loading...

Thursday, May 31, 2012

Tanda-tanda positif anak papa

Assalamualaikum WBT

Sebelum baca entry kat bawah ni korang kena baca entry yang ini ( cian anak papa ) dahulu ok..

Syaza tidak sihat start hari isnin lepas..selsema dan batuk..sejak dari itu dia mesti menangis kerana susah nak bernafas..saluran nafas dia ada hingus..ditambah pulak dengan batuk...kita yang dah tua bangka ni pun rasa tak selesa apa lagi la budak umur 7 bulan kan..



   
Anyway 28 Mei 2012 genap usia si Syaza 7 bulan...dah besar dah anak papa..ok kembali ke cerita asal..isnin aku bawak Syaza g klinik kat temerloh ni..klinik panel aku..Klinik yang paling femes kat temerloh aku rasa...so pergi macam biasa doktor mesti tanya kita kan anak sakit apa..ok fine..

anak papa cepat sihat tau ;-)

Read More

Jemput Singgah ke Blogshop Tudung / Shawl

 ENTRY MELEKAT 31 MEI 2012

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU

IKLAN BERBAYAR NI ;-)

Assalamualaikum WBT 

Mesti semua terkejut bila baca tajuk entry ini kan kan kan?? ye la bila masa pulak la si phat ni jadi tokey tudung bawal..sedang kan pakai tudung pun x pernah..tudung oren pernah la aku main..




    
Sebenarnya aku tolong promosi kan blogshop + Kedai FB kawan aku ni..jadi kepada semua sahabat sahabat ringan-ringan kan jari anda untuk melihat sendiri apa yang terdapat kat kedai beliau..

 
Daripada apa yang aku tengok memang cantik cantik la tudung yang beliau jual..sesuai untuk semua wanita tidak kira muda atau yang tua..

Bagi lelaki pun boleh jugak tengok + belikan untuk mak, mak sedara, adik, kakak, awek, tunang dan orang umah anda..

Untuk melihat lebih lanjut sila ke column pages kat atas sebelah kiri blog aku ya. " Blogshop - Tudung Bawal"




p/s : singgah2 wei.. murah2 tu

Syaza selsema.. cian anak papa

Assalamualaikum WBT


Balik dari kampung pada ahad lepas aku tengok hidung Syaza ada sikit hingus..start dari tu dia meragam..menangis je ..mungkin dia tidak selesa dengan keadaan hidung nya yang tersumbat..tak pernah aku tengok dia macam tu..sebab dia memang jarang menangis happy je sentiasa..





Jadi kami suami isteri siap2 then keluar untuk cari klinik ..pusing punya pusing jumpa lah 3 klinik tapi semua nya tutup...hari tu lebih kurang pukul 8.30 malam kot..aku heran jugak bandar Temerloh ni agak besar jugak dalam Pahang tapi klinik x de ke yang buka sampai pukul 10 malam.


Read More

Wednesday, May 30, 2012

Tuesday, May 29, 2012

Balik Kampung + Nilai 3

Sabtu lepas aku, wife dan Syaza balik ke kampung di Negeri Sembilan..tujuan balik kampung ni sebab nak bawa Syaza jumpa uwan dia..rindu sangat kat uwan dia...





Kebetulan dah balik sana..kami plan nak hantar mak pergi beli barang di Nilai 3..alhamdulillah dalam pukul 12 tgh hari kami sekeluarga sampai di Kampung..mak dah siap2 masak dah..yum yum sodap.... lebih kurang dalam pukul 2 kami gerak ke Nilai 3..


Read More

Saturday, May 26, 2012

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

Assalamualaikum WBT

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.



   
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.


Read More

Friday, May 25, 2012

Bantuan Sahabat Blogger Diperlukan

Assalamualaikum WBT

Minggu depan ada acara sukan untuk jabatan aku. Acara ini akan berlangsung di Kota Bharu. So aku dah decide untuk bawa wife dan anak aku bersama ke sana. Kebetulan minggu ini cuti persekolahan pun akan bermula.Jadi untuk dapatkan hotel memang agak payah sikit.




   
Hotel hotel yang bertaraf 5 Star memang mudah untuk kita dapat masa masa begini tapi tak mampu pulak bagi aku untuk 'booking' hotel untuk 5 hari ..x dapat jack..hehehe...kalo bleh dapat hotel hotel bajet bawah 100 rate dia sehari pun kira ok ..
Read More

Thursday, May 24, 2012

Arghhhhhhhh!!!!!!!!!

Assalamualaikum WBT

Hari ini hari khamis. Bagi kakitangan awam semua kena pakai baju batik kan. Aku pun tidak ketinggalan mengenakan baju batik hari ini. Maklum la aku kan penjawat awam.
Tapi bukan pasal baju pun aku nak cerita hari ini. Itu mukadimah je tu huhu…Aku sebenarnya tak tau nak hapdate apa tu yang aku dok melalut tulis apa ntah ni ha..

Nak cerita pasal pindah rumah rasa nya dah setel dah semua…nak cerita pasal Syaza banyak aku nak cite tapi berukband kat umah plak buat hal tak jadi aku nak coretkan cerita-cerita yang ada kat ujung jari aku ni..

Semoga hari ini membawa keceriaan dan kegembiraan kepada kalian semua..Balik rehat tengah hari ini wife aku macam masak sedap Nampak gaya nya..so kena lapar lapar kan perut ni hehehe..

P/s : apa aku tulis pun aku tak tahu

Wednesday, May 23, 2012

Tuesday, May 22, 2012

3 Lagi BE dari Nuffnang

Assalamualaikum WBT


Hari ini entry mengampu sikit ek jangan marah tau..rezeki 2012 agak murah dari Nuffnang..boleh tahan banyak BE yang aku dapat hingga bulan lepas..dan lepas cash out ada lagi 3 BE yang aku dapat...

Tiada kata secantik bahasa selain daripada ucapan terima kasih yang teramat sangat pada Nuffnang yang bagi BE pada blog aku yang tak seberapa ini..


Read More

Monday, May 21, 2012

Selesai pindah rumah..

Assalamualaikum WBT

Semalam semua barang-barang rumah aku dari Kuantan selamat mendarat di Temerloh..masa angkat susun dalam lori baru aku tau yang banyak jugak barang aku rupa nya..mula mula bajet lori 3 tan je tapi selamat aku tukar awal-awal amik lori 10 tan..




Terkejut jiran baru aku masa lori sampai..banyak betul barang katanya..padahal tak ada apa pun cuma kami dah pack siap-siap dalam kotak tu yang nampak banyak kot..

Read More

Friday, May 18, 2012

Packing Jangan Tak Packing

Assalamualaikum WBT


Seperti korang semua tahu aku telah pun berpindah dari Kuantan ke Temerloh kerana urusan kerja..dan ada entry entry aku sebelum ini aku dok cerita pasal aku pindah office. Dan tak pernah pulak aku cerita pasal pindah rumah kan kan kan..






Memang aku tak cerita pun sebab aku tak tak pindah rumah lagi esok baru aku nak pindah...so start semalam aku ,wife aku dan syaza yang baru 6 bulan tu pun sibuk packing barang..



Rumah sewa aku kat kuantan ni kecik je tapi bila di kemas-kemas di packing packing tak habis habis...banyak la pulak barang dalam rumah ni..mungkin barang kecik-kecik je yang banyak...


Lebih dari 10 kotak 4 x 4 aku guna untuk packing barang tu tak termasuk barangan perabot...bleh tahan penat gak pindah rumah ni ek...dulu pindah bujang bawak toto je huhu..masuk kete pun lepas jgn kata kete lipat2 letak belakang moto pun boleh..tapi itu semua dulu hehehe


So malam ini mungkin masuk barang dalam lori then pagi esok terus gerak ke Temerloh..selamat tinggal Kuantan ..Temerloh here i come!!!!!


p/s : bundle kat Temerloh terbaikkkkk + cawangan kat Jerantut barang memang Gred A

Wednesday, May 16, 2012

Tuesday, May 15, 2012

Tido vs Update Entry??


Assalamualaikum WBT

Ramai yang sedar akan ketidak kerapan aku untuk update entry terbaru cewah bajet femes hahaha..baru baru ni aku ada balik kampung untuk menghadiri satu mejlis kenduri dan telah ditegur oelh seorang rakan blogger. " Lama x update?? ke line tenet kena blok kata nya.

 


Sebenar nya aku tak update entry tak da kena mengena pun dengan line tenet. Bukan sahaja kawan2 blogger yang tegur wife aku sendiri pun tegur jugak.."aik x update entry pun busy betul..kata nya secara sinis.


Banyak perkara sebenarnya aku nak coret kan kat 'corner' ni tapi masih tidak berkesempatan ..aku dalam proses kerja luar sekarang ni..jadi aku kena ronda satu Pahang. Bila masa aku nak update blog..

Keluar pagi balik malam badan pun letih disebabkan travel sana sini..niat nak update tu ada tapi keinginan untuk tido lagi tinggi jadi ..otak aku yang diberi pilihan sama ada untuk update atau tido telah memilih tido hehehe...

p/s : benda paling best kot tido ni kan??


   

Friday, May 11, 2012

Kisah Darjah 2

Assalamualaikum 


Cerita ini terjadi dulu lama dah zaman-zaman aku sekolah rendah. Cerita ini terjadi pada bulan puasa. Seingat aku pada hari pertama berpuasa masa aku darjah 2. Aku darjah 2 pada tahun 1990. Dan pada masa ini jugak lah musim buah tengah melanda kampung aku.






Kira masa ni memang meriah la buah-buah semua tengah masak dengan jaya nya buah durian,manggis,rambutan,langsat dan lain-lain buah la. Kira masyuk jugak la aku masa ni sebab pagi-pagi dok follow atok aku pegi dusun then jual buah durian pada peraih.Ada gak la percent untuk aku atok aku bagi hahaha *gelak orang kaya
TQ Google
Read More

Thursday, May 10, 2012

Cash Out Lagi

Assalamualaikum WBT


Seperti yang korang tau dan yang tak tau aku baru sahaja dalam seminggu memulakan tugas di opis baru dan skop kerja yang baru. Alhamdulillah semua berjalan lancar setakat ini kecuali barang-barang rumah aku di Kuantan je yang belum pindah ke Temerloh.






Minggu lepas minggu ini dan minggu selepas ini rasa nya aku tersangat la sibuk..sibuk dengan tugas, sibuk dengan arrangement pindah rumah, sibuk balik kampung dan buat buat sibuk..


Read More

Wednesday, May 9, 2012

Tuesday, May 8, 2012

Malas : Entry Copy Paste

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajinbelaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”
Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”




Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”
Read More

Wednesday, May 2, 2012