loading...

Thursday, November 25, 2010

cerita aku hari ni 25/11/2010

salam semua,

aku mmg x berapa nak ada mood hari ni...mcm-mcm nk kene pikir..mane keje x siap mane anak2 buah buat hal...mane kene berbakul-bakul ngan bos dan mcm2 lagi....aku pun dah jammed pale otak ni.....yg paling best isnin ni ade presentation dan satu bende pun aku x buat lg ni...aduh yai....Ya Allah berikan aku kekuatan untuk tempuh semua dugaan ini dengan tabah....



Aku x tau la zaman sekarang ni org bekerja mcm mane...rasa tanggungjawab tu mmg kurang....aku ni x la byk pengalaman kerja sgt tp apabila kerja dalam keadaan tanggungjawab semua kan jd mudah....bile disuruh x nk buat...bile kite berlembut kepala kita dipijak..so sekarang ni..aku dah malas mk layan..ape2 pun aku akan keluarkan bende yg ptt untuk ajar die org ni sume....kalo x buat mcm ni dieorg x sedar...

Ape-ape pun aku harap aku leh handle ape jua yg berlaku kat opis aku pada masa akan datang....so kwn2 sila tinggalkan komen anda, pendapat atau pengalaman untuk iktibar aku...

bersama sahabat dari Kraftangan Sarawak En Nizam

Wednesday, November 24, 2010

8 Nilai Aspirasi ( 1 Malaysia )

Salam semua, hari aku nk bg 8 nilai aspirasi yang terdapat dalam gagasan 1 Malaysia...baca lah ye...


1. Budaya Berprestasi Tinggi
    Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik.Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

2. Budaya Ketepatan
    Sebagai rakyat sesebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu    dikenali budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

3. Budaya Ilmu
    Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan    yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesedian       untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

4. Integriti
    Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.



5. Ketabahan
    Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.


6. Kesetian
    Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.


7. Kebijaksanaan
    Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.


8. Budaya Inovasi
    Kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaiaan baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.



Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua umat Islam di mana jua anda semua berada....

Maaf dipohon sekiranya terdapat kesalahan terhadap kalian semua. Aku akan pulang berhari raya di kampung halaman ku....
mcm baju raya x??



Thursday, November 11, 2010

Aku kene g BTN

Selamat Sejahtera semua,

Minggu ni start 11-15 Nov 2010 akan menghadiri kursus BTN di Maran Pahang....aku dah pernah pegi dah BTN ni mase zaman2 study ITM ni...seronok...sebab masa tu zaman remaja lagi....pastu fasi pun agak x straight sangat...tp berlainan pulak masa dah keje ni...apa yang aku dgr dari kwn2 yang telah pergi BTN ni...(mereka yg keje ngan gomen) die org bg tau best mmg best tp x cukup masa sebab jadual nya sgt ketat.....sampai mandi pun 2 3 gayung je hehehe....



Nak dijadikan cerita, BTN ni perlukan baju kemeja putih lengan pendek....mmg aku byk kemeja tp belang2 la..color lain la...mane ade color putih..ni zaman sekolah nye baju...jd kebetulan minggu lepas aku blk kg..aku pun cr la..kat seremban..punya la mahal x jd aku beli...cr punya cari dpt la...akhirnya kat kuala pilah..aku sambar 2 helai..14.90 je...hahaha.....

Cerita kat opis pulak, mmg best...minggu ni opis mmg kosong sebab semua pegawai kene pergi kecuali pen pengarah n pengarah je....x tau la ape jd nanti hehe....harap2 sume berjalan lancar la...x tau nk tulis ape lg..jumpe lg...daaa...


Thursday, November 4, 2010

Ukiran 3D

Salam 1 Malaysia semua....

Pada minggu lepas, Kraftangan Pahang tempat aku keje telah anjurkan satu kursus ukiran 3D (3 dimensi). Kursus ini adalah projek Bahagian Usahawan dan aku sebagai admin sedikit sebanyak terlibat dengan kursus ini dan telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai Unit Logistik. Mcm biasa la persiapan tempat,makan dan pengerusi majlis adalah kerja-kerja unit aku..



Ukiran ini telah diajar oleh tenaga pengajar dari Chiang Mai Thailand iaitu Mr Noppadol Khamlea...kalo di lihat kepada hasil kerja dari sana mmg lebih dr 3D dah die org punya ukiran..sampai tahap 7 8 D hahaha...tp x pe la..peluang ini perlu la..diambil oleh semua peserta untuk mempelajari teknik teknik ukiran tersebut....





Keratan Akhbar Sinar Harian