loading...

Monday, October 31, 2011

Komik Hantu Lapar


Komik HANTU LAPAR

Tajuk: Hantu Lapar
Director: BiQa
Pelakon:Hero: PHAT
Heroin: MIA
Hantu Lapar: SAFWANMAHZIN
Adik Hantu: AISYA
Dibantu Oleh : HUDA DIAZ sbg Hantu Sedih

So korang semua..ini lah komik yang di arahkan oleh BIQA 
dimana phat telah berlakon sebagai hero.....korang layan la ye...
sebelum itu layan iklan dulu hehe  ;-)



                        

                        

                        

                        

                       

                       

                        

                        

                       

                       

                       

                        

                       

                        

                        

                        

                       

                        

                        

                        

                       

            TQ pada BIQA sekali lagi ..kalo korang nak layan mcm2 komik sila la 
                               ke blog BIQA yang sangat berbakat ini.

Sunday, October 30, 2011

Video Gol Gol Final Piala Malaysia 2011


Gol-gol di perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu. Tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan yang menang 2-1 dan tahniah kepada kedua-dua pasukan dan penyokong kerana mempamerkan semangat kesukanan yang sangat tinggi.....

Saturday, October 29, 2011

Hari Bersejarah 28 Oktober 2011 10.52 pagi phat jadi papa

Salam kepada semua..tiada ucapan selain syukur Alhamdulillah kepada Allah di atas kurniaan rezeki yang tidak terhingga kepada phat dan juga isteri..penantian selama sembilan bulan akhirnya terlerai pagi tadi lebih kurang jam 10.52 minit pagi di bilik bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan apabila isteri phat selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.6 kilogram....

Terima kasih dan tahniah kepada isteri phat Puan Norhayati yang bersabung nyawa untuk melahirkan baby kami tadi..phat yang temankan dia dalam labor room pun boleh rasakan azab nya saat melahirkan anak..hanya tuhan dan wanita-wanita yang pernah bersalin saja yang tahu....tetapi memang teruja betul bila duduk bagi semangat pada isteri saat dia perlukan semangat kita..mengalir air mata bila tengok kesusahan isteri phat tadi...tapi semua selamat setelah baby selamat deliver...memang pengalaman terhebat phat rasa tadi...tak tau phat nak cakap apa selain sekali lagi syukur..korang semua jemput tengok baby phat yang berusia sehari ni ya...














Thursday, October 27, 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

anigif penmerah 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Minggu ini memang agak busy skit...ye la kan korang bayangkan orang semua cuti masa deepavali aku kene keje ini semua gara-gara event yang opis aku buat..tp x pe lah..nama pun kerja kan....tp alhamdulillah bila BW terjumpa la GA yang pen merah buat...menarik betul....tanpa rasa was-was phat join.....syarat syarat GA cukup mudah...korang klik je banner kat atas untuk lihat dan join....mana la tau bertuah kan...ada 25 hadiah tu...korang x kan x nk kot.....;-)

antara hadiah :

IMG 1208 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com


TEMPOH : 21 Oktober 2011 hingga 10 November 2011

Geng Bertuah kena tag :




jalan-jalan cari makan

Ini entry paling malas aku sebab aku malas nak menaip hehe...aku just nak letak gambar je..kira macam wordless la....tp bukan wordless pun..lepas godek handphone ada plak terjumpa gambar ni...dan aku rasa gambar-gambar ni belum di gunakan lagi kat mana-mana laman sosial aku termasuk blog....pic ni diambil pada 2 Oktober 2011 yang lepas di Laksa Shake East Coast Mall Kuantan Pahang





x sabar

beriani ayam + bandung cincau

pose istimewa untuk korang

Wednesday, October 26, 2011

#WW-Wordless Wednesday #18



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)







Tuesday, October 25, 2011

Pertandingan Komen Terbanyak dan Menang di OhGempak

komenohgempak Pertandingan Komen Terbanyak dan Menang di OhGempak

OhGempak menjemput semua blogger untuk join satu contest yang menawarkan hadiah yang memang lumayan...so kalo nak join jangan malu-malu atau segan-segan..korang pergi je kat link bawah ni untuk lihat syarat-syarat yang dikenakan :


Penaja : Apa Citer

Masa Pertandingan : 25 Oktober hingga 24 November 2011




phat dapat watak hero dalam cerita hantu??


Keputusan untuk pencarian watak hero cerita hantu yang diarahkan oleh BIQA telah diumumkan. Dan tanpa disangka-sangka phat telah berjaya dalam casting yang telah diadakan sebelum ini klik sini....rasa terkejut pun ada lepas pengarah bagi tau yang phat terpilih jadi hero.......( korang layan teaser kat atas ye )

apa-apa pun syukur sangat sebab berjaya menjadi watak utama dalam cerita ni..tak sabar rasa nya nak tunggu cerita ini keluar......;-)


Keputusan Penuh  :

Director:BiQa
Hero: PHAT
Heroin: MIA
Hantu Lapar: SAFWANMAHZIN
Adik Hantu: AISYA
Dibantu Oleh : HUDA DIAZ sbg Hantu Sedih




Monday, October 24, 2011

dah lama x tengok wayang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat bloger dan pembaca blog sekelian. semalam ahad hari cuti..hari ini hari cuti jugak..cuti di Pahang sahaja sebab Hari keputeraan Sultan Pahang...ok semalam aku hantar isteri aku g check up..kat klinik kesihatan permatang badak...nurse kat klinik tu yg suh dtg hari ahad sebab senang skit nak check up orang pun x ramai....mmg dah plan awal lepas g klinik nak g bandar jugak sebab nak beli barang-barang rumah...
kebetulan lepas pekena roti canai kami smpai awal ke bandar dan parking pun senang dapat...kami mmg plan nak beli barang dapur kat carefour dan carefour letak nya dalam EC mall...hehe..masa lalu kat area wayang aku ajak wife aku tengok cerita cerita yang ada..mana tau berkenan lak nak tengok...ramai orang kata cerita real steel best so kami layan la....memang tak dinafikan la..cerita real steel memang terbaik...cerita nya seimbang dan yang penting masa tengok cerita tu memang tak sedar tau-tau dah habis dah.....terbaik 5 bintang aku bagi...cian baby dalam perut mama dia x leh tgk wayang just bleh dgr je....hehe
pose depan pintu klinik

hbs wayang kita orang setelkan beli barang then tempah makanan untuk bawak balik ke rumah mak....lepak sana sampai malam...dapat jugak la layan gamen MU ngan MC....tapi aku bengang betul la ngan MU sebab aku nye player fantasy ramai player MU...hampeh die org leh kena titik 1-6 kat old trafford lak tu...cian fan MU..yang penitng Arsenal dah jumpe rentak die org..Arsenal menang malam tadi beb..3 - 1 hehehe....

aku pun nak jugak pose

hari ni dok kat umah je..mungkin jap-jap lagi baru nak kuar g Giant jap..cari barang....till then see u....why always me??

pinjam dari google

Fakta Tentang Handphone


SESUATU YANG INGIN AKU SHARE


RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -



1.Nombor Kecemasan

... Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di

PAPARAN PENUH
di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).



2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.



3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)



4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. ~mori

Sunday, October 23, 2011

::AFZAL SUKASUKI BLOGLIST SUPERSENGAL::


Seorang sahabat blogger yang dok keje kat kuantan telah ajak aku join segmen dia....sape tak nak join bloglist blogger terkenal macam mamat AFZAL ni kan.....

segala syarat ada kat bawah ni kalo sesape berminat nak join....


Expired date : 23 Oktober 2011 11.59 malam

Dialog aku :

Mamat : (dalam hati : alamak minah ni dah buat perangai dah )
Awek : bang cepat la bang posing cam ni..peng peng ( bunyi pistol )
Mamat : ish x nak aku..agak2 ar...org sume pandang aku ni..dah sume org kenal aku kat kuantan ni..kalo phat nmpk kantoi bodoh aku ni..siot ar..jgn buat perangai leh x
Awek : ala..nak malu apa nya...rilek la..
Mamat : rilek dok EC Mall la..dah2 aku nak buat2 x kenal ko je..ok bai


Saturday, October 22, 2011

Keputusan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2011




Negeri Sembilan  2  -  T Team  1  ( Agg 6 - 3 )


    Terengganu  2  -  Selangor   1  ( Agg 4 - 1 )


Tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan & Terengganu yang akan ke perlawanan akhir pada 29 Oktober 2011





Pakaian Bundle atau Pakaian Baru??

Aku nak tanya korang. Apa pandangan korang tentang pakaian bundle..?Pakaian bundle ni adalah pakaian terpakai yang diambil kebanyakan nya dari US atau Japan dan dijual di negara kita oleh tokey2 bundle.

Aku pun salah seorang kaki bundle sebelum ni...dulu zaman bujang-bujang aku jarang beli baju yang baru maksud aku baju yang jual kat pasaraya..aku lebih suka beli kat bundle je....bukan sahaja murah dari biasa tapi kalo pandai pilih atau cari silap-silap kita bleh dapat baju atau seluar yang masih macam baru dan juga berjenama....

Tapi satu je la bundle ni kan...baju atau seluar yang dijual tu dah kena pakai sebelum ni ..jadi sesape yang layan bundle ...bila dah dpt baju atau seluar jangan la terus pakai tapi basuh la dulu ya...takut la nanti ada jangkitan penyakit kulit ke ye x??

Pengalaman layan bundle mmg banyak dan best sekali dapat beli baju n seluar jenama dengan harga murah..contoh masa kat Jengka aku dapat t shirt Polo original RM 10 je..kain nye cantik lagi...cuma tag die je koyak..( dah mcm baju FOS/Reject Shop je kan..) Satu lagi dapat beli 2 3 jeans Levis dengan harga RM 30 je sehelai...pastu dalam poket siap dapat 1 dollar lagi...tp bundle mmg tempat aku nak cari t shirt yang cantik2...korang bayangkan dah la cantik harga plak kalo pandai tawar leh dapat RM8 sehelai..byk tu jimat lagi satu banyak baju-baju kat bundle ni RARE dan ada kat oversea je...hehehe...

So korang macam mana...?tp pompuan aku rasa jarang layan bundle ye x?? tapi tu dulu la..semenjak 2 menjak abang ko ni dah kawen org umah abg x bagi beli baju bundle hehe

ehsan encik google

Friday, October 21, 2011

dah lama x dating

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua kawan-kawan seblogger semua...malam tadi bertuah sangat sebab phat dapat g dating..jangan jeles.....actually dah lama sangat x g dating maklum la..awek phat x berapa sihat sangat so x leh nak kuar...
mula-mula x plan pun ..tapi disebabkan isteri phat kene g klinik lepas keje dan badan pun letih so kami pun terus cadang nk p mkn luar a.k.a kalo zaman2 bercinta kira g dating la ni.....pas maghrib layan cite soffiya pastu pas isyak 
kami keluar....

masa keluar gate umah mmg x decide lagi nk p mane....masa on the way dalam kereta baru decide..phat ajak wife phat p tanjung lumpur ...org2 kuantan tau la mmg port nk mkn seafood kat tanjung lumpur ni.....lalu je depan ana ikan bakar perghhhhh full house la plak kalo order makan sah2 lambat....


so kami pun masuk je kedai yang dekat2 ngan ana tu...x ingat plak ape nama kedai sebab perut dah lapa terbayang nasi je wei....hari ni kami mkn ikan kerapu 3 rasa, sotong paprik, kailan ikan masin dan telur dadar...skit je tapi masa nk habiskan makanan punya la azab...cepat je kenyang perut ni....ok tu la cerita malam tadi...sekian ( sori aku x snap pic kat kedai mkn )


p/s : jgn takut tgk mata aku ;-)

Thursday, October 20, 2011

Segmen Mencari Watak Komik Hantu Lapar


Masa dok lepak  kat blog ada seorang sahabat blog ni iaitu BIQA dah ajak phat join segmen dia...segmen ini agak unik sebab kira macam casting untuk dapatkan watak dalam cerita komik dia...best kan ....kira mcm kalo nak berlakon tu kita kena ujibakat la ni......menarik.........

phat join la....phat nak jadi manusia a.k.a hero dan nak lawan semua hantu2 yang ada dalam komik tu....dan kalo bleh nak selamatkan heroin dari hantu2 yang ganggu heroin ( berangan )

korang kalo nak join sila klik link kat bawah : T&C lengkap kat situ...


Best nye la kalo dpt jadi hero hehehehe  

:zomba

EXPIRED : 30 oktober 2011