Sunday, December 30, 2012

Friday, December 28, 2012

Jumaat Terakhir Untuk 2012

Assalamualaikum WBT

Beberapa hari lagi tahun 2012 akan meninggalkan kita. Ini untuk kalendar Masihi ..untuk kalendar hijrah hari ini 14 Safar 1434. Eh macam nama aku plak kan Safar hehehe...Hari ini adalah hari Jumaat. Seperti kita tahu Jumaat adalah penghulu segala hari..






Minggu depan kita dah melangkah ke tahun 2013..jadi nak dijadikan cerita bila kita tengok kalendar hari ini hari terakhir Jumaat dalam tahun 2012. Minggu depan hari Jumaat dah masuk 2013.. 4 Januari 2013.


Aku tak ada idea nak tulis sebenarnya..penat dah perah otak susun ayat jadi inilah hasilnya ye..sebelum aku titik noktah kan entry ini aku nak kongsi hadis kat sini.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)


SUMBER HADIS

Thursday, December 27, 2012

Phat Corner dalam Majalah REMAJA 15.12.2012

Assalamualaikum WBT

Baru-baru ini ada seorang sahabat blogger yang bagi tau "phat corner" ada masuk dalam ruangan blogspot majalah REMAJA terbaru. Majalah REMAJA 15.12.2102. Kalau dia tak bagi tau memang aku tak tau..mungkin bila aku balik kampung baru aku dapat tau sebab adik aku je yang memang beli majalah REMAJA ni setiap bulan..





Mungkin ada dikalangan kawan-kawan phat yang perasan dan mungkin juga tidak hehe..aku nak ucapkan terima kasih pada MIA sebab bagi tau aku pasal ni ..begitu juga si YANA yang post kan pasal bende ni kat wall FB dia..



Aku pun tak sangka borang yang aku hantar tu boleh terpilih lak ..sebab bukan apa blog ini bukan ada apa pun just tempat kongsi cerita je pun..

Apa apa pun terima kasih kepada team REMAJA sudi pilih blog ini..walaupun URL yang ditulis kat majalah tu ada kesilapan.Kepada semua pembaca yang banyak support blog ini TQ so much untuk korang semua...


Cover REMAJA 15.12




p/s : REMAJA kah aku? ;-)

Wednesday, December 26, 2012

Senarai Pemain Negeri Sembilan FA 2013


 Skuad Negeri Sembilan 2013

  • Presiden: Dato’ Mohamad Hasan
  • Pengurus: Divaldo Alves
  • Pen Pengurus: Faizal Zainal
  • Ketua jurulatih: Divaldo Alves
  • Pen Jurulatih: Ahmad Osman

  1. Hamsani Ahmad (GK)*
  2. Badrulzaman Abd Halim (DF)
  3. Kaharuddin Abd Rahman (DF)
  4. Zulfaizam Khamis (DF)
  5. Tengku Qayyum (DF)
  6. Fauzi Nan (DF)*
  7. William Modibo (DF)*
  8. Muszaki (DF)
  9. Norhafiz Zamani (DF) – Pen Kapten
  10. Azmeer Yusof (DF)*
  11. Abd Ghani Rahman (DF)*
  12. Norismaidham Ismail (DF)
  13. Aliff Shamsudin (DF)
  14. Muhd Riduan (DF)
  15. Eddy Helmi Manan (MF)*
  16. Idris Karim (MF) – Kapten
  17. Halim Zainal (MF)
  18. Shahurain Abu Samah (MF)
  19. Rashid Mahmud (MF)
  20. Nazrin Nawi (MF)
  21. Shakir Ali (ST)
  22. Firdaus Azizul (ST)
  23. Emanuel De Porras (ST)*
  24. Alafi Mahmud (ST)*
* pemain baru

CREDIT : SR

Saturday, December 22, 2012

UEFA Europa League 2012 Round of 32 Draw

Round of 32 draw
1 FC BATE Borisov v Fenerbahçe SK
2 FC Internazionale Milano v CFR 1907 Cluj
3 Levante UD v Olympiacos FC
4 FC Zenit St Petersburg v Liverpool FC
5 FC Dynamo Kyiv v FC Girondins de Bordeaux
6 Bayer 04 Leverkusen v SL Benfica
7 Newcastle United FC v FC Metalist Kharkiv
8 VfB Stuttgart v KRC Genk
9 Club Atlético de Madrid v FC Rubin Kazan
10 AFC Ajax v FC Steaua Bucureşti 
11 FC Basel 1893 v FC Dnipro Dnipropetrovsk
12 FC Anji Makhachkala v Hannover 96
13 AC Sparta Praha v Chelsea FC 
14 VfL Borussia Mönchengladbach v S.S. Lazio
15 Tottenham Hotspur FC v Olympique Lyonnais
16 SSC Napoli v FC Viktoria Plzeň

The first legs will be played on 14 February, with the returns the following Thursday, on 21 February.
Round of 16 draw

Napoli/Plzeň v BATE/Fenerbahçe
Leverkusen/Benfica v Dynamo/Bordeaux
Anji/Hannover v Newcastle/Metalist
Stuttgart/Genk v Mönchengladbach/Lazio
Tottenham/Lyon v Inter/CFR Cluj
Levante/Olympiacos v Atlético/Rubin
Basel/Dnipro v Zenit/Liverpool
Ajax/Steaua v Sparta/Chelsea

The first legs will be played on 7 March, with the returns the following Thursday, on 14 March.

Friday, December 21, 2012

Keputusan Undian Round of 16 UEFA Champions League 2012




Galatasaray AŞ (TUR) v FC Schalke 04 (GER)

Celtic FC (SCO) v Juventus (ITA)

Arsenal FC (ENG) v FC Bayern München (GER)

FC Shakhtar Donetsk (UKR) v Borussia Dortmund (GER)

AC Milan (ITA) v FC Barcelona (ESP)

Real Madrid CF (ESP) v Manchester United FC (ENG)

Valencia CF (ESP) v Paris Saint-Germain FC (FRA) 

FC Porto (POR) v Málaga CF (ESP)

Jadual Perlawanan



Thursday, December 20, 2012

Keputusan 1st Final AFF Suzuki Cup

Assalamualaikum & Greetings,

20122012 - Semalam telah berlangsung perlawanan akhir AFF Suzuki Cup pusingan pertama di antara Singapura dan Thailand. Pada pusingan pertama ini Singapura menjadi tuan rumah dan perlawanan telah dilangsungkan di Stadium Jalan Besar. 





Seperti yang semua maklum stadium ini memang stadium keramat bagi Singapura kerana mereka memang mempunyai kelebihan apabila bermain di atas padang tiruan.

Keputusan perlawanan malam tadi memihak kepada pasukan Singapura di mana mereka telah berjaya menewaskan Thailand dengan jaringan 3 - 1. Jika dilihat keputusan ini memberi kelebihan kepada Singapura.Tetapi Singapura tidak boleh memandang mudah kerana jika Thailand menang 2-0 di Bangkok semua harapan mereka akan musnah.

Jika dilihat kepada permaianan malam tadi memang keseluruhan permaianan dikuasai oleh tuan rumah. Cuma pada separuh masa kedua Thailand mula mengemaskan rentak mereka dan berjaya mencuri satu gol.

Sekian sahaja berita sukan pada hari ini. Saya melaporkan dari depan TV dekat rumah aku.

SINGAPURA  3
vs
THAILAND  1

Wednesday, December 19, 2012

Phat Corner dah guna domain

Assalamualaikum WBT

Hari ini aku nak tulis jugak entry walaupun hari ini hari rabu. Kebiasaannya jika hari rabu aku akan buat Wordless Wednesday ( WW). Tetapi disebabkan aku nak buat satu pengumuman penting jadi aku terpaksa keluarkan entry ini.Jadi kepada semua sahabat-sahabat phat semua sila ambil perhatian ( ceh macam dalam kelas pulak ) huhu

Ini cerita berkenaan GA jugak la ni..baru baru ni phat ada join satu GA.GA ni bagus sebab siapa sahaja yang join akan dapat domain free kata kau. Domain ( .my) gitu.So phat salah seorang yang dapat la hadiah tu kan..domain tu dapat free selama setahun dan untuk renew nanti akan dikenakan bayaran RM20 setiap tahun.




Aku ni bukan arif pun pasal domain ke hape ke cuma url address blog phat corner cantik dan pendek la dari sebelum sebelum ni..tapi url lama tu masih terpakai lagi sebab bila kita klik dia akan redirect ke url baru..


Jadi  korang korang semua adalah dengan ini dimaklumkan bahawa alamat url baru "phat corner" ialah 


tidak seperti yang lama :


Itu je pengumuman aku nak buat TQ

Tuesday, December 18, 2012

Tiba-tiba teringat

Assalamualaikum WBT

Temerloh dihujani rahmat pagi tadi rasa nya hujan turun selepas subuh..memang sejuk betul la..lepas cium Syaza yang memang tengah syok tido tu aku tetiba teringat saat saat mama dia hendak melahirkan dia dulu..masa tu tuhan saja yang tau perasaan aku..cerita penuh sila rujuk SINI





Alhamdulillah semuanya selamat dan segala urusan semasa mama melahirkan Syaza dipermudahkan oleh Nya.Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dikurniakan seorang bayi perempuan yang sihat dan sempurna.Keadaan mama Syaza juga sihat.

Beberapa Minit Selepas Lahir
Read More

Monday, December 17, 2012

Menang G.A lagi

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Lebih kurang sebulan yang lepas aku ada join satu GA yang dibuat oleh satu company IT. GA tu pun sempena pembukaan company tu kalau tak silap aku. Masa tu tuan punya company yang invite aku sendiri untuk join GA tu..aku ingat lagi masa tu dia tinggalkan link kat shoutbox aku minta aku join..





Aku ni memang selalu support kalau ada sahabat sahabat yang buat segmen ke contest ke GA ke..sebab bukan apa..selain dari support kawan-kawan mana tau rezeki ..kita menang kan..



Hadiah utama G.A ni domain free selama setahun tau..tapi teman idak le dapat hadiah utama tapi dapat hadiah kedua je.. 8GB Thumbdrive..Alhamdulillah la tu ye dak...rezeki rezeki..minggu ni memang penuh dengan rezeki yang melimpah limpah untuk "phat corner".

Hadiah yang aku menang tu masih tak sampai lagi..dan aku memang nak buat entry jugak sebab eksited kan menang GA..maklum la aku bukan selalu menang pun kalau ikut rekod ini yang ke 3 kot aku menang...so kepada semua yang nak menang hadiah tu rajin rajin kan lah join GA ke contest ke ..chow..



p/s : selalu la join GA k

Friday, December 14, 2012

Malaysia kecundang di semi final AFF Suzuki Cup

Assalamualaikum WBT

Malam tadi rasa nya memang seluruh peminat bola sepak negara atau lebih dikenali dengan Harimau Malaya duduk depan TV untuk menyaksikan perlawanan secara langsung separuh akhir kedua AFF Suzuki Cup antara Malaysia dengan Thailand.Walaupun di atas kertas memihak kepada Thailand tetapi masih ada baki 90 minit untuk diperjuangkan oleh pemain-pemain Malaysia.





Jika diikutkan keputusan 1 1 di Kuala Lumpur adalah besar impak nya kepada ke 2 2 pasukan tetapi harus diingat jika Harimau Malaya menang 1 0 sahaja di Bangkok itu sudah memadai untuk layak ke final.

Aksi coach marah kan ref LOL ;-)


Read More

Thursday, December 13, 2012

Singapura ke Final AFF Suzuki Cup 2012

12 12 12

Tarikh triple 12 semalam..ramai yang update status kat twitter,facebook dan instagram dengan nombor ni semalam 12 12 12..ramai bayi dilahirkan semalam, ramai yang sambut hari lahir, ulang tahun dan sebagai nya jadi aku ucapkan selamat kepada semua ya..





Panjang pulak intro aku ni dah la tak ada kena mengena ngan tajuk ;-) .. pasti ada kalangan korang yang tau semalam adalah perlawanan separuh akhir kedua bagi Singapura lawan Filipina. Mana masa perlawanan pertama di Manila mereka telah seri 0 0.

Jadi peluang kedua dua pasukan untuk mara adalah sama cerah.Cuma apa yang dapat aku simpulkan game malam tadi pasukan tuan rumah Singapura lebih menguasai permaianan terutama dalam separuh masa pertama..berbeza pula dengan pasukan Filipina yang mula mengemaskan permainan pada separuh masa kedua.
Read More

Wednesday, December 12, 2012

Tuesday, December 11, 2012

Cek ke 4 dari Nuffnang

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera

Hari ini aku nak kongsi sesuatu dengan semua kawan-kawan..minggu lepas aku dah terima satu lagi cek dari Nuffnang..syukur Alhamdulillah..masa-masa gaji awal bulan 11 lepas dapat pulak cek ni..hehe..leh la cover sikit duit minyak kereta aku..





Walaupun tak sebanyak mana tapi aku tetap bersyukur sebab merasa juga cek dari Nuffnang.. kali yang ke 4 dah..walaupun tak sebanyak seperti kawan kawan yang lain aku tetap syukur atas rezeki dari Nya ini..



Read More

Monday, December 10, 2012

Kena Tembak Depan Rumah Sendiri

Assalamualaikum WBT

Semalam selain dari separuh akhir AFF Cup antara Malaysia vs Thailand ada lagi satu perkara yang sangat gempak telah terjadi kat Malaysia dan secara khususnya telah terjadi kepada aku sendiri..

Aku telah ditembak dekat depan rumah aku sendiri korang tau..eh eh silap bukan aku tapi kereta aku...punya lah dah berapa bulan dah aku duduk kat taman yang aku duduk ni tak pernah pulak aku tengok pakcik trafik dok tangkap gambar kat tepi jalan tu tup tup semalam tengah tarik pick up pakcik tu dah siap tunggu nak snap je..

Read More

Thursday, December 6, 2012

Jom pergi Melaka

Assalamualaikum WBT

Hari ini aku kena ke Melaka bandar raya bersejarah..bukan sebab bercuti tapi atas arahan bertugas di sana..aku akan ke Melaka hari ini dan esok..ada event kat MITC Melaka yang melibatkan usahawan Pahang..aku rasa ramai kot yang tau pasal event ni..sebab promo kat TV banyak..





Showcase SDSI 2012..pernah dengar?? aku nak ke sana la ni..uruskan usahawan kraf dari Pahang yang terlibat.Aku sebenarnnya last minit kena ganti kan big boss aku..disebabkan tugas kita layan kan ajo..

Read More

Wednesday, December 5, 2012

Tuesday, December 4, 2012

Syaza dah dapat kaki

Assalamualaikum WBT

Minggu lepas dalam 28 November 2012 genap lah usia si puteri aku Nur Syaza Sofia setahun sebulan..sebelum ini si Syaza hanya boleh berdiri dan hanya boleh melangkah bila ada orang pimpin atau pegang dia..tak pun dia bergantung pada dinding atau sofa kat rumah..kalau tak dia tak berani nak melangkah...


Paling jauh aku tengok ada sekali tu 4 langkah je ..tapi alhamdulillah pada minggu lepas syaza officially dah dapat kaki..dia dah boleh jalan sendiri walaupun masih kurang seimbang dan masih jatuh-jatuh lagi..rezeki dapat jalan awal..sebab si syaza ni waktu nak meniarap dulu memang lambat..masa usia dia 6 bulan baru meniarap..


Read More

Monday, December 3, 2012

Banjir di Negeri Sembilan

Assalamualaikum WBT

Yey dapat pegang keyboard semula yey *happy sangat rasa setelah seminggu meninggalkan keyboard ni  .. ok abaikan ayat selingan tu ;-).. hari ini aku kembali ke pejabat setelah lebih seminggu berkelana di luar. Kena outstation jadi aku update blog pun guna telefon je..tu pasal 3 entry sebelum ni comel comel lote je huhu..


So hari ini dapat jugak rasa update guna PC ..eh eh mukadimah tak sebut pulak pasal banjir kan kan...sabor sabor jap lagi masuk la babak banjir tu ..standard cerita melayu la kan hehehe...

Pinjam Google
Read More

Wednesday, November 28, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Pusing Pahang weh

Assalamualaikum
Hari ini kerja luar aku diteruskan ke daerah Kuala lipis yg bersempadan dengan raub..senang cite kampung yang aku pegi tu atas sikit dari Kuala medang yg terkenal dengan homestay nya..
Nama kampung tu kg kuala serau..kebetulan musim durian pakcik ngan makcik yang kami interview tu jamu kami ni dengan satu kereta sorong buah durian huhu..rezeki kerja masuk kampung hehe
Setel kerja Kat situ kami teruskan misi ke Cameron highlands..terus ke brinchang untuk dapatkan maklumat usahawan kraf disini..sebelum sampai brinchang sempat singgah Kat ladang teh untuk jd model huhu..
P/s : x feel betul update blog guna hp


Monday, November 26, 2012

Rehat kan diri

Hilangkan penat sebelum teruskan perjuangan esok..aku outstation seminggu ni.. jadi x leh nak update blog panjang panjang..
Bukan apa aku x berapa nk reti lagi guna keyboard atas skrin ni wakaka
Ketinggalan sungguh aku ni kan..bak kata sorang kawan blogger aku ni x ikut flow perkembangan teknologi huhu..

Friday, November 23, 2012

Gencatan Senjata Israel dan Palestin


 GAZA CITY - Gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia) selepas lapan hari serangan menyasarkan wilayah Gaza, menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.
Gencatan berkuat kuasa 9 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).


Harapan itu menjadi kenyataan semalam selepas 157 orang terbunuh susulan serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu lalu. Seramai 13 orang terbunuh semalam, sebelum gencatan dikuatkuasakan.
Konflik di Gaza selepas Israel menembak mati ketua sayap tentera Hamas, Ahmed al-Ja'abari pada 14 November lalu.
Beberapa jam sebelum perkembangan itu diumumkan sebuah bas di Tel Aviv letup, menyebabkan lebih 10 penumpang cedera.

Persetujuan gencatan ini sebenarnya dijangkakan akan dicapai kelmarin tetapi hanya menjadi kenyataan malam tadi.
Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel.
Menteri Luar Mesir, Kamel Amr mengumumkan perkembangan ini pada satu sidang media Kaherah bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton. Clinton turut menyertai perundingan bersama merundingan gencatan senjata.
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal menyifatkan tindakan ketenteran Israel telah gagal.
Menurut laporan BBC, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Mesir yang menggerakkan usaha ke arah gencatan dan menghentikan konflik terbaru di wilayah Gaza yang ditadbir oleh Hamas.
Katanya, perjanjian gencatan senjata memenuhi tuntutan-tuntutan Hamas.
Sehubungan itu katanya, kesemua laluan ke Gaza akan dibuka semula termasuk yang bersempadan dengan Mesir.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula berkata, beliau bersetuju dengan pandangan AS bahawa harus diberi satu peluang untuk melaksanakan syor Mesir dan mewujudkan kestabilan di rantau itu.
Katanya, Israel akan mengambil tindakan tegas jika perjanjian gencatan dicabuli.
Clinton dipetik berkata, bagi memastikan perjanjian gencatan senjata menjadi kenyataan, serangan roket dari Gaza mesti dihentikan dan suasana tenang yang menyeluruh mesti diwujudkan kembali.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga menyambut baik keputusan ini.
Laporan media juga menyebut penduduk Palestin di Gaza menyambut baik perkembangan tersebut.
SUMBER : SINAR HARIAN

Thursday, November 22, 2012

Kempen Bantu Rakyat Palestin


Salam kawan2.

Kita kerapkali mendengar mengenai penindasan Israel terhadap bumi Palestin, bukan baru2 ini sahaja tetapi lebih setengah abad yang lalu. Saudara kita di sana saban hari bermati matian menyabung nyawa, hilang mata pencarian, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal malah lebih menyayat hati anak2 kecil yang belum puas menatap dunia turut menjadi korban. Yang kedengaran hanya ratapan si ibu mengiringi letusan beratus2 bom yang tiada hala tuju.
Sampai bila kita hanya bergantung kepada negara2 luar yang saban hari hanya bermesyuarat tanpa ada sebarang kata putus?Kecaman demi kecaman tapi Israel tetap kebal seolah2 kemungkaran dan kerosakan yang dilakukan mereka direstui? Adakah kita masih menunggu 'keajaiban' sambil berpeluk tubuh dan menggeleng2kan kepala

Di sini nak aku kongsikan kisah nabi Allah Ibrahim yang dibakar agar dapat kita berfikir sejenak dan jadikan iktibar. Sewaktu nabi Allah Ibrahim dibakar dalam bara api yang marak, datang seekor burung kecil membawa air dalam paruhnya untuk memadamkan api tersebut. Tindakannya disedari burung2 lain yang hanya melihat dan mentertawakannya. Ada seekor burung yang besar memperlekehkan burung kecil tersebut lalu bertanya 'Adakah air dari paruhmu yang kecil itu mampu memadam api yang besar?'

Balas burung kecil 'Ingatlah, Allah takkan tanya di akhirat nanti adakah air yang kubawa ini mampu memadamkan api.. tapi yang ditanya nanti apakah usaha aku untuk memadamkan api tersebut'

Jadi di sini aku menyeru rakan2 agar dapat menyumbangkan sesuatu untuk bumi berdarah Palestin. Walaupun kita tak tahu bagaimana kesudahannya, tapi aggaplah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita.



Di sini aku ucapkan tahniah kepada rakan2 dan admin2 Geng Blogger Sengal dan Group Apakah kerana menggerakkan tabung derma kilat untuk saudara kita di Gaza. Mungkin pada mata kasar dunia tindakan kecil kita ini merupakan sesuatu yang takkan mengubah apa2.. tapi yakinilah yang Allah lebih mengetahui dan Dialah sebaik2 perancang.

Wallahu'alam


Kredit : AFZAL

#RESPECT - Budak Punk Kelantan Boikot McD



LOKASI:- RESTORAN MCDONALD WAKAF CHE YEH, KOTA BHARU, KELANTAN



Kadang-kadang budak2 Punk yang selalu kena hina tu lagi cerdik dan bermaruah dari mereka yang  pakai “kot”bertali leher, baju linen, sutera Italy dengan handphone jenama IPhone IV dan Samsung Galaxy SIII…

Dalam blog, twitter dan Facebook,  bukan main lagi hentam McD, ajak  boikot McD dan bermacam-macam lagi punya hentam dan saranan.

Sampai masa McD bagi burger free, penuh, lepas subuh dah start beratur . Peliknya ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya dibawah matahari terik.

Bukannya burger mahal pun… sekadar McEgg jer…Lebih kurang sama dengan egg banjo tarafnya.
Inilah kerja paling mudah nyatakan protes dan bantahan…

p/s : aku copy paste dari sini AANS

Wednesday, November 21, 2012

Tuesday, November 20, 2012

32 Rahsia Israel Yang Kita Tidak Tahu

32 Rahsia Israel Yang Kita Tidak Tahu

1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?

3. Ta
hukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?
4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?




6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?
Read More

Monday, November 19, 2012

Tora datang lagi!!!!

Assalamualaikum WBT

Acaner? Tajuk kat atas tu? Mengimbau nostalgia ke idak? Geng-geng seangkatan usia dengan aku mesti senyum kambing kan dok tengok perkataan TORA tu ..aku ingat lagi masa kecik2 kalau pergi kedai mesti nak beli benda alah ni..bukan apa faktor iklan aku rasa..sebab iklan tora mmg mabeles..mainan dalam tora tu leh terbang cukup..tapi bila beli kita buat x bleh plak kan kan..





Jauh dah menyimpang ni hahaha..bukan nak cerita pasal tora pun tapi cerita pasal aku sebenarnya..kalau bagi mereka yang perasan aku tak update blog pun minggu lepas..lebih kurang seminggu..memang sengaja aku malas nak update sebab nak habiskan masa dengan family aku..



Minggu lepas ada 2 hari cuti umum jadi aku tambahkan pulak 3 hari lagi terus cuti seminggu minggu lepas..so hari ini aku kembali bekerja semula..tapi dalam keadaan yang kurang selesa..dalam keadaan selsema..

Minggu lepas memang cuti yang ada aku sekeluarga gunakan sebaik nya untuk habiskan masa bersama..terutama sekali aku dan wife aku bawa si Syaza jalan jalan..entry comeback ni memang tak pernah yang panjang..nanti sambung lagi eh ;-)

p/s : tora bape hinggit sekarang? bagi adik2 yang ambil result UPSR jap lagi good luck ya

Friday, November 16, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 : Senarai Peserta


Pentas Maharaja Lawak Mega 2012 bakal dimeriahkan dengan 11 kumpulan yang telah tercalon dalam memastikan kejuaraan mereka di dalam gelanggang tersebut. Mereka adalah Pi Mai (Imuda dan Mat Over), Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez) dan Shiro (Shahrol dan Ajak).



                        

Manakala The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman), Saywho (Eko, Bocil dan Vicha) dan Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin) tersenarai sebagai pelawak jemputan sebagai tanda hubungan diantara kedua negara Singapura dan Indonesia dengan Malaysia yang pernah terjalin melalui pentas ini.



Namun, sebelum Pentas Maharaja Lawak 2012 berlangsung secara rasmi bermula 16 November 2012 di Dewan MBSA Shah Alam Selangor, tiga lagi kumpulan iaitu Mamu, Kecik dan Balas terpaksa bersaing menerusi pemilihan Kerusi Panas MLM yang akan berlangsung pada 14 November ini. Salah seorang daripada mereka ini akan dipilih untuk melengkapkan senarai 11 kumpulan yang akan bertanding di dalam Pentas Maharaja Lawak 2012. ( Permulaan berentap malam 16hb Nov 2012 )

Program yang ditunggu-tunggu ini akan dikendalikan pengacara yang sama seperti musim sebelumnya, Dato' Ac Mizal. Maharaja Lawak Mega 2012 akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula 16 November ini.

SUMBER