Tuesday, May 31, 2011

Jom Layan lagu phat nak nyanyi ni..;-)

Salam & hye kawan-kawan semua..hari ini aku keje macam bese kat opis..pg tadi dah mengadap bos dari pukul 9.30 pagi samapi kul 12 tgh hari meeting....pastu pg tdai jugak bos bagi tau yg dia cuti 3 hari start esok..so bende2 nak sain siapkan cepat die cakap...so aku dah pesan dah kat semua staff2 aku mana yg urgent2 tu siapkan cepat sebab start hari jumaat aku pun cuti sampai isnin...hari selasa baru aku masuk keje.....
hari ni pun cuaca di kuantan ni x panas sangat..mendung je..tp bukan mendung nak hujan tapi aku tgk tadi jerebu  kat luar....hr ni aku mkn tgh hari kat rumah..al maklum la..wife aku cuti..so minggu ni n minggu depan bleh la mkn sedap..x yah mkn kedai bila rehat tgh hari....tapi sebenarnya kan entry kali ni bukan nak cite pasal apa pun aku just nak nyanyi je kat entry ni..lagu negeri sembilan hehehe....
Kalo korang nak layan lirik lagu silakan la ye..melodi die ikut lagu Ayam den Lopeh...sesape org N9 mungkin paham..yang x paham leh tanye aku kat ruangan komen k...lagu nye lebih kurang macam ni la hehehe....

AIR DALAM BOSI
API DALAM KACO
POTIK DITOPI TONGAH MONYALO
MONGAPO KAPA BOSI TAK TONGGOLAM 
EDEN GHASO HEGHAN...OI OI
NOGHOGHI SOMBILAN

POE MANO DIK
KOLO PILAH
BATU BEGHAPO DIK DUO SONGAH
GHUMAH MANO DIK TOPI SAWAH
BOLANGSIR MEGHAH...

KOJO APO DIK MATO-MATO
PANGKAT APO DIK SAJAN MEJO
NAIK APO DIK NAIK LAND ROVER TUO
EDEN NANTI JUO ...OI OI
AYAM DEN LOPEH..

Kalo betul gaye nyanyi nye layan lagu ni hehehe..Ape2 pun saja je aku suke2 nak kongsi ngan korang lagu ni..ni lagu zaman2 aku form 1 dulu ni......

Friday, May 27, 2011

Boleh ke kita berak tanpa kencing???


Salam & hye kawan2...hari ini pembaca setia blog phat (mcm ade je) akan mendengar cerita dari phat..so layan lah ye...Aku masih ingat dan terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ini satu cerita yang diceritakan oleh cikgu B.Melayu sekolah aku..kalo tak silap aku masa tu aku darjah 4 / 5 la…cerita ni keluar sebab dia ajar kami macam mana nak buat karangan…bukan karangan yang berunsur fakta tapi karangan yang memerlukan kita berfikir secara kreatif atau orang-orang design kata berfikir di luar kotak…

Dengan bersemangat cikgu aku mulakan cerita dia…cerita ini berlaku pada zaman dulu-dulu la..zaman-zaman sebelum zaman hang tuah lagi…Cerita ini melibatkan 2 buah negeri..bese la kan dulu-dulu nya cerita kalo nak takluk negeri kena p perang..tapi ini lain skit..die org ni lebih kepada demokrasi…hahaha..

Ada satu negeri ni kita assume negeri A la ye…negeri nya bese-bese je tapi Sultan nye ada anak perempuan yang cantik…satu lagi negeri B..sultan nya juga mempunyai seorang anak lelaki yang sebaya ngan anak perempuan A tadi…bese la bila si teruna bertemu si dara kompom cite nya nak kawin je kan..tp sultan negeri A ni mmg dah tau dah perangai anak sultan negeri B ni..memang dasar buaya tembaga la..suka naik genting..p las vegas la…semua yg buruk2 je la die buat….
Sultan negeri A ni dah mula runsing…sebab sultan negeri B nak dtg meminang puteri nya minggu depan…kalo di tolak pinangan tu mentah2 kompom negeri B akan menyerang negeri A kerana negeri B ni kekuatan tentera nya sangat dasyat..kalah la merong mahawangsa hari tu..hahaha…

2 hari sebelum peminangan sultan negeri A dapat idea macam mana nak menolak pinangan itu dengan cara yang bijak…Jadi tibalah masa peminangan..setelah perbincangan hampir 4 jam Sultan A mengenakan syarat jika anak sultan negeri B betul2 nak kawin ngan anak dia…korang atau apa syarat dia…Sultan negeri A mintak anak Sultan negeri B tu berak je tanpa kencing…kalo die berjaya die boleh kawen kalo kantoi negeri B x leh kaco negeri A lagi…Sultan negeri B dengan confident nye tanpa berfikir panjang telah setuju….korang rasa bleh ke ek kita ni berak je tanpa kencing….aku rasa mmg x bleh….cuba korang tgk nanti masa korang berak hehehehe…..

Jadi setelah balik ke negeri B anak sultan tu try la…bile berak je kencing mesti kuar jugak …so die org sedar die org dah kalah dan surrender…..Ini la kebesaran tuhan…ada bende yang saling kait mengait….fikirkan lah…

Tuesday, May 24, 2011

Aktiviti Minggu Lepas

Salam & hye semua teman-teman, lama jugak aku x update entry baru...agak sibuk jugak la minggu lepas...bukan sibuk apa pun sibuk berjalan dan sibuk mengemas rumah..sibuk dok depan TV pun ya jugak hahaha..

Minggu lepas , macam biasa hari isnin masuk keje..tp besela kan bila dah outstation lelama pastu masuk opis semula mood keje tu memang x masuk dlm jiwa ni..pastu selasa plak cuti wesak..lagi la jiwa ni rase malas je hehe...rabu, khamis dan jumaat mcm bese keje...dan ptg jumaat adalah saat yg ditunggu2 iaitu pukul 5 petang jumaat..ye la kan..time blk keje tu...horay esok cuti 2 hari....hahaha

Jumaat malam lepas maghrib wife aku ajak aku kuar...kata nya nak p beli tiket wayang Nur kasih untuk esok...sampai2 kat GSC EC Mall mmg ramai org beratur..layan sajo..sampai giliran kami..kami beli la tiket Nur Kasih untuk tayangan 4.10 petang sabtu 21 Mei 2011..dpt tiket p mkn kat foodcourt..hbs mkn p jln2 jap pastu blk umah...aku dalam kul 11 ade game futsal..aku p main futsal tinggal wife aku sorang kat umah...
Sabtu , pagi kemas umah dulu..dalam kul 2 baru gerak g ec mall...jln2 jap pastu makan dulu...pekena Johnys tp x mkn steamboat pub takut x hbs...hehe...
tibe masa layan la cite Nur Kasih tu...full house jugak la mase tu ..penuh..aku pun lyan la jugak.....semua org ckp sedih cite ni..kalo tgk kat screen mmg sedih pun...tp aku x rasa ape2 plak hehe...mungkin bak kate wife aku " papa tu dok mencekik popcorn je dr mule samapi hbs camne nk rasa feel cite tu" hahaha.....mungkin jugak la kot hahaha.....mkn popcorn sampai x ingat dah cite  nye...hbs wayang singgah carefour jap..nk beli bahan untuk buat bihun singapore esok...

Balik dr EC Mall singgah kedai minum pekena ABC lak...hbs pekena ABC p jln2 kat Taman Bandar Indera Mahkota..tgk gelagat org terutama budak2 kecik..yg tgh bermain2 kat taman tu...best je tgk budak kecik ni..x sabar rasa nya nak tunggu kelahiran baby kami....


Tuesday, May 17, 2011

Phat Join Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011

Salam & hye kawan-kawan...
Entry sebelum aku ada cerita pasal aku pergi outstation & menyertai satu program iaitu program berakit sungai Pahang dari Kuala Lipis hingga ke Bera...untuk entry kali ni aku just nak share lebih bayk gambar sepanjang aku berakit untu tatapan korang....'Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011' adalah program anjuran bersama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang dan diselaraskan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara serta Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Pahang.
Program Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011 menyusuri sejauh 329 km. Kumpulan berakit tersebut akan singgah di beberapa perhentian bermula dari Jeti Kuala Lipis sebelum berakhir di Kampung Kuala Triang, Bera.Sepanjang program itu, pelbagai aktiviti diadakan termasuk sukan rakyat, kenduri kampung, pertandingan gasing, tayangan wayang pacak dan persembahan kesenian tempatan.Pengalaman yang memang best la..walaupun agak penat...


Briefing malam sebelum pelepasan hari pertama berakit

Selamat sampai ke Kuala Krau, Temerloh..penat weh

Selamat sampai ke Kuala Krau, Temerloh..penat weh

Selamat sampai ke Kuala Krau, Temerloh..penat weh

Selamat sampai ke Kuala Krau, Temerloh..penat weh

Geng team 2 yg nak gerak dr k.krau ke sanggang

Layan band kejap

Joget lambak se round

Joget se round lg hahaha

Gaya sebelum rakit dilepaskan ke hentian terakhir (Sanggang ke Bera)

Sunburn beb

Rakit2 jugak pose tetap pose hahaha

Air kelapa satu

Rakit kami..selamat sampai ke Bera ..




Saturday, May 14, 2011

Phat kembali!!! setelah seminggu outstation

Salam & hye kawan-kawan..lebih kurang seminggu aku tinggalkan blog aku..tak dapat nak update langsung..so bagi pembaca-pembaca setia ( ceh mcm ada je ) (berangan) hari ni dapat la aku update semula entry baru..sebenarnya pada 10 - 13 Mei 2011 aku terlibat dengan program anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan...iaitu Ekspedisi Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011. Ekspedisi berakit ini bermula di Jeti Kuala Lipis dan berakhir di Kampung Kuala Triang, Bera Pahang..



Mula 3 hari sebelum 10 hari bulan aku dan kawan-kawan yang turut serta sibuk untuk membeli dan menyediakan alatan untuk dibawa ke kuala lipis..pada pagi 9 Mei 2011 kami semua bertolak ke Kuala Lipis..xpdc ini melibatkan beberapa kampung di sepanjang sungai dimana Jabatan Kebudayaan akan mengadakan program merakyatkan seni di setiap kampung yang disinggahi oleh peserta berakit..sebanyak 5 kampung dijadikan tempat persinggahan oleh peserta dan peserta bermalam di kampung tersebut untuk memulakan pengembaraan seterusnya pada keesokan hari nya..

Pengalaman pertama kali ini memang best sangat walaupun penat..bayang kan kami terpaksa berakit sehingga 40 kilometer dan mangambil masa berjam-berjam untuk sampai...yang best nya apabila aku sampai dekat jeti kampung persinggahan..memang sambutna dari orang-orang kampung sangat meriah....



Wednesday, May 4, 2011

Kejadian " Kepala Air" di Ulu Bendol

Salam & hye kawan2 semua..kalau korang perasan dalam lagu kat atas ni ada mengatakn tentang ulu bendol...aku sebenarnya terpanggil untuk buat entry ini sebab aku agak terkejut jugak la apabila malam tadi sepupu aku bagi tahu yang ada 3 kana-kanak telah dihanyutkan oleh air sungai ulu bendol semasa mereka mandi bersama-sama bapa mereka di taman rekreasi tersebut...
Bagi yang biasa dengan taman rekreasi ni mesti korang terkejut jugak kan..dengar berita ni terutama orang-orang yang tinggal di kawasan Kuala Pilah..

Seperti yang kita tahu, air sungai di kawasan Ulu Bendol tidak la dalam dan laju sangta arus nya...jadi apabila dengar je cerita ni aku terfikir..mungkin kes ini disebabkan oleh "kepala air". Memang tepat jangkaan aku..kanak-kanak tersebut telah dihanyutkan oleh kepala air. Kepala ini biasa nya berlaku apabila hujan lebat berlaku di hulu sungai walaupun pada hakikat nya keadaan di hilir sungai adalah seperti biasa..ini menyebabkan kedatangan kepala air ini kita tidak boleh jangka dan berlaku sepantas kilat..ini boleh diibaratkan seperti tsunami jugak la tetapi berlaku dari hulu sungai hingga ke hilir sungai sahaja..

Menurut berita dan akhbar satu keluarga telah dihanyutkan arus deras ketika berkelah di hutan rekreasi ulu bendol dalam pukul 5.30 petang semalam.Bapa kepada 3 kanak-kanak tersebut selamat tetapi 3 kanak-kanak tersebut telah dihanyutkan arus..sehingga jam 8 malam tadi hanya 2 dari 3 mayat kanak-kanak tersebut telah ditemui.Usaha mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan....Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini..mari kita semua berdoa dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk kesemua mangsa..semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi...

Otak seorang mat Rempit !!!!

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang
aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan
itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya.
Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu
mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan
selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."
Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus
bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan
isya ' Allah pun pak cik tak sebut?".

Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia
memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja
gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".Aduh la lawak betul la..hahahahaa