak cari code iklan dalam website baru ni..godek punya godek 3 hari pun aku tak jumpa jugak. Tapi nasib baik ada Skytechxtreme datang bagi bantuan. TQ so much bro sekarang baru aku tau..

Kalau yang lama tu dulu senang je sebab dah ada dah kat bar atas tu. Apa apa pun bagi yang belum jumpa code jugak leh try ikut step step kat bawah ni :


Blog Manager

Klik "Manage My Blog"

Update survey > submit

Klik "Add Ads page" kat bar warna hijau tu..

Pilih Ad Types...nanti akan keluar kod iklan tu


Thursday, August 9, 2012

Bonus Raya Dah Masuk

Assalamualaikum WBT

Seperti yang telah diumumkan hari ini semua penjawat awam akan menerima 1/2 bulan bonus. Tidak terkecuali aku adalah salah seorang daripada penjawat awam tersebut. Syukur alhamdulillah merasa jugak aku bonus.Maklum la aku ni baru je masuk dalam perkhidmatan awam ni.






Bila sampai opis apa lagi terus buka Mayban2u nak check duit dah masuk dalam akaun ke belum. Ternyata dah masuk.Dan sekarang ni tengah dok memikir nak beli keperluan sempena raya yang tidak berapa lama lagi ni.hehe..


Aku tak kisah sangat bab-bab baju sendiri atau keperluan sendiri apa yang penting sekarang nak setelkan keperluan untuk anak dan isteri dulu. Itu yang lebih utama..Mungkin minggu ni jugak nak plan g bershopping tapi tak tau lagi nak bershopping di mana. Kompom sesak kan minggu ni kalo nak g mana-mana..

Sekali lagi syukur dengan rezeki ini dan berharap aku dapat gunakan sebaik mungkin.Harap aku x membeli benda2 yang tidak diperlukan yang boleh mendatangkan pembaziran.Mood raya semakin membuak buak sebab masa on d way nak dtg kerja banyak dah lagu raya kat radio...

Aku tak tau nak tulis apa tu yang keluar entry ni.Harap korang enjoy dan selamat menunaikan puasa untuk hari ini dengan jaya nya..

Wednesday, August 8, 2012

WW-Wordless Wednesday #55



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



Tuesday, August 7, 2012

Naikkan Trafik Blog dengan AF Traffic Exchanger

Assalamualaikum WBT

Bulan bulan puasa ni adalah bulan yang terbaik untuk kita kongsi benda benda yang baik kan ..sebab apa sebab pahala yang kita dapat memang berganda ganda. Jadi kat sini aku nak kongsi kan satu benda untuk korang. Aku pun dapat dari kawan kawan jugak ni .Terbaik dari pada asiafans.net





Setelah aku baca tutorial dari seorang sahabat aku memang agak tertarik dengan program tersebut. Ye la kan kita ni suam suam kuku je pembaca pun tak ramai jadi apa salah nya kalau ada orang yang nak tolong kita tambahkan trafik harian blog kita ye tak..nak tak nak tak? kalau nak cepat daftar.


Korang yang nak join sila klik banner kat bawah ni eh 

banner

Lepas tu korang sig up macam biasa then ikut je arahan yang perlu.Isikan maklumat maklumat yang dikehendaki. Lepas ni mana tau meletup letup trafik kita bak gunung berapi tak pu kurang kurang mencanak canak bak gunung kinabalu..

Untuk lebih paham dan penjelasan yang lebih details anda dikehendaki ke SINI sebab aku nak terang kan kat korang pun aku baru je lagi tetapi harus di ingat antara 4 pulangan yang korang dapat nanti adalah : 

1. menaikan trafik blog anda
2. tambah followers FB fan page
3. tambah u tube viewers
4. tambah Google +

So apa tunggu lagi jom join jom aku pun baru je join.Coins pun x banyak lagi ni.Tengah kumpul coins je ni ha hehehe

1st time berbuka bersama isteri

Assalmualaikum WBT

Sebelum aku mulakan entry ni korang usha-usha la segmen yang aku buat ye.Saja nak seronok seronok dan sharing tempat beraya tahun ini.So sesape yang belum join join tu haruslah ke SINI.


Minggu lepas aku bercuti start hari Jumaat. Negeri Pahang cuti pada hari Isnin ( 6/8 ) sempena Nuzul Al-Quran jadi total cuti jadi 4 hari la..seronok sungguh aku rasa sebab boleh dok kat kampung lama lama boleh layan anak aku sorang tu..

Dan yang lebih seronok lagi wife aku pun balik pada jumaat tu flight dari Kuching lebih kurang jam 9.30 malam dan dijangka sampai dalam pukul 11.30 malam. Semua nya dah selamat pun.

Read More

Wednesday, August 1, 2012