loading...

Monday, January 31, 2011

Kisah sebenar di Egypt baca dan sebarkan

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.
Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.



post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(

kredit>sherah

Jawatan Kosong / Job vacancies

Salam semua...
hari ni nk kongsi lagi job vacancies so rajin2 la klik ye....
1. Electrical/ElectronicElectrical and Electronic are very much alike but also come with some differences. Generally, electrical engineering refers to the macro or large scale of electrical system such as transformers, high and medium voltage distribution, motor controls and so on. Electronic, on the other hand, deals with small scale, solid state components and systems such as integrated
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Perlis) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap di pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar, Perlis seperti berikut : 1. Juruaudit W41 2. Akauntan W41 3. Pegawai Undang-Undang L41 4. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 5. Arkitek Landskap J41 6. Penolong Juruaudit W27 7.
According to most experts, the average job search takes about five months to complete. Five months is a long time to spend job searching, especially if you are currently out of work! Why does the average job search take this long? One of the primary reasons is because most job seekers are using the exact same job search strategies. Most of them are using what could be called the "wait and
 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini A. PERIHAL JAWATAN : Bil Jawatan Gred Klasifikasi Perkhidmatan Kumpulan Perkhidmatan
 Jawatan Kosong Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Maktab Kerjasama Malaysia: JAWATAN: - Pegawai Tadbir Gred N41 IKLAN JAWATAN KOSONG http://www.mkm.edu.my/iklann41 BORANG PERMOHONAN http://www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10341&folderId=54155&name=DLFE-4915.pdf

1. Pembantu Belia dan Sukan Gred S17 (2 Kekosongan) Taraf Jawatan: Kontrak KLIK SINI UNTUK IKLAN PENUH SERTA SYARAT KELAYAKAN Cara Memohon: Permohonan hendaklah disertakan dengan Surat Permohonan Jawatan dan ”Resume” yang lengkap. Bagi keterangan lanjut berkenaan syarat-syarat permohonan, sila layari laman web http//:www.msnselangor.gov.my 

Thursday, January 27, 2011

Iklan Jawatan Kosong / Job Vacancies

Salam & Hye kawan-kawan..hari ini aku just nk kongsi jawatan kosong...so korang tengok2 la ye....mana la tau ada sape2 yang tengah cari kerja skang ni...;-) terutama yang kat Johor & Pahang




Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) bagi jawatan berikut: JAWATAN: - Pegawai Penyelidik IKLAN JAWATAN KOSONG IKLAN PENUH BORANG PERMOHONAN MUAT TURUN BORANG Tarikh Tutup : 15 Februari 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia sahaja yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:- 1) Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 2) Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27 KLIK SINI UNTUK IKLAN PENUH SERTA SYARAT KELAYAKAN KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN Cara/Peraturan Memohon : a) Borang permohonan jawatan boleh didapati di Pejabat Lembaga

Wednesday, January 26, 2011

Sejarah Futsal

Salam & Hye kawan kawan bloger semua..pasti korang yang terutama lelaki suka main futsal kan...x lupa juga kepada golongan wanita..ada jugak yang suka bermain futsal...aku juga salah seorang yg aktif bermain futsal..selain keseronokan bermain kita juga dapat menyihatkan badan dan juga dapat menambah kenalan baru.....hari ini aku nk kongsi sikit la tentang sejarah futsal..ramai mesti x tau sangat kan sejarah futsal ni....so korang layan la ye......
Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai. Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas, hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti
Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal. Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.

so korang dah tau kan sejarah nye....selamat berfutsal la ye...adios

Peluh membasahi badan

champion tu hehe

Iklan Jawatan Kosong / Job Vacancies

 Salam & Hye kawan-kawan..hari ini aku just nk kongsi jawatan kosong...so korang tengok2 la ye....mana la tau ada sape2 yang tengah cari kerja skang ni...;-)

Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebuah universiti yang diktiraf oleh kerajaan mempunyai kekosongan jawatan (bukan akademik), mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi serta berbakat untuk memohon jawatan yang kosong: 1. PENTADBIRAN DAN SOKONGAN 2. TEKNIKAL KLIK SINI UNTUK SYARAT LANTIKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE Tarikh Tutup Permohonan: 11 February 2011
Open University Malaysia (OUM) was established in August 2000 under the Private Higher Education Act 1996.Backed by the 11 public universities in the country, OUM is set to create opportunities for Malaysians to fulfill their academic aspirations through our "education for all" concept.in line with our vision to make OUM the leading Open University, we would like to invite highly qualified



Monday, January 24, 2011

22 Januari 2011

Salam & Hye kawan2 semua...

Entry kali ini aku just nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada semua saudara mara & rakan-rakan yang wish "birthday" aku pada 22 Januari 2011..pada tarikh ini genaplah usia aku 29 tahun....korang semua memang best....TQ so much kepada semua yang wish x kire la kat HP, dan yang kat Facebook....

Aku harap korang doakan kesejahteraan aku ye....mintak2 apa yang aku hajati akan tercapai berkat doa dari korang semua.....TQ sekali lagi......

Thursday, January 20, 2011

Cara-cara mengatasi stress mengikut cara Islam

Salam & hye kawan2 pembaca semua...

Setiap dari anda semua mesti pernah merasa tertekan atau stress kan?x kira la disebabkan ape..tp yang penting nye mesti stress disebabkan sesuatu masalah kan? contohnya masalah tempat kerja, pelajaran, keluarga, cinta dan macam-macam lagi la masalah....so kat sini aku nk kongsi skit info tentang cara nak atasi atau kurangkan stress tersebut...cuba lah amalkan k......


  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Tuesday, January 18, 2011

Peminangan


Salam & Hye Kawan2 semua..hari ini aku nk kongsi ilmu tentang peminangan..so sape2 yang rancang2 nk kawen tu baca lah info ni k....mengikut adat kita orang melayu memang banyak style minang meminang ni..tetapi walau apa pun semua style tersebut mestilah berlandaskan agama kita iaitu Islam...

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan)) (sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_menurut_Islam)


Monday, January 17, 2011

Tips memilih calon suami / isteri

Salam & Hye kawan semua..
hari ni aku nk kongsi plak tips memilih calon suami / isteri menurut Islam...
Jadi korang baca dan jadikan pedoman k....

Ciri-ciri bakal suami

1.beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t

2.bertanggungjawab terhadap semua benda

3.memiliki akhlak-akhlak yang terpuji

4.berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar

5.tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya

6.rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri

1.beriman & solehah

2.rupa paras yang cantik dan elok

3.memiliki akhlak-akhlak yang terpuji

4.menentukan mas kahwin yang rendah

5.wanita yang subur

6.masih dara

7.berasal dari keturunan yang baik

8.bukan keturunan terdekat

9.tidak memandang harta semata-mata



Wednesday, January 12, 2011

Hikmah Perkahwinan

Salam & Hye Kawan2 semua..
Hari ni kita sambung plak Hikmah-Hikmah Perkahwinan..
Jadi renung-renungkan lah.....

1.Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
2. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
3. Memelihara kesucian diri
4.Melaksanakan tuntutan syariat
5.Menjaga keturunan
6.Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
7.Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
8.Dapat mengeratkan silaturahim

Monday, January 10, 2011

Hukum-hukum perkahwinan dalam Islam

Salam & Hye Kawan kawan semua...
Hari ini aku nak kongsi ngan korang sedikit ilmu tentang kahwin......iaitu hukum-hukum perkahwinan dalam Islam...
Semoga bertambah ilmu kita semua..

1) Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.


2) Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.




3) Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan


4) Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat


5) Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.


masa akad nikah aku ni ;-)

Thursday, January 6, 2011

Senaman Mudah Yang Patut Kita Buat

Salam & Hye kawan-kawan...

Hari ni aku nk bagi nasihat skit..pd korang semua dan pada diri aku sendiri...Untuk jaga kesihatan, apa yang penting kita kena jaga makan dan juga bersenam kan...so kat sini ada beberapa senaman mudah yang patut kita buat....senaman ni sebenarnya x perlu lama..tp sistematik..baru la badan fit dan langsing....



i.        Berjogging.

·        Boleh dilakukan bila-bila dan di mana sahaja.  Ia boleh dilakukan secara berkumpulan atau seorang diri.  Jika anda selain mengamalkan aktiviti berjogging ini, ia boleh mengelakkan anda dari stres.

i.        Berjalan kaki

·        Ia amat sesuai dilakukan oleh orang yang telah tua dan mereka yang disyorkan melakukan senaman ringan.

i.        Menunggang basikal

·        Menunggang basikal elok untuk jantung dan pernafasan yang boleh membantu mengurangkan stres.  Untuk kesan yang ketara, aktiviti ini boleh dilakukan sentiasa selama 30 minit, paling kurang 3 hingga 4 kali seminggu.

i.        Berenang

·        Berenang membantu sistem pernafasan, menguatkan jantung dan baik untuk otot serta tubuh badan.

i.        Beraerobik

·        Faedahnya sama seperti kita berenang.  Ketika aktiviti aerobik dilakukan, minda kita berhubungan terus untuk mencapai teknik gerakan selari dengan muzik yang akan membantu kita menumpukan lebih perhatian dan seterusnya mengurangkan stres.

i.        Aktiviti fizikal.

·        Aktiviti fizikal atau sukan seperti bermain badminton, tenis dan ping pong.

So korang jgn la lupe bersukan ok...lepas ni.....semoga semua sihat sentiasa.....


Wednesday, January 5, 2011

GiveAway EdY : Awak Busuk!



Thanks a lot kepada cik dah yang telah tag aku untuk The Beauty In ugly.....syarat untuk GiveAway ni simple je...korang just tag sorang bloger lelaki dan sorang bloger pompuan....ini adalah disebabkan en Edy nak bg 2 hadiah nye..kepada pemenang lelaki dan pemenang wanita....

So ape tunggu lagi..simple je..beb....aku tag kat :

1. Bloger lelaki : Hawiz
2. Bloger wanita : Dayana