loading...

Thursday, September 30, 2010

Hatrik Eto'o Julang Inter Milan

Samuel Eto'o menjaringkan tiga gol dan membuat satu umpanan cantik kepada Sniejder untuk satu lagi jaringan dalam perlawanan awal pagi tadi di mana Inter Milan telah menewaskan Werder Bremen 4-0 di San Siro...





Inter mendahului lawan 3 gol di babak pertama permainan dan menambah satu lagi jaringan di separuh masa kedua. Kemenangan ini membolehkan Inter menduduki tangga teratas kumpulan A dengan 4 mata dipisahkan dengan perbezaan jaringan terhadap pasukan di tangga kedua iaitu Totenham Hospur...

Kemenangan ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan keyakinan kepada pasukan setelah mengalami kekalahan tipis 1-0 kepada Roma dalam perlawanan liga Sirie A Sabtu lepas...

Perlawanan awal pagi tadi juga menyaksikan Rafael Benitez menurunkan 2 pemain muda dalam kesebelasan utama skuad inter...dua pemain itu ialah Jonathan Biabiany dan Coutinho. 2 pemain ini telah menunjukan satu persembahan yang mantap sepanjang perlawanan awal pagi tadi...FORZA NERRAZURRI!!!!


Gaya selepas menjaringkan gol

Keputusan perlawanan lain boleh di perolehi di http://www.uefa.com/uefachampionsleague/

Forza Nerrazurri!!!

Tuesday, September 21, 2010

Monday, September 20, 2010

Edulfitri

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..sedar tak sedar dah 11 hari kita menyambut Aidlifitri…dan seperti biasa Aidilfitri tahun ini aku menyambut nya di kampung halaman tetapi berbeza kerana aku menyambut nya sebagai seorang suami kepada isteriku….aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti 2 hari awal sebelum raya…kerana sehari sebelum raya seperti biasa aku dan ahli keluarga yang lain akan membantu emak membuat lemang dan rendang…

Kemeriahan mmg dirasa sepanjang berada di kampung kerana dikelilingi sedare mare yang sudah lama tidak ketemu…
otai dlm mengacau rendang

Selesai beraya di kampung aku di N9 aku dan isteri bergerak pulang ke kuantan iaitu ke rumah mertua aku….dan pada 15 September aku dengan rasmi nya telah memulakan tugas aku di pejabat….Pasni tunggu raya haji la plak hehehe…..

Lemang yang baru saja di bakar


Beraya di kampung isteri di Serting

Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam,

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang akan menyambut nya kira-kira seminggu dari sekarang...oleh itu kepada semua aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap kepada anda semua...