Wednesday, December 22, 2010

Tempat Berkelah Yang Patut Korang Pergi (x pergi rugi)

Hye kawan2.. (Old School Rocka' Part 1)

Aku hari ni just nak kongsi kenangan aku ngan kawan-kawan masa aku kerja di Perodua Rawang dulu....Tp cite ni bukan kat opis tp kat tempat perkelahan...Aku ngan beberapa opis mate telah rancang pergi mandi manda pada hujung minggu pada 16 May 2009..Aku, Wanzi, Toyu, Pojie dan 2 member toyu telah berkelah ke Pertak....ala jln nk ke bukit Fraser.....mmg cantik tempat ni...air nye pun sejuk....Kami semua bwk ikan, ayam, kerang dan mcm2 lagi mknn untuk kami bakar.....walaupun just 6 org je tp mmg meriah la.....masing2 pun bujang mase ni....sape yg x penah pegi lg ke sini jgn lupe pegi mmg best...Pertak ni kat area2 KKB....
Aku pun malas nk tulis pnjg2 so korang layan la gambar-gambar yg ada...k...

View di Pertak

Ni kat empangan KKB sebelum Pertak.Selalu shooting drama kat sini kan?Korang perasan x?

Sejuk beb

Dah Macam Tugu dah hehehe

Cantik

Lapar2

Aku & kuzie

Wednesday, November 24, 2010

8 Nilai Aspirasi ( 1 Malaysia )

Salam semua, hari aku nk bg 8 nilai aspirasi yang terdapat dalam gagasan 1 Malaysia...baca lah ye...


1. Budaya Berprestasi Tinggi
    Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik.Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

2. Budaya Ketepatan
    Sebagai rakyat sesebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu    dikenali budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

3. Budaya Ilmu
    Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan    yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesedian       untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

4. Integriti
    Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.



5. Ketabahan
    Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.


6. Kesetian
    Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.


7. Kebijaksanaan
    Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.


8. Budaya Inovasi
    Kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaiaan baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.