adsense

Busuk

adsense

Geniee

Thursday, October 18, 2012

Q&A Diskaun 10% PTPTN


FAQ BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 10% KEPADA PEMINJAM/ PENERIMA BIAYA YANG MEMBUAT ANSURAN BAYARAN BALIK PINJAMAN/ PEMBIAYAAN PTPTN SELAMA  12 BULAN BERTURUT-TURUT ATAU 12 BULAN KE HADAPAN MENGIKUT JADUAL BAYARAN BALIK MULAI 1 OKTOBER 2012

SOALAN 1
Siapakah yang layak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman/ pembiayaan mengikut jadual bayaran balik  yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai 1 Oktober 2012.

SOALAN 2
Saya telah membuat bayaran balik pada setiap bulan  mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan semenjak dahulu. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai pembayaran  1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini.  Pengiraan  dua belas (12) bulan adalah mulai 1 Oktober 2012.

SOALAN 3
Saya telah membuat bayaran balik ansuran bulanan melebihi daripada ansuran bulanan yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturutturut? Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan. Contoh pengiraan :
Jumlah bayaran balik mengikut    : RM2,100
Jadual bayaran balik (12 bulan)  
Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan)  : RM3,000
Pemberian diskaun yang diberikan    : RM   300
(10% x RM3,000)

SOALAN 4
Saya membuat bayaran balik setiap bulan tetapi tidak mengikut jadual bayaran balik iaitu kurang daripada ansuran yang ditetapkan, tetapi berturutan selama dua belas (12) bulan. Adakah saya layak mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak layak.Pemberian diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran berdasarkan kepada jadual bayaran balik yang ditetapkan.

SOALAN 5
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji, adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji bermula 1 Oktober 2012.

SOALAN 6
Dalam bentuk apakah pemberian diskaun 10% ini diberikan?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun. SOALAN 7 Bilakah pemberian diskaun 10% akan diberikan kepada peminjam?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
SOALAN 8
Saya telah dikenakan tindakan saman/ penghakiman, tetapi membuat bayaran balik secara ansuran berturutan selama dua  belas (12) bulan (selepas Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak sekiranya ansuran bayaran balik berasaskan jadual bayaran balik selepas penghakiman dan peminjam juga digalakkan untuk membuat pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah.

SOALAN 9
Berapa kalikah diskaun 10% diberikan kepada peminjam?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% akan diberikan tanpa had (masih dalam jadual bayaran balik sebenar), tertakluk kepada peminjam membuat bayaran balik untuk setiap tempoh dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.


SOALAN 10
Saya telah membuat bayaran balik (sebelum Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak layak, kerana pemberian diskaun ini diberikan mulai 1 Oktober 2012
dan ke hadapan.

 SOALAN 11
Adakah saya perlu memohon bagi mendapatkan pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak perlu kerana pemberian diskaun 10% akan dikira selepas dua belas (12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik dilakukan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.

SOALAN 12
Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji tetapi terdapat kesilapan potongan gaji/ lewat diremitkan oleh majikan kepada PTPTN.  Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak setelah pengesahan semula dilakukan oleh pihak majikan kepada
PTPTN.

SOALAN 13
Saya telah menunaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) tetapi bukan merupakan peminjam PTPTN. Adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak sekiranya bayaran balik Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) dibuat selama dua belas (12) bulan berturut-turut bermula   1 Oktober 2012.

SOALAN 14
Adakah pemberian diskaun 10% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN?
Jawapan :
Ya, tertakluk kepada ansuran bayaran balik mengikut jadual bayaran balik selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
SOALAN 15
Bagaimanakah pemberian diskaun 10% dikira?
Jawapan :
Pemberian diskaun 10% dikira daripada jumlah bayaran ansuran bulanan mengikut jadual bayaran balik atau lebih dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.

SOALAN 16
Sekiranya saya mempunyai lebih daripada dua (2) pinjaman, adakah saya layak untuk menerima pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Layak bagi kedua-dua pinjaman jika bayaran dibuat berdasarkan jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.

SOALAN 17
Saya membuat bayaran tetapi tidak konsisten (kadang-kadang mengikut jadual bayaran balik, kadang-kadang kurang), dan telah membuat bayaran balik dua belas (12) bulan berturutan sebelum ini, adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan:
Tidak Layak. Bayaran balik mesti dilakukan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. Pemberian diskaun 10% hanya  diberikan untuk ansuran berturut-turut selama dua belas (12) bulan  atau dua belas (12) bulan ke hadapan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.

SOALAN 18
Saya membuat bayaran balik sekali (melalui KWSP), adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan:
Layak, sekiranya amaun bayaran balik daripada KWSP sama atau melebihi ansuran bayaran balik bagi tempoh dua belas (12) bulan. 

SOALAN 19 
Saya telah membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji dan dijangka akan tamat pada Disember 2012. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan :
Tidak layak kerana pemberian diskaun 10% ini bermula pada Oktober 2012 dan tidak cukup dua belas (12) bulan berturut-turut.

SOALAN 20
Saya telah membuat bayaran balik melalui Arahan Tetap (Standing Instruction – SI) tetapi mengikut rekod PTPTN terdapat bayaran balik yang tidak diterima dalam tempoh 12 bulan ?
Jawapan :
Semakan akan dilakukan dan kelayakan akan ditentukan berdasarkan kepada semakan PTPTN dan pihak bank.

17 comments:

  1. thanks sbb sharing maklumat ni...

    ReplyDelete
  2. erk aku bukanlah orang yg bijaksana... maka aku tak sempat nak melanjutkan pengajian aku.. dan ini bermakna aku tak merasa nak pijam PTPTN dan tek merasa diburu mimpi ngeri utk membayor balik PTPTN mue he he he >..<

    ReplyDelete
  3. info lengkap..klo dpt ptptn dgn laju byr..haha

    ReplyDelete
  4. info yg berguna nie bro......
    pejelasan yg jelas kepada peminjan PTPTN......

    ReplyDelete
  5. erk! layakkah saya mendapat diskaun 10% ini kalau saya tak pernah memohon PTPTN? kekeke.. :P

    *Good info abg phat sangat jelas mengenainya..

    ReplyDelete
  6. byk persoalan dpt dirungkai di sini.. :)

    ReplyDelete
  7. nasib blaja sampai darjah dua je xde pinjaman ptptn jom follow back

    ReplyDelete
  8. ha amek. mmg jelas nih. nice entry la Phat ;)

    ReplyDelete
  9. Thanks Bro Phat.. Good Info untuk para peminjam PTPTN

    ReplyDelete
  10. terbaik..semoga jadi rujukan para peminjam ptptn

    ReplyDelete
  11. ehem2... kpd smua, cpat la byo utg PTPTN tu., :)

    ReplyDelete