loading...

Wednesday, November 30, 2011

#WW-Wordless Wednesday #22




Like father like daughter ;-)

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Tuesday, November 29, 2011

SEGMEN ENTRY PERTAMA AKU BERBLOG


Assalamualaikum kepada semua, balik dari klinik tadi dan habis buat keje..best BW terjumpa satu segmen yang cukup menarik telah dibuat oleh salah seorang sahabat blogger yang terkenal iaitu Wan Cikgu Muzik phat suka pergi blog beliau masa pagi sebab nak tinggal ucapan 'selamat pagi cikgu' kat shout box beliau hehehe...







Ok kembali ke segmen yang beliau buat ini..memang unik sekali sebab..pernah ke kita fikir entry pertama yang kita publish dulu?Bagi yang baru-baru buat blog mungkin ingat lagi..bagi yang dah lama berblog mungkin dah lupa kan...

tapi phat masih ingat lagi 1st entry yang phat publish..memang blur tak tau nak tulis apa...kalau di kenang kenang memang kelakar betul hahaha..malu pun ada..tak ada orang komen pun ...kalau nak tengok ..sila klik kat bawah ni : jangan gelak tau komen tak apa hehe ..entry pertama adalah pada 4 Oktober 2010 hari Khamis


Tajuk entry pun dah tiru dah..tiru tajuk lagu haha..

Berbalik kepada sejarah mula-mula berblog ni punca nya dari HOT FM la ni..iklan kan Hot FM ada sebut pasal blog selain mengisi masa lapang melalui blog kan boleh jana pendapatan pasif ..tu yang terlahir nya blog ini...pada mula memang blur ..entry merepek je..tapi bila dah berhubung dengan ramai sahabat blogger jadi macam-macam yang kita dapat dan blog pun dari sehari ke sehari semakin improve ( improve ke? )..tapi sekali lagi nak ucap terima kasih pada wan cikgu muzik sebab adakan segmen ni..terbaik bro..!!

Tiada tarikh tutup untuk segmen ini..aku syorkan korang join segmen ni sebab leh imbau kisah lama  blog kita sangat nostalgia OK

Nak Join klik link kat bawah :

Monday, November 28, 2011

YEY!!! Dapat BE yang ke 12 & 13 dari Nuffnang

Syukur Alhamdulillah sejak dapat BE yang ke 9,10 dan 11 hari tu  ( SILA RUJUK SINI ) makin laju plak si encik Nuffnang nak bagi BE yang ke 12 dan 13....aku terkejut jugak tengok..tapi inilah rezeki nama nya dan semoga encik Nuffnang tidak putus-putus nak bagi aku BE lagi lepas ni...



Tiada apa yang dapat diucapkan selain syukur atas rezeki ini dan kepada Encik Nuffnang teruskan la bagi phat BE lagi ya....mungkin ini adalah rezeki baby phat yang selamat  lahir pada 28 Oktober 2011 lepas....kepada korang semua jangan lupa dok klik-klik tabung-tabung yang ada kat blog ini ya....kepada semua pembaca-pembaca & pelawat-pelawat blog ni...aku ucapkan TQ so much...tanpa kedatangan korang x mungkin aku leh dapat BE kan....korang memang terbaik..tiada lah guna nya blog ini tanpa kehadiran korang untuk sudi singgah dan baca ...once again TQ



Sunday, November 27, 2011

Baby phat dapat hadiah dari seorang kawan blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat sahabat dan juga kepada semua pembaca setia blog phat...tiada apa yang dapat di ucapkan selain dari syukur kerana masih diberi peluang bernafas lagi di dunia ini lebih-lebih lagi hari ini adalah hari yang sangat bersejarah dalam kalendar umat Islam kerana hari ini adalah hari pertama dalam tahun baru Islam 1433 Hijrah...




Ok kembali kepada tajuk atau perkara utama entry ini..sejak kelahiran Nur Syaza Sofia pada 28 Oktober 2011 yang lepas rezeki untuk baby phat ni memang tak putus-putus..syukur sangat sebab setiap hari ada sahaja sahabat yang datang menziarahi kami sekeluarga di rumah kami....


tq kepada semua

Hari ini Syaza sudah pun berusia sebulan..dia pun dah pandai tengok mama dan papa dia...seronok dapat main-main nagan dia...dan masa kedatangan kawan-kawan yang melawat ramai jugak yang bawa hadiah untuk Syaza..tiada apa yang mampu diucapkan selain daripada terima kasih sangat-sangat...


comel x hadiah dari mulan..comel kan..tq minn

Dan dalam banyak-banyak hadiah tu..phat rasa ada satu hadiah yang sangat istimewa yang baby syaza dapat..hadiah itu phat kira sebagai sangat istimewa kerana hadiah itu diberikan oleh seorang kenalan atau sahabat dari kalangan blogger...lebih-lebih lagi sahabat blogger yang datang nya dari kalangan geng-geng BCR...hadiah tersebut telah diterima daripada "MIZZ MULAN".....tq so much ye Minn..baby syaza cakap tq aunty mulan....;-)..so dikesempatan ini korang sudi sudi terjah blog sahabat kita nie ek....
MIZZ MULAN

p/s : jgn lupa terjah blog Mizz Mulan ye kawan kawan

Salam Maal Hijrah 1433

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga tahun baru ini akan membawa seribu kebahagiaan dan kejayaan kepada kalian semua...marilah kita sama-sama menghayati peristiwa Hijrah Rasulullah yang membawa hikmah yang sungguh besar kepada semua umat Islam.


Jadikan lah peristiwa tersebut sebagai teladan dan panduan serta motivasi apabila kita ingin melakukan sesuatu perkara yang lebih baik..Marilah kita sama-sama berdoa kita akan tergolong dalam golongan hamba yang sentiasa ingin berhijrah dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik..



Saturday, November 26, 2011

Nur Syaza Sofia dengan Snow Cap




Hye nama saya Nur Syaza Sofia...Umur saya baru sebulan ..gambar ini mama saya ambik pada hari khamis yang lepas...

Amacam tekejut x korang anak aku dah bleh berkata-kata hehehe...aku sebenarnya yang tulis bukan syaza pun hehe...rasa nya comel je gambar ni tu yang aku rasa nak kongsi ngan kawan-kawan blogger semua.....





Phat di panggil kak ? wah ayu nye aku

Alamak ..dalam lebih kurang pukul 11.15 pagi waktu Malaysia aku dikejutkan dengan satu peninggalan jejak kesan tapak kaki di shout box aku...
Ini pun kesan terkejut masih belum hilang lagi ni..dah nak membawak ke otak dah ni..dah la aircond kat opis ni macam kat antartika walaupun PM dah suruh suhu minima 25 darjah celcius...bukan nya 25 darjah tapi macam 27 darjah je budak2 aku pasang tapi kesejukan nya macam -48 darjah..mungkin faktor hujan kot...aircond ni jadi tambah sejuk...ok habis cite pasal ekon aku pun bukan sekolah vokasional ke hape..mana aku pasal ekon on off aku tau la haha

Ok kembali ke cerita yang aku nak cerita tadi...apa?? ada orang panggil aku akak???apa?? wah tekejut dowh aku...x caya refer gambar..kalo aku akak adakah aku ayu..selisih uollss...selisih ...aku lelaki sejati ok....tapi aku pelik la jugak kan nape la panggil aku akak sebab dah terang-terang dah kat profile pic aku gambar lelaki di tambah plak dengan penerangan yang mengatakan aku ni suami semua bla bla bla

klik untuk lebih jelas

Mula-mula tgk shoutbox tu aku pikir gilo ko apo orang ni hahaha....tapi bila aku nak p sound org yang panggil aku akak tu barulah aku tau cerita sebenarnya....

Sahabat yang datang tu dari Indonesia....kak dalam bahasa Indonesia sama dengan abang kalo kat Malaysia...hahaha...

TQ kepada sahabat kita ini  jauh datang dari seberang tu 

P/s : sebelum buat sesuatu kaji dulu kalo x kita yang malu balik kan..seb baik x terus p buat onar kat shout box orang hehehe  ( sahabat selamanya - padi )

Afzal ko mesti tau lorong kunyit kan "hakak" ramai kan kat situ kan kan kan


Friday, November 25, 2011

Lawak Hari Ini : Asal Usul Denmark

Dipetik dari buku sejarah peradapan dunia tingkatan 4 Anggur SMK Tamil Bertam Ulu Jaya, Melaka

Arakian telah tertulis dalam kitab maktub sejarah-sejarah asal usul negara dunia,tersebut sebuah kisah bagaimana kisahnya negara Denmark mendapat nama untuk negaranya. Adapun, Makcik Rabeah, seorang pencuci kapal layar milik tentera portugis yang berasal dari Tampin, Nogori Sombilan. Ketika Kapal layar portugis mendarat di Melaka, makcik Rabeah telah meng'apply'kan kerja tukang cuci didalam kapal tersebut. Setelah lebih 3 tahun Portugis menjajah Melaka, kini tibalah masa untuk mereka meninggalkan Melaka. Makcik Rabeah yang sangat rajin dan disayangi oleh ketua Portugis itu turut dijemput untuk ikut belayar meninggalkan melaka. Maka makcik Rabeah kenelah ikut sambil membawa 11 orang anak lelakinya. 
Arakian setelah sepurnama belayar, tibalah mereka di sebuah negara yang tidak diketahui namanya. Maka inginlah dijajah juga oleh orang portugis ini. Maka mendaratlah tentera Portugis untuk menyerang, namun tentera negara itu sudah bersiap sedia untuk menahan asakan tentera portugis. Akhirnya semua tentera portugis mati dalam peperangan. Tinggallah makcik rabeah dan 11 orang anaknya. Mereka ditangkap dan dibawa ke hadapan raja. Raja itu bertanya kepada makcik Rabeah " Hoi pompuan tua, tahukah kau nama negara ini?". Makcik Rabeah pun berkata "tidak tahu tuanku!". "Ciss..Pompuan bodoh, nama negara ini pun kau tak tau." tempik Raja. 

ehsan pakcik google

Makcik Rabeah terasa malu apabila beliau dikatakan bodoh dihadapan anak-anaknya. Lalu makcik Rabeah menjerit ke anaknya. "Tak guno punya anak, namo negaro ni pon ekau tak tau, sapo bodo? Mak ko ekau bodoh?". Lalu anak pertamanya menjawab " Den mak". Ditanya berulang-ulang kali dan kesemua anaknya menjawab "den mak". Raja yang tak paham bahasa nogori tu mendengar berulang-ulang kali sebutan 'den mak' lalu berkenan pula dengan perkataan itu. Raja terus menamakan negara mereka sebagai nama DENMARK kerana nama lama negara mereka sangat buruk iaitu 'LOMBU'. Lalu makcik rabeah dilepaskan dan 11 org anak mereka dilatih untuk menjadi pemain bolasepak negara denmark.

P/S : Owh ini kisah nya..Sedara mara aku ramai la kat denmark nmpk nya hahahahahahahahahaha..dah Jumaat dah wei hari ni tamo stress2...dah nak cuti 3 hari dah ni hahahahaa

Thursday, November 24, 2011

Hujan Lebat Di Kuantan

Dalam dua tiga hari ini semua negeri di pantai timur telah dilanda hujan lebat dan dah ada antara negeri seperti Kelantan dan Terengganu sudah pun dinaiki air. Banjir sudah mula melanda dan dah ada juga korban banjir di Kelantan.


Hujan lebat baru sahaja berhenti dalam pukul 12 lebih waktu kuantan..tetapi langit masih lagi gelap dengan awan hitam..dijangka kan seperti 2 3 hari sebelum ini hujan itu akan turun pada malam nanti atau membawa sehingga ke pagi....
snap pukul 11.30 pagi tadi kat opis


Hujan lebat ni nikmat dan rahmat sebenarnya. nak nak bagi mereka yang bercuti sebab leh tido dengan sedap nya..dan bagi yang bekerjaya macam aku ni hujan lebat ni boleh la dikatakan satu cabaran kan...korang bayang kan dengan tiada nya heater seperti hotel aku terpaksa menyentuh kulit aku dengan air yang suhu nya ibarat 0 darjah celcius ...arghhhhh sejuk nya.....


hujan x hujan program kena jalan jugak


Hujan lebat oh hujan lebat di kuantan...aku bukan nak cite pasal hujan ni je tapi apabila hujan lebat x benti2 boleh menyebabkan kurang nya cahaya matahari..dan ini boleh menyebabkan baju di basuh tidak kering..bagi aku x kisah sebab baju bleh spin je...tapi baju baby ...baju baby special skit sebab basuh pakai tangan kan then x leh nak spin nanti berbelit2 petua org tua2 hehehe..
dah macam anak beranak dah aku tgk staff aku ni


rasa macam dah panjang sangat je entry ni...kalo di kira masa SPM dulu dah beratus ratus patah perkataan dah ni...dah lepas syarat dah ni...hahaha....


p/s : jangan main banjir..main masak2 x pe..untuk Afzal ko kena sentiasa pakai life jaket sebab opis ko tepi sungai pahang wei aku risau la....

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Contest Klik Dan Like Fan Page by Miss-Nadya


Banner Contest
Klik untuk keterangan lanjut




Pesanan Penaja

Invitation dari Nad

Setelah korang layan segala gambar, iklan dan banner dari contest Miss Nadya ni aku dengan ini mengisytiharkan dengan rasmi nya men 'join' kan diri dalam contest ini..x sangka pulak ada dalam senarai..Terima kasih diucapkan kepada Miss-Nadya kerana sudi menjemput phat menyertai contest ini..semoga melalui contest ini hubungan sesama geng blogger akan terus erat dan juga menemui blogger blogger baru terutama yang turut sama menyertai contest ini

Hadiah untuk contest ni memang lumayan tau..pastu yang penting korang kena ada FB la kan..untuk keterangan lanjut sila ke link bawah ini:


Tarikh Tutup : 31 Disember 2011

Aku nak tag :



Ujang nak review blog aku..tq bro

Wah best nya la kan kalau blog kita nak kena review lebih-lebih lagi oleh blogger yang memang menjadi ikutan ramai...siapa la tak kenal dengan ujang kan? pemilik blog Erti Kehidupan ni...


Ok nak cerita pasal ujang ni memang tak cukup ruang tapi sikit-sikit je la ya...haha..aku mula-mula connect ngan ujang di alam maya bila aku dah mula aktif dalam berblog..bila di tengok kat blog n FB Ujang ni semua gambar gambar dia dengan artis ..so aku ingat ujang ni artis jugak la dulu...


Aku suka pasal blog ujang ni start dari tajuk memang macam haram..tajuk selalu nya x bleh bla..bila dia publish satu satu entry tu mesti rasa terus nak pegi baca...pastu ayat-ayat nya ringkas dan mudah di pahami walaupun kadang-kadang memang berbaur SX ....hahaha....pastu dia mesti nak tulis perkataan demn (damn ) ...tu je la harap2 ujang sudi review blog aku yang x seberapa ni...


P/S : nak coklat Daim Langkawi..pastu aku tempek header ngan gambar sekali tamak x aku hahaha demn

Monday, November 21, 2011

Tahniah Pingat Emas Milik Malaysia + Jaringan 90 Minit


Tiada apa yang boleh diucapkan oleh seluruh rakyat Maalaysia selain daripada Alhamdulillah kerana setelah melalui pelbagai diskriminasi dari tuan rumah akhirnya berjaya juga mengalahkan tuan rumah Indonesia dengan keputusan ditentukan dengan sepakan penalti setelah terikat 1 1 selepas 90 minit dan masa tambahan...Malaysia 4 Indonesia 3 dalam penentuan sepakan penalti

Tahniah sekali lagi kepada semua pemain harimau muda kerana berjaya mengharungi perlawanan ini dengan penuh semangat walaupun setelah ketinggalan seawal minit ke 5 tetapi bangkit menyamakan kedudukan pada minit 35 oleh Asraruddin Putra Omar.





Kalau dilihat keseluruhan permainan 90 minit tadi Malaysia lebih banyak mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan tadi tetapi beberapa peluang gagal dimanfaatkan..tetapi apa pun emas bola sepak sah sudah milik Malaysia....tahniah Malaysia....



Pengakuan eklusif - bila kita tersalah tekan

Salam kepada semua sahabat..entry kali ini sangat eklusif ( eklusif la sangat ) sebab terdapat pengakuan ikhlas dan berani yang datang nya dari tuan blog sendiri...
Aku rasa bukan aku sorang je yang dah kena tapi aku percaya dah ramai jugak di kalangan korang yang terkena kan..nak dijadikan cerita hari sabtu dan ahad memang sibuk dengan rancangan TV iaitu bola sepak kan..La Liga la EPL la Sirie A la..so malam tadi ada satu game yang best Super Sunday kau..antara Chelsea vs Liverpool...

Disebabkan mata ni dah biasa berjaga malam, tengah malam dan pagi sejak kehadiran baby....so x de masalah la nak layan game ni ..start pukul 12 kau..tapi sambil sambil nak tunggu pukul 12 n game tu start aku layan BW ke blog kawan-kawan lama dan baru.....

Ok selamat habis 1st half mata aku dah x bleh bla..so masuk tido..dalam pukul 3 bangun semula buat susu baby..then kali kedua bangun pukul 5.30 kalo x silap..then tido semula.....


Alarm HP aku dah berbunyi pukul 6.30 dan tanpa melihat pada HP aku main tekan je la..selalu hari-hari memang tekan snooze punya then 5 minit pastu bunyi balik...tapi aku rasa lama sangat alarm tadi x bunyi bunyi lagi.....6.50 tepanjat boboi tengok jam...terus masuk bilik air amik air sembahyang then setelkan subuh dulu...memang aku masuk keje pukul 8 tapi sebelum g keje aku kene siapkan air panas untuk mama n baby mandi so kalo bangun tido kul 6.50 ni dah kira lewat la ni....

So kepada korang semua kalo nak snooze alarm pastikan tekan button yang betul jangan jadi macam aku..terus lambat g keje hari ini hehehe....masuk kul 8.15 hari ini sekian #okbai


p/s : jaga2 bila nak snooze alarm takut tertekan stop huhu..satu lagi semoga Malaysia menang malam ini

Sunday, November 20, 2011

Perkosaan Visual : Ingatan Untuk Kaum Hawa



Sekadar perkongsian dari FB aku : credit untuk tuan punya idea asal

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA
(PERKOSAAN VISUAL)


Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

Saturday, November 19, 2011

Cinta IPAD - Bantulah Hans Mendapatkan Cik Lisa





Jom tolong sahabat kita ni kejap

si Hans ni ha..nak mintak tolong kawan-kawan dia

senang je nak tolong dia just klik je kat link di bawah :



Pastu korang buat la seperti yang dipohon kat bawah ni :

1) LIKE ENTRY ini di BLOG Hans

2) KOMEN Entry tersebut di ruangan komen blog

3) RETWEET Entry tersebut

4) KLIK SHARE Button Google +

5) Kongsi entry tersebut di facebook dan google + anda

Selamat Berjaya diucapkan kepada Hans


Friday, November 18, 2011

Contest Anugerah Blog & Blogger Paling Popular









Salam diucapkan kepada semua sahabat-sahabat sekalian.Bertuah rasa nya sebab beberapa hari lalu tuan punya contest ni sendiri yang jemput phat untuk join contest ni...rasa nya blog phat x layak pun join sebab bukan popular pun tapi untuk memenuhi ajakan sahabat phat join la..semoga dapat jugak meriahkan suasana nanti kan.....so kalo korang nak tau contest ni di anjurkan oleh  FIXX MIKZ

So Kalo korang minat nak join sila la ikut syarat di bawah dan untuk keterangan lanjut sila klik banner kat atas. Hadiah lumayan tu.....


Kawan-kawan yang bertuah di tag : 






Jaringan Syahrul Azwari Versi Komik

Tajuk: Gol Malaysia 
By: BiQa









Selalu layan gol kat u tube je kan kali ni atas ke kreatif an seorang sahabat kita layan gol malaysia lawan indonesia sukan sea dalam versi komik 

Versi U tube klik sini ( GOLLLL )

Credit : BIQA

Thursday, November 17, 2011

Tahniah Skuad Bola Sepak Sukan Sea Malaysia




Hari ini memang hari yang membanggakan bagi seluruh rakyat Malaysia kan...sebab apa mesti korang tau...sebab kita telah mengalahkan indon dalam acara bola sepak sukan sea di mana indon jadi tuan rumah..entry   kali ini memang bersifat kenegaraan sebab indon sendiri yang buat rakyat Malaysia marah kepada mereka...
Dari awal lagi indon memang ego dan selalu sahaja mengenakan pasukan Malaysia x kira la sukan apa pun...contoh korang bleh tengok sendiri dalam laporan laporan media Malaysia di mana penginapan atlit kita diletakkan jauh dari gelanggang pertandingan..ini salah satu cara nk jatuhkan moral skuad kita dan memenatkan skuad kita...

Media dan pasukan bola mereka ego dan menyatakan mereka senang je nak kalahkan Malaysia walaupun hantar 2nd skuad..tapi kenyataan nya Indon x la sekuat mana pun pasukan bola sukan sea nya ...ayam je bagi aku...tu pun nasib baik izzaq x form malam ini..kalo x Malaysia boleh menang besar lagi tadi....kepada indon udah2 la tu..ubah2 la perangai jadi masyarakat yang bertamadun skit....ini org nak terjun junam pun kena boo ke???lawak la..x penah dibuat kat mana2 negara lagi rasanya hahaha....


Indon bleh simpan tagline korang Indonesia Bisa x pun tukar je la jadi indonesia x bisa...hahahahahaha


p/s : puas hati tgk stadium kat jakarta tu macam dalam kubur senyap je hahaha....

4 hari tak berblog

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat..seperti yang ada antara korang semua perasan   last entry phat sebelum entry wordless sebelum ini adalah entry berkenaan 11.11.11. dan seperti yang telah diberitahu pada kawan-kawan BCR phat memang bercuti berblog start hari sabtu hingga selasa..


Hari sabtu lepas phat sebenarnya telah balik ke kampung di Negeri Sembilan sebab nak hantar mak phat balik rumah seterusnya bawak baby syaza sekali ..ramai sedara mara kat kampung belum tengok baby syaza lagi just tengok melalui gambar kat FB ngan kat blog ni je....



dalam 4 hari kat kampung tu ramai jugak yang datang bukan saja sedara mara tapi jugak orang-orang kampung yang tau phat balik bawak baby..murah rezeki syaza..alhamdulillah...syaza walaupun baby tapi macam suka je dok kat kampung phat...dah la sejuk je...


Kat kampung macam biasa la hujung hujung tahun ni musim hujan...bila nak mandi bercinta rasanya sebab air sejuk sangat..sampai krem krem kaki ngan tangan maklum la air direct dari gunung.....yang best nya dalam bulan depan leh la makan buah rambutan ngan durian sebab buah2 tgh nak mask skang ni....sempat jugak rembat buah2 yang mencelah tu hehehe...
.