Friday, August 10, 2012

Cara dapatkan code iklan di Nuffnang Wajah Baru

Assalamualaikum WBT

Tanpa kita sedar dah masuk 10 hari terakhir kita berpuasa makna nya minggu depan semua umat Islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Ok tapi hari ini aku tak nak cerita pasal raya pun tu hanya sebagai mukadimah bagi korang semangat sikit.Ye la kan kalau tengok tajuk pun tak ada kena mengena langsung dengan puasa atau pun raya.







Seperti yang kita tau atau yang tak tau si Nuffnang telah berwajah baru.Memang lain dari yang lain.Nampak lagi kemas website baru nuffnang ni. Ini bagi sesiapa yang tempek iklan Nuffnang la ya.Sebab aku salah sorang yang tempek iklan ni kat blog nak tempek iklan lain tak lepas maklum la suam suam kuku je hehe...


colorful gitew!!

Korang tengok la sendiri beberapa gambar kat sini. Wajah baru ni lebih ceria sebab bermacam macam warna ada kat situ. Dah macam game football manager dah sekali imbas dah macam CM4 hahahaha..

Itu semua tak kisah pun bagi aku janji earning masuk tiap tiap hari kan.Tapi yang jadi masalah nya bila aku nak cari code iklan dalam website baru ni..godek punya godek 3 hari pun aku tak jumpa jugak. Tapi nasib baik ada Skytechxtreme datang bagi bantuan. TQ so much bro sekarang baru aku tau..

Kalau yang lama tu dulu senang je sebab dah ada dah kat bar atas tu. Apa apa pun bagi yang belum jumpa code jugak leh try ikut step step kat bawah ni :


Blog Manager

Klik "Manage My Blog"

Update survey > submit

Klik "Add Ads page" kat bar warna hijau tu..

Pilih Ad Types...nanti akan keluar kod iklan tu


Thursday, August 9, 2012

Bonus Raya Dah Masuk

Assalamualaikum WBT

Seperti yang telah diumumkan hari ini semua penjawat awam akan menerima 1/2 bulan bonus. Tidak terkecuali aku adalah salah seorang daripada penjawat awam tersebut. Syukur alhamdulillah merasa jugak aku bonus.Maklum la aku ni baru je masuk dalam perkhidmatan awam ni.






Bila sampai opis apa lagi terus buka Mayban2u nak check duit dah masuk dalam akaun ke belum. Ternyata dah masuk.Dan sekarang ni tengah dok memikir nak beli keperluan sempena raya yang tidak berapa lama lagi ni.hehe..


Aku tak kisah sangat bab-bab baju sendiri atau keperluan sendiri apa yang penting sekarang nak setelkan keperluan untuk anak dan isteri dulu. Itu yang lebih utama..Mungkin minggu ni jugak nak plan g bershopping tapi tak tau lagi nak bershopping di mana. Kompom sesak kan minggu ni kalo nak g mana-mana..

Sekali lagi syukur dengan rezeki ini dan berharap aku dapat gunakan sebaik mungkin.Harap aku x membeli benda2 yang tidak diperlukan yang boleh mendatangkan pembaziran.Mood raya semakin membuak buak sebab masa on d way nak dtg kerja banyak dah lagu raya kat radio...

Aku tak tau nak tulis apa tu yang keluar entry ni.Harap korang enjoy dan selamat menunaikan puasa untuk hari ini dengan jaya nya..