loading...

Saturday, June 18, 2011

Happy Saturday!!!!


Salam & hye kawan-kawan semua tidak kira di mana anda..semoga korang semua dalam keadaan sihat sentiasa dan ceria disamping insan tersayang....Seperti yang kita tau hari ini hari sabtu dan esok hari ahad...dan esok juga kita akan sambut hari bapa so kepada semua bapa-bapa, bakal bakal bapa di ucapkan selamat hari bapa terutama kepada ayah aku En Sulaiman & bapa mertua aku En Abd Rahman..selamat hari bapa kepada mereka berdua...Aku saja je tempek lagu kat atas ni sebab lagu nya tajuk Saturday..hehehe x de kene mengena pun...

Ok..hari mcm bese cuti...so sampai ke saat ini aku x g mane pun just lepak je kat umah dengan wife aku...so bile dah lepak umah..bgn pagi2 wife aku dah siapkan sarapan...so hari ni aku plan nk kemas umah....maklum la wife aku pregnat so x leh buat keje-keje berat....so dr stat bangun tido aku dah kemas katil then terus sapu umah....sapu dari bilik, dapur, ruang tamu dan seterus nye kat parking kete....habis sapu...mop plak....bese la mop guna fabuloso hehehe..wangi warne purple lagi........


habis mop kebetulan baju yang kat washing machine pun dah siap so ..kene jemur la..bleh plak JBA buat lawak tadi..air x de plak sekejap......tapi alhamdulillah dah ada semula bekalan air........selesai semua kerja-kerja tadi aku ngan wife aku dok layan Maharaja lawak kat Gua.TV maklum la umah xde astro warna hahahaha........la ni aku teman kan wife aku lipat baju sambil layan hindustan....aku satu je keja aku x berapa nak reti iaitu lipat baju hehehehe...........


Friday, June 17, 2011

Jangan kau pergi....


Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku


Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku


Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh


Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi





                                                                         


Thursday, June 16, 2011

pEacE nO wAr CoNtEsT


Tq kepada Cik Sangat Setia yang sudi tag phat untuk contest ni..

So kepada korang semua kalo nak join contest ni sila la klik kat sini
so korang follow je la apa yang tuan blog suruh ek...
untung-untung leh menang hadiah

ni gambar peace yang aku ade..gambar reramai....

pEacE yaw!!

oleh itu aku nak tag geng-geng aku yg disanjungi :




Good Luck !!!!



Wednesday, June 15, 2011

#WW - Wordless Wednesday #2

Maksud Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.







Tuesday, June 14, 2011

Balasan tak mandi Junub - jadikan pedoman

Salam & hye kawan-kawan semua..hari ni phat ak kongsi lagi satu cerita yang boleh dijadikan pedoman kepada kita semua terutama yang beragama Islam..dah agak lama x buka emel yahoo td bukak2 dpt terbaca plak emel yang telah dihantar oleh seorang sahabat kepada phat...korang jadikan la pedoman daripada cerita kat bawah ni ek....


Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut. Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah  perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. 

Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang 
berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu  terlalu bengis dan gerun,kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau  yang memerhatikan mangsanya. 

 Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu 
liang lahad  yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri 
itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad  dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada  di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali 
keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan 
 jasadnya dengan binatang tersebut. Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu  bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu 
seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang 
buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu. 

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan 
yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya.  Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang  baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan. Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas 
 Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina an terlaknat  dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya.
 Renung-renungkan lah...





                                                  
                                     

Monday, June 13, 2011

Lawak Lagi!!! ( 21 tahun ke atas sahaja )..Jom Bunuh Setan bukan Seth Tan

Salam & hye kawan-kawan..ni antara cerita lawak tahap cipan tanah yang pernah aku baca zaman-zaman aku remaja dulu ...zaman-zaman tahun 2006 macam tu..zaman aku keje kilang perodua kat Rawang...Korang kompom gelak la bila baca kisah ni hehe...bagi yang dah baca x pe korang layan la lagi sekali ye...bagi yang belum baca kompom korang gelak sakan...cerita ni tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia....

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.
Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...
Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil
mengangguk lemah. Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........


"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang!!!" 


kah kah kah lawak x lawak x...??




Friday, June 10, 2011

Ilmu Jumaat - Adap Kepada Ibu bapa

Salam Jumaat kepada semua sahabat-sahabat phat..bersempena hari yang mulia ini ..phat nak kongsi sedikit ilmu la untuk phat dan juga untuk anda semua..semoga apa yang dikongsi ini dapat memberi tunjuk ajar dan pedoman kepada kita semua....renung-renungkan lah dan selamat beramal....(tiru Ustaz Izi hehehe)...



ADAB KEPADA IBU BAPA
  • Pergertian
    • Bersopan santun kepada ibu dan bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkath laku.
  • Hukum
    • Wajib

Tata cara adab pergaulan dengan ibu bapa
  • Mengasihi dan mendoakan kebahagian dan kesejateraan dan buat kedua-duanya ketika mereka hidup dan memohon kempunan dan rahamat Allah apabila mereka sudah tiada lagi di dunia
  • Mengormati dihadapan dan dibelakang mereka
  • Memberi salam ketika kembali ke rumah atau keluar daripada rumah
  • Bersopan santun apabila berkomunikasi dengan mereka
  • Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak menyalahi perintah dan hukum Allah
  • Berterima kasih setiap kali pemberiannya dan curahan kasih sayangnya
  • Menjaga perasaan kedua-duanya terutama apabila mereka semakin tua
  • Menolong dan membantu mereka dirumah

Hikmah menghormati ibu bapa
  • mendapat keredhaan dan rahmat Allah taala
  • dihormati dan dikasihi oleh manusia
  • memperoleh kebahagian hidup didunia dan akhirat
  • dikurniakan pahala yang banyak disisi Allah
  • jiwa tenang dan tenteram
·        

sumber :

Thursday, June 9, 2011

AWAS - Lelaki menyamar jadi pekerja TNB - BEWARE!!!!

Salam & hye kawan2 semua..semalam sebenarnya aku nak buat entry ni tapi x leh sebab semalam kan WW ( wordless wednesday) hehe...so hari ni la aku nak kongsi cerita ni..aku ada terima satu emel..so penghantar emel tu mintak sebar-sebarkan cerita ni ...korang layan la ye..so kalau agak2 dekat dengan tempat anda mintak anda semua berhati-hati....
Posted by KedahLaNie 

BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu. 

Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000. 

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman. 

“Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter. 

“Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa,” katanya. 

Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu. 

“Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,” katanya. 

Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan. 

Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur. 

“Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran. 

“Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya,” katanya. 

Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal. 

Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. 

“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu. 






AWAS ADA PENCURI MENYAMAR PEGAWAI TNB BERKELIARAN DI KWSN ANDA

Bird Cake - Just to share.

Kejadian 2, 3 hari lepas. Kegiatan samun di sekitar SP. Lelaki 20an (2 org) menyamar sebagai staff TNB dgn berjeket TNB, membawa file dan dokumen TNB. Lelaki berkenaan cukup pandai berbahasa dan cuba mencari jalan utk memasuki halaman rumah mangsa dgn beralasan seperti utk memeriksa meter letrik dan sebagainya. Setelah berada di halaman rumah mangsa, lelaki berkenaan akan mencari jln utk memasuki kedlm rumah mangsa seperti menyuruh mangsa mengambil bil TNB, IC dan sebagainya (supaya mangsa masuk ke dlm rumah) .

Setelah mangsa berada di dalam rumah, itu adalah kesempatan mereka bertindak ganas. Mangsa target mereka adalah wanita surirumah sepenuh masa. Aktiviti mereka adalah di siang hari sewaktu kebanyakan orang keluar kerja. Sama sama lah berwaspada dan spread this news. 



So begitu la 2 cerita yang nak dikongsi harap semua amik perhatian....





laporan polis yg telah dibuat

Wednesday, June 8, 2011

Tuesday, June 7, 2011

Simply Pink Day...

Salam & hye kawan-kawan...seperti entry sebelum ni aku ada mention yang aku balik kampung untuk majlis wedding cousin aku...so mcm bese la kenduri tu buat kat sebelah umah mak aku je..so sepupu sepupu ni la yang jadi org kuat sepanjang majlis....







Akad nikah diadakan pada petang sambut sabtu dan majlis persandingan pula pada hari ahad...pengantin memilih untuk menggunakan tema warna pink + purple....aku dah plan untuk majlis ni mmg akan amik cuti hari Jumaat dan Ahad ...bese la kan kenduri hari ahad mesti penat..isnin tu jugak dpt aku bantu mak aku berkemas.,...

lepas gian hahaha

Jumaat dlm pukul 11.30 aku sampai la di kampung...petang lepas sembahyang jumaat mak aku bakar lemang..layan juagk sebab dah lama x mkn lemang panas....hehehe....hari majlis ramai jugak tetamu yang datang....sebagai orang pangkal sangap jugak la standby kat khemah al maklum la kejap2 air hbs..pinggan hbs mcm2 hal..tetapi penat pun meriah bile dpt kumpul ramai2 family,,nk2 family2 yg jarang jumpe....

Korang layan je la gambar-gambar masa majlis....k..

Peace







phat 1st Wedding Aniversary 5/6/11

Salam & hye kawan-kawan semua...last week phat & wife telah pulang ke kampung sebab ada kenduri wedding cousin phat..sebenarnya tarikh kawen cousin phat ni sama dgn tarikh kawen phat tahun lepas..hehe...so dikesempatan kenduri ni phat & wife amik kesempatan untuk potong kek ulang tahun perkahwinan kami genap setahun...


Bese la kan kalo dah kumpul sedara mara sepupu sepapat kecoh dan meriah la jadi nya...malam masa potong kek tu kebetulan kakak phat buat laksa dan makcik phat buat soto...kenyang perut mlm tu hehe...



Sebut pasal kawen, nak imbau setahun dulu..busy ngan persiapan sebelum kawen..kebetulan phat dapat keje posting di kuantan wife pun di kuantan jadi persiapan tu x de la susah sgt sebab kami leh buat sama-sama...2 bulan sebelum kami dah sibuk dah dgn persiapan bukan apa takut nanti x sempat...masa ni la order pelamin, photograper dan sebagainya....

setahun dulu ;-)

Kepada isteri..Norhayati Abd Rahman..papa syg mama sgt....papa x sabar nak tunggu baby kita lahir....kepada semua kawan-kawan yang belum kawen jangan tunggu lama-lama wei hehehe......





Thursday, June 2, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU


Salam & Hye kawan2 semua..lama dah sebenarnya aku x p lawat blog brother ni..so ada kesempatan aku p la jenguk n ada satu segmen ni yang brother ni tgh buat...aku rasa aku nak join..korang2 pun join jugak la ye..p je kat blog abg terror

segment tu suh kita jawab beberapa soalan sebelum di tapis dan dimasukkan ke dalam blog list beliau mengikut negeri yang kita pilih...

untuk soalan pertama ..aku dilahirkan di kampung sri inas,johol ..kampung ni terletak di daerah kuala pilah negeri sembilan

Aku dibesarkan di kampung yang sama jugak seperti di atas hingga lah dpt masuk U baru aku berhijrah keluar dari kampung hehehe...

Negeri pilihan adalah negeri tanah tumpah darah den iaitu Negeri Sembilan

Kenapa phat pilih negeri tu ...mmmm..sebab mmg tanah tumpah darah kat Negeri Sembilan..lagi satu dari kecik sampai ke besar mmg x penah pindah ke mana-mana kecuali lepas hbs study n dpt keje kat Selangor..skang palk menetap di Kuantan..kerana kerja jugak...esok 3 Jun 2011 mmg nak balik kuala pilah pun hehehe.....


Lagi Kes Buang Bayi

Salam & Hye kepada semua kawan-kawan phat..semalam kita disajikan lagi dengan berita pembuangan bayi..bagi rakyat Malaysia benda ni biasa dah..sebab dalam sebulan memang kita akan dengar tentang berita bayi yang tidak berdosa di buang oleh individu yang tidak bertanggungjawab..

Tapi untuk berita semalam kes buang bayi ni pelik dari biasa..sebab apa???sebab selalunya kita dengar bayi dijumpai ditepi surau/masjid, dalam tong sampah, kat bus stand, tepi sungai dan sebagai nya..tapi berita semalam memang mengejutkan sebab bayi yang dikatakan baru lahir itu di campak dari tingkat 5 sebuah pangsapuri...kejam betul mak/bapak dia tu...nak kata budak tu loncat sendiri memang tak logik la..sebab tali pusat pun tak tanggal lagi....

Aku sebagai manusia biasa memang tersentuh la bila tengok berita kat tv malam tadi...sedih bila melihatkan visual  gambar bayi yang malang tu..walaupun di sensored tp kita sendiri boleh bayang kan budak kecik yang memang lembut lagi tubuh nya dibuang dari tempat tinggi macam mana agaknya kesakitan nya tu kan..kita yang dah tua ni pun x sanggup nak terjun dari tempat yang tinggi...

Sebagai manusia yang ada rasa tanggungjawab mari lah kita sama-sama berdoa semoga semua rakyat Malaysia dijauhkan dari benda-benda yang tidak bertanggungjawab..semoga apa yang disampaikan tentang berita ini tidak kira di jua menjadi pengajaran dan pedoman kepada kita untuk menjadi lebih baik..disini akau sertakan petikan berita daripada akhbar Utusan...


KUALA LUMPUR 1 Jun – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati, dipercayai dicampak dari tingkat tinggi sebuah pangsapuri di Sentul, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12 tengah malam, bayi malang itu ditemui dengan kesan cedera parah di kepala dan dibungkus dalam plastik hitam.

Polis sedang memburu pelaku jenayah kejam itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya segera menghubungi mana-mana balai polis. – Utusan