loading...

Tuesday, July 26, 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

Salam kepada semua pembaca tidak kira di mana anda berada..1st sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat aku iaitu SPANAR BURUK sebab beliau la yang tag aku untuk segmen yang sangat tinggi nilai nya ini...segmen ini telah di buat oleh Syafiq Mokhtar ..dan korang bleh klik kat nama Syafiq tu untuk keterangan lanjut....

Kategori : IBADAH Akidah  
Tajuk :
Kaya Harta Dan Kaya Ilmu
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

(al-Bukhari)


Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.










Ok aku kongsikan 1 hadis yang aku ambil dari sumber INI dan aku nak tag 2 orang saudara / sahabat aku untuk segmen ni...







           

7 comments for "SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA"

bagus..phat huraikan sekali :wow

bagus2 phat akhirnya ko nk join gak segmen sapik ni..potongan hadis yg bgsu..tntg harta kekayaan..jgn kita alpa dan lupa bila dikurniakan rezeki yang lebih..

wowterbaik la phat... terima kasih sebab join.. nanti aku listkan dalam entri khas k.. btw thanks sekali lagi..
semoga kita sama2 dapat manfaat dengan menyebarkan sabda Rasulullah ni.. :)

bende yang baik kita kena selalu join hehe..tq sapik atas keperihatinan utk buatkan segmen ni..tq pada spanar yg tag aku..tq pada reynn yg 1st komen entry ni..

Bagusnya disertakan dengan huraian skali. Terima kasih Phat kerana sudi tag saya. =)

salam bro...Dah dapat anak lum??

lama tak menjenguk..sori yer~

ari ni dapat ilmu baru..huhu

http://cukelatberangin91.blogspot.com/2011/07/segmen-ilmiahjom-berkongsi-hadis.html