Tuesday, December 20, 2011

Kisah Seram Abang Polis

# sebelum melangkah lebih jauh adalah dinasihatkan kepada semua yang berumur 13 tahun ke bawah sila dapatkan nasihat atau tunjuk ajar orang yang lebih tua kerana cerita ini mungkin akan menakutkan anda..begitu juga bagi mereka yang lemah semangat mintak sape2 teman kan masa baca cerita ini.


Begini cerita nya :


Kejadian berlaku di sebuah balai polis di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh tuan empunya badan kepada uwan saya dan uwan saya yang menceritakan kepada saya.



Hari itu seperti biasa pukul 7.00 malam En Kassim bertugas di balai polis. Tiba-tiba balai polis telah menerima satu panggilan yang mengatakan ada satu kemalangan maut telah berlaku berhampiran dengan Pekan Batu Kikir..alah dekat-dekat dengan jambatan bosi tu..


En Kassim dan beberapa anggota nya bergegas ke tempat kejadian..sampai di tempat kejadian dilihat nya sebuah kereta telah bertembung dengan sebuah motosikal...kereta itu tidak la teruk sangat tahap keremukan nya tetapi motosikal tersebut totally hancur.


Apa plak nasib penunggang nya? bisik hati En Kassim..tak jauh dari situ nampak orang ramai tertumpu kepada satu tubuh yang terbujur di tepi jalan..tak lain tak bukan tubuh penunggang motosikal.Nafas nya sudah tiada maknanya dah meninggal dunia. En Kassim dan anggota nya menguruskan mayat tadi untuk dihantar ke hospital Kuala Pilah. Selesai semua nya En Kassim pulang semula ke pejabat.


Jam sudah menunjukan pukul 12.00 malam.En Kassim habis duty pukul 6 pagi esok..kebetulan rakan pejabat  beliau ada kecemasan dan perlu balik ke rumah.Tinggal En Kassim seorang diri di balai tersebut.Tiba-tiba dia teringat wajah mayat yang diuruskan nya senja tadi..
Bulu tengkuk nya mula meremang di tambah pula angin yang berlalu menambahkan lagi sejuk malam itu..dan masa itu juga la En Kassim teringat kata-kata nenek nya tentang pengurusan mayat.Nenek nya pernah bagi tau yang mayat ni kadang-kadang ada badi dan boleh lekat pada kita..


En Kassim rasa badan nya tidak sedap dan tidak seperti biasa..'aku kena badi mayat tadi ke' bisik beliau..'x boleh jadi ni aku kena mandi ni' kata nya lagi..dalam cahaya yang samar-samar di tambah bulan yang dilitupi awan En Kassim memberanikan diri untuk pegi mandi di bilik air belakang pejabat nya..


Dalam perjalanan ke bilik air dia rasa macam ada sesuatu yang mengekori nya..seperti akan ada kelibat..semua bulu yang ada pada En Kassim meremang..seram sejuk badan En Kassim.  Beliau gagahi juga dan sampai ke bilik air..
Semasa mencuci muka En Kassim tekejut beruk sebab ada seperti suara yang mengganggu beliau dan memanggil manggil...jantung beliau dah nak jatuh dah bedebar takut takut hantu mayat eksiden petang tadi ganggu beliau....


sekali lagi suara itu berbunyi "pssstt" pssstt"...


bertambah takut En Kassim..bukan sahaja suara tersebut tetapi disulami juga dengan bau yang sangat wangi...


"pssst" "pssst" sekali lagi bunyi dan bau wangi...kali ini En Kassim dah nekad apa nak jadi jadi la dia nak lawan jugak hantu tu..dan cari dari mana datang nya bunyi tadi....


rupa-rupa nya AMBI PUR la yang bunyi tadi tu..ambi pur memang la wangi...suspen je la En Kassim ni hahaha


p/s : aku penah dgr cite ni dan di olah dengan gaya aku

Monday, December 19, 2011

Ramai nya gay kat Malaysia

Ini bukan kisah Tyson Gay pelari 100 meter US yang sering bagi cabaran kepada Usain Bolt tapi kecoh  satu dunia pasal pasangan gay kahwin kat dublin..si Ariff Alfian Rosli kahwin dengan pasangan gay nya yang seorang mat salleh..bukan mat salleh woo si Ariff tu tapi melayu beragama Islam rakyat Malaysia.Dengar cerita dia ni student tajaan Petronas yang dikatakan hilang sebelum ni.


Dunia memang dah nak sampai ke penghujung nya kan? so marilah sama-sama kita betulkan apa kekurangan dalam diri kita untuk kita tambah....paling x tahan si Ariff ni kawin dengan pasangan gay dia pakai baju melayu tu..malu siot negara, agama dan bangsa kita..siap cium molot tu.....




Ke manakah akidah beliau kan? hanya beliau sahaja yang boleh menjawab nya...tp memang mengejutkan betul berita ni..lebih mengejutkan berita yang dilaporkan dalam sebuah akhbar popular juga melaporkan yang negara kita Malaysia mempunyai 30000 gay melayu..kalo melayu dah tentu-tentu Islam kan agama mereka...


Ini memang membimbang kan..tapi benda ni pasti ada seorang yang paling suka..korang pun mesti tau siapa kan...ala yang nak buat event Merdeka Sexuality ( betul kan aku kalo salah ) si Ambiga tu la...sengalll....


Tapi statistik yang ada ini memang bahaya ..bahaya kepada lelaki sebab ramai lelaki nak kan lelaki..so kena jaga-jaga bontot...takut terkena..mintak dijauhkan selisih malaikat 44 sebab nabi x ngaku umat wei.....


p/s : sama2 kita doa semoga Ariff tu diberi petunjuk untuk kembali ke jalan hidup yang lurus semula

Tuesday, December 13, 2011

Info tentang shoutbox / kotak jerit kita

Salam kepada semua sahabat-sahabat. Hari ini phat nak kongsi sedikit info berkaitan shoutbox. Aku percaya kebanyakan blog mesti ada tempek shoutbox kat blog masing-masing kan..tak ketinggalan jugak aku..aku pun ada shout box..kat atas blog lagi aku letak dengan harapan orang yang datang blog aku tinggal kan tapak tangan ke kaki ke ibu jari kiri ke...tak kisah asal kan ada tinggal jejak....ini memudahkan aku untuk terjah balik sahabat-sahabat aku yang singgah ke "phat corner"


Tapi kerap jugak aku tengok ada blogger ni yang aku tak berapa pasti mereka ini sedar atau tidak, atau mungkin tidak tahu yang kadang-kadang mereka telah buat satu perkara yang merrugikan mereka sebenarnya. Contoh terbaik aku cerita berdasarkan gambar kat bawah .

1. Korang lihat nama yang ditinggalkan oleh seorang sahabat kat shout box phat.Memang betul ada nama dia kat situ tapi sayang nya dia x masuk kan link blog beliau...jadi phat tak boleh nak terjah blog itu melalui shout box phat so rugi la kan...mungkin kawan-kawan kita yang lain nak terjah pun tak boleh so rugi kat situ.


2. So bagi mereka yang baru dan yang tak tau link blog korang mesti la diisi pada ruangan website pada shout box tu. Bila kita tinggalkan jejak kat blog orang dengan mudah mereka bleh klik je nama kita untuk terus ke blog kita


3. Akhir sekali kalo nak check senang je..bagi nama yang lengkap kat shoutbox, nama tu mesti ada line, kalo x de line tu maksud nya kita x isi la dalam ruang website tu..ok nak kata tuto bukan tuto tapi x kisah la janji kita semua dapat sama-sama kongsi ilmu atas pengalaman kan ;-)


p/s : masa aku guna shoutmix tp sekarang aku guna cbox..ye la kan dgr2 nak kena byr plak huhu


Tuesday, December 6, 2011

Mak banjir...air dah naik

Kejadian berlaku di sebuah kampung di pinggir bandar Kuantan..perkampungan ini memang agak rendah di selalu dinaiki air jikalau hujan turun tidak berhenti-henti selama 3 hari..pasti air akan naik busuk2 pun paras buku lali mesti naik ...pendek kata memang naik la air masuk ke rumah a.k.a banjir 





Fakrul bukan nama sebenar seorang pelajar POLISAS dan sedang mengikut Diploma kejuruteraan Mekanikal semester 4 di poli tersebut.Muka boleh tahan la.Ramai jugak awek-awek poli yang nak kan si Fakrul ni tapi simpan dalam hati je la sebab hati Fakrul ini dah dimiliki...


pinjam google


Nak dijadikan cerita, sekarang ini bulan 12 kan...politeknik seluruh Malaysia bercuti..jadi si Fakrul ini memang tak buat apa kecuali duduk sahaja di rumah konon-konon nak jadi anak yang baik.Tapi siang je dia duduk rumah malam keluar lepak main snuker.

Bulan 12 jugak musim hujan kan..sila rujuk ramalan cuaca di entry sebelum ini..jadi kampung Fakrul dah 2 hari hujan tak berhenti-henti..air parit dan sungai disekitar dah mula nak melimpah...dan saat-saat yang ditunggu akhirnya tiba...hari ini masuk hari yang ketiga hujan terus turun..


Dalam benak Fakrul berkata "malam ni kompom banjir ni kalo hujan x benti, aku kena stand by ni" .oleh itu Fakrul amik keputusan untuk tido di ruang tamu dengan bertilam kan toto.Konon nak tido-tido ayam la kang kalo air naik dia leh jadi hero untuk selamat kan semua family dia..


Tapi entah macam mana dia leh tido mati..Hujan terus turun dengan lebatnya...lebih kurang 2 jam selepas itu kira-kira jam 3 pagi rumah Fakrul yang sunyi sepi itu telah dikejutkan dengan satu jeritan yang datang nya tidak lain tidak bukan dari suara Fakrul sendiri.


"mak banjir ..baniir ..banjir air dah naik....selamatkan diri selamatkan diri "......orang dalam rumah bergegas mendapatkan Fakrul....mak nya terkejut....bila dia tengok x de pun banjir....pang!!!!!!!!!!!! mak Fakrul bagi back hand kat Fakrul..." ini bukan banjir ini kencing atas toto!!!!!!!!!!!!!!!" kata mak Fakrul....


Fakrul yang pening2 susu terkedu + merah muka sebab malu...semua ahli keluarga ketawa berdekah-dekah...siap ada yang guling-guling..dengar cite nenek Fakrul masih lagi dalam wad HTAA sebab x benti gelak....wakakakaka....


pinjam Google


p/s : cerita ini rekaan semata-mata tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia....satu lagi kalo kencing jangan lupa istinjak

Thursday, December 1, 2011

Video beruang sepak orang




Video ini dah lama dah ..aku layan zaman-zaman study Uitm dulu..dok layan blues kat opis teringat plak ..jadi aku cari kat u tube ada plak...so korang layan la ye....

mana beruang tu belajar martial art pun aku x tau ....tapi ini adalah antara video iklan kelakar yang patut korang tengok.....mesti sakit telur beruang tu kena sepak kan kan hehehe

p/s : visual kurang jelas