Wednesday, November 24, 2010

8 Nilai Aspirasi ( 1 Malaysia )

Salam semua, hari aku nk bg 8 nilai aspirasi yang terdapat dalam gagasan 1 Malaysia...baca lah ye...


1. Budaya Berprestasi Tinggi
    Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik.Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

2. Budaya Ketepatan
    Sebagai rakyat sesebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu    dikenali budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

3. Budaya Ilmu
    Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan    yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesedian       untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

4. Integriti
    Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.



5. Ketabahan
    Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.


6. Kesetian
    Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.


7. Kebijaksanaan
    Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.


8. Budaya Inovasi
    Kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaiaan baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.