loading...

Wednesday, February 29, 2012

Tuesday, February 28, 2012

Gold Coast 24-26 Februari 2012

Assalamualaikum


Pembaca setia mesti perasan 2 3 hari ini memang aku tak update blog pun. Korang nak tau pasal apa kau x update..? sebab aku pergi "Gold Coast". Bak kata encik penceramah tu tak dapat pergi "gold coast" Australia pergi "Gold Coast Resort Morib" pun ok dah hahaha.





Aku sebenar nya telah terpilih untuk mengikuti "Team Building" jabatan aku. Aku satu-satu wakil dari Kraftangan Pahang. Yang lain semua dari cawangan lain dan HQ.Total semua 40 orang tidak termasuk urusetia.
sunset

Read More

Seluar tak pakai nampak apa??

SATU AGHI TONGAH NONGGOK KEK PANGKIN BAWAH MANGGIH.....BOBUGHAK NGAN LOBAI SAHAK SAMBEY MEGHOSIT SEGHODAK KUE GHAYO... LOBAI SAHAK BOCEGHITO :
Apo bilo ayam molinteh dopan sokumpulan kambing..kambing mulo menghino dan membukak aib ayam. "APO LA AYAM NI...KEPALO NEK MOYANGAN LAWA SIAP BOBALUNG-BALUNG, TOMPI KASUT TAK PAKAI...GOMA LAK BERKAKI AYAM"
Read More

Friday, February 24, 2012

Agak-agak la nak copy paste pun

Assalamualaikum


Aku terpanggil sebenarnya untuk buat 'entry' ini sebab benda ni terjadi bukan setakat terjadi tetapi semakin hangat terjadi dan menjadi jadi sejak dulu lagi..kalau bidang hiburan kira macam CD cetak rompak la. Tapi dalam blog berbeza sedikit tetapi hampir sama.






Bagi pendapat aku dalam berblog tak salah untuk 'copy' atau 'share' cerita dari blog orang lain selagi anda tidak mengaku yang tulisan itu adalah 100% tulen dari dalam diri sanubari anda. Rasa nya blog persendirian yang menceritakan tentang tuan blog atau cerita sewaktunya mungkin tiada masalah tetapi blog-blog yang bermain dengan SEO selalu mengalami kejadian 'copy' meng 'copy' ini.
'copy' dari google
Read More

Thursday, February 23, 2012

Ustaz Don memang sempoi

Assalamualaikum WBT

Hari ini cuma nak cerita pasal seorang Ustaz yang tengah jadi fenomena di negara kita ketika ini. Bukan nak cerita pasal Ustaz Azhar Idrus tapi nak cerita sikit tentang Ustaz Don yang popular dengan rancangan 30 Minit Ustaz Don yang kita boleh tengok kat TV Alhijrah.
Aku sebenar nya baru je layan cerita ini lebih kurang 2 bulan lepas tu pun sebab terbaca tentang Ustaz Don kat FB. Best ke rancangan Ustaz Don ni. Tapi pertama kali aku tengok rancangan beliau terus aku tertarik untuk tengok dan tengok lagi selepas itu.


Ehsan wife aku : MMS dari Kuching
Read More

Wednesday, February 22, 2012

IMM First Give Away

Assalammualaikum


Aku sebenarnya telah dijemput sendiri oleh suami kepada tuan blog IIM untuk join GA ini. Jadi peluang ini juga aku ambil untuk membantu beliau dalam mempromosi kan blogshop beliau ini.


Jadi kamu semua terutama kaum wanita jangan fikir-fikir lagi sila join GA ini ..hadiah pun best tau. Kalau aku dapat aku akan bagi pada wife dan baby aku. Sebab ada 2 hadiah kalo menang

Read More

#WW-Wordless Wednesday # 33


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) 


Monday, February 20, 2012

cerita kenduri 18 Feb 2012

Assalamualaikum


Seperti yang semua sedia maklum *bajet retis* 2 minggu berturut-turut aku balik ke kampung di negeri sembilan. Dua minggu lepas sebab ada kursus kat KL jadi aku singgah kampung dulu..





Sabtu lepas aku terpaksa balik ke kampung semula sebab atok aku ada buat sikit kenduri doa selamat, tahlil dan bacaan Yassin sempena keberangkatan beliau ke Tanah Suci pada bulan March nanti untuk mengerjakan ibadah umrah.
Read More

Petua Imam Syafie



PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam






Read More

Saturday, February 18, 2012

Rindu bangat sama kamu deh!!

Hari ini hari sabtu dan esok hari ahad
Namun semua itu tiada erti nya bagi aku kerana
Kedua orang tersayang tiada disisi ku

Mungkin rindu aku terhadap puteri ku 
akan dapat ku hilangkan sebab 
esok aku akan pulang ke kampung 
bertemu puteri ku itu

cuma rindu ku terhadap isteri akan ku 
pendam kan sehingga bulan 3 nanti
jadi kepada Mama dan Syaza 
Papa rindu bangat sama kamu deh!!!!


p/s : Auto Publish ni..aku balik kampung dah masa korang baca entry ni hehe..



Friday, February 17, 2012

Dapat cek dari Nuffnang

Assalammualaikum

Selesai sudah kursus aku di ibu pejabat aku di KL..ramai yang ingat aku menginap di The Zone JB tapi sebenarnya tak..aku menginap di The Zone KL. hehe..hari ini tak nak cerita pasal kursus lagi ...simpan dulu..sebab hari ini nak cerita sesuatu yang agak menceriakan.





Bulan Februari seperti bulan yang melimpah ruah dengan rezeki bagi aku..semalam sampai-sampai kat rumah dapat satu surat..macam surat dari bank...

Read More

Wednesday, February 15, 2012

phone update lagi

assalamualaikum semua..aku tengah kursus ni..tapi yang tukang ngajar ni terkena kenan klia express kot..dah la tengah belajar sistem dalam akaun..memang bertambah pening tambah plak sistem yang nak digunakan pun masih berapa nak stabil bak kata lain masih ting tong lagi..hari ni hari last kursus jap lagi aku gerak terus balik kampung...sampai jumpa lagi..da mcm fb lak blog aku buat tempat update status ;-)

Tuesday, February 14, 2012

Kisah Menyayat Hati

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Read More

Monday, February 13, 2012

Saturday, February 11, 2012

minggu lepas punya cerita

Assalammualaikum..


Disebabkan busy yang teramat sangat mengalahkan perdana menteri ivory coast aku terpaksa membatalkan hasrat untuk buat entry ini..bukan x berupdate tetapi entry-entry yang keluar pada minggu ini semua dah ada dalam draf aku cuma nak publish je..

Minggu lepas aku bercuti agak panjang..kalau diikutkan cuti umum sampai hari isnin je..sebab Pahang tak cuti pun masa Thaipusam..jadi aku sambung lagi cuti pada Jumaat..bukan apa nak manja-manja ngan anak lebih sikit maklum lah dah seminggu tak jumpa...



Read More

Friday, February 10, 2012

Follower ke 2201

Assalammualaikum 


Entry kali ini lebih kepada penghargaan khas untuk salah seorang followers ( pengikut ) phat corner. Syukur alhamdulillah semasa entry ini di karang pengikut sudah mencapai 2208. Sikit kalo dibandingkan dengan 100,000 tapi banyak kalau dibandingkan dengan 1.






Kenapa aku pilih 2201 ? tak pilih nombor lain seperti 2000 ke? Sebenar nya nombor ni ada kena mengena dengan phat..keluarga dan kawan-kawan rapat mesti dah tau.
Read More

Thursday, February 9, 2012

Kosalahan tatabahaso

Dalam perkampungan GBS memang diakui ponoh dongan berbagai kaum dan etnik. Jadi tok kotuo kampung tolah molantik den sobagai pomorikso ujian-ujian yang mombabitkan korteh satu bahaso noghoghi sombilan tomasuk kofahaman dan juo ponulisan.
Walaupun den sorang inspekter den tidak lopeh dari buek kojo cek koteh pekso ni pado malam hari. jadi kepado semuo orang kampung silo la mintak tunjuk ajar daripado penduduk kampung yang memang asal eh dari  N9 macam si Adila, Kiz dan lain. Tak buleh nak lotak namo sobab maleh nak poe cek satu-satu kek kampung.

Read More

Bahana Cinta Internet: Kesian. Kena Tipu Hidup-Hidup

Kelmarin aku keluar minum dengan member aku. Maklumla, lama tak jumpa. Nak jugak lepak borak-borak. Tapi, sepanjang dok lepak dengan dia. Dia asyik murung je. Aku pon curious. Lalu, terjalinlah sebuah conversation, seperti berikut:
"Hafiz, apsal aku tengok ko ni muram je. Bini ko dah mati ke?". Tanya aku selamba. 

"Eh kau ni JT. Aku mana kawen lagi. Macam mana nak mati bini?". Balas Hafiz.

"Ala, aku gurau-gurau je tu. Hehe. Abis tu apa masalah kau ni? Cite la sket. Mana tau aku boleh tolong tambahkan lagi masalah ko ke. Kehkeh.."

"Hm, susah la nak cite. Rumit. Aku rasa macam orang bodoh pon ada". Balas dia. 

"Ala, alang-alang dah ada rupa bodoh tu kat sini. Ko cite je la. Dengan aku pun nak berkira ke?". Minta aku dengan nada manja.

"Oo, sedap ko kata aku bodoh ek. Takpela, sebab ko member aku yang paling hina. Aku cite gak la. Ko dengar betul-betul. Tiada ulang tayang ni". Tegas dia, gaya macam seorang lecturer. 
Read More

Wednesday, February 8, 2012

Pendapatan mamat ni memang lumayan

Australia Open 2012 baru sahaja melabuhkan tirai nya. Dan seperti yang diketahui oleh semua peminat-peminat tenis di seluruh dunia pemain nombor satu dunia iaitu Novac Djokovic telah menjadi juara.






Novac Djokovic telah menewaskan Rafael Nadal dalam pertarungan lima set yang menyaksikan perlawanan berlanjutan hingga ke pukul 1.00 pagi waktu Melbourne.

Read More

WW-Wordless Wednesday #32


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) 


p/s : tuka keje la pasni hahaha jadi pelakon

Tuesday, February 7, 2012

Khas untuk mama

video

Assalammualaikum

Entry ini adalah ditujukan untuk isteri phat yang jauh di Kuching sana.
Papa tau macam mana rindu nya mama pada anak kita
So untuk hilangkan sedikit kerinduan
sebelum mama pulang ke semenanjung bulan 3 nanti
ikuti lah perbualan papa dengan si syaza beberapa hari lepas


Video ni dirakam sebelum bersiap-siap nak g kenduri kawen

jom jalan ;-)


p/s : minggu ni balik kampung lagi ;-)

Budak sekarang memang bijak


Memang tidak dinafikan budak-budak sekarang memang bijak. Bukti kukuh telah menunjukkan peningkatan setiap tahun dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM yang mana begitu ramai budak-budak yang dapat kesemua A dalam mata pelajaran yang mereka ambil.

Tapi dalam ramai-ramai yang pandai ini ada juga yang kurang bernasib baik..mungkin ada beberapa sebab kenapa mereka tidak mencapai kecemerlangan seperti mereka salah jawab soalan, mereka tak cukup masa nak jawab, mereka memang saja tak nak jawab atau pun mereka memang tak nak baca buku...

pinjam google
Read More

Saturday, February 4, 2012

Friday, February 3, 2012

Kisah Benar : Kenapa Ayah X kasi aku pakai tudung

 Ceritanya begini...


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.


Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.


Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.


Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.


pinjam google

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!


Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???


Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!


Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"


Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.
Read More

Thursday, February 2, 2012

Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Kelantan 1 Feb 2012

Tadi telah berlangsung nya perlawanan persahabatan pasukan Malaysia ( Harimau Malaya ) bertemu Kelantan. Perlawanan ini adalah tidak lain platform untuk Datuk K.Rajagobal menguji pemain-pemain yang telah dipanggil sebelum menghadapi perlawanan persahabatan dengan Arab Saudi selepas ini.

Keputusan berpihak kepada pasukan Malaysia dengan 5 - 0 . Dan jaringan telah dibuat oleh Asraruddin Putra Omar minit 36, Shahruhain Abu Samah minit 42, S.Kunanlan minit 62, Abdul Hadi Yahya minit 78 dan Izwan Sollahudin minit 90.

Read More

Wednesday, February 1, 2012

WW-Wordless Wednesday #31





pinjam google


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)