Friday, September 30, 2011

Sekadar Renungan Untuk Semua

Hayati lah perbualan di bawah dan renung renungkan lah :

PENSIL: Saya minta maaf....
PEMADAM: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.   
PENSIL: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya.Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak.
Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.



PEMADAM: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini.Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya.Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.. 



Thursday, September 29, 2011

T O K O N O D E N

Ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.

Pelajar: Cikgu pandai tak?
Cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu...
Pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka-teki ni
... ... Cikgu : ha, ape dia?
Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?
Cikgu : emmm Kolo mengikut kajian 100 kaki. betul?
Pelajar : salah
Cikgu : 99
Pelajar : salah!
Cikgu : emm...da tu berapa kaki
Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu...

pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..

Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?
Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je...hehehe

Cikgu : Hampeh ( tokono den ) (Dalam Hati )




Wednesday, September 28, 2011

Jom Tambah Follower


Salam kepada semua sahabat-sahabat phat..kat sini ada satu segmen yang CIK LULU anjurkan dan pengisian segmen ni cukup menarik kerana CIK LULU nak bantu kita dalam menambahkan bilangan followers kita....ye la kan korang tengok sendiri la betapa ramai nya CIK LULU nye followers so korang fikir-fikir lah....

EXPIRED DATE : JUMAAT 30 / 9 /2011

Syarat segmen ni memang cukup mudah & kalo korang nak tau terms and conditions korang pegi je kat link bawah ni :








#WW-Wordless Wednesday # 14






Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)






Tuesday, September 27, 2011

Keputusan Piala Malaysia 2011 Perlawanan Keenam 27 September 2011


Kumpulan A

Kedah 1- Perak 1
Johor 1 - Sabah 4

Kumpulan B

Terengganu 0 - Negeri Sembilan 0
Sime Darby 0 - PKNS FC 1

Kumpulan C

Kelantan 2 - Felda United 0
Johor FC 3 - Sarawak 1

Kumpulan D

Selangor 2 - Kuala Lumpur 1
PDRM 0 - T Team 6

Game Suku Akhir :

Kelantan VS Terengganu
Negeri Sembilan VS Felda United
Selangor VS Perak
Sabah VS T Team

First GiveAway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia


Assalammualaikum..sedang bersiar-siar kat FB terjumpa plak satu blog ni...http://www.tengkunizam.com/...so  beliau telah bagi peluang untuk kita semua menang hadiah melalui GA beliau.......kalo korang berminat nak join silakan ye....

Encik Tengku Nizam kalo phat menang kan phat nak hadiah Jersi EPL pasukan pilihan sendiri yang ditaja oleh Faizal Nizam

Semua syarat-syarat penyertaan dan T&C give away tersebut terdapat di sini   First GiveAway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia

Tarikh tutup penyertaan adalah : 28 September 2011

TAG :

Ingatan kepada perokok ( fikirkan lah )

Sepasang kekasih di kedai makan.
GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?

BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...

... ... GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM280.00 Setahun RM3360...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?







GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10..
and then RM3360 darab dengan 10 dapat RM33,600! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.

BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!

GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh buat downpayment 
beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !@#$%^&

**cerita ni aku amik kat FB kawan aku.sumber sebenar gagal ditemui.sekian.



Monday, September 26, 2011

shopping barang baby lagi


Sabtu 25 September 2011 wife aku rancang nak g beli barang baby lagi ye la kan gaji pun dah keluar huhu...ok sebelum keluar mcm bese la kan hujung2 minggu ni la masa nak kemas rumah dulu...dah setel semua lepas zohor phat dan isteri gerak ke bandar kuantan....

 
johnys time


lokasi pertama nk ke jln beserah kuantan iaitu satu tempat di mana terletak nya satu kedai baby yang popular iaitu Twins Baby...actually kami berdua ni nak cari katil untuk baby..sebab most of barang lain kami dah beli sebelum ini...mmg banyak pilihan kat sini tapi harga nya agak mahal skit la...


dpt jugak beli bag


so kami cadang nak g tgk kat tempat lain plak...disebabkan dah pukul 3 kami terus ke East Coast Mall (org kuantan pasti tau kat mane) sebab dah rancang dari rumah tadi nk pekena steamboat kat Johnys huhu..bini yang ngandung aku plak yang ngidam hahahaha....setel makan kami terus ronda dlm Ec Mall tu cari katil baby....last2 jumpa kat Carefour...walaupun harga nya murah tapi berbaloi sebab design katil tu cantik n lebih kurang sama je mcm kat twins baby tadi...mana harga nya 4 5 ratus....


pilih2 jgn x pilih


mama n papa mintak2 baby suka ngan katil ni nanti...mintak2 la nyenyak je tido nanti....balik umah aku terus pasang katil tu..x sabar rasa nya nak letak baby kami tido kat situ hehehe....


x beli pun action je huhu


 

katil yang dibeli




Sunday, September 25, 2011

jamuan raya opis aku

Salam kepada semua ..21 September 2011 lepas opis aku telah adakan satu jamuan raya..atas sebab-sebab yang x dpt dielakan jamuan yang dirancang pada pukul 8 malam telah diawalkan kepada pukul 2.30 petang ..oleh sebab itu x dpt la nak bergambar pakai baju melayu raya hehe...



Juadah pun tidak kurang hebat nya..seperti lemang, rendang, nasi impit, mee goreng, bihun singapore, kue teow goreng dan juga sate...yang best nya wife aku dapat join walaupun lepas habis sekolah dia kene p check up kat klinik....
Gambar Ramai2


walaupun x sebesar mana jamuan raya opis aku ni..tp rasa bertuah jugak la sebab atas daya usaha kelab sukan opis akhirnya program ini dapat diadakan.....rasa nya x lama lagi syawal akan meninggalkan kita semua..so kena tunggu tahun depan plak la ...untuk makan makan sempena raya....aku x tau nak tulis apa lagi korang layan la gambar yang ada....


Lemang sedang dibakar

lapar dah perut

aku dia & baby

layan kan sajo bdk2 ni

garang x ?

sate time

Saturday, September 24, 2011

Amalan Mudah Seharian ( Bonus Akhirat )

Salam kepada semua..hari ini memang phat bertuah...sebab masa BW phat jumpa info yang sangat menarik kat satu blog ni...blog tu milik ISLAMIC.....jadi isi kandungan entry tu memang hebat jadi phat pun mintak kebenaran untuk sebarkan jugak bende yang sama kat blog phat...tq sekali lagi kepada sahabat kita iaitu ISLAMIC



Tujuh kalimat yg harus dbiasakan.

1.Bismillahirrahmanirrahiim :) 
Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah :) 
Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah :)

jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah :) 

jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)

bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :) 

jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah :)

bacalah siang & malam sebanyak2nya.

Rasulullah bersabda :)

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang

 menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.






Friday, September 23, 2011

Saya nak jadi blogger pilihan chegu zubir pada jam akan datang

Chegu Zubir

Salam kepada semua..tgh dok jalan-jalan kat Fb phat jumpe la satu link ni..agak menarik jugak apa yang phat jumpa ....korang nak tau apa yang phat jumpa??ada seorang sahabat kita buat satu segmen yang cukup menarik....ok segmen telah di buat oleh CHEGU ZUBIR......untuk keterangan lanjut korang klik je kat header kat atas tu ek....

Saya nak c.z promote blog saya kerana saya rasakan ini lah peluang terbaik untuk pembaca setia blog c.z dapat singgah ke blog phat yang tidak seberapa ini...dengan cara ini juga kita boleh sama-sama menambah seberapa kenalan lagi terutama nya semua sahabat blogger.....

Nama blog saya  : 'Phat Corner'

waktu tamat : 12.00 malam ini





aku lupa la plak

Aku x tau nak buat apa jadi aku tulis la entry ni...isteri x berapa sihat dan dia telah masuk tido....tinggal la aku kat depan TV layan cite tahajud cinta yang mana ustaz tu nak berbini je keje nya..hampeh betul sian seri kena layan dia sampai x larat (alamak emo sudah)...dlm sibuk2 BW kat blog lawan-kawan dan ping-ping link blog sendiri kat FB aku baru teringat satu benda yang aku lupa nak buat.....



Ye la kan esok kan ada game-game EPL so aku lupa plak nak susun player aku hehehe.....susun?susun ape mesti korang tertanya tanya kan?aku rasa budak lelaki yang minat bola tentu dah faham apa yang aku maksudkan..yang pompuan mungkin x paham....susun player dalam fantasy football la....


Kira kita ni manage satu team dan point akan dikira melalui aksi-aksi pemain tersebut..contoh kalo score gol player tu tinggi la markah nya....skang dah setel dah ....harap player2 aku perform esok....dah 5 game point agak suam2 kuku je ni huhu....ok la korang c u then.....

Thursday, September 22, 2011

Kenduri Untuk Baby Phat & Wife

Assalammualaikum kepada semua kawan-kawan, pada 17 September Sabtu lepas mak aku telah adakan satu kenduri bacaan Yassin untuk baby kami suami isteri...jadi kesempatan cuti 3 hari 16,17 dan 18 September peluang terbaik untuk adakan kenduri ye la kan senang skit nak jemput sedara mara...


kerja menyalai ikan sedang dijalankan


Aku ngan wife aku pagi Jumaat tu bertolak dari Kuantan untuk gerak pulang ke K.Pilah...mcm biasa lah..sebelum apa-apa singgah kat warung dulu makan roti canai..bila perut kenyang baru lah boleh travel dengan senang hati hehehe....
ayam bandar yang telah disalai..mcm ayam golek pun ada



Dala pukul 12 aku sampai kat umah mak aku..lepas sembahyang jumaat aku dah siap2 nak hidupkan api untuk buat bara sebab mak aku nak salai ikan tenggiri...sebab menu kenduri kali ini agak special skit lebih kepada makanan salai.....setel untuk hari Jumaat...so cite pada sabtu plak..actually kenduri ini akan diadakan pada sabtu malam selepas isyak....


semoga diberkati 


bese la kan kalo kenduri kat kampung tgh hari tu dah ramai dah org kampung dtg untuk gotong royong siap2 untuk masak...korang nak tau x menu apa untuk kenduri hari tu...mak aku kalo buat kenduri mmg menu dia mabeles...ye la dia selalu cakap kalo nak bagi orang mkn bagi la yang sedap-sedap.....bagi aku menu pada mlm tu mmg terbaik....x tau la pendapat korang plak...ok menu pada hari tu ialah ayam salai masak lemak cili api, ikan tenggiri salai masak lemak cili api + peria, sambal udang petai, ikan sungai salai + pisang, goreng hati + kacang, pejeri terung dan acar timun.


sedap wa cakap lu



So malam tu selamat selesai semua nya..semoga wife aku akan dapat deliver baby kami yang pertama ini dengan selamat...( kalo dulu2 kenduri ni dinamakan lenggang perut tapi x de dah skang ni...baca yassin dan doa selamat je mohon kesejahteraan dari Allah swt )


terliur x??








Doodle Dari Yayath

so sweet

Minggu lepas memang rezeki dapat doodle je..baru je dapat doodle gift dari Feeza Macho..sorang daripada geng blogger buatkan phat doodle lagi....kali ni dapat doodle phat n wife yang dibuat oleh yayath..cute sangat.....

so kami nak ucapkan terima kasih sangat2 pada Yayath sebab sudi buatkan doodle untuk phat dan isteri..al maklumla phat ni x reti mende2 pun pasal doodle ni tau mintak kat org je huhu.....so kepada semua geng2 blogger phat korang jangan lupa singgah blog yayath ye....

korang bleh tengok sendiri hasil kreativiti beliau kat blog beliau..korang try la mintak yayath buatkan doodle untuk korang plak.....

Ini blog beliau :





Wednesday, September 21, 2011

Cara nak tukar layout baru Facebook kepada yang lama / asal

 
Klik pada picture utk lebih jelas

Dalam tengah hari tadi sesape yang ada FB memang dikejutkan la dengan pembaharuan kepada layout FB kita terutama bila kita tekan modul HOME...dan akan keluar satu kotak kat tepi belah kanan kita se akan akan RSS Feed Twitter...dan sebarang peng 'update tan' yang dilakukan oleh kawan-kawan kita kan kita dapat lihat kat tepi belah kanan tu......bagi aku elok guna yang lama sebab agak pening kat situ maklum la dah tua-tua ni....so bagi yang suka lay out baru teruskan dan sesape nak tuka kepada yang lama semula sila rujuk gambar kat atas sumbangan Puan Alyani

Ok langkah2 yang perlu diambil ialah :

1. Go to Setting
2. Go to LANGUAGE
3. Change language ENGLISH (US) to ENGLISH (UK)

Yey Kembali Kepada Asal Yey



#WW-Wordless Wednesday #13


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)




Monday, September 19, 2011

Doodle dari Feeza Macho aka Abg Kawasan

comey x?

Ini adalah hadiah yang aku terima daripada Feeza Macho. Dak Feeza ni selalu buat contest kat blog die...contest x contest sangat la..bila dia ada update entry baru so dia akan tulis kat kat bawah entry tu "3 komen terpantas akan dapat doodle gift dari beliau...

minggu lepas tanpa disangka2 dapat plak jadi top 3 pengomen entry dia...selama ni x penah dapat pun hahaha...apa-apa pun aku nak ucapkan tq so much pada feeza macho sebab hadiah yang dia bagi mmg cute macam aku la....terasa muda la plak bila tengok doodle si feeza ni buatkan untuk aku

kepada korang yang nak kan hadiah macam aku ni rajin-rajin la terjah si abg kawasan ni...korang tengok la sendiri ke kreatifan si feeza macho ni kat blog beliau....sekali lagi tq ye....

ini link blog beliau :







Sunday, September 18, 2011

YEY!!! Dapat BE yang ke 4, 5, 6, 7, 8 dari Nuffnang

Syukur Alhamdulillah sejak dapat BE yang ke 3 hari tu masa bulan puasa ( SILA RUJUK SINI ) makin laju plak si encik Nuffnang nak bagi BE yang ke 4 5 6 7 dan 8....aku terkejut jugak tengok..tapi inilah rezeki nama nya dan semoga encik Nuffnang tidak putus-putus nak bagi aku BE lagi lepas ni...



Sekali lagi syukur atas rezeki ini dan kepada Encik Nuffnang teruskan la bagi phat BE lagi ya....mungkin ini adalah rezeki baby phat yang bakal lahir bulan 11 nanti....kepada korang semua jangan lupa dok klik-klik tabung-tabung yang ada kat blog ini ya....kepada semua pembaca-pembaca & pelawat-pelawat blog ni...aku ucapkan TQ so much...tanpa kedatangan korang x mungkin aku leh dapat BE kan....once again TQ




klik untuk lebih jelas

Thursday, September 15, 2011

Edisi Jom Buat Amal : Rumah Aman

 Rumah Aman adalah sebuah rumah anak yatim yang terletak di Shah Alam.dengan kemudahan yang lengkap untuk menjaga kanak-kanak lelaki miskin yang menjadi yatim piatu atau daripada keluarga yang memerlukan.Rumah ini beroperasi pada tahun 2005, dan menempatkan 30 kanak-kanak lelaki. di sana,mereka disediakan pendidikan, makanan, pakaian dan tempat tinggal. misi mereka adalah mudah iaitu untuk memberikan yang terbaik kepada kanak-kanak tersebut seperti ibu bapa lain untuk anak-anak mereka.


KLIK UNTUK LEBIH JELAS

Dan baru-baru ini Rumah Aman memerlukan lebih kurang RM 20,000.00 untuk kos naik taraf sistem elektrik mereka supaya sistem elektrik ini lebih selamat daripada sistem elektrik yang sedia ada..dengan komuniti Nuffnang yang sedia ada marilah kita menggunakan setidak tidak nya suara kita sebagai blogger untuk membantu walaupun dengan satu entry.

Marilah kita sama-sama menyokong perkara yang baik ini... anda boleh membuat sumbangan terus ke Rumah Aman melalui perbankan online MaybankU, derma harus ditujukan kepada Rumah Aman (Shah Alam) dengan nombor akaun 562106720433 (maybank). lebih lanjut layari ke RUMAH AMAN atau SINI atau BLOG INI

Masa Aku Demam

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada kepada semua kawan-kawan tidak kira di mana jua anda berada. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat...Ok entry ni phat nak buat hari Isnin 12 September 2011 lepas tapi memang x larat betul...rasa nak angkat jari ni pun x larat...apatah lagi nak on kat lappy hehehe...
Ok sebenarnya..phat start rasa nak demam pada hari sabtu lepas...asyik bersin je..pastu hidung pun dah start rasa tersumbat disebabkan hingus..bernafas pun guna mulut je (mcm tengah menyelam guna tong gas dlm laut lak ) kebetulan hari sabtu tu open house kat rumah ..bila kawan2 dtg umah masa tu badan ni ok plak..tapi bila dah masuk petang skit ..badan ni mmg rasa lain mcm...rasa nak demam tu makin kuat...

ubat ubatan aku

Amik soluble sebiji dan minum air nya...esok nya hari ahad ingat dah baik tapi makin teruk...badan x panas tapi sejuk kat dalam...so disebabkan demam phat n wife terlepas 3 open house yang opismate buat...xpe la..mkn je ubat yang ada n berharap esok nya boleh g keje...bangun2 tido badan still panas n mmg x larat la 
nk p keje..

MC

Phat hantar msg ke opis bagi tau yg phat x leh masuk keje hari isnin tu...ingat nak g klinik jugak tapi bila pikir2 mmg x larat nk bwk moto p klinik so kena tunggu wife phat balik dari sekolah..untuk hantar phat g klinik...g klinik doktor bagi ubat dan MC...so hingga hari ini demam dah x de cume batuk dan selsema je masih belum baik sepenuh nya....bila pikir2 semula mungkin kena hujan pada jumaat malam tu yg menyebabkan phat demam....

Wednesday, September 14, 2011

#WW-Wordless Wednesday #12

klik gambar ini untuk berita lanjut

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Tuesday, September 13, 2011

Keputusan Piala Malaysia 2011 Perlawanan Ketiga 13 September 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA - 13/09/2011 (SELASA)

Perak 2 - 1 Kedah

Sabah 3 - 1 Johor

Negeri Sembilan 1 - 0 Terengganu

PKNS 1 - 0 Sime Darby

Sarawak 0 - 1 Johor FC

K.Lumpur 0 - 0 Selangor

T-Team 4 - 0 PDRM 

Tahniah kepada semua pasukan yang menang..
Musuh nya habis binasa