Tuesday, July 31, 2012

Segmen Raya Sakan : Teka Juadah Raya!!


Hari ini aku outstation.Blog baru je buka lebih kurang jam 3. Dan aku memang blur tahap cipan la tak tau nak hapdate apa..dah la drive dari Temerloh ke Cherating dari pukul 6 pagi then balik semula dari Cherating ke Temerloh plak sampai dalam pukul 3 petang. Mana pagi2 buta dah tengok orang meninggal eksiden depan opis. Hushhhh dugaan betul hari ini.Arwah bawa moto langgar lori balak yang parking kat bahu jalan depan opis aku.





Mak ai panjang plak mukadimah aku macam xde mood raya je..mood raya apa mukadimah tu macam boleh ingat kan kita kan supaya berhati-hati nak nak musim raya ni..ye la kan ajal maut kita ni tak tentu lagi..

Ok berbalik kepada segmen kat atas tu. Aku hangin betul ngan tuan segmen ni..berani dia beli baju raya awal dari aku pastu semangat nak raya dia bikin ini segmen plak...
Read More

Monday, July 30, 2012

Hari ke 10 Ramadhan

Assalamualaikum WBT


Sedar tak sedar dah 10 hari kita semua umat Islam di Malaysia dah berpuasa. Seperti yang phat dengar masa tazkirah sembahyang terawih, kita hari ini dah masuk hari last dalam fasa pertama kita berpuasa dan esok masuk pulak fasa yang kedua.





Keseronokan berpuasa pada tahun ini berbeza sedikit dari tahun lepas dan insyaallah raya tahun ini pun berbeza sedikit dari tahun lepas. Tahun phat menyambut puasa dan raya berdua dengan wife je. Masa tu baby masih dalam kandungan lagi.



Tahun ni Ramadhan phat sambut dengan Syaza walaupun tanpa mama dia. Mama dia jauh kat Sarawak sana sambung study. Tapi tak apalah dah rezeki kami sekeluarga macam ini kan kami redha je..

Read More

Friday, July 27, 2012

OFFLINE MODE



Assalamualaikum WBT

Hari ini aku kena outsation

Jadi aku tak leh nak update entry

Ni pun curi masa sikit nak update

Konon tak nak hampakan pembaca setia semua

Apa apa pun selamat berpuasa kepada semua ya..

Ni hadiah untuk korang di hari jumaat yang mulia ni

Petang ni nak gerak balik kampung

Korang 2 3 hari ni singgah singgah la sini ek 

Tapi tak ada entry baru la ;-)

Thursday, July 26, 2012

Mak Banjir!! Air dah Naik - Repost

Assalamualaikum WBT


Aku sahut cabaran ko Afzal tapi aku memang tak ada apa apa idea sekarang ni sebab perut kosong jadi aku korek je la entry lama untuk cuba nasib. Cerita nya begini :-
*******


Kejadian berlaku di sebuah kampung di pinggir bandar Kuantan..perkampungan ini memang agak rendah di selalu dinaiki air jikalau hujan turun tidak berhenti-henti selama 3 hari..pasti air akan naik busuk2 pun paras buku lali mesti naik ...pendek kata memang naik la air masuk ke rumah a.k.a banjir 



Fakrul bukan nama sebenar seorang pelajar POLISAS dan sedang mengikut Diploma kejuruteraan Mekanikal semester 4 di poli tersebut.Muka boleh tahan la.Ramai jugak awek-awek poli yang nak kan si Fakrul ni tapi simpan dalam hati je la sebab hati Fakrul ini dah dimiliki...


pinjam google

Read More

Wednesday, July 25, 2012

WW-Wordless Wednesday #53


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



Tuesday, July 24, 2012

Berbuka di Temerloh

Assalamualaikum WBT


Hari ini alhamdulillah dah masuk hari keempat semua umat islam di Malaysia berpuasa. Dan buat pertama kali nya semalam aku berbuka di rumah di Temerloh. Sebab 2 hari sebelum ini aku berbuka puasa di kampung. Berbuka puasa di kampung sangat lah "ohsem" sebab semua lauk pauk mak aku yang masak memang sodapppp...





Jadi semalam masa dari 7.30 pagi sampai 4.30 pagi kat pejabat aku ni dok fikir nak makan apa..last last tak plan jugak nak makan apa..pergi dulu bazar ramadhan kat sana nanti baru la pilih apa yang aku nak makan..Aku ni baru je 2 bulan pindah ke Temerloh jadi tak berapa familiar kawasan bazar sekitar Temerloh.

Syukur atas bantuan orang Temerloh sahabat kita Nisa Kay bertindak sebagai GPS aku hehe..dia dah list kan  bazar bazar yang terdapat di sekitar Temerloh masa aku post kat wall FB aku.. Tq ye Nisa ..

Read More

Monday, July 23, 2012

Hari ke 3 dah kita puasa

Assalamualaikum WBT


Alhamdulillah sudah hari yang ke 3 semua umat Islam di Malaysia telah berpuasa.Rasa nya semacam sekejap je masa berlalu. Seperti baru je berpuasa tahun lepas. Apa apa pun phat sangat bersyukur kerana sekali lagi berkesempatan untuk menemui Ramadhan untuk kali ini.





Tahun ni ada beberapa perbezaan daripada puasa tahun lepas. Puasa tahun lepas phat dan isteri je..masa tu Syaza masih dalam kandungan mama dia lagi. Tapi sekarang ni kami dah betul betul bertiga. Cuma ada lagi satu beza di mana kami bertiga terpaksa menjalani puasa secara berasingan.



Sabtu dan ahad hari pertama dan kedua puasa tahun ini phat berpuasa di kampung jadi dapat la bersama-sama ngan Syaza cuma kami berdua tak dapat la bersama sama dengan mama Syaza yang jauh kat Kuching tu..tak seperti tahun lepas phat dan wife dapat berbuka sama sama.
Read More

Friday, July 20, 2012

Kongsi Hadis : Puasa Lidah

Kategori : IBADAH Puasa  
Tajuk :
Puasa lidah
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum sahaja dan perkara perkara yang membantalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota dari melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Bahkan inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti menjaga lidah dari mengeluarkan perkataan-perkata yang kotor atau sebagainya.
2. Orang yang berpuasa hendaklah banyak bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. Sekiranya mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”.
3. Untuk mengelak dari melakukan perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, membaca Al-Quran dan berselawat kepada Nabi dan sebagainya.




Thursday, July 19, 2012

Artis Kutuk UKM?

Assalamualaikum WBT


Dengan kesempatan masa yang sedikit ini rezeki telah menemukan satu berita yang agak menarik untuk dibaca. Zaman teknologi yang sememang nya begitu canggih ini menyebabkan jari jemari kita ini mudah untuk meluahkan apa sahaja melalui media sosial dan lantas boleh terus dibaca oleh orang ramai.









Seorang pelakon dikatakan telah "tweets" ayat ayat yang berbaur menghina UKM. Ini telah mendatangkan kemarahan warga UKM sendiri. Oleh itu, Persatuan Mahasiswa UKM mendesak supaya artis berkenaan untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua warga UKM.


Read More

Wednesday, July 18, 2012

Tuesday, July 17, 2012

Maaf

Assalamualaikum WBT


Lebih kurang 3 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Bermakna kita semua yang beragama Islam akan berpuasa selama sebulan sebelum menyambut Aidilfitri di bulan Syawal. Jadi dikesempatan ini aku dan keluarga ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang telah aku lakukan. 






Aku hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan secara sengaja atau pun tidak sengaja.Jadi kepada isteri, semua ahli keluarga, kawan-kawan dan pembaca blog ini sekali lagi aku mohon maaf dengan korang semua. Diharap Ramadhan kali ini akan membawa rahmat dan keberkatan kepada kita semua.
pinjam Google


Read More

Monday, July 16, 2012

Income kau Beribu?? Ada aku kesah

Assalamualaikum WBT


Dah 2 hari cuti makna nya aku akan balik ke kampung macam biasa. Dan begitu juga dengan dunia maya aku akan tinggalkan selama 2 hari tersebut. Pagi tadi bila belek-belek blog ni terjumpa satu komen yang agak menarik. Disebabkan komen itu tercipta lah entry ini.



Maka kasihan lah kepada entry entry yang aku dah taip sebelum ini terpaksa diperam lagi dalam draft hehe..Tengah sibuk baca komen komen dari sahabat, pasal entry INI ada pulak satu komen dari Anonymous. Dah la sembunyi identiti pastu bagi komen yang agak "takbur" bunyi nya..

Aku x kisah siapa pun nak komen entry aku..tapi tak payah la bongkak ke takbur ke ..ia bukan saja buat orang menyampah tapi boleh sebab kan orang hilang respect kat kau..

Read More

Friday, July 13, 2012

BE LAGI!!! TQ Nuffnang - Lebih 10 BE di terima

Assalamualaikum


Seperti yang korang tau dan baru tau hari ini, cek aku dari nuffnang baru je clear minggu lepas. Duit tu ada dok lagi dalam akaun aku hehe..nak guna balik kampung petang kang ..untuk cerita selanjut nya sila ke SINI





Tahun ini BE yang diterima agak kencang berbanding tahun lepas. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab jika di lihat pada perkiraan tahun lepas hingga bulan Julai aku hanya mendapat tidak lebih dari 10 BE dari Nuffnang. Tapi rezeki tahun ini agak murah.



Read More

Thursday, July 12, 2012

Panas !! Gambar Permukaan Planet Marikh


Assalamualaikum WBT




GAMBAR bertarikh 9 Jun lalu menunjukkan permukaan planet Marikh yang dirakamkan kenderaan Opportunity.




WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyiarkan gambar permukaan planet Marikh kelmarin.
Gambar itu dirakamkan kenderaan penjelajah planet itu, Opportunity milik NASA.
Terdapat jejak pergerakan kenderaan tersebut di dalam gambar itu. - Reuters

SUMBER : KOSMO
p/s : macam kat gurun yang ada kat dunia je

Wednesday, July 11, 2012

WW-Wordless Wednesday #52

video

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Tapi kali ini lain sikit aku post VC khas untuk wife aku



Tuesday, July 10, 2012

Cheque Dari Nuffnang lagi

Assalamualaikum WBT


Aku tinggalkan 4 hari blog ini sebab aku balik kampung khamis lepas. Ada emergency..pagi tu mak aku call memberitahu bahawa pakcik aku yang telah lama sakit telah kembali ke rahmatullah. Mari kita sedekah kan Al Fatihah untuk arwah ..





Setelah selesai ziarah dan pengebumian aku balik rumah mak aku.. tak sabar nak jumpa anak aku ;-).. jap lagi kakak aku pass aku satu surat..tengok gaya surat macam dari HSBC bank..Ye la betul la..cheque dari Nuffnang..Syukur sampai dah cheque aku..walaupun tak sebanyak mana tapi alhamdulillah..



Nampak nya rezeki dari Nuffnang tak putus-putus..Ini semua hasil dari sokongan semua sahabat juga kalau tak tak dapat la jugak "payment" dari Nuffnang ni ..Jadi terima kasih kepada korang semua ya..

Read More

Thursday, July 5, 2012

CONTEST : TOP REFERRER DAPAT FREE DOMAIN

Assalamualaikum WBT

Seronok terjah kawasan kawan-kawan aku terjumpa satu contest yang menawarkan hadiah yang cukup menarik.Hadiah domain tu. Korang yang blogspot ni tak teringin ke nak guna .com??





Kalau ada cita-cita tu kenapa tak cuba contest daripada Silence Blogz ni. Mana tau ada rezeki kita dapat pakai domain sendiri kan kan kan

So untuk keterangan lanjut korang sila la terjah penganjur ok. Semua berkenaan hadiah, syarat-syarat dan serba serbi ada kat blog penganjur.

Sila klik banner:


Atau :



Info Tambahan :

Apa itu domain?

Menurut wikipedia :

"A domain name is an identification label that defines a realm of administrative autonomy, authority, or control in the Internet. Domain names are hostnames that identify Internet Protocol (IP) resources such as web sites. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System (DNS)."

Translated : google translate:-

"Nama domain adalah label pengenalan yang menentukan alam autonomi pentadbiran, kuasa atau kawalan dalam Internet.Nama-nama domain adalah nama host yang mengenal pasti Protokol Internet (IP) sumber-sumber seperti laman web.Nama-nama domain yang dibentuk oleh kaedah-kaedah dan prosedur Sistem Nama Domain (DNS)."

Contoh:

http://www.blogger.com - ini adalah domain.

http://www.namaBlogKorang.com - ini la domain.

Wednesday, July 4, 2012

WW-Wordless Wednesday #51


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)



Tuesday, July 3, 2012

FAKTA MENARIK PEMAIN BOLA SEPAK PALING LAJU DIDUNIA

1: Theo Walcott [ARS] 100m 10.3s.

2: Cristiano Ronaldo [RM] 100m 10.63s.

3: Ryo Miyaichi [ARS] 100m 10.84s.

4: Gabriel Agbonlahor [ASV] 100m 10.98s.

5: Javier Hernandez [MU] 100m 11.08s.

6: Thierry Henry [NYRB] 100m 11.09s.

7: Arjen Robben [FCB] 100m 11.34s.

8:Gareth Bale [TOT] 100m 11.39s.

9: Antonio Valencia [MU] 100m 11.45s

10: Robin Van Persie [ARS] 100m 11.54s

#Usain Bolt (Fastest Man on the planet)- 100m 9.58s. 




p/s : jangan tanya aku apa2 sebab aku copy paste





Monday, July 2, 2012

Sepanyol Juara Euro 2012

Assalamualaikum WBT


Seperti ramai pemerhati dan pengkritik telah menjangkakan yang Sepanyol akan menjuarai Euro 2012 telah menjadi kenyataan awal pagi tadi apabila telah menewaskan Italy dengan jaringan 4-0. Jumlah jaringan yang agak besar dalam perlawanan akhir.






Permainan kemas yang ditunjukkan oleh Sepanyol jelas sekali telah memerangkap pertahanan Itali yang dibelenggu masalah kecederaan. Semua nya tampak selesa apabila Sepanyol mendahului seawal minit ke 14 dan kerja ini dimudahkan lagi dengan keluar nya pertahanan kental Italy iaitu Checilini.
Read More