loading...

Friday, April 29, 2011

Family Day Office 23/4/2011

Salam & Hye kawan-kawan semua..Hari ini 29 April 2011 bersamaan hari Jumaat..syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih dapat merasa nikmat kehidupan di dunia ini...Untuk pengetahuan semua..hari ini aku apply cuti..hehe..saje nak berehat duduk kat rumah...tapi rehat tak rehat sangat pun sebab semua kerja rumah aku kena setelkan maklumla wife aku kerja kan...

Ok..pikir punya pikir pagi tadi aku baru teringat bahawa Office aku ada buat Family Day pada minggu lepas...di sebabkan terlalu sibuk dengan tugas aku tak dapat nak update pasal family day opis aku untuk entry baru..baru hari je la masa yang ada...
Family day ni telah diadakan dengan jayanya di kawasan rekreasi sg pandan..kalau orang kuantan tempat ini dikenali sebagai air terjun pancing...Aku mmg dah rancang nak drive kereta pejabat sebab kebetulan wife aku kena ke sekeloah sebab ada kelas ganti...Aku agak sedih jugak sebab wife aku x dapat nak join event ni...

Dalam pukul 8.30 acara dimulakan dengan acara senam seni yang dikelolakan oleh anggota kerja jabatan kebudayaan dan kesenian negara Pahang..layan jugak senam seni ni sebab memang lama x join benda2 macam ni...lebih kurang 45 minit selesai senam seni..sekarang tiba masa untuk minum pagi..selepas minum semua anggota kerja dan keluarga di pecahkan kepada kumpulan yang telah ditetapkan oleh urusetia..korang nak tau aku dapat kumpulan apa?Dapat kumpualn pink beb..jambu x jambu x hehehe....

Beberapa acara telah dijalankan semasa sukaneka..kumpulan aku ranking jugak la sebab hingga habis semua nya kami dinobatkan sebagai kumpulan tempat ke 2 keseluruhan...hbs sukaneka ada cabutan bertuah tapi malang nya no 44 aku x naik pun hehehe...x pe la xde rezeki kan...

Sesi seterusnya adalah sesi karaoke..mcm bese la aku bawal satu lagu...sebab masa pun x de sangat...selesai semua dan kemas tempat apa lagi p mandi air terjun la...kena palk mmg cuaca agak panas mmg layan la kalo dapat berendam....dalam pukul 4 aku samapi umah..penat weh.....

Tempat ke 2 kumpulan

sejuk weh

karok time

Pink Team.Jambu x Jambu x ;-)

Wednesday, April 27, 2011

Lawak Telur ( 13 tahun ke bawah x leh baca )

Cite ni berlaku kat bandar Kuala Terengganu.Dipendekkan cerita... datanglah dua orang lelaki mat salleh (seorang berkulit putih dan seorang lagi negro)ke bandar Kuala Terengganu untuk menikmati keindahan negeri Terengganu sempena dengan Tahun Melawat Terengganu 1997. Setelah tiga hari mereka berada di Kuala Terengganu mereka pergi ke Pasar Kedai Payang untuk membeli telur untuk makan tengahari. Di Pasar Kedai Payang...
mat saleh : i want to by an eggs...
penjual : mender?? (apa?)
mat saleh : eggs... eggs... i want eggs..
penjual : nok mender?? mak cik dok fahang nih..
mat saleh : egggsss... eggsss...
penjual : mak cik katerr dok fahang... dok fahang ahh...

Oleh kerana terlalu berang dengan mak cik (penjual) yang tidak faham english maka, mat saleh (kulit putih) telah menunjukkan 'telurnya' kepada mak cik tadi...

penjual : ooo... kabo lah nak beli telurr...  

Mak Cik itu pun bagi lerr telur kat mat saleh dua owang tadik. Oleh kerana terlalu lapar dan terlalu berang dengan peristiwa di Pasar Kedai Payang tadik... maka mat saleh dua owang tu pun makan dengan banyaknya tengahari tu. Nak dijadikan cerita... telur yang mereka beli tadik pun habiss dan mat saleh (kulit putih) pun menyuruh negro pulak pegi beli telur kerana dia dah tak sanggup lagi nak mengahadapi mak cik ! tadi. Maka dengan berat hati negro tu pun pergilah beli telur kat Pasar Kedai Payang ngan makcik tadi.

negro : i want to buy an eggs... eggs...
penjual : menda?? menda?? nak beli menda??
negro : eggs... egss... eggsssss...
Tiba-tiba negro tu pun teringat lerrr masa dia ngan kawan dia beli telur tadik. Dengan penuh yakin dan 'konfidennya'  
negro tersebut menunjukkan 'telurnya' kepada mak cik penjual telur. Maka dengan penuh yakin dan 'konfidennya'  
juga mak cik penjual telur tu pun memberikan telur masin (telur yang dibalut dengan campuran tanah liat dan  
arang) kepada negro tersebut. Apa lagi... tergezut beruklah negro tadik kerana telur yang  dibelinya  
tidak sama dengan telur yang dia dan kawan dia beli tadi... muakakakakakaka...  
Pesanan Penaja: "BENDA YANG SERUPA TAK SEMESTINYA SAMA"   ..sakit perut aku la lawak ni....hahahaha

Monday, April 25, 2011

Contest Blog Saya Smart


Salam dan hye semua pembaca-pembaca setia phat corner..cewah gaya macam ramai je yang baca blog aku hehehe...pagi tadi aku telah di TAG oleh seorang geng blogger mintak aku join contest ni...so kalo korang nak join mudah je...hadiah pun bleh tahan beb...first sekali tq pada Natra yang sudi tag aku..

Ok ape yg korang kene buat simple je...

Just pegi je kat sini CONTEST BLOG SAYA SMART then follow je instructions yang di beri..so skang aku akan tag 4 orang..itu antara syarat-syarat nya...kepada semua selamat berjaya...

Perhatian anda di TAG : 







Thursday, April 21, 2011

Rahsia Mata dan Pemikiran

Salam & hye kawan2 semua..semoga semua berada dalam keadaan sihat disamping orang tercinta..ceh ayat dah macam nak tulis surat pulak..hehe...ok kawan-kawan beberapa entry sebelum ni phat ada bagi beberapa cerita lawak...so entry kali ni phat serius semual ok...nak dijadikan cerita phat belek belek la email phat...so belek punya belek jumpa la satu kira macam info la..so phat nak kongsi ngan korang ek...


Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia : 

Yang pertama nya jika mata kita jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tidak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi menjadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.
Yang kedua ialah jika renungan matanya tajam macam renungan mata harimau, orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikirannya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat ekstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika berpeluang berbuat demikian
.
Ketiga, mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata, orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah ditipu.

Yang keempat, renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikiran nya dan kurang bijak atau dalam kata lain dia hanya berpotensi menjadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem hindustan.

Kelima, jika seseorang memiliki mata yang kecil,tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang barat.

Keenam, jika renungan mata seseorang itu tak tajam tapi renungannya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikirannya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali. Cuba lihat mata Dr Fazilah Kamsah dan Tun Mahathir..

Ketujuh, mata besar macam lembu maka orang ini kurang bijak dan kagi teruk jika tak tajam renungannya dan tak bercahaya matanya.

Kelapan, jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnya, jaga-jaga orang ini kaki belit, suka tiou dan kurang bijak.Sukar dipercayai dan dibuat kawan.

Ok kawan kawan..aku baca info ni dari emel aku...so aku pun x tau apa kebenaran nya..so korang pandai2 la cari k..hehe...korang usha2 la jugak mana yang agak kena ngan diri korang hehehe..sekadar bacaan dan bukan untuk dibuat pegangan..jumpa lagi...









Thursday, April 14, 2011

Lawak Gile..rugi x baca part II continue

Salam..ok ini sambungan lawak cikgu hari tu,,so enjoy la...bg sape yg belum baca ..baca dulu entry sebelum ni k....


PART III

Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah....... emak sedang membuat kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??







PART IV

Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!


PART V

Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..



kalau korang rasa cerita ni lawak korang gelak la ek..hahahaha


Wednesday, April 13, 2011

Lawak Gile..rugi x baca

Lawak Cikgu


PART I


Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.. Che'gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che'gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.




PART II


Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.


Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.




Hahaha....lawak x lawak x ...hahaha....tunggu sambungan part 3 dan 4....






Saturday, April 9, 2011

Lawak Haram Jadah haha Don ' t worry, I got a lot of XXX in my country

Don ' t worry, I got a lot of XXX in my country 

 Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua di depan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba . Sebelah aku pulak orang Bangladesh . Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don ' t worry, I got a lot american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang. .si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata American tadi... "Don ' t worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...,

"DON ' T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"   

Hahahahahahahahahaha...haram jadah nye lawak....



Thursday, April 7, 2011

Lawak Hari Ini

IsTeRi SaKit JaNtUnG

Pada satu petang Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja  dan terdengar suara 
isterinya dalam bilik mengerang... ah ah ah...Dia berlari naik ke bilik dan melihat 
isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab
isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum
sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan
berkata,

"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul
Mazlan (bukan nama sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa
pakaian.. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata,

"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba
menakutkan anak aku ye?"         

Aduhyai..lawak betul la..hahahaha...macam haram jadah.....

Kenali Usop Wilcha

Salam & hye kawan-kawan...korang semua tentu dah tengok filem-filem Mamat Khalid kan?? Cerita seperti Zombie Kampung Pisang dan yang terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)...sape-sape yang dah menonton pasti tau kan cerita dan watak yang di bawa oleh Encik Usop Wilcha ni hehehe...dengan watak sebagai bekas penari kebudayaan dan mempunyai gerak tangan yang gemalai ( sape setuju sile angkat tangan macam saye...) hehehe....

So baru-baru ini dalam ABPBH 2010..si Encik Usop ni telah menggamatkan majlis dengan mengeluarkan dialog-diolag pembunuh ( punch line ) sebelum mengumumkan pemenang anugerah bersama-sama dengan seorang pelawak yang masuk air iaitu Johan...sape yang tgk mlm tu mmg x kering gusi la dgn gelagat usop ni...tambah-tambah dengan gaya yang dibawa oleh beliau...


Tapi pada hakikat nya korang kenal x siapa sebenarnya Usop Wilcha ni...setahu aku la..zaman aku sekolah dulu En Usop ni adalah seorang artis dan dikenali sebagai penyanyi bernama Shy8....Nama penuh beliau ialah Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamallulail dan mempunyai jawatan tinggi dan tetap sebagai Pengurus Komunikasi Korporat si sebuah syarikat terkemuka dalam bidang minyak dan gas. Kalo nak kenal lebih lanjut just add je En usop kat FB die..klik je kat sini  Syed Mohamad Asri (ShyEight)..


Antara babak dalam HKLBR

Tuesday, April 5, 2011

Untuk Pedoman - 100 hari tanda sebelum kematian

Salam & hye kawan-kawan..hari ini aku nak kongsi satu pedoman untuk kita semua..
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11


insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...

Monday, April 4, 2011

Keputusan rasmi ABPBH 2010

Salam & Hye semua...
Seperti yang kita tahu tadi ade live kat TV3 dan mungkin ade yg menonton dan mungkin ade yang tidak menonton...so inilah keputusan nya tadi..tahniah kepada pemenang......

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Hj. Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular
6ixth Sense
Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan
Artis Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular
Shahir

Artis Baru Wanita Popular
Ana Raffali
Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Artis Nasyid Popular
Rabbani
Penyanyi Lelaki Popular
Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular
Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular 
Lisa Surihani
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Dato’ Rosnani Jamil
Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian
Shaheizy Sam (126,168 undian)

Tahniah sekali lagi kepada pemenang..dan pemenang harus ingat bahawa kemenangan anda datang dari undian peminat-peminat anda semua...k..c u then...

Sunday, April 3, 2011

Sunday Morning!!!

Salam & Hye Kwn2....tajuk entri aku macam tajuk lagu x??hehe...sebenarnya hari ni walaupun hari ahad iaitu hari cuti...tapi sebenarnya banyak keja yang aku kene setelkan hari ni....1st sekali dah tentu la keje2 umah..sebelum pegi sekolah pagi tadi wife aku dah pesan siap2 dah...nanti syg kemas2 apa yang patut....hehe...mmg plan nak buat semua keje umah hr ni...maklum la wife aku preganat so x leh buat keje2 berat....

Aku jugak sebenarnya perlu siapkan beberapa proposal..tp sejak dari semalam aku x start satu bende pun lagi..malas sgt aku rasa....hehehe....Malam tadi byk game bola kat TV so aku pun layan jugak la 2 3 game....bg yg x tgk bola mesti korang tgk konsert tirai AF kan?hehehe......

Bile baca paper online pg tadi...byk juga berita-berita yang gembira dan sedih...yang paling dapat tumpuan aku rase kembali nya ke rahmatullah seorang komposer iaitu Seri Bayu...pastu smlm ramai anggota kastam kene tangkap sebab amik rasuah...mcm2 la berita lagi...

Aku pun dah nk start buat keje-keje aku ni....apa-apa pun  jumpe lagi k....

siap kemas