loading...

Friday, July 29, 2011

Hadis Hari Ini

Salam semua, hari ini phat nak kongsi satu hadis yang di ambil daripada http://ii.islam.gov.my..korang baca dan hayati nya la ye...

Kategori : IBADAH Puasa  
Tajuk :
Ganjaran Puasa Ramadhan
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

Riwayat Bukhari & Muslim


Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
 
ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.
 
iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.
 
iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.




Thursday, July 28, 2011

Seronok Shopping barang baby

Salam & hye kawan-kawan semua..korang dah tgk kan video baby phat dalam entry sebelum ni...comey x?comey macam phat x? hehehe....so sesape yang belum layan video tu klik je kat sini BABY PHAT YATIE'S JUNIOR..ok pas buat scan 4D hari ahad tu phat & wife dapat tau yang baby kami ialah baby girl...so excited la phat & mama die nak beli barang...hehe...

Ye la kan..bila dah tau yang kami ni bakal dapat baby girl..kami ni dah terbayang-bayang baju color-color standard bagi org pompuan macam pink & purple..;-)..balik dari klinik phat & isteri terus balik ke rumah mak mertua phat utk bg tau kat die org yang kami dapat baby girl...bertambah lagi sorang cucu die orang..perempuan lagi...happy je org tua 2 orang tu...


Pas makan tgh hari rehat-rehat jap pastu kene ABC jap kat kedai mak..( maklum la mak mertua tokey ABC )..kene ABC semangkuk, phat & wife nak gerak ke bandar nak setel kan beberapa bayaran kat bank then baru nak g shopping ...setel semua..tiba la masa yang di tunggu2 untuk shopping barang2 baby...1st sekali kami pergi ke Kedai Baby Manjaku...actually kedai baru je buka kat Kuantan ni..lebih kurang 22 Julai 2011 kalo x silap...

Masuk je kedai tu mula rambang mata...hehe...kami beli beberapa barang asas dulu..macam baju & seluar, lampin, sarung tangan & kaki, alas getah, tilam, selimut, bantal, towel...ada jugak barang yang kami beli kat tempat lain..besen mandian baby kami beli kat kedai lain sebab harga nya jauh lebih murah....oh lupa..minyak Yu Yee cap limau pun kami beli...habis shopping barang baby..shopping barang mama & papa dia la plak..bukan barang apa pun..barang2 umah hehe...


Banyak lagi barang yg kene beli tapi kami tunggu bulan depan lak...beli skit2 dulu...kang beli banyak2 kang membazir lak...tu pun yang mama die dah order on line pun ade...penat bila bershopping ni tapi penat tu hilang bila mengenangkan semua ni adalah untuk baby girl kami yang bakal lahir novermber nanti...

Wednesday, July 27, 2011

#WW-Wordless Wednesday # 6


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Tuesday, July 26, 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

Salam kepada semua pembaca tidak kira di mana anda berada..1st sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat aku iaitu SPANAR BURUK sebab beliau la yang tag aku untuk segmen yang sangat tinggi nilai nya ini...segmen ini telah di buat oleh Syafiq Mokhtar ..dan korang bleh klik kat nama Syafiq tu untuk keterangan lanjut....

Kategori : IBADAH Akidah  
Tajuk :
Kaya Harta Dan Kaya Ilmu
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

(al-Bukhari)


Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.










Ok aku kongsikan 1 hadis yang aku ambil dari sumber INI dan aku nak tag 2 orang saudara / sahabat aku untuk segmen ni...







           

Baby Phat Yatie's Junior

video

Salam & hye kawan-kawan semua...semalam adalah hari paling aku ngan wife aku nantikan sebab x sabar nak g klinik nak wat scan baby kami yang berusia 6 bulan lebih..kami memang excited nak tgk die sebab nak tau jugak la jantina die ..ini semua sebab wife aku plan nak beli sikit barang-barang die. Ye la kan nak beli baju die...kalo pompuan bleh la beli baju yang color pink byk2 hehe.....


Dalam pukul 10 kami pegi la ke klinik W.Y KO, Kuantan untuk buat scan 4D...teruja bila tgk die gerak2 dalam perut mama die..ye la kan 1st baby kami...pastu masa scan die bleh buat aksi plak..doktor pun susah nak amik pic muka die hehe..die tutup la muke die ngan tangan pastu yang best sekali die boleh meniarap hehehe...gelak & happy sangat aku tgk gelagat die........


So semalam doktor dah tunjukan jantina baby...aku dapat baby girl...semua nya xde masalah alhamdulillah baby sihat dan sempurna....so korang layan la sendiri video kat atas nye...tengok muka die mcm sape...ramai yang tgk kata idung nye sebiji macam aku hehehe.....aku ingat nak masuk kan pic aku beli barang2 die..tapi macam crowded plak..so aku ingat untuk masa shopping aku buat next entry la ...semoga terhibur hehe....

Friday, July 22, 2011

Tenis part 1

 TENIS
Pengenalan
Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

Gelanggang
Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.








Jaring
Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

Raket
Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.

Bola
Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Pakaian Pemain
Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

Pegawai Permainan
Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

Gaya Ceria selepas game

Gaya serius selepas game

Thursday, July 21, 2011

Lawak Lagi!!! ( 21 tahun ke atas sahaja )..Kisah Abg Leman

Salam,
Korang layan la cite ni ek..x tau la sama ada korang penah baca ke x..sebab aku dapat cite ni pun zaman-zaman aku keje kat Perodua dulu...so korang layan la ye..tidak ada kena mengena yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia...


SETIAP ORG ADA NAMA. TDK KIRALAH SAMA ADA NAMA ITU INDAH ATAUPUN BIASA
SAJA. ADA JUGA YG MENGATAKAN APA ADA PADA NAMA? DI SINI SAYA INGIN
MENCERITAKAN SATU KISAH DI SEBALIK NAMA ABG LEMAN. KISAH INI BERLAKU
DI LEPAR HULU SELANGOR. BACA BAIK2, DGR HATI2!!!.

Ada sepasang suami isteri yg baru berumah tangga, isterinya bernama Melor
manakala suaminya bernama Wak Leman. Blh dikatakan hari2 mereka
melakukan hbgn kelamin. Tiba pada suatu hari, Wak Leman, orgnya mmg
tggi ilmu kebatinan. Sblm meninggal, dia sempat berpesan pada
isterinya, "Syg kalu abg mati kau jgn cari jantan lain, abg dah jampi
anu (zakar) abg jadi bila abg meninggal nanti kau potonglah anu abg.
Bila kau rasa gersang kau cuma perlu jerit "Abg Leman!!!.", maka anu
abg akan dtg puaskan nafsumu".
Maka isterinya pun menurut pesanan arwah suaminya. Di potongnya anu
suaminya dan disimpan dlm peti sejuk. Hari yg berikutnya. Melor pun
mencuba lalu dia menjerit "Abg Leman!!!", maka anu suaminya pun
terbanglah pergi mendapatkan isterinya.

Blh dikatakan setiap mlm a/bila gersang, Melor menjerit nama "Abg
Leman!!!.". Perbuatan Melur itu menjd tanda Tanya jiran2 terutamanya
makcik Nab yg berumur 60thn. Akibat rasa ingin tahu makcik Nab pun
mengadu dgn Joyah"Kenapa dgn Melor tu tiap2 mlm asyik menjerit
panggil Abg Leman???

"Dia jerit macam mana?" Tanya Joyah

"Macam ni. Abg Leman!!!..".

Maka terbanglah anu Leman menuju ke pemanggil nya. kesian  makcik
Nab. Tak pasal2 kena "underdog". Cerita ini makin tersebar luas
seluruh kg sehingga ke pengetahuan Tok Penghulu.

"Tok! Kami nak mengadu. ada perogol bersiri dlm kg kita ni. Habis
nenek2, janda, anak dara semua disapunya!". "Iyeeeee kee!!!" jawab tok
penghulu dgn terperanjat. "Siapalah yg punya angkara ni agaknya",
Tanya tok penghulu lg. "Entahlah tok tapi yg saya tahu semua mangsa
ada menyebut nama 'Abg Leman'", jawab Pak Lebai.

"Apaaaaaaa.. Abg Leman!!!.." Jerit penghulu dgn marah.

Maka terbanglah anu si Leman ini menuju ke pemanggil nya.

Semenjak kejadian itu semua org kg tdk berani lg menyebut nama "Abg
Leman", manakala Tok Penghulu Kg masih lg dithn di Hospital Kuala
Selangor kerana mengalami koyak yg serius.

Kepada pembaca hati2lah ketika menyebut abg leman mungkin ini akan
terjadi pd anda krn abg leman tdk mengira mangsa. Siapa yg jerit
siaplah dia. Perrrggghhhh!!! Oleh itu dinasihatkan anda supaya tdk
menjerit2 nama Abg Leman. Kalau nama abg leman lain tdk mengapa..
tapi kalu nama abg leman ni mmg tak boleh!!!
kah kah kah lawak x lawak x

Wednesday, July 20, 2011

#WW-Wordless Wednesday # 5


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Tuesday, July 19, 2011

Kau Ku Sayang - Siti Nurhaliza


Kau tersenyum
Ku terpaku
Cahya diwajahmu
Hanyalah untukku

Sinaran matamu
Menusuk dikalbu
Tak mungkin ku melupakan
Sebegini pengalaman
Lalu hati pun berkata
Segala untukmu

Satu masa nanti
Pasti kau temui
Tabahkanlah hati
Jangan lupakan Ilahi

Akan tiba bahagia
Tak mungkin sendirian
Terhurai dalam lagu berkumandang
Di buai dalam mimpi
Kau ku sayang
Segala untukmu....


Friday, July 15, 2011

Selesai sudah Hari Bertemu Pelanggan 2011

Salam & Hye kawan-kawan semua..entry kali ini aku nak cerita kat korang apa yang jadi kat opis aku dari minggu lepas sampai la hari ni...sebenarnya Kraftangan Malaysia telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan 2011 ( HBP 2011) di ibu pejabat dan di seluruh cawangan di Malaysia..oleh itu tidak ketinggalan juga Kraftangan Malaysia cawangan Pahang juga terlibat....
Seperti tahun sudah, aku sebagai ketua unit pentadbiran akan menjadi urusetia untuk HBP..tapi bukan unit aku saja tetapi untuk tahun ini terdapat program yang dijalankan oleh unit pemuliharaan kraf seterusnya kami berkolaborasi untuk menjayakan juga program HBP + Program Pendidikan Kraf ...

Rajin nya aku haha

Macam biasa sebelum sesuatu program berlangsung persiapan perlu dilaksanakan..kami semua telah menjalankan gotong-royong membersihkan bengkel dan juga persiapan tempat....Pada 12 Julai 2011 lepas berlangsung la program HBP 2011 ini..aku seperti biasa menjadi pengerusi majlis pada program tersebut..alhmamdulillah semua nya telah berjalan dengan lancar dan cuaca juga cukup pada hari berlangsung nya program...
Gaya pengerusi majlis tersohor haha

 Untuk HBP 2011 hanya berjalan sehari iaitu 12 Julai sahaja..tetapi untuk program pendidikan kraf telah berlangsung selama 2 hari...program ini telah disertai oleh pelancong2, guru2, pelajar2 dan juga komuniti yang berkaitan..seronok sungguh dia org sume dpt pengalaman mengayam rotan, mengukitr kayu dan juga mencanting batik..aku pun ade gak la eksen buat ukiran kayu hahaha....penat apabila 2 hari program ni..tapi penat penat pun berbaloi la...



Gaya Mutu Keunggulan 

Lega pas hbs jd emcee

try mengukir haha

ada gaya x?

Thursday, July 14, 2011

Peminat Bola Sepak Malaysia Di Tipu

Salam & hye semua kawan-kawan..korang mesti tau kan malam tadi ada friendly game team Harimau Malaya ngan team Arsenal....aku tau ramai peminat especially yang dok area2 lembah klang bersemangat nak p stadium kan...tapi camne plak bagi rakyat Malaysia yang dok kat Sabah Sarawak Utara Timur Selatan semua tu ...dah tentu la mengharapkan ada nya live telecast daripada stesen Tv nak2 stesen TV berbayar....

Bagi peminat bola aku rasa korang tau yang Astro dah war-war kan yang akan ada live kat chanel 817 kalo x silap sebelum ni...tup tup pagi semalam meletup dengan info yang Astro x de siaran live untuk game tersebut...apa lagi banyak page2 Astro terutama yang kat FB kene hentam dengan ganas sekali oleh peminat-peminat team Malaysia...


Termasuk lah aku jugak..semangat yang berkobar-kobar telah direntap oleh pihak Astro....rakyat memang ramai x puas hati dengan Astro ni..lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini pihak Astro punya service memang macam hampeh tapi nak naikan plak harga ...mana la h x marah pengguna....pastu bleh plak buat perangai macam haram semalam lagi la pengguna dan peminat Malaysia marah sangat...



Jadi ketiadaan live kat TV malam tadi membuatkan aku layan live streaming dari Arsenal TV je la..walaupun asyik buffering je tapi puas hati jugak la dpt tgk aksi Malaysia live...ni dgr2 cite malaysia vs liverpool pun xde live tapi aku x pasti la plak kesahihan nya..korang risik2 la ye...pundek la ASTRO..


korang tgk la sendiri ye..hentaman rakyat Malaysia

Wednesday, July 13, 2011

#WW-Wordless Wednesday #4


Maksud Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.

Sunday, July 10, 2011

Ceritaku di bulan ramadhan


Habis layan gig kat tv 9 tadi aku dok layan bola final liga IPT Uitm vs Kolej Komuniti Kedah yang masih belum habis lagi sebab berlanjutan hingga masa tambahan dan mungkin akan berlanjutan sehingga ke sepakan penalti kot jap lagi...

Sambil sambil on9 abg ben buat segmen lak..segmen yang menarik bagi aku kerana setiap umat islam mesti ada kenangan masa bulan ramadhan x kire la kenangan nakal ke ape ke kan....lebih lanjut sila klik SINI

Ok aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu ...seingat aku zaman form 4 kalo  x silap..lebih kurang seminggu sebelum raya..masa ni la aku ngan kawan-kawan mmg busy cari buluh sebab malam lepas buka puasa kami semua nak perang satu kampung...masa cari buluh kami pegi dalam 4 5 orang...sebab nak pacak kat setiap umah sorang satu hehehe....

Malam pas buka puasa je ape lagi berdentam dentum la bunyi meriam seluruh kampung...ini antara kenangan zaman dulu la..best sgt rasa nak kembali je ke zaman tu....

Saturday, July 9, 2011

Syamsul call aku ajak berlakon KL Gangster 2???



Shamsul Yusof call aku ajak berlakon KL Gangster 2. Memang korang terkejut kan..jangan kan korang aku pun terkejut gak dengan panggilan ni….gile ape aku ni dah la xde pengalaman berlakon..masa main bola ade la berlakon skit-skit tu pun berlakon dalam penalty box nak dapatkan penalty….

Masa die call tu beria die ajak aku berlakon kata nya nak gandingkan aku ngan Abg Long Fadil…aku kira jadi Abg Ngah la…aku tanye lagi nape pilih aku??die kate muka lu ada parut bro x yah nak make up2 lagi…aku on je beb..pastu die cakap shooting mungkin x lama lagi..tapi tarikh nya belum ada lagi….aku bagi kat syamsul aku ok je tapi kena bagi tau awal2 sebab aku ni kan penjawat awam so kena arrange la jadual shooting tu dengan waktu kerja aku….

Agak lama jugak la kami bercakap dalm telefon then last sekali syamsul cakap die turun kuantan nanti die dtg umah aku bincang lebih mendalam pasal projek ni…aku ok je..gile ke x ok…pengarah filem box opis tu ajak aku berlakon..silap2  15 juta KL Gangster 2 nanti x ke kaya aku..dpt bonus byk hehehe…..

Hbs perbualan aku ngan syamsul tadi..aku pun dok berangan la…wah best la pas nil eh jadi femes hehehe…x dela org kat blog je kenal..org saru Malaysia kenal aku nanti….tetibe aku rasa getaran dalam poket seluar aku…bunyi ringing sungguh kuat sekali…dlm fikiran aku sape plak yang call ni….pastu aku rasa ade orang tengah tolak-tolak belakang aku……hampeh aku mimpi rupa nya…wife aku yang tolak belakang aku kejutkan aku dari tido…tadi rupa nya alarm telefon……baru berangan nak femes hahahaha…..cerita ni x de kena mengena dengan sesiapa hanya rekaan semata-mata hehehe…..jangan marah ek….. 

Thursday, July 7, 2011

minggu yang busy

Salam & hye kawan-kawan semua...last week ngan this week memang busy gile kat opis..ini semua disebabkan kena arrange kan Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia Pahang 12 Julai 2011...so memang byk bende nak kene setel start minggu lepas sampai ke hari ni seterus nya sampai habis event tersebut....




Tapi phat x nak cite pun pasal HBP 2011 tu sebab belum jadi lagi kan so phat cite ape yang telah jadi pada hari Jumaat minggu lepas 1 Julai 2011 kat opis phat....actually pada petang 1 Julai 2011 ada sikit majlis untuk meraikan anggota kerja yang menamatkan perkhidmatan dan bertukar ke cawangan lain..secara kebetulan anggota kerja yang yang menamatkan khidmat nya dan bertukar ni 2 2 adalah anggota kerja di bawah seliaan phat...

pic masa bg ucapan 

Majlis perpisahan macam biasa la kan...mesti ada ucapan dari anggota yang terlibat..diselangi oleh ucapan ketua-ketua unit dan seterusnya ucapan dari Pengarah cawangan ...Anggota kerja yang telibat adalah pn Hurul Ain yang berpindah ke Institut Kraf Negara dan En Hasrol yang mendapat tawaran jawatan tetap di Jabatan Arkib Negara Pahang....kepada 2 anggaota kerja yang berkenaan semoga sukses dan berjaya di temapt yang baru...gunakan pengalaman yang ada untuk lebih maju.....

besar hadiah dpt 

Anggota kerja yang diraikan turut menerima berbagai hadiah daripada unit-unit yang terdapat kat opis ni..termasuk juga hadiah daripada kelab sukan sendiri....habis majlis mcm bese la ..makan time hehehe....ni sume suggestion SBK mase entry kuantan ke kota bahru suh letak pic byk2 hehe...

;-)


peace

org sedih2 leh ketawa lak


Wednesday, July 6, 2011

#WW-Wordless Wednesday # 3


Maksud Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.

Tuesday, July 5, 2011

~Segmen : Kenangan Antara Aku Dan Dia~


Disebabkan telah berkali-kali tuan punya blog dok ajak aku join segmen die..baru hari ni baru bleh aku join..bukan ape aku mmg x de masa sgt skang busy memanjang....ok kalo korang nak join jugak korang pegi ke blog kawan aku sorang ni Spanar Buruk. keterangan lanjut korang leh dapat kat situ....siap leh pilih hadiah lagi tau......

Cerita phat macam ni k...sebenarnya memang byk kenangan phat dengan si dia ni...si dia yang phat maksudkan ialah isteri phat skang la...cerita nya rasa nya sama je macam org lain kot ..bercinta pastu skang ni dah kawen...aku kenal dgn wife aku skang ni masa kami sama-sama study kat Uitm jengka Pahang dulu....kami ni berlainan course n wife aku ni plak kire junior aku la....

Kenangan yang paling best mesti la mase mengurat ye x..hehe...actually kami ni x bercinta pun masa kat U tu..tapi bercinta lepas phat hbs n grad dan study...mula-mula kenal tu mmg kami kawan biasa je..lama kelamaan timbul lak rasa minat kat wife phat ni....

lama jugak la phat usha wife phat ni..kalo x silap dari tahun 2004 lagi....tp x dpt..last2 tahun 2006 dpt jugak kapel ngan die hehe....tp PJJ la..sebab die masih study di jengka dan phat dah hbs study n duduk ngan mak ayah kat n9..masa kapel tu telefon je la penghubung kami...jumpe pun sebulan sekali maklum la jauh....kenangan pjj ni yg best bile dipikir2 semula...setiap saat rasa nk dgr sore die je..ewah2..hehhe

then 2006 jugak la phat dpt keje..dan wife phat dpt sambung study kat Uitm S alam..phat plak keje kat rawang...mmg dekat...la..so tiap2 minggu leh dating...kaco wife aku nak study hehe.....so mungkin jodoh kami panjang...2 2 family pun suh kami bertunang pada 2008 n kami kawen 2010... dan skang insyaallah kami tgh tunggu kelahiran baby kami yang pertama..sebenarnya byk kenangan tapi x tertulis la kat sini..hehehe..jgn marah ek spanar hehehe......

zaman bercinta ni

bertunang 

kawen

Monday, July 4, 2011

Kuantan ke Kota Bharu

Salam & hye kawan-kawan semua...lama jugak x bercerita kat blog ni...busy betul akhir-akhir ni...Sabtu lepas aku ngan family wife aku pergi ke Kota Bharu..bukan pergi holidays tapi sebab nak anta adik ipar aku daftar kemasukan ke Politeknik Kota Bharu di daerah Kok Lanas...

Sebenarnya aku mmg x penah sampai kota bharu ni...nak-nak drive kereta sendiri..so pagi sabtu tu kami gerak ke KB dengan 2 biji kereta..aku x drive kete aku pun tapi drive kete kak ipar aku...malam sebelum bertolak abg ipar aku google la hotel-hotel kat KB tapi x booking pun sebab ade info yg mengatakan hotel atau homestay mmg byk kat sana...so kami decide just pegi ke KB & cari je hotel dan check in...
Lebih kurang pukul 3 kami sampai betul-betul depan Politeknik KB..kalo ikut masa standard pukul 2 sepatutnya kami dah sampai tapi mungkin disebabkan jammed kat Pasir Puteh menyebabkan kami lewat..jammaed ni mungkin disebabkan kedatangan PM kita ke kawasan tersebut....

Kami check in kat hotel yang agak baru juagk la..SA Villa Holidays....nice budget hotel bagi aku sebab bangunan cantik, hotel lengkap siap WIFI lagi tapi korang tau bape price nya semalam???RM 50 je...murahkan...aku tanya hotel tu mmg die org tgh promosi dan promosi tu sampai ujung tahun ni...

Kalo ke KB mmg x sah kalo x pegi Wakaf Che Yeh kan...wife aku shopping la ape lagi hehe..toto,tudung, baju dah bende wajib utk di beli hehe...esok nye dari hotel gerak ke poli utk daftar..tgk org ramai teringat zaman-zaman aku daftar masuk itm dulu...suci je muka aku....tgk bdk2 tu bersemangat je mase daftar....jgn jadi macam phat sudah mula-mula daftar je semangat dah lama skit mula la malas nak study hehe...korang lak mcm mane ??? ade pengalaman best masa daftar masuk u???kalo ade kongsi2 la ye.....

Friday, July 1, 2011

Let the music heal your soul - Bravo All Stars

Aku x tau la sama ada korang ingat atau tidak lagu ni..sesape yang seangkatan dengan phat maybe ingat kot lagu ni...lagu ni dibuat kalo x silap tahun 1998 dan menggabungkan artis dan kumpulan yang popular zaman tu dalam satu lagu..terutama boy band masa tu...

Lagu ni gabungan artis seperti BSB , N'SYNC , WESTLIFE , MLTR , 911 , 98 DEGREES , THE MOFFATTS , AQUA , S CLUB 7 , BOYZONE , BOY II MEN , M2M , SPICE GIRLS , A1 ,STEPS , 5IVE , ALL SAINT , LFO..korang layan je la ek...



(Touché) Oh if someone writes a song with a simple rhyme

('N Sync) Just a song where his feeling show

(Scott Moffatt) And if someone feels the same about the simple

song

(Gil Ofarim) Oh sometimes you can hear them sing

(Squeezer) Music gives you happiness and sadness

(Nick Carter) But it also, also heals your soul



(All) Chorus: Let the music heal your soul

Let the music take control

Let the music give you the power

To move any mountain



(Touché) If someone plays piano with same simple chords

(Aaron Carter) So melodic and endearing, too

(Brian Littrell) Oh if someone plays guitar with the old piano

(The Boyz) And maybe you can hear them sing

(Nick Carter) Music gives you happiness and sadness

('N Sync) But it also

(Blümchen) Also heal your soul



(All) Chorus: Let the music heal your soul

Let the music take control

Let the music give you the power

To move any mountain



(Brian Littrell) Let the music heal your soul

Let the music take control

Let the music heal your soul



(Nick Carter) Oh yeah



(All) Chorus: Let the music heal your soul

Let the music take control

Let the music give you the power

To move any mountain

 


Pokok - Meet Uncle Husin feat Hazama


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok